You are on page 1of 13

MINGGU 1

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

SEJARAH RINGKAS ISTILAH BAHASA MELAYU


(PM.DR.S.VIJAYALETCHUMY)
BBM4305:PERISTILAHAN

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

Pembinaan istilah bahasa Melayu bermula di Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1957. Jawatankuasa Istilah Jawatan dan Jabatan ditubuhkan bertujuan untuk mencipta nama jabatan dan jawatan kerajaan yang digunakan di seluruh Tanah Melayu. Jawatankuasa ini telah mengadakan sesi kerja kali pertamanya pada 15 Januari 1957.

Hasilnya buku Istilah Jawatan dan Jabatan telah diterbitkan pada tahun 1960 dan terciptalah 2514 istilah baru.

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

Kerja peristilahan secara terancang atau sistematik bermula pada tahun 1975. DBP menerbitkan buku Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu (PUPIBM) hasil kerjasama kebahasaan Malaysia-Indonesia menerusi Majlis Bahasa Indonesia Malaysia (MBIM). Bahagian Peristilahan terus dipertanggungjawabkan untuk mengumpul, membentuk, menggubal, memperbanyak istilah dan menerbitkan istilah bahasa Melayu dalam pelbagai bidang ilmu.

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

Tanggungjawab tersebut dilaksanakan dengan melantik ratusan profesional yang terdiri daripada mereka yang mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam pelbagai bidang ilmu di seluruh negara. Dianggap sebagai pakar bidang mewakili institusi pengajian tinggi, sektor awam, sektor swasta dan sektor pendidikan negara.

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

Sehingga kini , Bahagian Peristilahan telah menerbitkan 207 daftar glosari istilah dengan sejumlah 1002,438 Istilah telah dibentuk dalam pelbagai bidang. Penubuhan MABBIM di peringkat serantau juga turut bertanggungjawab menyelaraskan sejumlah 123, 885 istilah ilmu pengajian tinggi dan profesional untuk pengguna bahasa di ketiga-tiga negara anggota MABBIM.

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

PERISTILAHAN BAHASA MELAYU


Proses penggubalan kata -kata khusus untuk bidang ilmu yang tertentu.

Peristilahan menjadi salah satu aspek penting dalam pembinaan bahasa Melayu. Istilah dan perkataan baharu dicipta untuk memperkaya kosa kata bahasa Melayu.

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

Kekurangan istilah menjadi masalah pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan pada peringkat awal. Menyedari akan keperluan dan kepentingan istilah ini, melalui Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), istilahistilah dalam pelbagai bidang ilmu telah digubal sebanyak mungkin untuk memenuhi keperluan penggunaannya dalam bidang-bidang yang berkaitan. Penggubalan istilah ini dilakukan melalui sistem mesyuarat jawatankuasa istilah yang ahlinya dilantik oleh DBP dari pelbagai institusi pendidikan tinggi dan pusat pendidikan.

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

Walaupun peristilahan berkembang seiring dengan perkembangan ilmu dan teknologi,tetapi peristilahan bahasa Melayu agak terkemudian daripada perkembangan ilmu dan teknologi itu sendiri. Keadaan ini berlaku disebabkan penggubalan istilah dalam bahasa Melayu lebih merupakan penggubalan istilah sekunder. Penggubalan istilah-istilah baharu dalam bahasa Melayu dilakukan dengan menggunakan kaedah-kaedah tertentu, seperti pinjam langsung, pinjam suai dan pinjam terjemah. Dengan kaedah pinjam suai pula, istilah-istilah asing dipinjam dengan beberapa penyesuaian, sama ada suai bentuk penuh.

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

Proses penggubalan istilah-istilah baharu dalam bahasa Melayu


Kaedah-kaedah tertentu i) Kaedah pinjam langsung ii) Kaedah pinjam suai iii) Kaedah pinjam terjemah

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

1. KAEDAH PINJAMAN LANGSUNG Istilah-istalah asing dipinjam dalam bentuk asalnya. i) ii) iii) iv) nama dagang nama orang nama tempat mempunyai erti khusus sepert : ( nama bahan) ( nama tumbuh-tumbuhan) ( nama orang) ( nama tempat) (erti khusus )

Nicotine Citrullus Vulgaris Archimedes Czechoslovakia Esprit de corps

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

2. KAEDAH PINJAM SUAI Istilah-istilah asing dipinjam dengan beberapa penyesuaian, sama ada suai bentuk penuh. Contoh: i) wayar wire ii) sepana spannar iii) rizab reserve Suai bentuk separa

Contoh : i) cifon (chiffon ) ii) etana ( ethane ) iii) batolitos ( batholith)

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

3. KAEDAH PINJAM TERJEMAH Istilah istilah asing diterjemahkan secara harfiah.

Contoh : i) keadaan akhir - final state ii) corong turas filter funnel iii) sudut sentuh contact angle
Istilah istilah asing diterjemahkan berdasarkan maknanya. Contoh : i) baling serkup bell jar ii) awasilap debug

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

Penciptaan istilah singkatan Contoh : i) AT ( Arus Terus) ii) DGE ( Daya Gerak Elektrik ) Penciptaan Istilah akronim Contoh : i) purata pukul rata ii) asbut asap kabut iii) bendalir benda alir iv) bendasing benda asing v) legap lembaga gelap

You might also like