You are on page 1of 15

HANYUTAN BENUA.

KONSEP HANYUTAN BENUA

Satu teori yang menerangkan


bahawa bahagian-bahagian benua boleh
bergerak di permukaan bumi disebabkan
oleh kelemahan-kelemahan yang terdapat
pada plat tektonik ( kerak bumi ).
TEORI TEORI HANYUTAN BENUA

(i) Teori awal


Salah seorang ahli sains terawal mengemukakan teori
hanyutan benua ialah Alfred Wegener pada tahun 1925
Kira- kira 200 juta tahun lampau terdapat hanya satu benua
di permukaan bumi dikenali sebagai Pangea.
Pangea dikelilingi oleh sebuah lautan purba yang dikenali
sebagai Panthalassa ( merupakan lautan pasifik hari ini )
Pangea dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Laurasia di
hemisfera utara dan Gondwanaland di hemisfera selatan.
Benua-benua ini kemudiannya berpecah dan bergerak
secara perlahan-lahan meninggalkan antara satu sama lain.
Alfred Waganer
225 juta tahun yang lalu ( zaman Karboniferus)
Bumi mempunyai hanya sebuah benua yang
besar yang dikenali sebagai Pangaea.
Daratan atau tanah besar ini dikelilingi oleh
sebuah laut purba yang dikenali sebagai
Panthalassa ( merupakan dasar lautan Pasifik
pada hari ini ).
Pangaea ini boleh dibahagikan kepada dua
bahagian iaitu Laurasia di hemisfera utara dan
Gondwana di hemisfera selatan.
200 juta tahun yang lalu ( zaman Triasik tengah )
Berlaku 2 hanyutan atau pergerakan benua.
Hanyutan pertama telah memisahkan Pangaea kepada 2 bahagian
yang utama iaitu Laurasia di sebelah utara yang mengandungi
benua-benua Amerika Utara, Eropah dan Asia.Laurasia juga
mengandungi lautan Atlantik Utara dan Lautan Artik.
Manakala di sebelah selatan ialah Gondwana yang terdiri daripada
benua-benua Afrika, Amerika Selatan,Antartik,Australia dan benua
kecil India. Bahagian ini juga mengandungi Lautan Atlantik Selatan,
dan lautan Hindi.
Lautan Pasifik terletak di sebelah timur dan terpisah daripada
kedua-dua bahagian ini.
135 juta tahun yang lalu ( zaman Jurasik
Akhir)
Proses hanyutan benua telah berlaku dengan
lebih giat.
Pada masa ini, benua Amerika Selatan mula
bergerak meninggalkan Afrika dan benua kecil
India pula hanyut kearah utara menghampiri
benua Asia. Benua Australia bergerak kearah
timur dan berpisah daripada Antartik.
65 juta tahun yang lalu ( zaman Kretasius Akhir
)
Proses hanyutan benua berlaku dengan lebih
serius.
Pada masa ini Amerika Selatan bergerak lebih
jauh meninggalkan benua Afrika.
Benua Afrika hanyut 10 darjah kearah timur dan
menghampiri benua Asia.
Benua kecil India terus hanyut kearah utara
menghampiri benua Asia. Benua Australia terus
bergerak meninggalkan lautan Atlantik.
50 juta tahun yang lalu ( zaman Tertiari )
Proses hanyutan benua terus berlaku.
Pada masa ini benua Amerika Utara berpisah
daripada benua Eropah. India telah bersambung
dengan Asia, Amerika Utara dan Selatan
bercantum semula.
Saki baki tanah daratan yang hanyut tertinggal
lalu membentuk pulau-pulau atau gugusan pulau
seperti Kepulauan Asia Tenggara,Madagascar,
Hindia Barat dan Kepulauan Pasifik.
BUKTI-BUKTI KEJADIAN HANYUTAN
BENUA
Bukti keselanjaran benua
Wujudnya persamaan garis pantai antara pantai timur
Amerika Selatan dengan pantai Barat Afrika.
Kedua-dua benua ini sepadan dan boleh dicantumkan.
Bukti geologi
Persamaan ciri bijih besi yang dijumpai di Singhbum dan
Bastar , India dengan yang dilombong Yampi Sound,
Australia.
Emas yang dilombong di Kolar, India, sama usianya ( 2,400
juta tahun ) dengan emas yang terdapat di Kalgoorlie,
Australia.
Bukti-bukti tersebut menunjukkan kedua-dua benua
tersebut pernah bercantum.
Bukti iklim purba
Proses glasier purba zaman Karboniferus membuktikan
bahawa benua Afrika dan Amerika Selatan pernah
bercantum. Contoh, terdapat persamaan kedudukan
batuan yang terdapat di Iapo, berdekatan Sao Paulo,
Brazil dengan lapisan batuan yang terdapat di Cape
Town , Afrika Selatan.
Mendapan glasier Pra Kambrian yang terdapat di
Katanga, Barat laut Afrika sama jenis dengan
mendapan glasier yang dijumpai di Lavras, Brazil (
kedua-duanya berusia antara 600 -800 juta tahun )
Bukti Paleontologi atau fosil
G.G. Simpsons ( 1943 ), menyatakan sebahagian
besar reptilia Trasik yang pernah hidup di
Amerika Selatan bersamaan keturunan yang
hidup di Afrika. Di kedua-dua benua ini pernah
dijumpai fosil reptilia yang hidup di dalam air
bernama Mesosaurus.
Fosil kerangan dan lapisan batu kapur yang
dijumpai di Umaria, bahagian utara India
mempunyai persamaan dengan yang dijumpai di
Pantai Barat Australia.
Bukti sistem gunung lipat
Tanah Tinggi Appalachian di sebelah timur
Amerika utara mempunyai persamaan dengan
banjaran-banjaran yang wujud di Scotland.
Banjaran-banjaran Kaledonia yang terdapat di
sebelah barat Greenland dikatakan mempunyai
sifat yang sama dengan Tanah Tinggi Scandinavia
di barat laut Eropah.
Kedua-dua persamaan ini membuktikan bahawa
benua Amerika utara pernah bercantum dengan
benua Eropah
Bukti Paleomagnetisme / kemagnetan purba
S.K. Runcorn ( 1962 ), menyatakan bahawa batuan
mempunyai kandungan mineral yang tertentu semasa
pembentukannya dan akan menetap medan
magnetnya supaya sama dengan medan magnet bumi
iaitu ke arah utara .
Kedudukan magnet batuan yang mengarah ke arah
kutub utara mula mengalami perubahan pada zaman
geologi yang berlainan.
Kedudukan kutub utara sebenarnya tidak pernah
berubah tetapi perubahan medan magnet batuan
tersebut berlaku disebabkan pergerakan benua-benua

You might also like