You are on page 1of 17

PENGENALAN

KEPADA
EKONOMI
MAKSUD EKONOMI
Ekonomi ialah satu kajian sains sosial
tentang cara manusia mengagihkan
sumber-sumber ekonomi(faktor
pengeluaran) yang terhad bagi
memenuhi kehendak manusia yang
tidak terhad
KEHENDAK INDIVIDU
Keinginan individu yang tidak terbatas untuk
mendapatkan pelbagai jenis barang dan
perkhidmatan.

Kehendak individu adalah pelbagai dan


bergantung kepada tingkat pendapatan serta
kedudukan sosialnya.

Tidak semua kehendak individu dapat dipenuhi


kerana sumber ekonomi adalah terhad.
SUMBER EKONOMI
Sumber ekonomi merujuk kepada input yang
digunakan untuk menghasilkan barang dan
perkhidmatan.

Dikenali juga sebagai faktor pengeluaran.


TANAH

USAHA SUMBER
BURUH
WAN EKONOMI

MODAL
SUMBER EKONOMI
TANAH
Sumber semulajadi yang dianugerahkan Allah.

Penawaran adalah terhad.

Ganjaran bagi tanah ialah sewa.

Terbahagi kepada sumber yang dapat


diperbaharui dan sumber yang tidak dapat
diperbaharui.
SUMBER EKONOMI
BURUH
Manusia yang menyumbangkan tenaga fizikal
atau mental.

Ganjaran bagi buruh ialah upah atau gaji.

Boleh berpindah dari satu tempat ke tempat


yang lain.

Terdiri daripada buruh mahir dan buruh tidak


mahir
SUMBER EKONOMI
MODAL
Wang, peralatan atau mesin yang digunakan
untuk pengeluaran barang dan perkhidmatan.

Ganjaran bagi modal ialah faedah.


SUMBER EKONOMI
USAHAWAN
Penggerak utama dalam proses pengeluaran.

Menggabungkan faktor-faktor pengeluaran,


merancang, mengurus dan mengambil risiko
dalam proses pengeluaran barang dan
perkhidmatan.

Ganjaran bagi usahawan ialah untung


MASALAH EKONOMI
KEKURANGAN
Sumber ekonomi yang terhad berbanding kehendak individu
yang tiada batasan.

PILIHAN

Pilihan dibuat atas dasar keutamaan atau matlamat.

KOS LEPAS
Melepaskan barang atau perkhidmatan kedua terbaik kerana
memilih yang terbaik
UNIT EKONOMI
ISI RUMAH
Individu atau sekumpulan manusia yang
tinggal bersama di dalam sebuah rumah.

Bertindak sebagai pembekal sumber ekonomi.

Bertindak sebagai pengguna atau pembeli


barang dan perkhidmatan
UNIT EKONOMI
FIRMA
Menggunakan sumber ekonomi untuk
menghasilkan barang dan perkhidmatan.

Bertindak sebagai pembekal barang dan


perkhidmatan.
UNIT EKONOMI
KERAJAAN
Pentadbir atau pemerintah sesebuah negara.

Menggunakan sumber hasil seperti cukai


untuk memenuhi kebajikan masyarakat.

Mengawal aktiviti penggunaan isi rumah dan


aktiviti pengeluaran.
MASALAH UNIT EKONOMI
Masalah Maksud Unit ekonomi
ekonomi Isi rumah Firma Kerajaan
Kekurangan Sumber Kekurangan Kekurangan Kekurangan
ekonomi yang pendapatan faktor sumber hasil
terhad atau wang. pengeluaran kerajaan.
berbanding (tanah,
kehendak Contoh: buruh,modal) Contoh:
individu yang kekurangan kekurangan
tiada batasan. wang untuk Contoh: hasil untuk
membeli kekurangan membina
hawa dingin modal untuk sekolah dan
dan membina pejabat
komputer/ kilang kereta kerajaan
dan kilang
motosikal
MASALAH UNIT EKONOMI
Masalah Maksud Unit ekonomi
ekonomi Isi rumah Firma Kerajaan
Pilihan Pilihan Memilih Memilih Memilih projek
dibuat atas barang atau output yang pembangunan
dasar perkhidmatan memberi yang
keutamaan yang keuntungan memaksimumk
dan memberikan maksimum. an kebajikan
matlamat. kepuasan rakyat.
maksimum. Contoh: firma
memilih untuk Contoh:
Contoh: membina kerajaan
memilih untuk kilang kereta memilih untuk
membeli kerana ia membina
komputer memberi sekolah kerana
kerana lebih keuntungan memberi
memerlukan yang tinggi kebajikan yang
untuk bekerja. lebih baik
MASALAH UNIT EKONOMI
Masalah Maksud Unit ekonomi
ekonomi Isi rumah Firma Kerajaan
Kos lepas Melepaskan Melepaskan Melepaskan Melepaskan
barang atau barang kedua output kedua projek
perkhidmatan terbaik untuk terbaik untuk pembangunan
kedua terbaik mendapatkan memilih kedua terbaik
kerana barang yang output yang untuk memilih
memilih yang terbaik. terbaik. projek terbaik.
terbaik.
Contoh: hawa Contoh: Contoh:
dingin pengeluaran pejabat
merupakan motosikal kerajaan
kos lepas merupakan merupakan kos
untuk membeli kos lepas lepas untuk
komputer. untuk pembinaan
menghasilkan sekolah.
kereta.

You might also like