You are on page 1of 9

Surat Kiriman Tidak

Rasmi
Sesi soal jawab
 Pernahkan anda menerima surat daripada
kawan-kawan?
 Kamu tahu apa makna sahabat pena ?
 Kamu ada kawan yang tinggal berjauhan
dengan tempat tinggal kamu ?
 Pernahkah kamu menghubungi mereka ?
 Adakah mereka pernah menghubungi kamu ?
 Pernahkan anda menerima surat daripada
kawan-kawan?
Sesi perbincangan
 Pada zaman dahulu, manusia berhubung menggunakan asap,
burung, utusan pedagang dan sebagainya.
 Banyak kaedah kita boleh berhubung pada masa
sekarang.Zaman sekarang manusia berhubung dengan pelbagai
cara seperti surat
sms,chating,email,telefon,telegram,faximily,satelit dan
pelbagai lagi cara.
 Perbezaan antara perhubungan sekarang dengan dahulu adalah
dari segi kecepatan masa, keselamatan dan sebagainya.
 Walaupun perkembagan teknologi perhubungan berkembang
pesat, namun surat kiriman masih lagi digunakan dan pelajar
mesti tahu menggunakannya.
Format surat kiriman tidak rasmi
 8. Surat kiriman tidak rasmi
9.1. Alamat pengirim
9.2. Tarikh surat
9.3. Kata mengadap surat (menemui… )
9.4. Panggilan hormat
9.5. Penutup surat (Akhir kata…)
9.6. Tandatangan
(Guna bahasa surat)
SURAT TIDAK RASMI
 KATA ALUAN
 Menemui sahabatku yang kini berada di
Sabah. Apa khabar saudara/ri di sana. Saya
berharap saudara/ri sihat sejahtera.

 PENUTUP
 Sekian dulu coretan saya pada kali ini. Lain
kali kita berjumpa lagi. Sekian, terima kasih.

Contoh surat kiriman tidak rasmi
2470 Kampung Tanjung Sabtu,
21200 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.
21 Mac 2010
Ke hadapan ayahandaku semoga berada dalam keadaan yang sihat sejahtera
di samping keluarga.
Bagaimana dengan bonda, adinda Aniq dan Haziqie? Anakanda berharap
semuanya sihat. Anakanda di sini baru sahaja selesai ujian bulanan.

Ayahanda,
Tujuan anakanda menulis warkah ini ialah untuk meminta kebenaran
ayahanda bagi menyertai satu lawatan sambil belajar ke Pulau Pinang pada 30 Mac
2010
Lawatan selama dua hari itu dianjurkan oleh pihak sekolah. Tujuannya ialah
mendedahkan kepada murid-murid tentang tempat-tempat menarik dan bersejarah
di negeri berkenaan.

Harapan anakanda, lawatan itu nanti dapat memberi banyak pengalaman


baru. Seperti kata orang, jauh perjalanan luas pandangan dan banyak pula
pengalaman.
Anakanda juga ingin memohon ayahanda kirimkan sedikit wang untuk perbelanjaan
semasa lawatan itu.

Sampai di sini sahaja warkah anakanda kali ini. Sehingga berjumpa lagi,
sampaikan salam anakanda kepada bonda dan adinda.
Wassalam.
___________________
___________________
 ___________________

 _________________________________________________
_______________________________________________
 ________ ,

 ________________________________________________
________________________________________________________

 _________________________________________________
 _____________________________________________________
__________________________________________________________

 __________________________________________________
 _________________________________________________________

 __________________________________________________
 _____________________________________

 __________________
( )
 Murid membaca karangan yang dipilih oleh
guru di hadapan kelas.
 Murid-murid lemah dikehendaki menyalin
semula karangan terbaik ke dalam buku
latihan.
 Guru mempamerkan hasil karangan terbaik
kepada pelajar.
 Guru memberi ganjaran kepada murid-murid
yang menghasilkan karangan terbaik.

You might also like