You are on page 1of 5

NAMA: _____________________

KELAS: ____________

LATIHAN PENGUKUHAN
SEJARAH TAHUN 6
UNIT 1 - 3
A. Pilih dan bulatkan jawapan yang paling tepat.

1. Bilakah pembentukan Malaysia?


A. 31 Ogos 1957
B. 31 Ogos 1963
C. 16 September 1957
D. 16 September 1963

2. Mengapakah sambutan Hari Malaysia penting untuk negara?


A Menjamin keselamatan
B Memantapkan ekonomi
C Mengukuhkan perpaduan
D Memajukan negara

3. Apakah faktor atau sebab pembentukan Malaysia?


A. Menjamin keselamatan negara
B. Mengamalkan sistem demokrasi
C. Rakyat senang bergerak antara negeri
D. Perebutan kuasa

4. Dimanakah referendum telah dijalankan?


A. Sabah
B. Sarawak
C. Singapura
D. Brunei

5. Siapakah Perdana Menteri Malaysia yang ke-2?


A. Tun Abdul Razak
B. Tun Hussein Onn
C. Tunku Abdul Rahman
D. Tun Mahathor Mohamad

6. Pada Mei 1961, _______________ telah menyatakan gagasan pembentukan Malaysia.


A Tan Sri Wong Pow Nee
B Tunku Abdul Rahman
C Tun Abdul Razak
D Tun Hussein Onn

7. Pada tahun bilakah Singapura TIDAK lagi menjadi sebahagian daripada Malaysia?
A 1963
B 1965
C 1969
D 1957

8. Apakah negera yang TIDAK terlibat dalam pembentukan Malaysia?


A Brunei
B Singapura
C Sabah
D Filipina

9. Sabah mendapat namanya daripada perkataan ‘Saba’ yang merujuk kepada _______.
A bukit
B kelapa
C pisang
D gunung

10. Nama negeri Johor dipercayai berasal daripada perkataan Arab yang membawa maksud ‘Permata’.
Apakah perkataan Arab tersebut?
A Jauhar
B Malakat
C Ganggayu
D Jauhari

11. Nama Melaka terhasil daripada kisah seorang pemimpin yang bersandar pada pokok Melaka dan sedang
menyaksikan kejadian pelanduk menendang anjing hingga jatuh ke sungai. Siapakah pemimpin tersebut?
A Hang Tuah
B J. W. W Birch
C Tun Mahathir
D Parameswara

12. Negeri ini mengambil nama sempena 9 daerah yang berada di bawah pemerintahan berpusat di Seri Menanti.
Negeri ini ialah _______________.
A Pahang
B Sarawak
C Negeri Sembilan
D Pulau Pinang

13. Dikatakan mempunyai kaitan dengan perkataan Siam, ‘phrau loi’ yang bermaksud kelapa hanyut. Negeri yang
dimaksudkan ialah ___________.
A Perak
B Perlis
C Pahang
D Kelantan

14. Nama Perak dikaitkan dengan sejenis ______________.


A besi
B logam
C emas
D tembaga

15. Sumber China menyatakan nama Kelantan ialah ___________.


A Ho-Lan-Tan
B Kon-Lo-Tan
C Kuantan
D Wan-Tan

16. Nama Pahang berasal daripada _____________.


A sebatang pokok Manggis yang rebah merentangi Sungai Pahang
B sebatang pokok Pisang yang rebah merentangi Sungai Pahang.
C sebatang pokok Pinang yang rebah merentangi Sungai Pahang.
D sebatang pokok Mahang yang rebah merentangi Sungai Pahang.

17. Berasal daripada ungkapan Pengiran Muda Hashim kepada James Brooke, iaitu ‘Serah kepada awak’. Apakah
negeri yang dimaksudkan tersebut?
A Sabah
B Sarawak
C Selangor
D Terengganu

18. Siapakah pemerintah bagi Wilayah Persekutuan?


A Raja
B Menteri Besar
C Perdana Menteri
D Yang di-Pertuan Agong

19. Antara berikut, manakah BUKAN ibu negeri?


A Kota Bharu, Kelantan
B Kota Tinggi, Johor
C Kuching, Sarawak
D Kuantan, Pahang

20. Antara berikut, negeri manakah ketua negerinya dipanggil dengan gelaran raja?
A Perak
B Pahang
C Perlis
D Kedah

21. Apakah nama Bandar Diraja bagi negeri Johor?


A Anak Bukit
B Seri Menanti
C Kuala Kangsar
D Bandar Maharani

22. MAGERAN adalah singkatan kepada __________.


A Majlis Amanah Rakyat
B Majlis Gerakan Negara
C Majlis Gagasan Negara
D Majlis Perpaduan Negara

23. Pengisytiharan Rukun Negara telah diisytiharkan pada ___________.


A 31 Ogos 1970
B 31 Ogos 1957
C 16 September 1963
D 16 September 1957

24. Pembentukan Rukun Negara meruapakan kesan daripada berlakunya Peristiwa __________.
A Penjajahan
B Merdeka
C 16 September 1963
D 13 Mei 1969

25. MAGERAN bertanggungjawab untuk merapatkan ___________ dan mengeratkan ___________ antara
masyarakat berbilang kaum di negara ini.
A ekonomi ….. perpaduan
B hubungan ….. perpaduan
C ekonomi ….. hubungan
D hubungan ….. ekonomi
26. Berikut merupakan antara sebab-sebab pengenalan Rukun Negara, KECUALI…
A Berlakunya perselisihan dan perbalahan kaum sehingga tercetusnya Peristiwa 13 Mei
1963.
B Berlaku pengasingan pekerjaan dan tempat tinggal mengikut kaum.
C Wujud ketidakseimbangan sosioekonomi masyarakat berasaskan kaum.
D Wujud perasaan sedih dalam kalangan masyarakat.

27. ‘Keluhuran perlembagaan’ adalah prinsip Rukun Negara yang ke ________.


A 5
B 4
C 3
D 2

28. ‘Pengalaman nilai murni dapat menjamin kehidupan masyarakat yang harmoni, saling menyayangi,
memahami antara satu sama lain, sentiasa membantu dan bekerjasama dalam masyarakat berbilang kaum.’
Pernyataan di atas merujuk kepada prinisp Rukun Negara….
A Kesopanan dan Kesusilaan
B Keluhuran Perlembagaan
C Kepercayaan kepada Tuhan
D Kedaulatan Undang-undang

29. Bagaimanakah anda menerapkan nilai murni dalam kehidupan seharian anda?
A Patuh kepada undang-undang negara
B Taat setia kepada raja dan negara
C Menguasai bidang sains dan teknologi
D Menjaga tatasusila seperti tingkah laku, tutur kata dan tutur cara

30. Prinsip pertama Rukun Negara ialah Kepercayaan kepada Tuhan kerana ____________.
A rakyat perlu mentaati undang-undang
B agama ialah pegangan utama rakyat Malaysia
C setiap warganegara tidak boleh melakukan kesalahan
D negara kita mengamalkan sistem Beraja Berperlembagaan

KERTAS SOALAN TAMAT

JAWAPAN SOALAN OBJEKTIF


SEJARAH TAHUN 6 UNIT 1 – 3
1. D 11. D 21. D
2. C 12. C 22. B
3. A 13. B 23. A
4. C 14. B 24. D
5. A 15. A 25. B
6. B 16. D 26. D
7. B 17. B 27. C
8. D 18. D 28. A
9. C 19. B 29. D
10. A 20. C 30. B

You might also like