You are on page 1of 6

Senarai Semak Dokumen Pelantikan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41

lantikan Contract of Service (COS)

Kemuka ke *BPSM Semakan


Bil Senarai Dokumen Dokumen Dokumen
Salinan Jumlah (√)
Asal
1 Surat Tawaran Pelantikan Kontrak oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan 2 2
(SPP)
2 Surat Setuju Terima Tawaran Pelantikan 2 2
3 Borang Pemeriksaan Perubatan 2 2
(Pin. 1/2013)
(Bagi Pelantikan Kontrak-Kali pertama sahaja)
4 Akuan Berkanun 2 2
5 Borang Akta Rahsia Rasmi 1972 (Lampiran C) 2 2
(Bagi Pelantikan Kontrak-Kali pertama sahaja)
6 Borang Pengesahan Melapor Diri Bertugas 2 2
(Lampiran J)
7 Surat Aku Janji 2 2
(Bagi Pelantikan Kontrak-Kali pertama sahaja)
8 Borang Perjanjian Pegawai Kontrak 2 - 2
yang telah dibuat penyeteman oleh pegawai
9 Jadual 2 - 2
(Tandatangan ringkas [initial] di setiap helaian)
10 Syarat-syarat Pelantikan 2 - 2
(Tandatangan ringkas [initial] di setiap helaian)
11 Penyata Perubahan Mengenai Pendapatan Seseorang Pegawai (Kew.8) - 2 2

Nota:
1. Bagi salinan dokumen, ianya hendaklah disahkan oleh mana-mana pegawai agensi awam dalam Kumpulan P&P.
2. Bagi Borang Perjanjian Kontrak, pihak kerajaan Malaysia dan saksi (muka surat 8) diwakili oleh pihak JPN/PPD.
3. Jadual dan Syarat-Syarat Pelantikan boleh dirujuk di lampiran.
4. Sila lampirkan senarai semak ini bersama dengan dokumen pelantikan.
5. * Dokumen hendaklah dikemukakan kepada BPSM melalui JPN masing-masing. Bagi JPN Sarawak, JPN Sabah dan JPWP Labuan, satu (1) set dokumen hendaklah
dikemukakan kepada BPSM dan satu (1) set dikemukakan kepada SPP Sarawak (bagi JPN Sarawak) / SPP Sabah (bagi JPN Sabah dan JPWP Labuan).
JADUAL

1. Fasal 5 (x) - Kelulusan

2. Fasal 6 (i) - Gaji

(a) Gaji Bulanan

i) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan daripada


institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma
Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan ialah pada Gred DG41 : RM2,188.00);
atau
ii) Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang pendidikan
yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian
tinggi tempatan atau kelayakkan yang diiktiraf setaraf
dengannya.
(Gaji Permulaan ialah pada Gred DG41 : RM2,391.94.00);
atau
iii) Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang berkaitan
daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma
Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakkan
yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan ialah pada Gred DG41 : RM2,391.94.00);
atau
iv) Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan daripada institusi
pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang
diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakkan yang diiktiraf setaraf
dengannya.
(Gaji Permulaan ialah pada Gred DG41 : RM2,902.98);
atau
v) Ijazah doktof falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan
daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma
Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakkan
yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan ialah pada Gred DG41 : RM3,209.60);

(Jadual Gaji Minimum – Maksimum Gred DG41)

(b) Pergerakan Gaji

Pegawai boleh dipertimbangkan pergerakan gaji biasa pada


tarikh pergerakan gaji tahunannya berdasarkan kepada
syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan.

3. Fasal 6 (ii) – Elaun dan Kemudahan:

Pegawai akan dibayar elaun dan lain-lain kemudahan yang layak


mengikut gred jawatan yang ditawarkan tertakluk kepada Pekeliling
Perkhidmatan Sumber Manusia Ceraian UP.1.1.1 dan Ceraian
UP.1.1.8.

4. Fasal 6 (iii) - Ganjaran:

Ganjaran hanya akan dibayar dengan syarat pegawai menyempurnakan


perkhidmatan dengan memuaskan. Pengiraan ganjaran berdasarkan
formula berikut:

Mencarum kepada KWSP


(17.5% - kadar caruman majikan dalam KWSP) x (gaji akhir x jumlah genap
bulan perkhidmatan) – (jumlah faedah ke atas caruman majikan dalam
KWSP).

Tidak Mencarum kepada KWSP


17.5% x gaji akhir x jumlah genap bulan perkhidmatan.
5. Fasal 9 dan 10 – Notis Berhenti Kerja:

Pihak Kerajaan dan pihak pegawai boleh menamatkan perkhidmatan kontrak


ini dengan memberi 30 hari notis ataupun membayar sebulan gaji sebagai
menggantikan notis.
SYARAT-SYARAT PELANTIKAN SECARA KONTRAK (CONTRACT OF SERVICE)

……………………………………………….............................................................................
(Nama pegawai)
PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) GRED DG41
DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

1. Jawatan : Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41

2. Tempoh : Dua (2) tahun mulai………………………………….


Perkhidmatan

3. Gaji / Tanggagaji : RM2,188.00 sebulan


(Jadual Gaji Minimum – Maksimum Gred DG41)

Pegawai adalah layak dipertimbangkan untuk


pergerakan gaji tahunan secara biasa berdasarkan
kepada Laporan Penilaian Prestasi Tahunan
(LNPT)

4. Elaun-Elaun Dan : Pegawai akan dibayar elaun dan lain-lain


Lain-lain Kemudahan kemudahan yang layak mengikut gred jawatan yang
ditawarkan tertakluk kepada Pekeliling
Perkhidmatan Sumber Manusia Ceraian UP.1.1.1
dan Ceraian UP.1.1.8.

5. Cuti Rehat : Pegawai adalah layak mendapat Cuti Rehat Khas


sebanyak 10 hari setahun dan untuk kegunaan
dalam tahun semasa sahaja. Baki Cuti Rehat Khas
yang tidak digunakan tidak boleh dibawa ke tahun
berikutnya.

6. Pemberian Wang Tertakluk kepada arahan Kerajaan dari semasa ke


Tunai Sebagai semasa, apabila pegawai atas sebab kepentingan
Gantian Bagi Cuti perkhidmatan tidak dapat mengambil cuti rehatnya
Rehat Yang Tidak yang dia layak di bawah atau mengikut Kontrak ini,
Dapat Dihabiskan pegawai layak diberi wang tunai sebagai gantian.
Kelayakan itu hendaklah tertakluk kepada terma
dan syarat sebagaimana yang ditetapkan dalam
Ceraian UP.1.1.12, Ceraian UP.1.1.8 atau arahan
lain Kerajaan yang dikeluarkan dari semasa ke
semasa.

7. Tatatertib : Dalam tempoh kontrak ini pegawai adalah setiap


masa tertakluk oleh Peraturan-Peraturan Pegawai
Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, Peraturan-
Peraturan Kewangan, Pekeliling-Pekeliling
Perkhidmatan dan Undang-Undang yang
dikuatkuasa dari semasa ke semasa.
8. Ganjaran : Mencarum Kepada KWSP
(17.5% - Peratus kadar caruman majikan dalam
KWSP) x (gaji akhir x jumlah genap bulan
perkhidmatan)-(jumlah faedah ke atas caruman
majikan dalam KWSP)

Tidak Mencarum Kepada KWSP


17.5% x gaji akhir x jumlah genap bulan
perkhidmatan

9. Penamatan Kontrak : Pihak Kerajaan dan pihak pegawai boleh


menamatkan perkhidmatan kontrak ini dengan
memberi 30 hari notis ataupun membayar sebulan
gaji sebagai menggantikan notis.

10. Pelantikan ke : Kerajaan tidak berkewajipan untuk melantik


Jawatan Tetap Pegawai ke jawatan tetap dalam perkhidmatan
awam. Apa-apa permohonan bagi maksud
pelantikan tetap perlu dibuat terus kepada
Suruhanjaya Atau Pihak Berkuasa melantik
berdasarkan syarat dan peraturan yang
berkuatkuasa sekiranya Pegawai berhasrat untuk
berkhidmat dalam perkhidmatan awam.

You might also like