You are on page 1of 17

AIR DAN LARUTAN

SIFAT-SIFAT FIZIKAL AIR


Takat Beku Air
Takat beku air ialah OoC. Air bertukar kepada ais
Apabila air disejukkan:
Zarah-zarah air bergerak semakin perlahan
menyebabkan tenaga kinetik zarah-zarah
berkurang
Daya tarikan antara zarah-zarah menjadi
semakin kuat
Zarah-zarah air ditarik kepada kedudukan yang
tetap
Air bertukar menjadi ais pada OoC
Takat didih air
Takat didih air ialah 1OOoC. Air bertukar kepada
wap air (gas)
Apabila air dipanaskan:
Zarah-zarah air bergerak dengan lebih cepat
menyebabkan tenaga kinetik zarah-zarah semakin
bertambah
Daya tarikan antara zarah-zarah menjadi semakin
lemah
Zarah-zarah air terlepas daripada permukaan cecair
dan bertukar kepada stim
1
Air bertukar menjadi stim pada OOoC
Sifat-sifat Fizikal Air Tulen
Air tulen tidak mempunyai warna, bau dan rasa pada
suhu bilik
Ketumpatan air 1 g/cm3
Konduktor haba yang lemah
Konduktor elektrik yang lemah
Menukarkan kertas kobalt klorida biru kepada warna
merah jambu
Menukarkan kuprum sulfat kontang yang berwarna
putih kepada warna biru
Kesan bendasing terhadap sifat
fizikal air
Takat beku air laut lebih rendah daripada OoC iaitu
sekitar -3oC dan takat didihnya lebih tinggi daripada
1OOoC iaitu sekitar 103oC disebabkan kehadiran
bendasing didalamnya.
Ketumpatan air laut lebih daripada 1 g/cm3
disebabkan kehadiran bendasing terlarut didalamnya.
Komposisi Air
Satu molekul air = 2 atom hidrogen + 1 atom
oksigen
Formula kimia air = H2O
Air adalah sebatian, hanya boleh dipisah secara
elektrolisis
Semasa elektrolisis, arus elektrik mengalir dari
anod ke katod menyebabkan kedua-dua unsur
hidrogen dan oksigen dipisahkan daripada
molekul air.
Elektrod ialah logam yang boleh
mengalirkan elektrik
Anod adalah elektrod yang disambung pada
terminal positif bateri
Katod adalah elektrod yang disambung pada
terminal negatif bateri.
Asid sulfurik ditambahkan kedalam air
semasa elektrolisis air bagi meningkatkan
kekonduksian elektrik didalam air.
Gas yang terbentuk pada elektrod semasa
elektrolisis.
a) Gas yang terbebas pada anod
menyebabkan bayu uji berbara terbakar,
gas itu adalah gas oksigen.
b) Gas yang terbebas pada katod terbakar dan
menghasilkan bunyi pop apabila
didekatkan dengan kayu uji berbara. Jadi
gas itu adalah gas hidrogen
c) Isipadu hidrogen adalah dua kali ganda
isipadu oksigen.
Penyejatan Air
Penyejatan ialah proses cecair bertukar kepada wap
air pada sebarang suhu dibawah takat didih cecair
tersebut.
Penyejatan belaku secara berterusan dan perlahan
kerana hanya melibatkan molekul-molekul di
permukaan air sahaja.
Faktor yang mempengaruhi penyejatan:
I. Kelembapan udara
Udara yang kering mempunyai kurang molekul
air, maka penyejatan berlaku lebih cepat
ii. Suhu persekitaran
Suhu yang tinggi memberikan lebih banyak
tenaga kepada molekul air untuk
melepaskan diri ke udara
iii. Luas permukaan air
Luas permukaan yang besar membolehkan
lebih banyak molekul air melepaskan diri ke
udara.
iv. Angin (Pergerakan udara)
Angin mempercepatkan proses penyejatan
dengan mengangkut molekul-molekul air yang
tersejat ke tempat lain
Larutan dan Keterlarutan
Zat terlarut ialah bahan yang dapat larut didalam
sesuatu cecair
Pelarut ialah cecair yang melarutkan bahan
Larutan ialah campuran yang terhasil apabila suatu
zat terlarut larut di dalam suatu pelarut

You might also like