You are on page 1of 2

SLJLIT* j2k

940/1

PERCUBAAN
STPM 2008

SEJARAH
KERTASI
(TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800)
(Tigajam)

PEPERIKSAAN PERCUBAAN BERSAMA STPM 2008

ANJURAN BERSAMA

JABATAN PELAJARAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN

DAN

PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA

SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA (PKPSM) KEDAH

Arahan kepada calon:

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT


DEMIKIAN.

Jawab cmpat scialan sahaja: dua soalan daripada Bahagian A dan dua soalan daripada Bahagian B.

Kertas soalan ini tcrdiri daripada 2 halaman bercetak

Jabatan Pelajaran Negeri Kedah 2008

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
j2k

Bahagian A
I. Huraikan struktur organisasi sosial tamadun Mesir dan Mesopotamia (25 markah)
Bincangkan ciri-ciri negara kota Athens dan Sparta (25 markah)
3. Huraikan strategi yang digunakan dalam sejarah peperangan sejak zaman tamadun awal.
(25 markah)
4. Terangkan konsep sara diri, komersil, dan kapitalisme. Huraikan perkembangan sistem
perdagangan daripada sistem barter kepada sistem kapitalisme yang berlaku di Eropah.
(25 markah)
5. Dalam perkembangan tamadun manusia terdapat pelbagai institusi pendidikan formal untuk
tujuan pengajaran dan pembelajaran. Bincangkan lima sebab perkembangan institusi pendidikan
formal dengan memberi contoh daripada tamadun awal. (25 markah)
6. Tahun-tahun 1450 hingga 1550 merupakan zaman pembaharuan yang melahirkan fahaman
humanisme, sekularisme dan nasionalisme. Bincangkan maksud dan ciri-ciri humanisme,
sekularisme dan nasionalisme. (25 markah)
7. Nilaikan kepentingan penjelajahan dan penemuan oleh Christopher Columbus, Ferdinand
Magellan, dan Vasco da Gama kepada perkembangan politik dan ekonomi dunia. (25 markah)
8. Bandingkan konsep ketuhanan dan keagamaan antara pandangan tamadun-tamadun awal
dengan pandangan Islam. (25 markah)

Bahagian B
9. Terangkan cara hidup masyarakat Jahiliyah sebelum kedatangan Islam. (25 markah)
10. "Nabi Muhammad s.a.w. bukan sahaja seorang Nabi dan Rasul tetapi juga seorang negarawan."
Bincangkan penyataan ini. (25 markah)
11. Bincangkan sebab-sebab dan kesan-kesan pembukaan kota Mekah oleh Nabi Muhammad s.a.w
pada tahun 8 Hijrah. (25 markah)
12. Huraikan sumber dan sistem pentadbiran Baitul Mal pada zaman Khalifah Umar al Khattab.
(25 markah)
13.> Bincangkan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya kepesatan dan kejayaan Acheh sebagai
pusat kegiatan keilmuan dan pusat penyebaran Islam yang utama di Nusantara pada abad ke 16
hingga ke 18. (25 markah)
14. Huraikan kategori ilmu dan sumber-sumber ilmu menurut pandangan Islam dan tokoh-tokoh
ilmuan. (25 markah)
15. Bandingkan tujuan penjelajahan dan penerokaan dalam tamadun Islam dan Tamadun Barat.
(25 markah)
16. Huraikan pandangan sarjana Islam dan Barat tentang sebab-sebab bangun dan jatuhnya sesuatu
tamadun dengan mengemukakan contoh-contoh yang jelas. (25 markah)

You might also like