You are on page 1of 28

MENGGALURKAN

PROSES PEMBENTUKAN
MASYARAKAT PLURALISTIK
DI ALAM MELAYU
Apakah yang anda faham
dengan perkataan
“pluralistik”?
“Pluralistik (Majmuk)” terbentuk daripada
beberapa bahagian yang merupakan kesatuan
atau dalam konteks masyarakat, ia terdiri
daripada beberapa kumpulan etnik.

Masyarakat pluralistik:
Satu kumpulan manusia yang terdiri daripada
pelbagai rumpun bangsa telah membentuk
satu kesatuan khususnya dalam aspek
politik, sosial dan ekonomi di sesuatu tempat
bagi membentuk datu kumpulan yang
bersatu padu.
PROSES PEMBENTUKAN
MASYARAKAT PLURALISTIK

KESULTANAN
MELAYU PENJAJAHAN
MELAKA BELANDA
(1402-1511) (1641-1824)

PENJAJAHAN PENJAJAHAN
PORTUGIS BRITISH
(1511-1641) (1826-1941)
(1946-1948)
Apakah faktor yang
menyumbang kepada pluraliti
pada zaman Kesultanan
Melayu Melaka pada abad
ke-15M?
Perdagangan antarabangsa
• Kedudukan Selat Melaka yang strategik memudahkan
para pedagang singgah sama ada untuk berdagang,
mendapat bekalan makanan atau membaiki kapal.

• Bangsa-bangsa yang datang berdagang di Melaka


telah mewujudkan interaksi dan menggalakkan
asimilasi di antara bangsa melalui perkahwinan
campur.

• Antara kelompok yang membentuk masyarakat di


Melaka adalah Melayu, India, Cina, Benggali, Arab
dan Cina-Melayu yang membentuk masyarakat Cina
Peranakan di Melaka.
Pemerintahan

• Perlembagaan Melaka dilaksana berdasarkan Islam


(Kanun Melaka & Undang-undang Laut Melaka)

• Pemerintahandiplomasi& terbuka.

• Sultan/pembesar mempunyai misi & visi yang hebat.


Kependudukan

• Proses penghijrahan berlaku secara alamiah / semula


jadi tanpa ada paksaan.

• Interaksi aktif dalam kalangan pelbagai bangsa dan


kaum di Melaka.
Kebudayaan
• Keterbukaan pemerintah empayar Melaka

• Melaka maju sbg pelabuhan utama dunia, hasil


rempah ratus sebagai daya tarikan, keselamatan
Selat Melaka

• Melaka menjadi kota metropolitan serta kota multi


budaya
• Kemakmuran Melaka telah menarik minat Portugis.

• Tujuannya bolehlah diringkaskan kepada 3 perkataan


iaitu ‘agama, kekayaan dan kemegahan’ (Gospel,
Gold and Glory).

• Kedatangan Portugis ke Melaka telah membawa


kepada berakhirnya zaman keagungan Kesultanan
Melayu Melaka yang terbina sejak lebih satu kurun.
• Setelah berjaya menawan Melaka, orang Portugis
menduduki Melaka selama lebih kurang 130 tahun.

• Kesannya wujudlah masyarakat Serani yang


beragama Kristian hasil dari perkahwinan bangsa
Portugis dengan penduduk tempatan.
• Belanda menjadi sebahagian jajahan takluk King
Philip (raja negara Sepanyol).

• Akibat daripada pertikaian agama, Belanda bangun


melawan kekuasaan Sepanyol dan mencapai
kemerdekaan pada tahun 1548.

• Portugal dan Belanda mempunyai hubungan


perniagaan. Apabila Portugal ditawan oleh King
Philip (1580) menyebabkan hubungan mereka
terputus.
• Keadaan ini mendorong Belanda mencari jalan terus
ke kawasan yang mengeluarkan hasil rempah di
Asia.

• Pada tahun 1639 Belanda dapat menawan Melaka


melalui perjanjian dengan negeri Johor.

• Disebabkan faktor-faktor tertentu akhirnya Melaka


diserahkan kepada British melalui Perjanjian
Inggeris-Belanda (1824).
Apakah faktor yang
mendorong orang melayu,
orang cina dan orang india
berhijrah ke tanah melayu
semasa penjajahan British?
Orang Melayu
1) Berlaku pertambahan penduduk dengan pesat
tetapi kawasan untuk pertanian adalah terhad.
Oleh itu, wujud masalah kebuluran di Indonesia dan
kerajaan Belanda gagal mengatasi masalah
tersebut.

2) Kerajaan Belanda telah mengenakan pelbagai cukai


seperti cukai buruh, cukai kepala, cukai garam dan
cukai tol sehingga membebankan rakyat. Akibatnya,
banyak yang kehilangan tanah apabila gagal
membayar pinjaman kerana bunga yang dikenakan
adalah tinggi.
3) Kerajaan Belanda telah melaksanakan Sistem
Tanaman Paksa untuk mencari sumber
pendapatan selepas Perang Napoleon. Mengikut
sistem ini, petani-petani Indonesia diwajibkan
menanam 1/10 daripada tanah pertanian mereka
dengan tanaman yang ditetapkan oleh kerajaan
Belanda. Ini menyebabkan petani-petani
mengabaikan tanaman sendiri kerana terpaksa
memberi tumpuan kepada tanaman kerajaan. Hal
ini menyebabkan hasil pertanian petani-petani
Indonesia rendah dan akibatnya kehidupan
petani bertambah miskin dan menderita.
4) Wujud ketidakstabilan politik di Indonesia
kerana berlaku beberapa penentangan rakyat
Indonesia yang tidak tahan dengan penindasan
Belanda.

5) Kepesatan ekonomi Tanah Melayu hasil


perkembangan perusahaan bijih timah dan getah
telah menawarkan banyak peluang pekerjaan.
Orang Cina
1) Kesukaran hidup di negara China. Di zaman
tersebut kebanyakan penduduk Cina mengalami
hidup sengsara di mana berlaku pertambahan
penduduk yang pesat, bencana alam yang kerap
(banjir dan kemarau) dan sumber-sumber alam
yang terhad.

2) Ketidakstabilan politik yang mengancam nyawa


dan harta benda telah memaksa sebilangan besar
orang Cina untuk berhijrah. Gerakan menentang
pemerintahan Manchu sentiasa meletus,
antaranya ialah Pemberontakan Taiping dan
Pemberontakan Boxer dan Revolusi Cina.
3) Perusahaan bijih timah dan getah yang berkembang
menyebabkan keperluan terhadap tenaga buruh. Ini
dikatakan faktor penarik yang kuat lebih-lebih lagi
apabila harga bijih timah dan getah melambung
tinggi.

4) Kestabilan politik di Tanah Melayu menyebabkan


kedudukan ekonomi bertambah baik (melalui
perusahaan bijih timah dan getah) dan bagi
memperoleh tenaga buruh, maka buruh-buruh
daripada negara China digalakkan untuk berhijrah
ke Tanah Melayu.
5) Kemudahan sistem pengangkutan seperti adanya
kapal stim dan juga ejen-ejen yang membawa
penghijrah telah memudahkan mereka berhijrah.

6) Penduduk di kawasan selatan China (seperti


Kwangtung dan Fukien) merupakan mereka yang
dikatakan mempunyai ciri-ciri daya usaha yang
tinggi dan bersifat suka mengembara. Faktor ini
menggalakkan lagi mereka berhijrah.
Orang India
1) Kesukaran hidup di India. Kawasan pertanian dan
seterusnya pekerjaan di India adalah terhad.
Penyebab utama ialah pertambahan penduduk
India yang begitu pesat. Keadaan bertambah
buruk dengan kejadian bencana alam. Ramai
petani kehilangan tanah dan berhutang. Bagi
yang berpendidikan pula, sukar untuk
mendapatkan pekerjaan. Sistem kasta pula
dikatakan menyekat mobiliti sosial dan
menyebabkan yang berkasta rendah cenderung
untuk berhijrah.
2) Pertumbuhan ekonomi yang pesat di Tanah
Melayu. Tanaman pertanian dagang yang
diperkenalkan di Tanah Melayu, khususnya getah
seterusnya kelapa sawit adalah memerlukan
kepada tenaga buruh.

3) Galakan daripada kerajaan Inggeris kepada


orang-orang India untuk bekerja di ladang-
ladang, perkhidmatan awam (kerani dan
teknikal), dan pembinaan (bangunan dan
jalanraya).
Rujukan:

En. Adnan bin Muhammed, Kurikulum Bersepadu sekolah


Menengan Sejarah Tingkatan 1, 2000, Dewan
Bahasa & Pustaka

Hasnah Hussin, Mardina Nordin, Pengajian Malaysia, 2007,


Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Menggalurkan Proses Pembentukan Masyarakat Pluralistik


Di Alam Melayu, from
http://www.scribd.com/doc/35960241/Proses
Pembentukan-Masyarakat-Pluralistik-Di-Alam-Melayu

You might also like