MODUL TIM TINGKATAN 1
NISBAH, KADAR DAN KADARAN
1. Nisbah bilangan murid lelaki kepada murid perempuan di dalam sebuah kelas ialah 3 : 4.
Jumlah bilangan murid lelaki ialah 15 orang. Kemudian, 2 orang murid perempuan
dipindahkan ke kelas lain. Cari nisbah baharu bagi bilangan murid lelaki kepada bilangan
murid perempuan. [3 markah]
2. Hassan dibayar RM120 untuk 5 jam bekerja. Jika dia bekerja selama 8 jam, hitung jumlah
upah yang diterimanya [3 markah]
UNGKAPAN ALGEBRA
1. Tulis satu ungkapan algebra bagi setiap pernyataan berikut [2 markah]
(a) Bahagikan hasil tambah 8p dan rs dengan 3
(b) Tolak hasil darab 3x dan y daripada hasil tambah 12x dan 5
2. Bayaran masuk ke sebuah sarkas untuk seorang kanak-kanak ialah 2x. Bayaran masuk
seorang dewasa adalah Rmy lebih mahal daripada bayaran masuk untuk seorang kanak-
kanak.
(a) Tulis satu ungkapan algebra yang mewakili jumlah bayaran masuk untuk dua orang
dewasa dan tiga orang kanak-kanak. [2 markah]
(b) Jika x = 8, dan y = 14, hitung jumlah bayaran masuk dalam RM untuk dua orang dewasa
dan tiga orang kanak-kanak. [2 markah]
PERSAMAAN LINEAR
1. (a) Selesaikan :
2 –y=5 [1 markah]
3
(b) Diberi bahawa x + 3y = 20 dan x = 2y. Cari nilai y [2 markah]
2. Rajah di bawah menunjukkan sebuah kebun berbentuk segi empat tepat.
Kebun x cm
(x + 4) m
Jika perimeter kebun itu ialah 56 m,
(i) Tulis satu persamaan linear [1 markah]
(ii) Cari Panjang kebun itu [2 markah]
GARIS DAN SUDUT
1. Dalam rajah di bawah, PSR dan QST ialah garis lurus
Cari nilai x [3 markah]
2. Dalam rajah di bawah, PQR ialah garis lurus.
Cari nilai x [3 markah]
PENGENDALIAN DATA
1. Data di bawah menunjukkan tinggi dalam cm, bagi 20 orang pemain bola keranjang.
168 171 170 172 175 170 171 172 174 173
174 174 175 171 172 171 173 170 172 171
Lukiskan plot titik dengan menggunakan garis nombor di ruang jawapan.
[3 markah]
Bilangan Pemain Bola Keranjang
Tinggi (dalam cm)
2. Jadual di bawah menunjukkan bilangan pokok durian di dalam empat dusun P, Q, R, dan S.
Dusun P Q R S
Bilangan pokok 16 24 20 12
Jika data itu diwakili oleh sebuah carta pai, hitung sudut sektor yang terbesar
[3 markah]
TEOREM PITHAGORAS
1. Dalam rajah di bawah, PQRS ialah sebuah segi empat sama dan RTS ialah garis lurus
Hitung:
(i) Panjang QT, dalam cm [2 markah]
(ii) Perimeter dalam cm, kawasan berlorek [2 markah]
2. Dalam rajah di bawah, PRT dan QRS ialah garis lurus. Panjang RT adalah dua kali ganda
panjang PR.
Hitung Panjang dalam cm, bagi
(i) RT [1 markah]
(ii) PQ [2 markah]