You are on page 1of 6

SISTEM EKONOMI SEMASA

PENJAJAHAN
Dasar – dasar pertanian British.
• British memperkenalkan orang Melayu dengan
tanaman kopi, tembakau, getah.
• British mengkomersialkan tanaman tradisional.
• Buruh China dan India digunakan untuk
memajukan sektor perladangan.
• Undang – undang pemilikan tanah
diperkenalkan oleh British, bertujuan
melindungi tanah orang Melayu diceroboh.
Pengenalan undang – undang
berhubung tanah.
• Sebelum kedatangan British, pemilikan tanah
amat mudah.
• Rekod bertulis adalah untuk mengesahkan
pemilikan tanah pada masa British.
• Rekod bertulis : cukai, pajakan, sewa beli, jual
dan beli tanah.
• Tanah dilihat sebagai cagaran untuk modal
(tanah ladang, tanah pribumi dan tanah
perlombongan).
• Cukai tanah bergantung kepada jenis tanah.
Kesan pengenalan undang – undang
tanah British.
• Permohonan tanah didapati daripada Pejabat Tanah
(residen) dan bukan dari pembesar Melayu lagi.
• Kebenaran Pejabat Tanah juga diperlukan untuk
mengutip hasil hutan.
• Dasar tanah British membawa kepada perkembangan
ekonomi wang (cukai, jual, beli, sewa ke atas tanah
perlu menggunakan wang).
• Kesannya orang Melayu (tiada wang) yang meminjam
daripada orang tengah dan kemudiannya menjual
tanah untuk menyelesaikan hutang mereka.
Undang – undang melindungi tanah
bumiputra.
• Residen berhak mengisytiharkan mana – • Di Sabah pula, Proklamasi III
mana tanah orang Melayu sebagai TSM
untuk mengelak TSM daripada dijual, Perlindungi Hak Peribumi
dipajak gadai, atau ditukar milik. melindungi kepentingan
• Land Order Sarawak diperkenalkan bagi peribumi yang diwartakan
melindungi tanah peribumi daripada
dicerobohi; membahagikan tanah kepada
oleh British; menetapkan
campuran (imigran shj), simpanan dan hak milik peribumi di bawah
pedalaman (dilindungi). kuasa Pegawai Daerah.
• Sarawak, pemindahan hak milik tanah
hanya boleh dilakukan melalui perwarisan, • Segala urusan jual beli
bagi mengelakkan pemajakan, pemecahan tanah di Sabah dengan
dan penjualan tanah. orang Eropah pula
dimaklumkan kepada ketua
peribumi.
Dasar British terhadap pekebun kecil
getah.
• British berhasrat mengekalkan orang Melayu sebagai petani.
• Maka Enakmen Tanah Padi diperkenalkan untuk menghalang tanaman getah
ditanam di kawasan tanaman padi.
• Selepas itu British melarang sama sekali pembukaan tanah baru untuk penanaman
getah.
• Pada awalnya penglibatan pekebun kecil Melayu secara kecil – kecilan tidak
mendatangkan kebimbangan kepada pengusaha Eropah.
• Apabila ekonomi meleset dan harga getah jatuh, British terpaksa melindungi
pengusaha Eropah.
• Antaranya dengan memperkenalkan Rancangan Sekatan Stevenson yang
menghadkan pengeluaran getah negara pengeluar.
• Rancangan Peraturan Getah Antarabangsa pula memberi kuota lebih tinggi kepada
pekebun kecil, mereka juga ditekan kerana dianggap mengancam pengusaha
Eropah.
• Tanaman getah yang banyak masalah ini tetap menguntungkan orang Melayu
berbanding tanaman padi.
• Oleh itu, orang Melayu tidak berminat mengusahakan tanaman padi.

You might also like