You are on page 1of 23

TAKSONOMI BLOOM

TAKSONOM
I DAN
DOMAIN

DOMAIN
TAKSONOM
KRATHWOH
I BLOOM
L
APA ITU TAKSONOMI ???
Taksonomi ialah kajian tentang prinsip, peraturan, dan amalan
dalam pengelasan organisma berdasarkan persamaan dan
perbezaaan sifat organisma itu. [Kamus Dewan Edisi Keempat
(2005) ].

Dalam bidang pendidikan, taksonomi ialah satu model yang biasa


digunakan untuk menganalisa bidang-bidang pendidikan. Ia
berkaitan dengan objektif-objektif pendidikan yang melibatkan
bidang-bidang seperti pengetahuan, kesikapan dan psikomotor.

Terdapat tiga domain utama yang menjadi tujuan pendidikan


sebenar iaitu:
I Domain Kognitif
II Domain Afektif
III Domain Psikomotor
Domain Kognitif
- Domain kognitif membincangkan pengingatan semula
atau pengecaman pengetahuan dan perkembangan
kebolehan intelek dan kemahiran.
- Objektif kognitif berubah-ubah daripada mengingati
kembali dengan mudah bahan-bahan yang telah dipelajari
hinggalah kepada menggabung serta mensintesiskan idea
dan bahan baru dengan cara yang asli dan kreatif.
- Domain yang membincangkan pengetahuan seperti
mengenal fakta-fakta, perangkaan, teori-teori dan
kefahaman.
- Merupakan domain yang utama berkaitan dengan
kebanyakkan perkembangan pengujian masa kini.
Domain Afektif
- Menekankan nada rasa, emosi atau satu darjah penerimaan
atau penolakan.

- Berubah-ubah daripada perhatian biasa terhadap fenomena


yang tertentu hinggalah kepada ciri-ciri dalaman bagi
perwatakan dan suara hati yang konsisten tetapi kompleks.

- Dinyatakan di dalam hasil-hasil penulisan sebagai minat, sikap,


apresiasi, nilai, dan set emosi atau bias (bayangan perasaan).
Domain Psikomotor
- Menekankan kemahiran otot atau motor,
beberapa pengendalian bahan dan objek yang
dimanipulasi atau beberapa tindakan yang
memerlukan koordinasi otot saraf.

- Dikaitkan dengan tulisan tangan dan pertuturan


dalam mata pelajaran bahasa Melayu.
KESIMPULAN

- Domain kognitif melibatkan perkembangan


pemikiran pelajar.

- Domain afektif melibatkan perkembangan


sikap dan nilai pelajar.

- Domain psikomotor melibatkan perkembangan


kemahiran fizikal pelajar.
KONSEP TAKSONOMI BLOOM

Bercorak
hierarki (tahap
a n rendah ke tahap so M
a tk tif tinggi). al em
a
e r ni m ara n p bu
kb og . be en s el at
ti k n
n i k a u ua rfi gu un ba
e pe at ah ki ji tu ga
M as t r p ta k i
g e el h a
n aj p
pe ar
ARAS TAKSONOMI BLOOM
PENGETAHUAN
(KNOWLEDGE)
- menguji kebolehan calon mengingat kembali fakta asas istilah, erti,
hukum, definisi, tarikh, tempat dan nama yang telah dipelajari.

- Perkataan yang biasa digunakan dalam soalan berperingkat


pengetahuan ialah namakan, berikan, nyatakan, senaraikan, siapa,
apa, bila, mana dan sebagainya.

- Contoh soalan :-

- Pelancong Barat lebih suka..di bawah matahari.


A. dijemur
B. berjemur
C. berjemur
D. menjemur
KEFAHAMAN
(COMPREHENSION)
- Menguji kebolehan calon menterjemah, memahami,dan
mengintepretasikan fakta asas, konsep, prinsip atau bahan yang
telah dipelajari.
- Perkataan yang biasanya digunakan dalam soalan berperingkat
kefahaman ini ialah terangkan, huraikan, ringkaskan, nyatakan,
tukarkan, tuliskan, jelaskan, mengapa dan sebagai.
- Contoh soalan :-
- Pilih ayat yang paling sesuai sebagai soalan kepada penyataan di
bawah :
- Fahrin pergi ke hospital kerana melawat datuknya yang sedang
sakit.
A. Ke manakah Fahrin pergi?
B. Apakah tujuan Fahrin pergi ke hospital?
C. Siapakah yang pergi ke hospital?
D. Fahrin berada di hospital?
APLIKASI (APPLICATION)
- Peringkat aplikasi menguji kebolehan calon menggunakan fakta
asas, konsep, prinsip dan kemahiran yang telah dipelajari untuk
menyelesaikan masalah.
- Perkataan yang biasa digunakan ialah bagaimana, selesaikan,
carikan, kirakan, gunakan, huraikan dan sebagainya.
- Contoh soalan:-
- Azah menyidai pakaian yang telah dibasuh di ampaian.
Manakah antara yang berikut membantu mempercepatkan
pengeringan
pakaian itu?
i. Sejuk iii. mendung
ii. Berangin iv. Panas
A. i dan ii sahaja
B. i dan iii sahaja
C. ii dan iv sahaja
D. iii dan iv sahaja
ANALISIS (ANALYSIS)

- Peringkat ini menguji kebolehan calon membuat


perbandingan dan menghuraikan faktor-faktor
perbezaan, kesamaan dan perhubungan.
- Perkataan yang biasa digunakan ialah bandingkan,
bezakan, menganalisis, mencerakinkan, mengasingkan,
membahagikan dan sebagainya.
- Contoh soalan:-
(a) Bezakan maksud bersama dengan bersama-sama.
(b) Bandingkan kelebihan belajar di dalam negara
dengan luar negara.
SINTESIS (SYNTHESIS)
- Menguji kebolehan calon menggabungkan, mengintegrasikan
atau mencantumkan idea-idea serta mentafsir dan
merumuskan hasil yang dianalisis melalui prinsip induksi atau
deduksi.
- Perkataan yang biasa digunakan ialah rumuskan, membuat
keputusan, membuat kesimpulan, bentukkan, ciptakan,
rekakan, gubahkan, integrasikan, gabungkan dan sebagainya.
- Contoh soalan:-
Gubahkan serangkap pantun yang berunsurkan nasihat.

PENILAIAN (EVALUATION)

- Merupakan peringkat tertinggi dan digunakan untuk menguji


kebolehan calon membuktikan mengesahkan, memberi pendapat atau
hujah, mengkritik, memberi komen dan menilai sesuatu penyataan,
ciptaan, karya, prinsip, teori dan sebagainya.

Contoh soalan :-
Berikan pendapat anda tentang kepentingan menjaga alam sekitar.

TAKSONOMI KRATHWOHL
Diasaskan oleh, David R. Krathwohl
- Merupakan bidang berhubung dengan
perasaan, emosi dan sikap.
- Guru harus berkebolehan menggunakan
unsur afektif untuk mewujudkan satu
suasana pembelajaran yang baik.
- Pembelajaran dapat dijalankan dengan
berkesan dengan adanya murid yang
dapat membentuk sikap positif.
ARAS TAKSONOMI KRATHWOHL
PENERIMAAN
- Berhubung dengan kemahuan pelajar untuk memberi perhatian.
- Tindakan pelajar mencerminkan satu kesedaran atau perhatian
terhadap ransangan dan peristiwa atau persekitaran yang
berhubung dengan domain afektif.
- Konteks pengajaran menekankan kepada kebolehan mendengar,
menanyakan soalan, mengenal bahagian-bahagian ayat dan
menjawab dengan lengkap.
Terdapat tiga perkara berhubung dengan aras ini iaitu :
(a) Kesedaran - pelajar dikatakan sedar dengan objek atau
peristiwa jika berlaku semasa kehadiran mereka.
(b) Kesudian untuk menerima - sesuatu pengajaran harus
disampaikan di dalam satu suasana atau keadaan yang bermakna
dan menarik.
(c) Perhatian yang terkawal atau terpilih pelajar membezakan
keseluruhan keadaan kepada 2 bahagian atau kepada bahagian-
bahagian komponen dan kemudian memilih satu daripda aspek
tertentu dan terus memberi perhatian .
GERAK BALAS

- Melibatkan diri secara aktif terhadap sesuatu


dan mendapat kepuasan daripadanya.
- Pada aras ini, pelajar bersedia dan rela untuk
membuat reaksi yang mudah terhadap
sesuatu objek atau situasi.
PENILAIAN

- Pada peringkat ini perlakuan adalah


didasarkan atas konsep dan prinsip
yang telah dinuranikan sehingga
menjadi kepercayaan.
- Perlakuan cenderung menjadi
konsisten walaupun dalam keadaan
yang berbeza jika kepercayaan itu
boleh dipratikkan.
ORGANISASI
Organisasi
- Membawa maksud membentuk
sesuatu sistem nilai.
- Apabila lebih daripada satu nilai
dinuranikan maka membolehkan
beberapa nilai digunakan.
- Pelajar terpaksa membina beberapa
hubungan dan keutamaan di antara
nilai-nilainya
PERWATAKAN

- Seseorang mematuhi sesuatu sistem


nilai dan sanggup mengamalkannya
sebagai satu cara hidup.

You might also like