You are on page 1of 9

TENUNAN

BAB 17
PENGENALAN

 1. PENGENALAN

a) Tenunan ialah proses menjalin helaian benang sehingga


menjadi sebidang kain.
b) Tenunan songket terkenal di pantai timur manakala
tenunan pua terkenal di sabah dan sarawak
c) Tenunan dipercayai bermula di Kelantan (1610 – 77)
sebagai perusahaan kecil di Kg. Penambang dan Kg. Laut.
d) Tenunan di Kelantan dan Terengganu banyak
menggunakan benang emas dan perak manakala di
Pahang menggunakan benang sutera.
TENUNAN SONGKET

 2. TENUNAN SONGKET
a) Songket berasal daripada perkataan ‘sungkit’ iaitu kegiatan
menyungkit dengan lidi buluh dan nibung.
b) Pada masa dahulu songket ditenum dengan benang sutera
dan kini ia ditenum dengan benang kapas atau kedua-duanya
sekali.
c) Kain songket dipakai oleh golongan bangsawan dan pakaian
diraja pada majlis rasmi.
d) Bahan yang biasa diguna ialah benang loseng yang berfungsi
sebagai kain dasar dan benang pakan sebagai benang sisip untuk
membentuk motif.
TENUNAN SONGKET

 e) Alatan untuk membuat songket ialah jentera, cuban,


belira, torak, loseng, peleting, sumbi, rahak, kek tangan
dan kek kaki.
f) Motif yang biasa diguna ialah motif flora, fauna,
geometri, makanan, benda, dan awan larat.
PROSES TENUNAN SONGKET

 g) Proses tenunan songket:


i. Mewarna benang dengan bahan pewarna asli
seperti kunyit
ii. Menerai benang iaitu memasukkan benang ke
dalam rahak untuk diputar pada peleting
iii. Menganing iaitu proses menyusun dan menentukan
ukuran benang
iv. Menggulung benang ke papan gulung yang
dipanggil benang loseng
PROSES TENUNAN SONGKET

 v. Menyampuk iaitu memasukkan benang loseng ke


gigi jentera
vi. Mengarat iaitu proses pembentukkan dua lapisan
benang loseng
vii. Menyolek dilakukan dengan menyusun lidi buluh
untuk membentuk motif
viii. Menenum dilakukan dengan alat yang dipanggil
kek iaitu proses menyilang benang loseng dan benang
pakan sehingga menjadi kain
3. TENUNAN KAIN PUA / PUA KUMBU

 3. TENUNAN PUA / PUA KUMBU


a) Popular di kalangan kaum Iban di sarawak
b) Diguna sebagai kain dastar (tengkolok),
hiasan kepala atau pakaian lengkap ketika
upacara tertentu
c) Menggunakan warna cerah seperti merah,
kuning, biru, ungu dan latar hitam
TENUNAN KAIN PUA / PUA KUMBU

 d) Motif yang diguna ialah flora dan fauna


serta geometri yang berunsur ritual
e) Menurut kepercayaan penenun mesti
mendapat kebenaran nenek moyang terlebih
dahulu sebelum menenun.

You might also like