You are on page 1of 52

Bimbingan dan Asuhan dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak

PAKK
3223

Disediakan Oleh : Chin Han Min


Tan Cian Li
Yeow Pei Wen

Pensyarah : En Jalalulail bin Abd Manab


Fokus prosedur
dalam mengurus
kanak-kanak
Fokus prosedur dalam mengurus kanak-kanak meliputi
aspek-aspek berikut :

Pengendalian
Rutin
aktiviti

Kesihatan dan
Keselamatan
pemakanan
Rutin
Persedian awal pendidik amatlah penting supaya setiap aktiviti rutin
dapat dijalankan dengan lancar
Beberapa perkara perlu diambil kira dalam penyediaan rutin harian:
Umur dan tahap perkembangan kanak-kanak;
Peruntukan masa aktiviti;
Urutan aktiviti;
Keperluan asas kanak-kanak.
Jadual harian kanak-kanak bukan hanya memberi tumpuan kepada
aktiviti, tetapi juga mengambil kira keperluan rutin kanak-kanak.
Pengendalian aktivti

Di dalam Di luar
kelas kelas
Kesihatan dan pemakanan
Pemakanan seimbang amat penting bagi tumbesaran dan perkembangan kanak-
kanak.
Keperluan pemakanan kanak-kanak adalah berbeza mengikut umur kerana kadar
tumbesaran dan perkembangan mereka yang berbeza.
Semasa umur kanak-kanak meningkat, mereka perlu diberikan makanan yang
seimbang yang mengandungi semua nutrien yang diperlukan.
Menu yang disediakan perlu mengikut umur dan tahap kesihatan kanak-kanak.
Pendidik hendaklah memastikan makanan yang disediakan adalah segar,
berkhasiat dengan amaun yang mencukupi sebagaimana yang ditetapkan dalam
garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Sekiranya terdapat kanak-kanak yang kurang sihat atau mengalami alahan,
pendidik perlu menyediakan makanan yang bersesuaian dengan kesihatan mereka.
Keselamatan
Bangunan yang digunakan untuk sesebuah TASKA perlulah mendapat kelulusan
daripada semua agensi yang terlibat dalam proses pendaftaran sesebuah TASKA.
Kebenaran yang diperolehi dari semua agensi ini juga akan menentukan keluasan
sesebuah TASKA dan jumlah kanak-kanak yang dibenarkan berada di TASKA.
Semua langkah-langkah keselamatan berhubung dengan keperluan pihak Jabatan
Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Kesihatan perlulah dipatuhi dan diperbaharui
dari masa ke semasa mengikut keperluan pendaftaran.
Setiap ruang yang digunakan untuk keperluan dan kegunaan kanak-kanak hendaklah
dilengkapi dengan peralatan dan perabot yang bersesuaian dan selamat untuk
digunakan.
Setiap perabot atau peralatan yang rosak hendaklah diperbaiki atau disimpan
ditempat berasingan sebelum dilupuskan
Jenis-jenis
Standard Operating Procedures (SOP)
dalam pengurusan bayi dan
kanak-kanak
Rutin
Teknik Pemijatan Bayi
Gerakan / sentuhan yang diberikan pada bayi setiap hari selama 15 minit sejak
lahir - 3 tahun
Tujuan :
1) Memacu sistem sirkulasi bayi dan denyut jantung, sistem pernafasan, sistem
pencernaan dan sistem kekebalan tubuh.
2) Mengajarkan bayi untuk lebih tenang dalam menghadapi stress.
3) Memperbaiki pola tidur ( membantu bayi tidur nyenyak )
4) Mendorong pertumbuhan susunan otot dan kelenturan yang penting bagi
kemampuan fizikal.
5) Meningkatkan hubungan batin antara ibu dan bayi.
Prosedur Perlaksanaan Pemijatan Bayi
Sebelum
Bersihkan tangan ibu / perawat.

Kuku dan perhiasan jangan sampai menggores kulit bayi.

Bayi tidak lapar atau setelah makan.

Baringkan bayi di atas permukaan rata dan lembut dan tanggalkan


pakaian.

Gosok tangan ibu / perawat dengan baby oil atau baby lotion.

Lakukan pemijatan dengan lembut dan bertahap.


Semasa
Wajah
1) Tekan jari-jari ibu / perawat pada tengah kening bayi, turunkan
ke pelipis dan pipi.

2) Gunakan kedua-dua ibu jari untuk memijat daerah atau alis.

3) Dengan tekanan lembut, tarik garis dengan ibu jari dari hidung
bayi ke arah pipi.

4) Gunakan kedua ibu jari untuk memijat sekitar mulutnya, tarik


sehingga ia tersenyum.

5) Pijat lembut rahang bawah bayi, dari tengah ke samping seolah


membuat bayi tersenyum dan pijat daerah belakang telinga.
Dada
1. Letakkan kedua tangan di tengah dada bayi, gerakan ke atas
lalu ke sisi dan kembali ke tengah tanpa mengangkat tangan.

2. Dari tengah dada bayi, pijat menyilang dengan tapak tangan


ke arah paha.
Perut

1. Ingat jangan memijat di atas tulang rusuk.

2. Angkat kedua kaki bayi dan lekatkan lututnya perlahan-


perlahan ke arah perut.

3. Buat gerakkan melingkar dengan kedua-dua tangan secara


bergantian. Searah jarum jam dimulai dari sebelah kanak ibu
/ perawat.
Punggung
1. Tengkurapkan bayi di atas bantal lembut atau paha ibu.

2. Pijat dengan gerakkan maju mundur, menggunakan kedua telapak


tangan di sepanjang punggungnya.

3. Dengan jari-jari ibu, buatlah gerakkan melingkar terutama pada otot di


sebelah tulang punggung.

4. Buat pijatan memanjang dengan telapak tangan dari leher ke kaki


untuk mengakhiri pijatan.
RUTIN: Waktu Ketibaan Kanak-kanak
Menyambut ketibaan kanak-kanak di pintu masuk.
Memberi salam dan bertanya khabar kanak-kanak.
Merekod kedatangan kanak-kanak dalam buku rekod kehadiran.
Memeriksa keadaan fizikal kanak-kanak.
Mencatatkan maklumat (ubat atau barang baru) yang diberikan ibu
bapa ke dalam log anak permata negara.
RUTIN: Waktu Pulang Kanak-kanak
Memastikan barangan kanak-kanak yang perlu dibawa pulang terdapat
dalam beg kanak-kanak.
Membawa beg keluar dan menyusun ke tempat yang disediakan bagi
memudahkan ibu bapa untuk mengambilnya.
Kanak-kanak membuat aktiviti bebas sementara menunggu kedatangan
ibu bapa.
Mengucapkan salam.
Menyerahkan buku log harian permata kanak-kanak dan menyampaikan
maklumat kepada ibu bapa kanak-kanak.
Ibu bapa atau penjaga menandatangani buku rekod keluar kanak-kanak.
Memastikan pintu ditutup selepas setiap ibu bapa/penjaga mengambil
kanak-kanak.
RUTIN: Sebelum Memandikan bayi

Membasuhkan tangan
Menyediakan semua keperluan dan keperluan
pakaian bayi untuk memandikan bayi.
Gunakan air suam.
Tanggalkan pakaian dan lampin bayi dan
membalut bayi dengan tuala.
RUTIN: Semasa Memandi bayi
Lembapkan kapas, bersihkan matanya dari arah
hidung membawa ke hujung mata kiri dan kanan.
Bersihkan telinga, cuping telinga dan rongga
hidung dengan kapas lembap yang lain.
Bersihkan muka dengan tuala kecil yang lembap
dan lap hingga kering.
Pegang kepala bayi dan syampu rambut bayi dan
gosok perlahan-lahan.
Bilas rambut dengan air hingga hilang kesan syampu.
Lap rambut hingga kering dengan menggunakan
sebahagian tuala yang diguna untuk membalut bayi.
Basahkan kaki bayi sebelum memasukkan bayi ke dalam
besen
Masukkan bayi perlahan-lahan ke dalam besen.
Basahkan badan, sapukan sabun dan bersihkan ketiak,
seluruh badan dan kaki.
Bilas sehingga bersih.
Untuk memandikan bahagian belakang dan punggung,
sokong di bahagian hadapan, pusingkan bayi dengan
meletakkan bayi di atas tangan kiri pendidik dan pegang
kuat dibawah ketiak kanak bayi.
Setelah selesai, balut bayi dengan tuala dalam keadaan
telangkup.
Keluarkan bayi dari besen ke tempat persalinan bayi.
RUTIN: Selepas Memandikan bayi
Lap badan terutama di bahagian
pelipat dari tangan dan paha bayi.
Gunakan sedikit losyen atau minyak
bayi dan lakukan urutan ringan 2-3
minit (muka, dada, tangan, kaki dan
bahagian belakang)
Pakaikan lampin, seluar dan baju.
RUTIN: Sebelum kanak-kanak mandi dan
bersihkan diri (Kanak-kanak)
mandi mengikut kumpulan umur dan jantina
Mengeluarkan pakaian ganti. Pengasuh/PPM membantu kanak-kanak yang
masih perlukan bantuan.
Menanggalkan pakaian dan memakai kain basahan/seluar dalam semasa
mandi
Melipat dan memasukkan pakaian kotor ke dalam bekas pakaian kotor
masing-masing
Menunggu giliran dan bersedia mandi dalam kumpulan kecil (2 -3 orang).
menyangkut tuala di tempat yang disediakan.
RUTIN: Semasa kanak-kanak mandi dan
bersihkan diri (pengasuh)
galak kanak-kanak membuang air di tandas dan mencuci
bahagian sulit sebelum mandi.
Pastikan kanak-kanak membasahkan & meratakan sabun ke seluruh anggota badan
Pastikan kanak-kanak menutup pili air selepas mandi tetapi sekiranya terdapat pili air yang
terlalu tinggi, boleh membantu menutup pili air

Minta kanak-kanak menanggalkan kain basahan/seluar dalam dan memerah sebelum


disidai. Bagi yang memakai seluar dalam selepas memerah perlu memasukkan ke dalam
plastik untuk dibawa pulang.

Membantu kanak-kanak mengelap badan sebelum keluar bilik mandi

Memastikan kanak-kanak memakai tuala ketika keluar dari bilik mandi


RUTIN: Selepas kanak-kanak
mandi dan bersihkan diri
Pengasuh
Bantu mereka mengeringkan rambut dan badan sehingga kering
sebelum mereka memakai baju.
Menggalakkan kanak-kanak memakai baju dan mengemas diri (sikat
rambut, menyapu losyen) sendiri dan bantu sekiranya perlu.

kanak-kanak

Perlu menyidai tuala di tempat yang disediakan. Pastikan mereka tidak


menyimpan tuala lembap di dalam locker atau beg.

masukan baju yang telah dipakai dalam beg khas untuk dibawa pulang
RUTIN: Menggosok gigi (pendidik/
pengasuh)
Memastikan kanak-kanak memberus gigi sekurang 2 kali sehari
selepas sarapan pagi dan makan tengahari.

Kanak-kanak mengambil berus gigi, ubat gigi dan cawan masing2 dan
pergi ke sinki secara bergilir-gilir

Kanak-kanak digalakkan meletakkan ubat gigi sebesar kacang


soya/pea di berus gigi (bantu sekiranya perlu).
Memastikan kanak-kanak menggosok gigi dengan cara yang
betul (depan, belakang, atas dan bawah termasuk lidah).
Selepas menggosok gigi memastikan kanak-kanak berkumur-
kumur dengan air menggunakan cawan dan mencuci mulut.
Memastikan kanak-kanak mencuci berus gigi dan
menyimpan semula berus gigi, ubat gigi dan cawan di tempat
yang disediakan.
Memastikan kanak-kanak mengelap mulut dan tangan
dengan tuala kecil masing-masing atau kertas tisu.
RUTIN: Menukar lampin ( pengasuh)
perlu peka dengan ketidakselesaan kanak-kanak dan
menukar lampin pakai buang mengikut keperluan.
Sediakan barang-barang seperti lampin pakai buang dan
losyen.
Bawa kanak-kanak ke bilik air.
Kanak-kanak digalakkan membuka seluar dan lampin
pakai buang sendiri serta membuang ke dalam tong
sampah dengan bantuan pendidik/pengasuh/ppm.
Membantu kanak-kanak mencuci bahagian sulit sehingga bersih.
Memastikan mereka membasuh tangan dengan bersih selepas
mencuci.
Membantu kanak-kanak mengelap bahagian sulit sehingga kering.
Dipakaikan lampin yang bersih.
Menggalakkan kanak-kanak memakai seluar sendiri.
Mencuci tangan setiap kali selepas menukar lampin kanakkanak.
RUTIN: Penyediaan Susu-
Pembersihan botol/ cawan
Mencuci dan mengelap tangan dengan tuala bersih.
asingkan komponen-komponen botol seperti puting, penutup
dan botol. (Digalakkan penggunaan larutan air garam untuk
membersihkan puting)
cuci botol/cawan sejurus selepas minum dengan berus yang
sesuai dan bilas dengan air sehingga bersih.
masak air dalam periuk yang sesuai sehingga mendidih
Segera masukkan botol/cawan dalam periuk dan rendam dalam
beberapa saat. angkat botol/cawan menggunakan penyepit.
simpan di dalam bekas kedap udara yang bersih/peti sejuk
untuk mengelakkan jangkitan bakteria.
RUTIN: Penyediaan Susu
mencuci dan mengelap tangan dengan tuala bersih sebelum
menyediakan susu.
sediakan air suam. Memasukkan air suam ke dalam botol/cawan
mengikut sukatan.
Masukkan susu mengikut sukatan.
Goncang botol susu secara perlahan tanpa memegang puting
susu sebaiknya guna penutup botol supaya susu tidak
memancut keluar.
Susu yang telah dibancuh dan diletakkan dlm suhu bilik lebih
daripada satu jam tidak digalakkan untuk diminum kerana ia
boleh merangsang pertumbuhan bakteria.
jangka masa penyediaan susu adalah 30 minit sebelum waktu
minum susu.
RUTIN: Minum Susu
Membawa kanak-kanak ke tempat minum susu yang sesuai
Menggalakkan kanak-kanak minum sehingga habis dan meletakkan
botol/cawan ke dalam bekas yang disediakan;
RUTIN: Rehat dan Tidur
Asingkan kanak-kanak mengikut jantina dan umur
Memastikan kanak-kanak berpakaian yang bersih dan selesa;
Kanak-kanak digalakkan untuk menyiapkan tempat tidur
mereka dengan bimbingan pengasuh.
kanak-kanak membaca doa tidur sambil dibimbing bagi
kanak-kanak muslim
boleh memperdengarkan muzik yang menenangkan atau
membacakan buku cerita
pastikan kanak-kanak berbaring di tilam masing-masing
Gunakan selimut, jika perlu.
RUTIN: Semasa tidur
Padamkan lampu dan tutup langsir supaya suasana bilik tidak
terlalu terang.
Mengawasi kanak-kanak yang sedang tidur
Bagi kanak-kanak yang belum tidur, pastikan mereka berbaring
dan berehat di tempatnya.
Sekiranya mereka masih enggan tidur selepas setengah jam,
asingkan mereka, berikan aktiviti yang senyap dan tidak
mengganggu rakan lain yang sedang tidur;
Kanak-kanak tidak dibenarkan menghisap susu semasa tidur.
Sekiranya mereka minum susu botol pastikan susu tersebut
telah habis dan tidak terus dihisap semasa tidur.
RUTIN: Bangun tidur
Kanak-kanak membaca doa selepas
bangun tidur.

Kanak-kanak digalakkan mengemas


tempat tidur masing-masing dan
membantu rakan mereka jika perlu.

Kanak-kanak bersedia untuk mandi atau


membersihkan diri.
Pengendalian
aktiviti
a) Pengendalian aktivti dalam kelas.

Circle time Nature walk

Bermain
Seni & kraf bebas
(free play)
b) Pengendalian aktiviti di luar kelas
1. Menyediakan alat permainan yang diperlukan dan memastikan
alatan mencukupi
2. Kanak-kanak memakai kasut/selipar masing-masing setiap kali
bermain di luar
4. Menunjukkan cara bermain dan menggunakan peralatan permainan
dengan betul.
5. Perlu terlibat dan bermain bersama kanak-kanak
6. mengawasi keselamatan kanak-kanak semasa bermain
7. bertindak segera jika berlaku kemalangan atau kecederaan.
8. Galakkan kanak-kanak mengemas/menyimpan alat permainan dan
membersihkan kawasan tempat bermain.
9. Kanak-kanak diminta mencuci tangan dan kaki selepas bermain &
beratur untuk masuk ke dalam bangunan
Kesihatan dan
pemakanan
Prinsip pemberian makanan
1. Beri makanan yang mencukupi untuk
memenuhi keperluan tenaga. Tingkatkan
amaun makanan mengikut umur.
Beri bayi dan kanak-kanak makanan yang padat dengan
tenaga termasuk bijirin seperti beras, gandum dan ubi-
ubian (kentang dan ubi keledek).
6 - 8 bulan - setengah cawan bubur nasi pekat
9 - 11 bulan - ditingkatkan sehingga 1 cawan
1-3 tahun - setengah cawan nasi (hidangan utama)
1 - 2 camca teh minyak ditambahkan dalam hidangan
sehari pada setiap peringkat umur.
2. Beri pelbagai jenis makanan untuk
memastikan semua keperluan nutrien
dipenuhi.
ayam, ikan, telur, susu dan produk tenusu (kalsium) perlu diberi
dengan kerap.
Sekiranya tidak dimakan dengan mencukupi, sumber kekacang dan
bijirin perlu diambil setiap hari
Buah-buahan dan sayur-sayuran (vitamin A, C) dimakan setiap hari.
Elakkan teh,kopi, susu pekat manis, sirap, dan minuman berkarbonat.
Hadkan jus buah-buahan kerana menyebabkan pengurangan
pengambilan makanan berkhasiat lain.
Penggunaan suplemen vitamin dan mineral hanya boleh
dipertimbangkan kepada bayi dan kanak- kanak yang menunjukkan
tanda-tanda kekurangan zat makanan setelah dinilai serta mendapat
nasihat daripada profesional perubatan.
3. Ubah tekstur serta cara penyediaan
makanan secara beransur-ansur mengikut
umur bayi dan disesuaikan dengan
perkembangan serta keupayaannya.
Kanak-kanak perlu dipantau untuk mengelakkan tercekik.
Penjaga perlu tahu prosedur keselamatan akibat tercekik.
6 hingga 8 bulan makanan yang dilecek atau makanan separa pepejal

9 hingga 11 bulan makanan yang dipotong kecil.


makanan jejari (finger food) seperti biskut lembut dan
buah-buahan.

12 bulan makanan keluarga.


4. Tingkatkan kekerapan pemberian makanan
mengikut umur.
Tambah kekerapan waktu makan sekiranya jumlah
makanan yang diambil kurang /makanan yang
dimakan adalah cair (kepadatan tenaga rendah).

6 8 bulan 2 - 3 kali sehari dengan 1 - 2 kali snek berkhasiat

9 11 bulan 3 - 4 kali sehari dengan 1 - 2 kali snek berkhasiat

1 3 tahun 4 - 5 kali sehari dengan 1 - 2 kali snek berkhasiat


5. Amalkan pemberian makanan secara
responsif dengan menggunakan prinsip
penjagaan psikososial.

Bayi perlu disuap manakala kanak-kanak kecil perlu dibantu


apabila mereka makan sendiri.
Beri bayi dan kanak-kanak makan dengan perlahan dan
kesabaran. Mereka perlu digalak untuk makan tanpa dipaksa.
Peka kepada tanda-tanda bayi dan kanak-kanak lapar atau
kenyang.
Wujudkan hubungan positif dan mesra dengan bayi dan
kanak-kanak dalam persekitaran yang kondusif serta selesa.
Berinteraksi dengan bayi dan kanak-kanak semasa makan.
6. Amalkan penyediaan, pengendalian dan
penyimpanan makanan secara selamat.

Kebersihan diri, peralatan memasak dan makanan


Basuh tangan sebelum menyediakan makanan dan
selepas menggunakan tandas.
Tangan bayi dan kanak-kanak dicuci dengan bersih
sebelum makan.
Makanan yang telah dimasak tidak boleh dibiarkan
melebihi 2 jam pada suhu bilik.
7. Semasa sakit, berikan bayi dan kanak-kanak
lebih air dan cecair lain.

Berikan hidangan yang kecil tetapi kerap.


Teruskan penyusuan susu ibu dengan kerap. Beri
kanak-kanak makan makanan yang digemari.
Galakkan kanak-kanak untuk makan makanan yang
lembut, pelbagai dan menyelerakan.
Setelah anak sembuh / sedang pulih, beri dia makan
lebih kerap dan galakkan dia makan lebih daripada
biasa.
apabila mendapati kanak-kanak menghadapi
penyakit berjangkit, guru perlu :

Mengasingkan kanak-kanak tersebut di bilik rehat.


Menghubungi ibu bapa kanak-kanak tersebut untuk membawa
anak mereka ke hospital agar mendapat rawatan doktor dengan
segera.
Memeriksa keadaan kanak-kanak yang lain ( adakah mereka
mempunyai gejala penyakit berjangkit ? )
Memastikan premis prasekolah adalah bersih sepanjang hari.
Memastikan kanak-kanak tidak berkongsi barangan personal
seperti berus gigi, tuala
Memastikan alat permainan dan alatan yang disentuh oleh
kanak-kanak yang menghadapi penyakit berjangkit telah
dibersihkan dan bebas daripada kuman.
Keselamatan
guru :
Ketika di pintu utama / pagar :
- memastikan pintu pagar dan pintu utama sentiasa berkunci dan kunci
diletakkan di tempat yang senang dicapai oleh guru
- memastikan kanak-kanak tidak memanjat dan bermain berhampiran pintu
pagar.

Ketika bermain :
- memastikan kanak-kanak memakai pakaian yang sesuai.
- memastikan kanak-kanak sentiasa memakai kasut semasa menjalankan
aktiviti luar.
- memastikan alat permainan yang disediakan sesuai dengan tahap umur
kanak2.
- memastikan kanak-kanak tidak bermain di tempat atau dengan bahan yang
berbahaya.
- memerhati kanak-kanak dalam setiap aktiviti yang dijalankan.
Ketika di tandas :
- Memastikan lantai sentiasa kering dan tiada air yang
bertakung.
- Memastikan mangkuk tandas bersih dan kering.
- Memastikan alat mandian kanak-kanak diletakkan
pada paras ketinggian mereka.
- Memastikan bahan pencuci bilik air diletakkan di
tempat yang selamat dan jauh daripada kanak-kanak.
- Memastikan kanak-kanak tidak bermain atau berlari
di dalam bilik air.
Persekitaran dalaman :
- Kanak-kanak tidak dibenarkan masuk dapur.
- Memastikan lantai sentiasa bersih dan kering.
- Menyediakan tong sampah yang bertutup untuk
melatih kanak-kanak membuang sampah.

Persekitaran luaran :
- Memastikan pintu pagar selalu ditutup.
- Memastikan alat permainan di taman permainan
dalam keadaan yang baik.
Sekian, terima kasih

You might also like