You are on page 1of 42

KAEDAH FIQH DALAM

PENGURUSAN

PAIZ BIN HASSAN

1
MAKSUD QAWAID FIQHIYAH
 Setiap displin ilmu mempunyai kaedah-kaedah tertentu yang
berkaitan dengan ilmu berkenaan.
 fiqhiyah ialah ilmu berkenaan fekah.
 Ringkasnya Qawaid fiqhiyah ialah kaedah-kaedah pokok
berkaitan ilmu fekah.

2
MAKSUD QAWAID FIQHIYAH
(KAEDAH FIQH)
Bahasa :
“Dasar-dasar yang berkaitan dengan masalah hukum

Istilah :
“Prinsip-prinsip asas fiqah yang bersifat umum dalam bentuk
nas yang pendek yang mengandungi hukum umum yang
sesuai dengan bahagian-bahagiannya”
(Cth: lafaz kaedah : al-Dararu Yuzal = Bahaya mesti
dihapuskan)

“Asas-asas fiqah yang bersifat kulli (keseluruhan) dalam


bentuk nas-nas atau teks-teks perundangan yang ringkas yang
menerangkan hukum yang disyariatkan secara umum
mengenai atau tentang perkara-perkara yang tergolong di
dalam lingkungannya”
3
MAKSUD QAWAID FIQHIYAH
(KAEDAH FIQH)
”Kaedah-kaedah umum yang meliputi seluruh cabang masalah-
masalah fiqh yang menjadi pedoman untuk menetapkan
sesuatu hukum”

 Kesimpulannya :

 Kaedah fiqh merupakan satu kaedah dalam bentuk


kesimpulan yang dirumuskan tentang sesuatu hukum yang
boleh dijadikan asas dalam tindakan terhadap sesuatu amalan

 Oleh itu sesiapa yang menguasai kaedah-kaedah fiqh


bermakna ia mampu menguasai seluruh permasalahan fiqh
dan menentukan hukum terhadap sesuatu yang belum ada
nas mengenainya.
4

KEPENTINGAN KAEDAH FIQH
DALAM PENGURUSAN
1. Ia menjadi landasan asas untuk organisasi membina objektif
dan matlamat yang hendak dicapai serta kaedah untuk
mencapai matlamat tersebut

2. Kaedah fiqah boleh dijadikan asas untuk membuat keputusan


terutama untuk berhadapan dengan masalah serta cabaran
baru

3. Kaedah fiqah dapat memupuk kreativiti seseorang. Daya


kreativiti ini akan dapat disuburkan dan ianya berlandaskan
pendekatan dan prinsip yang betul

5
KEPENTINGAN KAEDAH FIQH
DALAM PENGURUSAN
4. Kaedah fiqah dapat dijadikan landasan dan panduan untuk
memajukan dan membangunkan organisasi dan dapat
memastikannya berjalan di landasan yang dibenarkan oleh
syarak

5. Kaedah fiqah ini menjadikan umat Islam umat yang berdisiplin


dalam memajukan kehidupan dan termasuklah juga dalam
kehidupan berorganisasi

6. Memudahkan seseorang untuk bertindak dalam menghadapi


perubahan, cabaran dan masalah terutama masalah yang
baru yang sentiasa dihadapi dalam kehidupan

6
QAWAID FIQHIYAH

SEGALA URUSAN KEYAKINAN TIDAK KESUKARAN ITU


BERGANTUNG PADA DAPAT DIHAPUS MEMPUNYAI
NIAT DENGAN KERAGUAN KEMUDAHAN

KEMUDHARATAN ADAT KEBIASAAN


HARUS DIHAPUS BOLEH DITERIMA
ATAU DIHINDARI SEBAGAI HUKUM

7
 Kaedah fiqh pertama ialah meletakkan niat sebagai perkara utama
bagi sesuatu amalan yang dilakukan.
 Kaedah merujuk kepada hadis Rasululullah SAW bermaksud :
”Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat”
 Kaedah ini merupakan kaedah asas yang melibatkan segala
perbuatan manusia yang amat berkaitan dan ditentukan oleh niat
atau matlamatnya
 Niat semasa melakukan sesuatu amalan adalah penting kerana ia
menjadi faktor penentu untuk diterima atau ditolak amalan tersebut.
Andainya amalan seseorang itu baik tetapi niat nya tidak baik, maka
tidak diterima oleh Allah begitulah sebaliknya.
 Pengaruh niat amat besar
 Perubahan status halal kepada haram
 Contoh
 Seseorang berniat air sirap yang diminumnya sebagai arak.
 Berdasarkan kaedah ini, pahala dan dosa bergantung kepada niat:
 Niat untuk lakukan kebajikan tetapi tidak dapat dilaksanakan
kerana masyaqqah (kesulitan) = dapat pahala
 Perbuatan hati yang tidak baik (dengki, angkuh, dendam dll) =
dapat dosa
 Keazaman yang kuat juga menerima balasan samada baik &
buruk
 Contoh :
 Lafaz kinayah (cerai)
 Seseorang lelaki menyetubuhi wanita lain dengan sangkaan dan
meyakini wanita tersebut adalah isterinya = Tidak dikenakan
hukuman hudud
 Seseorang yang memerah anggur dengan niat membuat cuka =
harus hukumnya. Jika ia berniat membuar arak = haram
hukumnya
SEGALA URUSAN BERGANTUNG
PADA NIAT - dalam konteks pengurusan
 Niat + amalan = selari
 Niat baik + amalan buruk= tolak
 Niat buruk + amalan baik = tolak
 Niat baik + amalan baik = terima

 Contoh 1 – Niat mendermakan duit hasil pendapatan


pelacuran
 Contoh 2 - Memberi perkhidmatan dgn niat sogokan atau
ganjaran.
 Contoh 3 - Membina projek perumahan untuk keperluan
manusia = terima
 Kesimpulannya, berdasarkan kaedah ini :
1. Amalan seseorang itu amat berkait atau bergantung dengan
niatnya
2. Niat merupakan perkara penting yang akan menentukan nilai
sebenar amalan sama ada ia menjadi baik, sah atau tidak sah
dan sebagainya, diterima atau ditolak dan sebagainya
3. Niat membezakan setiap amalan seseorang sama ada ianya
sunat, wajib dan sebagainya. Ia juga dapat membezakan
sama ada amalan seseorang itu bersifat adat atau ibadah
4. Niat yang baik perlu diikuti dengan amalan yang baik.
5. Niat yang baik akan mendorong tindakan atau amalan yang
baik
1. Objektif atau matlamat sesebuah organisasi amat penting. Ia perlu
mempunyai objektif yang betul dan jelas serta baik, realistik dan
dapat dicapai
2. Matlamat individu dalam organisasi dan matlamat sesebuah
organisasi secara umumnya perlulah sejajar dengan kehendak dan
tuntutan Islam
3. Kaedah untuk mencapai matlamat organisasi perlu sejajar dengan
Islam. Islam melarang prinsip ’matlamat menghalalkan cara” yang
sering diamalkan oleh organisasi yang sekular dan tidak
berteraskan Islam
4. Budaya yang diamalkan dalam organisasi juga perlulah
mengambilkira nilai dan prinsip Islam
5. Menghayati kaedah ini akan melahirkan warga organisasi yang
ikhlas dalam setiap amalan di dalam organisasi
6. Menghayati kaedah ini akan melahirkan warga organisasi yang
ikhlas dalam setiap amalan di dalam organisasi
7. Kaedah ini akan menjadikan seluruh warga organisasi melakukan
amal dan usaha sebagai satu tanggungjawab berteraskan nilai-nilai
ibadah yang digariskan oleh Islam
 Sesuatu perkara yang telah diyakini berlaku, sebarang
keraguan yang datang kemudian untuk meragui keyakinan itu
tidak diambilkira
 Sesuatu yang diyakini itu tidak boleh ditinggalkan hukumnya di
sebabkan oleh sebarang syak atau keraguan
 Kaedah kedua ini meletakkan keyakinan sebagai perkara
utama untuk diterima sesuatu amalan.
 Kaedah ini amat berkait dengan proses membuat keputusan
 Dalam sesebuah organisasi, membuat keputusan adalah
merupakan sesuatu yang sangat penting
 Keputusan yang ingin dibuat hendaklah keputusan yang pasti,
bukan sesuatu yang bersalut keraguan dan ketidakpastian
 Kaedah ini merujuk kepada hadis Rasulullah SAW bermaksud:
”Apabila seseorang dari kamu timbul syak dalam
sembahyangnya di mana dia tidak tahu samada tiga atau
empat rakaat, Maka buangkanlah syak atau keraguan itu serta
tetapkanlah bilangan rakaat atas yang diyakini”
 Contoh :
1. Seseorang yang merasa terbatal wuduknya atau berhadas
dapat diyakini dengan keluar angin daripada duburnya atau
terasa terdengar pada telinganya atau terhidu baunya
melaui hidung
2. Seseorang yang cukup syarat kemampuan serta ingin
menunaikan haji, namun ia syak samada selamat atau tidak
di perjalanan, tidak wajib hukumnya ia menunaikan haji
tahun tersebut
3. Binatang sembelihan dalam negara yang penduduknya
bercampur antara Islam dan Majusi, binatang sembelihan di
negara tersebut tidak halal sehinggalah diyakini manakah
sembelihan orang Islam
 Rumusan :
1. Setiap tindakan dan keputusan perlu berdasarkan
keyakinan dan kepastian
2. Perkara yang meragukan dan tidak ada kepastian tidak
seharusnya menggugat sesuatu yang sudah pasti dan
mantap
3. Kepastian itu perlulah berdasarkan dalil yang sah serta
data serta alasan yang kukuh dan meyakinkan
1. Dalam membuat keputusan atau tindakan ianya perlu
dilakukan dengan penuh ketelitian dan berhati-hati.
2. Sesuatu keputusan perlu dilakukan berdasarkan dalil, alasan
serta maklumat yang lengkap, penuh dengan keyakinan dan
bukan sesuatu yang masih ada keraguan
3. Sekiranya wujud keraguan, maka perlu memilih keputusan
yang pasti dan tidak meragukan
4. Setiap keputusan yang dilakukan perlu berdasarkan kepada
keyakinan, kebenaran dan keadilan
5. Dalil-dalil naqli (al-Quran dan al-Sunnah) perlu dirujuk
terutamanya melibatkan hukum dan dasar Islam
6. Data & maklumat yang tepat (Dalil aqli dijadikan sandaran
tambahan untuk membuat keputusan)
7. Islam juga menyarankan agar umat Islam melakukan
sembahyang istikharah agar keputusan yang dilakukan benar-
benar menghampiri kepada kebenaran
AL-MASYAQQAH TAJLIBU AT-TAISIR
(KESUKARAN MENDATANGKAN KESENANGAN / KEMUDAHAN)
 Apabila terdapat sesuatu kesusahan atau kesulitan dalam
menunaikan dan melaksanakan perintah Allah maka perintah itu
diringankan (tidak seperti hukum asal)
 Islam mempunyai kaedah yang boleh diamalkan terutama dalam
berhadapan dengan kesukaran dan kesusahan
 Berdasarkan kaedah tersebut terbentuklah semua hukum rukhsah
atau keringanan dalam syariat Islam
 Ia bertujuan supaya syariat Islam dapat dilaksanakan oleh mukallaf
bila dan di mana saja, dengan memberi kelonggaran dan
keringanan di saat dan ketika seseorang itu terjebak dalam
kesempitan dan kesukaran
 Kaedah ini diamalkan oleh Nabi s.a.w.
“Apabila Rasulullah s.a.w. bermusafir pada jarak tiga batu atau
farsakh, Baginda solat dua rakaat
AL-MASYAQQAH TAJLIBU AT-TAISIR
(KESUKARAN MENDATANGKAN KESENANGAN / KEMUDAHAN)
 Sumber asal kaedah :
 Al-Quran : Firman Allah SWT bermaksud :
”Allah menghendaki kemudahan bagi kamu dan tidak
menghendaki kesukaran bagi kamu ” ( Al-Baqarah 2 :185)”
”Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu
kesusahan (kepayahan)” (al-Maidah :6)
 Hadis :
”Permudahkanlah dan janganlah menyukarkan”
”Aku diutuskan untuk membawa syariat yang benar dan
bertolak ansur”
 Maksud ayat di atas menggambarkan bahawa syariat Islam mudah
diamalkan dan tidak membebankan sesorang. Contohnya seseorang
yang kesukaran untuk berdiri semasa solat diberikan keringanan (
rukhsah) untuk solat secara duduk.
AL-MASYAQQAH TAJLIBU AT-TAISIR
(KESUKARAN MENDATANGKAN KESENANGAN / KEMUDAHAN)
 Penjelasan mengenai masyaqqah (kesukaran / kesusahan) :
1. Perlu kenalpasti masyaqqah yang menjadi sebab keringanan
2. Perlu bezakan dengan taklif (bebanan ke atas individu muslim
yang mukallaf seperti mencari rezaki, solat, puasa dll) walaupun
nampak seperti membebankan
3. Taklif bukan merupakan satu masyaqqah kerana menurut adat
dan kebiasaanya ianya tidak menjadi bebanan kp manusia
bahkan ia merupakan satu keperluan kp mereka
4. Dalam melaksanakan tuntutan syariat juga kesusahan tidak
dapat dipisahkan dalam kehidupan namun ianya tidak boleh
menjadi sebab untuk mewujudkan rukhsah (keringanan /
kemudahan) = cth : Mencari rezeki, berpuasa pada musim
panas
AL-MASYAQQAH TAJLIBU AT-TAISIR
(KESUKARAN MENDATANGKAN KESENANGAN / KEMUDAHAN)

 Masyaqqah yang sebenarnya ialah :


1. Apa yang terkeluar daripada garis kesukaran biasa
2. Yang membawa kepada kemudharatan (diri/harta benda)
atau kesukaran yang memakan masa yang lama
3. Ia juga merupakan kesukaran yang dianggap luar biasa
menurut penilaian syarak
4. Cth : Orang sakit dibolehkan meninggalkan puasa kerana
dengan berpuasa boleh membawa kemudharatan kp
dirinya
AL-MASYAQQAH TAJLIBU AT-TAISIR
(KESUKARAN MENDATANGKAN KESENANGAN / KEMUDAHAN)

 Rumusan :
 Islam adalah agama yang mudah, senang dan
menyenangkan. Ia tidak membebankan penganutnya
 Islam adalah agama yang praktikal dan realistik, yang amat
memahami masalah dan kesukaran yang dihadapi oleh
manusia
 Jika ada kesukaran, Islam turut memberikan keringanan
dan kemudahan malah ia perlu diamalkan dalam kehidupan
AL-MASYAQQAH TAJLIBU AT-TAISIR
(KESUKARAN MENDATANGKAN KESENANGAN / KEMUDAHAN)

 Perkara yang membolehkan seseorang itu mendapat rukhsah


(keringanan) dalam kehidupan :
1. Musafir
 Qasar solat, jama’ solat, meninggalkan solat Jumaat
 Berbuka puasa
2. Sakit
 Bertayamum sekiranya dengan menggunakan air boleh
memudharatkan
 Solat duduk, baring
 Harus doktor lelaki melihat aurat wanita dlm perubatan
3. Terpaksa atau dipaksa
 Kelaparan yg mengancam nyawanya, diharuskan makan benda haram
 Dipaksa mensyirikkan Allah, harus berbuat demikian tetapi hatinya mesti
tetap beriman
 Minum arak,makan bangkai
AL-MASYAQQAH TAJLIBU AT-TAISIR
(KESUKARAN MENDATANGKAN KESENANGAN / KEMUDAHAN)
4. Terlupa
 Makan secara terlupa ketika puasa tidak batal puasa
5. Kekurangan/cacat
 Kanak2 tidak dibebankan dengan taklif
 Wanita tidak diwajibkan solat Jumaat dan berperang
 Org gila tidak dikenakan bebanan taklif
 Taklif syarak atau t/jawab terhadap kaum wanita lebih ringan drpd lelaki
6. Umumul balwa (perkara yg tidak dapat dielakkan)
 Org yg berpenyakit iaitu sentiasa keluar air kencing dan istihadah (darah
penyakit) dimaafkan solat dlm keadaan tersebut
 Sembahyang dengan najis yg dimaafkan seperti nanah, bisul atau
penyakit cacar
 Harus memakai sutera bagi lelaki kerana berpenyakit
 Menjual telur bersama kulitnya
8. Jahil dengan hukum hakam
 Baru memeluk Islam, jauh daripada ulama dll
AL-MASYAQQAH TAJLIBU AT-TAISIR
(KESUKARAN MENDATANGKAN KESENANGAN / KEMUDAHAN)

 Setiap perintah yang sukar dilakukan ada kemudahan dan mampu


dilakukan.
 Contoh -
 Bersedekah dgn harta adalah kesukaran bagi orang miskin,
namun ada kemudahan bagi mereka untuk bersedekah iaitu
dengan membuang halangan di jalan atau ukirkan
senyuman.
 Rumusan –
 Tiada alasan untuk menolak atau mengecualikan diri dari
terlibat dalam melakukan kebaikan.
 Jika tak mampu berbuat baik, maka cegah diri dari berbuat
buruk.
PENGAPLIKASIAN KAEDAH AL-MASYAQQAH TAJLIBU AT-TAISIR
(KESUKARAN MENDATANGKAN KESENANGAN / KEMUDAHAN) DALAM
PENGURUSAN
1. Perkara yang bersifat kesukaran atau yang boleh
menimbulkan kemudharatan hendaklah diambil kira dalam
membuat keputusan
2. Dalam melakukan sesuatu, wujud beberapa kelonggaran yang
diberikan oleh Islam
3. Kelonggaran yang diberikan oleh Islam hendaklah
dimanfaatkan, kerana ia seperti hadiah yang dianugerahkan
kepada umat Islam
4. Islam mempunyai pendekatan tersendiri dalam menghadapi
kesukaran, darurat dan perkara yang menyusahkan
 Sesuatu yang boleh mendatangkan bahaya mestilah
dihapuskan dan perkara yang merbahaya juga hendaklah
dihilangkan
 Tidak boleh sama sekali melakukan atau membuat kerosakan
dan kemudaratan terhadap diri sendiri, lebih2 lagi kp org lain
 Persoalan yang boleh membawa kemudaratan terutama
kemudaratan yang asasi iaitu melibatkan agama, nyawa,
harta, maruah dan keturunan hendaklah dihindarkan

 RUMUSAN KAEDAH :
Perkara yang boleh membawa kp kemudaratan atau
kerosakan hendaklah dihindarkan terutama kemudaratan
asasi seperti agama, nyawa, akal, harta dan
maruah/keturunan
Jika terdapat dua kemudaratan , maka hendaklah dipilih
kemudaratan yg lebih ringan atau lebih sedikit atau rendah
risikonya (Cth : Diharuskan doktor membedah perut wanita
mati mengandung utk selamatkan kandunganya)
Menghindari kemudaratan yang nyata lebih baik dari
mengharapkan kemaslahatan yang tidak pasti
 SUMBER :
 Firman Allah :
 ‘Dan janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi,
sesudah (Allah) memperbaikinya…’ (al-A’raf:56)
 ’....dan Allah tidak menyukai orang-orang yang membuat
kerosakan’ (al-Maidah:64)

 Kaedah ini merujuk kepada sabda Rasulullah bermaksud :


 ”Tidak boleh melakukan kemudharatan ke atas diri sendiri dan
tidak boleh memudharatkan ke atas orang lain”
 ‘Tidak ada bahaya dan tidak membahayakan ( ‫ال ضرر وال ضرار‬
 CONTOH :
 Menegah orang yang bodoh menguruskan harta milik mereka
 Tebus talak dan penceraian di antara pasangan yang tidak
sesuai / serasi
 Memenjarakan orang yang membawa ajaran sesat dan segala
sebaran yang membawa kerosakan kp masyarakat
 Diharuskan membunuh binatang yang membahayakan seperti
anjing gila, ular tedung dll
 Seseorang yang kelaparan diharuskan memakan daging
binatang yang diharam sekadar mengelak kelaparan sahaja
 Diharuskan membongkar kuburan untuk memandikan atau
mengadapkan ke kiblat bagi mayat yang berada di dalamnya
jika semasa dikebumikan belum di mandi atau tidak dihadap ke
kiblat
 Persoalan yg melibatkan kemudaratan hendaklah diambil perhatian
dan diutamakan dlm sesebuah organisasi, di samping melihat
manfaat atau faedah dari sesuatu tindakan
 Keputusan yang ingin dilakukan perlu berdasarkan keutamaan
terutama dalam melihat sama ada perkara tersebut akan
menimbulkan kemudaratan atau sebaliknya
 Perkara yang utama perlu dijadikan matlamat untuk dijaga iaitu
agama, nyawa, harta, maruah dan keturunan
 Semua kegiatan dalam organisasi perlu mengambilkira sebarang
kemudaratan agar tidak menjejaskan agama, nyawa, harta,
keturunan dan maruah
 Maksudnya : adat yang baik diperakui sebagai salah satu
sandaran hukum
 Tidak semua adat sesesuatu kaum / masyarakat ditolak oleh
Islam.
 Contoh
 memakan “ dhab” yang menjadi amalan masyarakat
tertentu di tanah Arab di perakui oleh Islam.
 Usaha pendebungaan pada pokok bagi meningkatkan
hasil – dibenarkan oleh Islam.
 Bersumberkan sabda Rasulullah SAW bermaksud:
”Apa yang dipandang baik oleh kaum muslimin, maka di
sisi Allah pun dianggap baik”
 Kaedah di atas membawa maksud bahawa adat kebiasaan
sesebuah masyarakat Islam yang tidak bercanggah dengan
ketentuan syariat dapat diterima sebagai sumber hukum
 Contoh adat yang tidak diterima kerana bercanggah dengan
syariat :
 Adat jahiliyyah yang mengharuskan anak lelaki mewarisi
atau mengahwini bekas isteri bapanya atau ibu tirinya
 Amalan riba
 Rumusannya : Apa sahaja yang menjadi adat kebiasaan
selagi tidak bercanggah dengan akidah, syariah dan akhlak
Islam boleh diterima dan diamal dalam masyarakat.
 Melibatkan :
 Adat dan amalan yang baik diterima untuk diamalkan
 Adat tersebut perlulah tidak bercanggah dengan dalil
syarak
 Baik perlu dilihat menurut kacamata Islam
 Perkara yang boleh digunakan adat ialah hal yang ranting
dan teknikal
 Contohnya :
 Memberi bayaran pendahuluan daripada upah sesuatu
pekerjaan walaupun ianya belum selesai dilakukan adalah
diharuskan kerana amalan ini sudah menjadi adat atau
diterima pakai dalam masyarakat.
 Adat masyarakat Melayu, mas kahwin dibayar oleh suami
kepada pihak isteri sebelum mereka .....
 Masuk rumah tanpa tinggalkan kasut satu penghinaan kp
tuan rumah (Malaysia) tetapi tidak kp negara lain
(sesetengah negara Arab seperti Jordan dll)
 Adat yang baik dan positif boleh diberi perhatian dan
diamalkan
 Dalam bertindak, pandangan orang ramai juga perlu
diambilkira
 Perkara baru dan yang bersifat teknikal boleh diterima dan
diguna pakai
 Segala yang dilakukan perlulah sejajar dengan nilai, prinsip
serta matlamat Islam
RUMUSAN
 Qawaid Fiqhiyah amat penting difahami oleh setiap
manusia, terutamanya oleh mereka yang terlibat secara
langsung dengan pengurusan.
 Tanpa kefahaman ini akan berlaku pelbagai perkara
negatif terhadap kehidupan.
 Manusia dibekalkan Allah dengan akal dan hati untuk
berfikir dan merasa. Selain itu dikurniakan anggota untuk
berusaha dan bertindak. Kesepaduan antara menyerah
kepada Allah dan berusaha akan memantapkan
pengurusan.

You might also like