You are on page 1of 10

SCE3133

PENYELIDIKAN TINDAKAN 1
TOPIK 10:
PENYELIDIKAN TINDAKAN: PERTIMBANGAN SEMASA
MENGUMPUL DATA

RAVINTHERAN KALIMUTHU
JABATAN SAINS, IPG KAMPUS IPOH
Persampelan dan Bias
Persampelan adalah berkaitan dengan proses memilih
sebilangan subjek daripada sesuatu populasi untuk
dijadikan responden kajian.
Penggunaan sampel yang tidak sesuai akan
mengurangkan kesahan dan kebolehpercayaan kajian.
Perancangan persampelan yang rapi akan dapat;
Memudahkan pengumpulan data
Mengurangkan ralat pengukuran
Menjimatkan masa dan perbelanjaan
Maklumat daripada sampel dikenali sebagai statistik
Sampling bias adalah kecenderungan untuk
memilih sampel yang mempunyai ciri-ciri tertentu.
Sampling bias biasanya adalah hasil daripada
perancangan persampelan yang lemah.

Contoh: Kajian dilakukan untuk melihat tahap


tekanan dalam kalangan pelajar universiti. Soal
selidik secara pos sebanyak 100 sampul dihantar
secara rawak kepada pelajar yang terpilih.
Sebanyak 52 sampul sahaja yang dikembalikan,
dan keputusannya adalah pelajar tidak mengalami
sebarang tekanan pada masa tersebut. Namun
sebenarnya masa tersebut pelajar sedang
mengalami tekanan disebabkan minggu
peperiksaan, kecuali pelajar tahun akhir yang
sedang menulis tesis mereka.
Kesahan dan
Kebolehpercayaan Data
Keesahan
Keesahan bermaksud kebenaran yang dapat

menggambarkan fenomena sosial sebenar seperti


yang dimaksudkan (Hammerslay 1990:57)
Kesahan kajian tindakan dapat ditingkatkan melalui:

Kritikan luaran (keaslian data)

Pendapat pakar diperlukan untuk memberi pandangan kepada dapatan.


Pengesahan dan pandangan yang diberikan oleh pakar akan
meningkatkan kesahan dapatan..

Kritikan dalaman (ketepatan data)

Dapatan atau hasil kajian dibentangkan kepada rakan sejawat atau


orang yang pernah menjalankan kajian yang sama. Pandangan atau
pengesahan yang diberikan akan meningkatkan kesahan dapatan.

Triangulasi data
Membanding pelbagai jenis data daripada pelbagai kaedah, pada masa
berbeza dan, daripada sumber yang berlainan
Kebolehpercayaan:

Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan data


yang disepakati oleh beberapa penyelidik yang sama
atau penyelidik lain, sama ada dalam situasi yang
sama atau yang berbeza (Hammerslay 1992a:67)
Kebolehpercayaan data kajian tindakan dapat
ditingkatkan antaranya melalui:

Penulisan nota lapangan yang sistematik


Ujian rintis temu bual
Pembentangan hasil laporan untuk interpretasi

semula
Penglibatan yang lama dengan tempat kajian
Pemerhatian yang berterusan dalam satu

tempoh masa tertentu.


Etika kajian tindakan
Dalam etika penyelidikan tindakan beberapa
elemen perlu diberi perhatian oleh penyelidik
seperti berikut:

I. Mendapat Kebenaran (Informed Consent)


II. Penglibatan (Participation)
III.Kerahsiaan (Confidentiality)
IV. Anomiti (keselamatan)

Penyelidik mesti menjamin anomiti kepada


peserta, contohnya identiti respondent.

V. Rundingan (Negotiation). Rundingan melibatkan


perkara perkara berikut:

Mendapat kebenaran dari institusi


Mendapat kebenaran untuk access data
Penggunaan data
Penulisan laporan
Melindungi peserta daripada masalah yang
timbul
Keupayaan data kajian digeneralisasi

Dapatan kajian tindakan tidak boleh dibuat


generalisasi. Ini adalah kerana sesuatu kajian
tindakan adalah unik untuk sesuatu kelompok
manusia, seseorang individu atau sebuah bilik
darjah. Walaubagaimanapun untuk membuat
generalisasi perkara-perkara berikut harus
dilakukan:

Kajian diulang semula di tempat lain. Di


samping itu, data yang dikumpul mestilah tepat
dan penerangan yang dibuat adalah terperinci.
Jika dapatan adalah tekal maka generalisasi
boleh dibuat

You might also like