You are on page 1of 7

PERLEMBAGAAN BADAN KEBAJIKAN GURU DAN KAKITANGAN

SEKOLAH KEBANGSAAN SRI PETALING


TAHUN 2024-2026

PERKARA 1: NAMA DAN ALAMAT

1.1. Nama: Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan (BKGK) Sekolah Kebangsaan Sri
Petaling

1.2. Alamat: Jalan 12/15, 46200 Petaling Jaya, Selangor

PERKARA 2: MATLAMAT

Memupuk semangat kerjasama, menjalin silaturrahim serta menjaga kebajikan ahli agar
suasana bekerja di Sekolah Kebangsaan Sri Petaling lebih kondusif dan produktif.

PERKARA 3: TUJUAN PENUBUHAN BKGK

BKGK ditubuhkan untuk:

3.1. Mengadakan aktiviti bagi menyalurkan bantuan dan kebajikan kepada guru-guru dan
kakitangan sekolah ini tanpa bermotifkan keuntungan.

3.2. Membolehkan guru-guru dan pekerja berinteraksi dalam suasana sosial yang sihat
dan bertukar-tukar idea dalam aktiviti yang dijalankan.

3.3. Membentuk dan mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif dan produktif.

PERKARA 4: FUNGSI

Fungsi BKGK adalah untuk menjalankan aktiviti atau program bagi mencapai tujuan yang
dinyatakan dalam Perkara 3, seperti:

4.1. Membantu dari segi kebajikan dan apa-apa juga khidmat yang diperlukan oleh guru-
guru dan kakitangan untuk meringankan beban terutama ketika berlaku kecemasan.

4.2. Menjalin kemesraan dengan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan antara
guru-guru, kakitangan dan pihak pentadbir sekolah.

PERKARA 5: KEAHLIAN

4.1. Terbuka kepada semua guru dan kakitangan Sekolah Kebangsaan Sri Petaling.
Kelayakan menjadi ahli adalah secara automatik.

1
PERKARA 6: AHLI JAWATANKUASA

6.1. Kelab hendaklah diuruskan oleh Ahli Jawatankuasa induk yang terdiri daripada
kalangan guru dan kakitangan yang dilantik dalam Mesyuarat Agung Tahunan.
6.1.1. Pengerusi
6.1.2. Naib Pengerusi
6.1.3. Setiausaha
6.1.4. Naib Setiausaha
6.1.5. Bendahari 1 dan 2
6.1.6. Lapan orang AJK (Biro)
6.1.7. Juru Audit 2 orang

6.2. Ahli yang hadir semasa Mesyuarat Agung sahaja yang layak dicalon dan dilantik
sebagai Ahli Jawatankuasa Induk. Walau bagaimanapun, ahli yang tidak hadir tetapi
menulis surat tunjuk sebab adalah dibolehkan untuk dicalonkan sebagai Ahli
Jawatankuasa BKGK atas nasihat Guru Besar dan Guru Penolong Kanan.

6.3. Pemilihan Ahli Jawatankuasa adalah secara undian.

6.4. Ahli Jawatankuasa Kecil (Biro) boleh dilantik oleh pengerusi tanpa mengadakan
mesyuarat. Ahli Jawatankuasa yang ingin meletakkan jawatan hendaklah
menghantar surat perletakan jawatan kepada pengerusi.

6.5. Tempoh memegang jawatan dalam jawatankuasa adalah bermula dari tarikh
pelantikan sehingga tarikh Mesyuarat Agung Tahunan pada 2 tahun berikutnya yang
berakhir pada 05 Mac 2026.

PERKARA 7: TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB AHLI JAWATANKUASA

Menganjur dan mengelola kegiatan dan aktiviti kelab serta membuat keputusan atas
perkara-perkara yang menyentuh perjalanan kelab tanpa bercanggah dengan dasar umum
yang ditetapkan oleh Mesyuarat Agung Tahunan.

7.1. Pengerusi
7.1.1. Mempengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa dan Mesyuarat Agung
Tahunan dan bertanggungjawab ke atas kesempurnaan semua mesyuarat.
7.1.2. Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang
diputustkan diambil tindakan yang sewajarnya.
7.1.3. Bertanggungjawab ke atas semua aktiviti dan perjalanan kelab sepanjang
tempoh berkhidmat.
7.1.4. Mempunyai undi pemutus dan hendaklah menandatangani minit-minit
mesyuarat apabila telah dituluskan.
7.1.5. Bertanggungjawab mengawasi pentadbiran kelab serta memastikan apa-apa
peraturan dipatuhi oleh semua ahli kelab.
7.1.6. Sentiasa mematuhi segala peruntukan perlembagaan dalam menjalankan
tugas sebagai pengerusi.
7.1.7. Memastikan segala aktiviti dan program kelab dilaksanakan dengan
sempurna dan teratur.

2
7.2. Naib Pengerusi
7.2.1. Bertanggungjawab membantu pengerusi dalam menjalankan fungsi-fungsi
Pengerusi.
7.2.2. Menjalankan tanggungjawab dan fungsi pengerusi semasa ketiadaan
pengerusi.

7.3. Setiausaha
7.3.1. Menjalankan urusan kelab mengikut perlembagaan.
7.3.2. Mencatat, menyelia dan menyimpan minit-minit mesyuarat jawatankuasa dan
mesyuarat agung tahunan.

7.4. Naib Setiausaha


7.4.1. Menyediakan laporan-laporan untuk dibentangkan pada Mesyuarat Agung
Tahunan serta minit-minit yang bersangkutan dengannya.
7.4.2. Menguruskan hal-hal mesyuarat dan menyimpan rekod-rekod kelab.

7.5. Bendahari 1
7.5.1. Bertanggungjawab mengurus dan mengawal hal ehwai kewangan Kelab
dengan menyediakan dan menyimpan kewangan yang dikemaskini dari masa
ke semasa.
7.5.2. Mengurus perbelanjaan wang kelab seperti yang diputuskan oleh Mesyuarat
Agung Tahunan dan mesyuarat jawatankuasa BKGK.
7.5.3. Menerima bagi pihak kelab semua derma atau sumbangan daripada mana-
mana ahli atau lain-lain sumber dan mengeluarkan resit akuan serta
dokumen yang berkaitan.
7.5.4. Memastikan tiada berlaku terlebih pengeluaran atau penyalahgunaan wang
dari akaun kelab.
7.5.5. Menyediakan laporan atau penyata kewangan untuk diaudit dan
dibentangkan dalam Mesyuarat Agung serta laporan-laporan yang berkaitan.

7.6. Bendahari 2
7.6.1. Membantu Bendahari 1 dalam menjalankan segala tugas-tugas dan fungsi
bendahari.
7.6.2. Membantu Bendahari 1 dalam membuat kutipan yuran tahunan.

PERKARA 8: KEWANGAN

8.1. Setiap ahli baharu diwajibkan membayar yuran DAFTAR AHLI sebanyak RM50.00.

8.2. Setiap ahli juga wajib membayar yuran tahunan mengikut persetujuan tahun semasa.

8.3. Jumlah bayaran kutipan yuran boleh dipinda sekiranya mendapat persetujuan 2/3
ahli semasa Mesyuarat Agung Tahunan.

8.4. BKGK juga boleh memperoleh sumber kewangan melalui aktiviti atau sumbangan
daripada pihak luar (derma).

3
8.5. Bagi aktiviti yang memerlukan perbelanjaan besar, kutipan khas daripada ahli BKGK
perlu dibuat bagi membiayai kos aktiviti tersebut.

8.6. Semua pungutan penyimpanan boleh dimasukkan ke dalam akaun yang disediakan
oleh bendahari.

8.7. Penyata kewangan akan diaudit dan diedarkan semasa Mesyuarat Agung.

8.8. Bendahari boleh memegang duit tunai maksimum RM 500.00 sahaja.

PERKARA 9: KEHADIRAN / PENYERTAAN

9.1. Setiap ahli diwajibkan untuk hadir dalam Mesyuarat Agung Tahunan BKGK.

9.2. Sekiranya ahli tidak dapat hadir, ahli dikehendaki menulis surat kepada pengerusi
kelab.

9.3. Ahli yang belum menjelaskan tunggakan yuran tahunan sebelumnya tidak boleh
menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh BKGK pada tahun semasa, kecuali setelah
mendapat persetujuan dan pertimbangan daripada Ahli Jawatankuasa Induk atau
Penasihat Kelab.

PERKARA 10: AKTIVITI

10.1. Aktiviti dijalankan mengikut perancangan yang ditetapkan dalam Mesyuarat Agung
Tahunan atau Mesyuarat Ahli Jawatankuasa BKGK.

10.2. Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh pengerusi dan hendaklah dimaklumkan
kepada ahli.

10.3. Semua aktiviti yang dianjurkan oleh BKGK wajib disertai oleh semua ahli.

PERKARA 11: PEMBATALAN KEAHLIAN

11.1. Mana-mana ahli yang bersikap tidak sopan atau mengganggu badan ini boleh
dipecat oleh Jawatankuasa.

11.2. Ahli yang dipecat berhak membuat rayuan dalam tempoh 14 hari dari tarikh
pemecatan dan akan dipertimbangan oleh Jawatankuasa.

PERKARA 12: PINDAAN PERLEMBAGAAN

12.1. Mana-mana bahagian dalam Perlembagaan ini adalah sah sehingga berlaku
pindaan.

12.2. Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli bersama Ahli Jawatankuasa
Induk BKGK yang diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan.

4
12.3. Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Pengerusi, AJK (Biro) BKGK dan ahli akan
membincangkan cadangan pindaan dan meluluskannya jika perlu.

12.4. Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamerkan dan disahkan oleh
pengerusi.

PERKARA 13: MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

13.1. Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah diadakan pada setiap tahun setelah tamat
tempoh setahun dari Mesyuarat Agung tahun sebelumnya.

13.2. Notis tarikh mesyuarat Agung Tahunan hendaklah dihebahkan kepada ahli selewat-
lewatnya TIGA hari sebelum tarikh mesyuarat.

13.3. Agenda Mesyuarat Agung hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut:


13.3.1. Ucapan Pengerusi
13.3.2. Membentangkan dan menerima minit mesyuarat agung tahun lalu.
13.3.3. Membentangkan dan menerima laporan kewangan aktiviti
13.3.4. Perkara Berbangkit
13.3.5. Memilih Ahli Jawatankuasa BKGK bagi tahun berkenaan
13.3.6. Hal-hal Iain
13.3.7. Ucapan Penangguhan

13.4. Mesyuarat Agung Tahunan bertanggungjawab memiiih pemegang-pemegang


jawatan dalam Ahli Jawatankuasa BKGK serta menimbangkan perkara yang
menyentuh kemajuan dan kebajikan ahli kelab. Pemilihan pemegang jawatan dibuat
seperti berikut:
13.4.1. Ahli yang dicalonkan untuk memegang jawatan hendaklah seperti yang
dinyatakan dalam Perkara 6. Setiap pencalonan hendaklah mempunyai
pencadang dan penyokong.
13.4.2. Pemilihan hendaklah dibuat secara undian bertulis bagi jawatan yang
ditandingi.
13.4.3. Calon yang mendapat undian terbanyak dipilih untuk menjawat jawatan yang
dipertandingkan.

13.5. Mesyuarat Agung Khas boleh diadakan:


13.5.1. Apabila difikirkan mustahak oleh Ahli Jawatankuasa BKGK.
13.5.2. Atas permintaan ahli-ahli secara bertulis (tidak kurang daripada ¼ jumlah ahli
biasa) dengan menerangkan tujuan dan sebab-sehab mengadakannya.

13.6. Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu
tarikh dalam tempoh satu bulan dari tarikh permintaan tersebut.

13.7. Pengumuman dan agenda bagi Mesyuarat Agung Khas hendaklah diedarkan kepada
semua ahli oleh setiausaha sekurang-kurangnya 7 hari sebelum tarikh yang
ditetapkan untuk bermesyuarat.

5
PERKARA 14: KUORUM

Kuorum mesyuarat adalah seperti berikut:

14.1. Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah dihadiri tidak kurang daripada 2/3 ahli.

14.2. Mesyuarat Ahli Jawatankuasa hendaklah tidak kurang 1/2 daripada jumlah bilangan
Ahli Jawatankuasa BKGK.

14.3. Jika Kuorom tidak mencukupi selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan
untuk Mesyuarat Agung atau Mesyuarat Agung Khas, maka mesyuarat itu hendaklah
ditangguhkan kepada satu tarikh yang ditetapkan oleh Ahli Jawatankuasa dan jika
kuorom tidak mencukupi juga selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan
mesyuarat ditangguhkan itu, maka mesyuarat itu berkuasa meminda perlembagaan
atau membuat keputusan secara rasmi setelah mendapat persetujuan dan nasihat
daripada Ketua Penasihat BKGK (Guru Besar).

PERKARA 15: SUMBANGAN KEBAJIKAN

15.1. PERSARAAN AHLI: Sumbangan untuk guru dan kakitangan yang bersara menerima
cenderahati bernilai RM 50.00 + saguhati mengikut tempoh berkhidmat + sumbangan
ahli (RM10).

15.2. KEMATIAN IBU/BAPA/MERTUA/ANAK/SUAMI/ISTERI: Akan menerima sumbangan


bernilai RM100 + sumbangan.

15.3. KEMATIAN AHLI: Akan menerima sumbangan bernilai RM 100.00 + saguhati


mengikut tempoh berkhidmat + sumbangan.

15.4. BERTUKAR SEKOLAH: Menerima cenderahati bernilai RM 50.00 + RM10.00 bagi


setiap tahun berkhidmat + sumbangan ahli (RM10)

15.5. BERKAHWIN KALI PERTAMA: Semasa berkhidmat di sekolah ini menerima RM


100.00 + sumbangan.

15.6. BERSALIN:
15.6.1. Anak Pertama: RM100.00
15.6.2. Anak Kedua: RM50.00
15.6.3. Anak Ketiga: RM30.00 dan seterusnya

15.7. SAKIT: Ahli yang dimasukkan ke wad sekurang-kurangnya 1 hari atau semalaman
akan menerima sumbangan RM 50.00 setahun.

PERKARA 16: PEMBUBARAN KELAB

16.1. Kelab akan dibubarkan pada Mesyuarat Agung Dwitahunan. Guru Besar (Ketua
Penasihat) diberi kuasa untuk membubarkan kelab jika kelab didapati melanggar
perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara.

6
“MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT”

Disediakan oleh Disemak oleh

_________________________________ ____________________________
(AFIQAH BINTI NOOH) (WAN YUSOF BIN ZAKARIA)
Setiausaha, Pengerusi
Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan
SK Sri Petaling 2024 – 2026 SK Sri Petaling 2024 – 2026

Disahkan oleh

_____________________________
(SHAMSINAR HAYATI BINTI MOHD SHITH)
Penasihat
Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan
SK Sri Petaling 2024 – 2026

You might also like