You are on page 1of 6

Catatan Sambutan Hari Guru

JUMAAT, 16 MEI 2014

7:45 pagi
Semua warga sekolah telah berkumpul di
dataran Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan
Clifford bagi meraikan sambutan Hari Guru
2016.Semuanya kelihatan ceria di samping
cenderamata yang dibawa sebagai hadiah
buat guru-guru yang tersayang.
8.00 pagi
Acara dimulakan dengan ucapan
daripada Guru Besar. Diikuti oleh
Cikgu Fauziah membaca
perutusan Yang Berhormat
Menteri Pendidikan. Selepas itu,
giliran Cikgu Suzana pula
membacakan perutusan Ketua
Pengarah Pendidikan Malaysia.
9.00 pagi
Sukaneka dimulakan dengan
acara tiup belon sehingga
pecah.Seterusnya acara
mengasingkan rempah dengan
cepat dan acara mengupas kulit
epal terpanjang.
Perlawanan bola jaring turut
diadakan antara murid dan
guru.
10.45 pagi
Persembahan sambutan Hari Guru
dimulakan. Antara persembahannya
ialah murid-murid tahun tiga
menyanyikan dua buah lagu nasyid.
Murid-murid tahun enam
mempersembahkan drama yang
berjudul Guru Ibarat Lilin. Drama
ini mendapat tepukan gemuruh
daripada seluruh warga sekolah .
11.00 pagi
Majlis berhenti rehat, kami menikmati
jamuan yang disediakan bersama-
sama guru, kaki tangan sekolah dan
anggota jawatankuasa PIBG yang
hadir. Pelbagai jenis kuih turut
dihidangkan. Semua hidangan yang
disediakan membuka selera sekali gus
terserlah keenakannya.
12.45 tengah hari
Upacara penyampaian hadiah
acara sukaneka kepada para
pemenang telah mengakhiri
sambutan Hari Guru yang gilang-
gemilang pada tahun ini. Hadiah
disampaikan oleh tetamu
jemputan, Yang Dipertua PIBG,
Puan Rozita binti Ahmad.

You might also like