You are on page 1of 17

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SARJANA MUDA PENGAJARAN

SEMESTER SEPTEMBER / 2011


==================================================================

HBEF1503 MASYARAKAT DAN TAMADUN


=====================================================================

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN: NO. TELEFON E-MEL

: : :

650929075509001 0174397433 zusma_4646@yahoo.com.my

650929075509

PUSAT PEMBELAJARAN

PP kedah

HBEF1503/650929075509 --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

ISI KANDUNGAN
Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 Perkara Isi Kandungan Pendahuluan Ciri-ciri Masyarakat Majmuk Matlamat Dasar Pendidikan Falsafah Pendidikan Negara Kekuatan dan kelemahan Cadangan Peningkatan Kesimpulan Bibliografi Muka Surat 1 2 3 4 5 5 10 14 15

Sekolah Wawasan mampu mempromosikan integrasi kaum di Malaysia. - Gambar hiasan

HBEF1503/650929075509 --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

1.0 Pengenalan Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai rakyat berbilang kaum yang dapat hidup dengan harmoni. Antara tiga kaum utama di Malaysia Cina, Melayu dan India telahpun menetap di tanah bertuah ini selama 5 abad. Selain itu, Malaysia juga merupakan tanah air kepada sebanyak kira kira 80 kaum etnik, terutamanya di Malaysia Timur. Antaranya termasuklah Baba dan Nyonya, Kadazan dusun dan Iban Malaysia sememangnya terkenal dengan adanya masyarakat majmuk yang berbilang kaum. Pembentukan masyarakat majmuk berbilang kaum di Malaysia telah wujud pada abad ke-19 adalah kesan daripada Kolonialisme yang mutlak. Pada tahun 1948, seorang pakar astropologi, J.S Funival pernah menulis dan menghuraikan pandangan beliau berhubung masyarakat majmuk. Masyarakat majmuk menurut kamus dewan (2011) membawa maksud masyarakat yang terdiri daripada beberapa kaum. Definisi masyarakat majmuk mengikut Furnival (1948 ) merujuk kepada pelbagai jenis manusia yang bercampur tetapi tidak bersatu. Mereka hidup berdekatan tetapi terpisah dalam sistem politik yang sama. Masing-masing berpegang kepada kebudayaan,agama, bahasa, idea dan kaedah sendiri. Mereka berinteraksi secara minima dalam urusan tertentu seperti di pasar tetapi kemudian balik ke kelompok masing-masing. Pekerjaan juga dibahagikan mengikut garis perkauman. Bagi Prof Dr Hashim Kamali (IAIS) (2010) mendefisikan kemajmukan sebagai masyarakat yang ingin menjalani kehidupan bersama berlainan bangsa, agama serta latar belakang itu yang menentukan berjaya atau tidak konsep hidup dalam masyarakat majmuk serta memahami maksud kemajmukan sebenar dan menangani konflik dikaitkan dengan perbezaan serta kepelbagaian itu, rakyat tidak kira bangsa atau agama dinegara ini perlu memiliki sikap keterbukaan.

Masyarakat majmuk di Malaysia terjadi secara tidak sengaja. Pada awal abad ke19, lebih 90% penduduk di tanah melayu adalah melayu. Namun pada pertengahan abad 3

HBEF1503/650929075509 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ke-19, penghijrahan masuk kaum cina dan india secara beramai-ramai ekoran dasar liberal Inggeris telah mengubah struktur kependudukan asal Tanah Melayu. Masyarakat majmuk di Malaysia terdiri dari pelbagai etnik yang dikategorikan mengikut cara hidup, pola penempatan,pekerjaan dan pendidikan. Kaum utama di Malaysia terdiri daripada kaum Melayu, Cina, India dan pelbagai etnik yang lain.

1.1 Ciri-ciri masyarakat majmuk menurut Furnivall (1948 )

Mempunyai 2 atau lebih kumpulan etnik, tinggal di kawasan yang sama, tidak

bercampur-gaul, berada dalam satu unit politik


Pemerintah dari bangsa berlainan Tiada kesedaran kebangsaan Pembahagian ekonomi yang jelas antara kumpulan etnik Pasar sebagai tempat berinteraksi. Cenderung kepada konflik, perlu kuasa luar untuk mengawal keadaan

Setiap kumpulan mempunyai aturan sosial tersendiri, sebagai panduan hidup (budaya, adat resam dan sebangainya) Wujud garisan-garisan pemisah yg memperkukuhkan (mutually reinforcing cleavages) BUKAN garisan-garisan silang-melintang (cross-cutting cleavages

Oleh kerana kepelbagaian kaum yang ada di Malaysia ini, maka adalah menjadi objektif dan dasar yang utama bagi kerajaan bagi untuk menggariskan serta menambahbaikan pelbagai dasar berkaitan pendidikan yang merangkumi serta mendasari semua kaum yang mendiami Malaysia. Kerajaan Malaysia sejak penubuhannya telah merangka pelbagai usaha dan menggariskan pelbagai dasar pendidikan kearah membangunkan modal insan yang sempurna bagi menjana Malaysia yang lebih makmur dan bersatupadu pada masa akan datang. Dasar-dasar pendidikan yang diperkenalkan oleh 4

HBEF1503/650929075509 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------kerajaan Malaysia bagi tujuan mencapai kesepaduan antara kaum melalui pendidikan ialah : Penyata Razak ( 1956 ) Dasar Pendidikan Kebangsaan Laporan Rahman Talib ( 1965 ) Jawatankuasa Kabinet ( 1979 )

Merujuk kepada dasar-dasar pendidikan yang dinyatakan

di atas, sebelum

kemerdekaan, telah timbul kesedaran di kalangan pemimpin dan rakyat Malaysia tentang betapa mustahaknya diadakan satu sistem pendidikan kebangsaan untuk mengganti sistem pendidikan penjajah bagi memenuhi kehendak negara. Atas kesedaran inilah lahir satu Dasar Pendidikan (Pelajaran) Kebangsaan melalui Penyata Razak 1956 dan dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957. Dasar pendidikan ini telah disemak semula dalam tahun 1960 yang menghasilkan Laporan Rahman Talib. Laporan Rahman Talib ini kemudian dimaktubkan dalam Akta Pelajaran, 1961. Kemudian, sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam tahun 1974 untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan dengan tujuan untuk memperbaiki pelaksanaannya supaya matlamat untuk melahirkan satu masyarakat yang bersatupadu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi pembangunan negara dapat dicapai. Laporan Jawatankuasa ini telah diterbitkan dalam tahun 1979.

1.2Matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan Perpaduan negara untuk mencapai matlamat tersebut, penyata razak (1956) dan laporan rahman talib (1965) telah mengariskan tiga asas utama seperti berikut: Sistem persekolahan yang sama bagi semua. 5

HBEF1503/650929075509 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama di semua peringkat persekolahan; dan Kurikulum dan peperiksaan sekolah yang sama kandungan dan bercorak kebangsaan. Semua dasar pendidikan yang dibentuk di atas adalah bertujuan melahirkan generasi muda Malaysia yang menepati kehendak Falsafah Pendidikan Negara iaitu:

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA " Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangankan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. "

2.0Kekuatan dan kelemahan sistem pendidikan Negara dalam memupuk kesepaduan kaum dan etnik. Dalam melaksanakan serta merealisasikan perbagai dasar pendidikan negara sejak lepas merdeka hingga kini kerajaan berdepan dengan berbagai halangan dan rintangan dimana tiap-tiap dasar yang digariskan itu sudah pastilah mempunyai kekuatan dan kelemahan tertentu dalam proses merealisasikan pelaksanaannya. Di bawah ini dinyatakan kekuatan dan juga kelemahan dasar pendidikan kearah memupuk toleransi, kesepaduan kaum dan etnik di Malaysia.

2.1

Kekuatan sistem pendidikan Negara kearah menyumbang perpaduan kaum di Malaysia. 6

HBEF1503/650929075509 --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

i)Sistem persekolahan yang sama bagi semua Pada asasnya Laporan Razak mencadangkan penubuhan sekolah-sekolah umum yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya dan sekolah-sekolah jenis umum menggunakan bahasa pengantar Cina, Tamil dan Inggeris. Kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa untuk perpaduan jelas dinyatakan. Seterusnya walaupun pada peringkat rendah ini sekolah-sekolah diasingkan oleh bahasa pengantar yang berbeza namun sukatan pelajaran dan sistem persekolahan disamakan. Pada peringkat menengah pula ditubuhkan Sekolah Menengah Kebangsaan dengan pengantar bahasa Melayu dan semua kanak-kanak akan memasuki sama ada Sekolah Menengah Kebangsaan atau Sekolah Menengah Inggeris tanpa mengira bahasa pengantar yang dilaluinya pada peringkat rendah. ii)Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama Cara paling penting untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia ialah melalui penggunaan bahasa kebangsaan. Penggunaan satu bahasa perhubungan dan persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain dapat diwujudkan tanpa menimbulkan rasa curiga. Langkah ini mempercepatkan lagi perpaduan dan rasa hormoni antara kaum di negara ini. Peruntukkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar terkandung dalam Akta Pelajaran 1961 yang menggariskan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama pada semua peringkat pendidikan. iii)Kurikulum yang sama Kurikulum ialah satu rancangan pendidikan yang terkandung di dalamnya segala ilmu pengetahuan serta kemahiran, nilai-nilai dan norma, unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan yang telah menjadi pilihan masyarakat untuk diperturunkan kepada ahliahlinya. Peranan kurikulum dalam pendidikan adalah untuk membina perkembangan pelajar yang lengkap dari segi jasmani, rohani, akal dan emosi. Dalam konteks negara 7

HBEF1503/650929075509 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Malaysia, kurikilum juga berperanan untuk melahirkan rakyat yang mendokong cita-cita negara dalam mewujudkan perpaduan yang berpandukan Rukunegara di samping menghasilkan tenaga rakyat yang terlatih untuk keperluan negara. iv)Sukatan pelajaran yang seragam Sukatan pelajaran yang sama isi kandungannya yang disyorkan oleh Penyata Razak adalah dianggap sebagai salah satu asas sistem pelajaran kebangsaan bagi mewujudkan perpaduan negara. Mata pelajaran Sejarah memainkan peranan penting ke arah matlamat pembangunan. Melalui pelajaran Sejarah diharapkan dapat membina semangat perpaduan dan perasaan hormat menghormati terutama dlam masyarakat yang berbilang kaum, agama dan adat resam. v)Peperiksaan yang seragam Rancangan kerajaan untuk menseragamkan kurikulum di sekolah-sekolah telah diperkukuhkan lagi dengan mewujudkan satu sistem peperiksaan yang seragam. Dengan adanya sukatan pelajaran dan peperiksaan yang seragam, pelajaran para pelajar tidaklah terganggu apabila terpaksa berpindah sekolah. Langkah ini boleh menolong proses menyatupadukan pelajar berbilang kaum di samping mewujudkan keperibadian yang sama. vi) Sekolah Wawasan Di bawah konsep Sekolah Wawasan, kerajaan meletakkan sekolah aliran yang berbeza di bawah satu lokasi supaya kanak-kanak yang berlainan latar belakang kaum ini boleh berkongsi padang permainan dan berkongsi waktu perhimpunan. Semua murid dari ketiga-tiga aliran sekolah kebangsaan, Cina dan Tamil dapat menyesuaikan diri apabila berkongsi kemudahan dalam satu kompleks Sekolah Wawasan. Tiada sebab mana-mana pihak perlu ragu dengan pelaksanaan Sekolah Wawasan kerana jelas hubungan antara pelajar pelbagai kaum berjalan lancar, tiada orang hilang identiti bahasa masing-masing tetap berdiri sebagai sekolah kebangsaan, sekolah Cina dan sekolah 8

HBEF1503/650929075509 --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tamil.

2.2 i)

Kelemahan sisitem pendidikan dalam perpaduan kaum dan etnik Sistem pendidikan yang Berbeza Sistem persekolahan yang wujud di negara ini, pada dasarnya berpandukan sistem

Barat yang diperkenalkan oleh pentadbiran British mulai abad ke 19, iaitu pada peringkat permulaannya, di Negeri-negeri Selat. Pada awal tahun itu, pihak British memberi keutamaan kepada pelajaran Melayu dan Inggeris. Pendidikan Cina dan Tamil dibiarkan berkembang secara sendirian. Pelajaran Cina telah membarai kesedaran kebangsaaan pemuda pemuda Cina. Sekolah Cina bukan hanya menggunakah bahasa Cina sebagai bahasa pengantar, gurunya datang dari negara China, buku teks diimport dari negara China dan berkiblatkan China. Sekolah Tamil pula menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar yang tunggal. Kebanyakan sekolah Tamil terletak di kawasan ladang dan sebahagian besarnya dibiayai oleh syarikat-syarikat yang memiliki ladang-ladang berkenaan. Walau bagaimanapun, keadaan sekolah Tamil tidak pernah setanding dengan sekolah-sekolah Cina, Melayu atau Inggeris. Kerajaan sebelum merdeka menganggap sekolah Inggeris sebagai sistem persekolahan yang unggul. Kelulusan sekolah Inggeris terdedah kepada pemikiran Barat. Perbezaan di antara sekolah Inggeris dengan sekolah-sekolah lain bukan dari segi bahasa pengantar sahaja, sukatan pelajaran juga tidak sama dan sekolah Inggeris juga memberi kesan kepada perpecahan yang berlaku di dalam masyarakat. Jelas sekali, sistem persekolahan sebelum merdeka memainkan peranan penting mengekalkan keperibadian satu-satu golongan etnik dan, di samping itu, mewujudkan dua golongan terdidik

HBEF1503/650929075509 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------berpelajaran Inggeris dan berpelajaran vernacular yang tidak mempunyai pandangan dunia (world view) yang sama. Pihak Inggeris tidak memberatkan objektif perpaduan dalam sistem pelajarannya. Tidak ada satu dasar pendidikan kebangsaan sepertimana yang kita lihat hari ini. Yang penting bagi mereka ialah memberi pelajaran kepada segolongan rakyat untuk membolehkan sebahagian mereka memenuhi keperluan tenaga dan ekonomi.

ii)

Pola Penempatan Yang Berlainan Walaupun hasrat dan tujuan Akta Pendidikan 1961 ini untuk menyatukan kaum

yang ada di Malaysia ini, tetapi secara praktikalnya, sukar untuk mencapai matlamat itu memandangkan pola tempat tinggal yang berlainan. Misalnya orang Melayu tinggal di kampung-kampung dan pinggir pantai, kaum Cina tinggal di kawasan perlombongan dan kemudiannya bertukar kepada Bandar (sehingga kini) dan kaum India di kawasan ladangladang getah. Dengan ini tentulah amat sukar untuk menyatukan mereka.

iii)

Tempat Persekolahan Berbeza Dari umur kecil lagi, masyarakat kita dibahagi mengikut kaum dan kalau menjelang

umur 18 tahun, barulah kita menggalakkan perpaduan kaum melalui penyertaan di PLKN ternyatalah tindakan ini adalah terlalu lambat. Oleh kerana itu, sistem pendidikan rendah dan menengah kita mesti dibentuk semula untuk mengelak pembahagian dan perpisahan mengikut barisan kaum. Sebelum pemodenan, sebelum tiap-tiap anak memasuki sekolah, tidak susah membuat kawan daripada kaum dan bangsa yang lain. Dalam masyarakat kita yang cukup majmuk, pada bila-bila masa kanak-kanak tentulah bermain dan berborak dengan rakan seumur mereka, tidak kira bangsa. Masalahnya muncul apabila kanak-kanak masuk sekolah. Kalau mereka semua menghadiri sekolah yang sama, tiadalah masalah - tetapi oleh kerana pihak 10

HBEF1503/650929075509 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------kolonialis enggan menyokong satu sistem sekolah untuk semua rakyat, kita sudah biasa dengan menghantar anak-anak kita ke sekolah mengikut keturunan masing-masing. Kalau terdapat cukup peluang untuk kanak-kanak bergaul dan berinteraksi dengan rakanrakan mereka daripada keturunan lain di luar sekolah, kita masih boleh mengelak persoalan polarisasi kaum. Tetapi dalam zaman urbanisasi ini, kita hidup dalam masyarakat di mana kanak-kanak tidak berinteraksi dengan jiran kerana mereka lebih gemar bersembang dan bergaul dengan rakan sekolah. Hakikatnya sekarang ialah, anak Melayu pergi sekolah kebangsaan, kalau anak Cina pergi sekolah jenis kebangsaan Cina, kalau anak India pergi sekolah jenis kebangsaan Tamil, dimana ada titik pertemuan untuk perpaduan nasional? Realitinya, kita sudah mengamalkan suatu sistem pendidikan berdasarkan segregasi. 3.0 i) Cadangan Peningkatan Program Rimup Antara program yang perlu dipertingkatkan lagi pelaksanaanya ialah

memperkasakan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (Rimup) yang dilihat sebagai satu program yang baik bagi tujuan kesepaduan etnik di Malaysia, natijahnya program ini tidak dilaksanakan secara berkesan dan bersungguh-sungguh sebagaimana yang diharapkan. Oleh itu adalah dicadangkan agar pihak sekolah selaku pemain utama dan penggerak tranformasi kerajaan perlu melaksanakan program ini dan nampak dilaksanakan secara nyata. Antara program atau aktiviti-aktiviti yang dapat dijayakan bersama antara sekolah kebangsaan , sekolah jenis kebangsaan ialah: A) Kegiatan Kokurikulum, B) Pertandingan Reka Cipta C) Kelab Rukun Tetangga D) Lawatan Sambil Belajar 11

HBEF1503/650929075509 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------E) Pertukaran Pelajar F) Program Anak Angkat antara sekolah berkenaan. Dengan menjayakan aktiviti-aktiviti seumpama di atas nescaya, kesepaduan antara kaum dapat tercapai dan dapat menepati kehendak program yang diwujudkan serta dapat meningkat serta menyuburkan semangat kerjasama antara kaum sebagai pemangkin perpaduan nasional.

ii)

Pendemokrasian Pendidikan Globalisasi dan imperialisme pendidikan telah menjadikan kerajaan peka terhadap

peluang pelajaran bagi penduduk di kawasan luar bandar. Pendidikan di luar bandar perlu diberi perhatian yang sama seperti sekolah di bandar. Masalah kekurangan guru terlatih, taraf kesihatan yang rendah dan kekurangan prasarana yang berkualiti merupakan faktor penghalang proses pembinaan sahsiah, bakat dan kebolehan kanak-kanak. Untuk merealisasikan pendemokrasian pendidikan, kerajaan perlulah memberi peruntukan yang lebih tinggi bagi dimanfaatkan oleh sekolah-sekolah luar bandar agar tidak terus ketinggalan berbanding sekolah-sekolah di bandar-bandar termasuklah membina asrama-asrama bagi membolehkan pelajar-pelajar menikmati kemudahan. Selanjutnya kerajaan juga perlu memperuntukkan tenaga pengajar yang terdiri daripada pelbagai latar kaum untuk mengajar dikawasan luar bandar supaya tenaga pengajar ini dapat memberi input yang lebih berkesan kearah mencapai kesepaduan etnik dalam Negara kita. Kita melihat Sek Kebangsaan dikuasai oleh guru-guru melayu sahaja, begitu juga dengan SJKC atau SJKT.

iii)

Perubahan Dalam Bidang kokurikulum 12

HBEF1503/650929075509 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Bagi merealisasikan sekolah kebangsaan sebagai sekolah pilihan rakyat Malaysia, adalah dicadangkan kerajaan membuat perubahan yang lebih drastik agar kegiatan kokurikulum disekolah, bukan sahaja berfokuskan sekolah khas atau sekolah dibandar sahaja malah melibatkan sejumlah besar sekolah diluar bandar supaya ada perubahan yang ketara kearah mencari mutiara-mutiara atau bakat pelajar diseluruh negara dalam perbagai bidang sukan. Untuk itu adalah dicadangkan pihak yang berkaitan dengan pendidikan fokus kepada: Contohnya, i) Diwujudkan gelanggang bola keranjang ( majoriti ada disekolah SJKC) dibina disekolah kebangsaan. ii) Kegiatan ko-kurikulum pula berubah daripada permainan bola sepak dan sepak takraw kepada permainan skuasy, golf, bowling dan renang. iii) Perkhemahan tahunan dirangkumkan kepada keterlibatan bersama SK,SJKC dan SJKT Semua ini perlu dilakukan supaya dapat menarik minat pelajar-pelajar agar terlibat kepada sesuatu yang baru dan mencabar kebolehan mereka disamping dapat bergaul dan berkenalan dengan rakan yang berlainan bangsa, keturunan dan agama..Hal ini perlulah menjadi agenda utama dalam perubahan pendidikan dalam menterjemahan kegiatan kokurikulum kearah perpaduan etnik disamping mempertingkatkan mutu sukan negara dalam sukan-sukan ini (bahagian ii) . iV) Penyediaan pelajar sebagai pekerja Penglibatan pemimpin bagi setiap organisasi dalam merekabentuk, merancang dan melaksanakan program pengembangan kerjaya akan menentukan kejayaan sesuatu perubahan ( zaidatol akmaliah, 1990 ). Setiap perubahan yang dibuat oleh pihak atasan, akan memberi tekanan kepada pihak bawahan. Kejayaan hanya akan tercapai jika pihak bawahan sanggup melaksanakan perubahan.

13

HBEF1503/650929075509 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Penggubalan kurikulum ke arah sektor pekerjaan akan dilakukan setiap 10 tahun sekali. Namun begitu jangka masa 10 tahun terlalu jauh untuk sesuatu rancangan jangka panjang. Kerap kali berlaku, kegagalan untuk merancang dan kegagalan itu adalah kegagalan sepenuhnya. Sukatan pelajaran dan pekeliling yang diberikan akan mempengaruhi tekanan seseorang. Dalam hal ini pengetua sekolah atau ketua jabatan harus bijak. Kadang-kala seseorang pelajar itu tidak tahu apakah kerjaya akan diceburinya nanti . Sementara pelajar lain takut untuk bercita-cita kerana takut gagal mencapai cita-cita. Michael Fullen ( 1998 ) menyatakan sekolah tidak dapat dipisahkan daripada masyarakat dan dunia pekerjaan yang bakal diceburi. Terdapat guru-guru yang tidak peka dengan peluang yang bakal diceburi oleh pelajar. Sepatutnya guru-guru diberi sedikit tekanan untuk meningkatkan pengetahuan tentang kerjaya. Pengetahuan guru tentang kerjaya pelajar akan bertambah dengan mengadakan perkembangan staf atau menghadiri mana-mana seminar. V) Kaji Nisbah Guru Dan Pelajar Kementerian Pelajaran disaran supaya mengambil kira faktor nisbah purata antara guru dan pelajar dalam kelas sebagai satu langkah mengenalpasti formula terbaik bagi mengurangkan beban kerja guru. Kalau sekarang satu bilik darjah 1.5 guru, maka adalah dicadangkan satu bilik darjah 2.0 (ertinya satu bilik darjah ada dua orang guru). Dengan adanya nisbah seperti diatas maka guru dapat menumpukan 100% pengajaran dan pembelajaran dalam kelas dan diyakini proses p&p akan lebih berkesan kerana guru dapat membimbing sepenuhnya murid dalam nisbah yang dinyatakan diatas

14

HBEF1503/650929075509 --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kesimpulan. Persoalan besar yang dihadapi para pemimpin dan pendidik sebelum dan selepas kemerdekaan ialah mencari formula untuk melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatupadu, yakni masyarakat majmuk yang mempunyai keazaman, kesanggupan dan kesediaan untuk hidup bersama dengan rukun dan damai serta mempunyai kesedaran, keperibadian dan nilai-nilai sebagai rakyat Malaysia. Satu cara yang penting untuk mewujudkan perpaduan di dalam sesebuah negara ialah menerusi pendidikan. Dalam konteks Malaysia, hakikat bahawa pendidikan merupakan faktor unggul dalam membina kerakyatan yang tunggal telah lama disedari : Sistem pelajaran yang ada pada kita sekarang ialah suatu usaha yang disedari dan bersungguh-sungguh untuk memberi jawapan atau penyelesaian kepada masalah perpaduan ini dengan kaedah-kaedah yang praktikal, wajar dan dapat diterima oleh sebahagian besar rakyat negara ini. Sebagai contoh komplek sekolah wawasan pertama di USJ15 Subang Jaya merupakan sekolah wawasan pertama bagi mengeratkan lagi perpaduan kaum di negara kita. Perluasan pelaksanaan konsep sekolah wawasan ke seluruh negara pada abad ke-21 akan dapat memastikan perpaduan kaum yang terdapat di negara terjamin. Tanpa perpaduan nasional, wawasan 2020 akan menghadapi risiko yang berat dan mungkin gagal. Jadi, tanamkan pada jiwa anak-anak muda kita dan tiupkan semangat perpaduan nasional. Sesungguhpun, memupuk perpaduan adalah satu usaha yang begitu 15

HBEF1503/650929075509 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------komplaks yang boleh membangkitkan perasaan dan emosi. Namun dengan adanya kefahaman, penjelasan, dan persetujuan semua pihak terhadap konsep, rasional dan langkah-langkah tindakan yang dimajukan. Satu Negara Satu Bangsa (Malaysia) bukan sesuatu impian yang mustahil. Bibliografi
2010/05/29

Berita harian / seminar /tajuk Islam dan Kemajmukan: Pengalaman Malaysia/ Seminar Antarabangsa Jerman dan Budaya Islam. Furnivall, John S. (1948), Colonial Policy and Practice: A Comparative Study of Burma and Netherlands India. New York : New York University Press. Kamus Dewan (Edisi Keempat). Kuala Lumpur : DBP. (Falsafah Pendidikan Negara 1990 halaman 6) Michael Fullen ( 1998 ) , Whats Worth Fighting For Out There, Zaidatol Akmaliah Lope Pihie ( 1990 ). Pentadbiran Pendidikan. Fajar Bakti Sdn. Bhd.Shah Alam Selangor

16

HBEF1503/650929075509 --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

17

You might also like