You are on page 1of 12

MALAYSIA DAN HUBUNGAN

ANTARABANGSA
APA ITU DASAR LUAR NEGARA???
 Dasar luar negara boleh dianggap sebagai instrumen atau
alat yang diperlukan oleh sesebuah negara untuk
berhubung, berinteraksi dengan sebuah negara yang lain,
baik yang berjiran dengannya atau yang berada jauh
dengannya.
 Melalui dasar luar negara, kita menyatakan pendirian kita
berhubung dengan sesuatu isu yang berlaku di sempadan
negara kita mahupun negara lain yang jauh dari segi
kedudukan geografi dalam hubungan antarabangsa
 Dalam sistem perhubungan antarabangsa, pembentukan
dasar luar negara juga perlu mengambil kira dasar luar
atau sikap negara-negara lain. Dasar luar boleh berubah
mengikut senario politik antarabangsa. Tetapi, apa yang
penting ialah dasar luar perlu mengutamakan kepentingan
negara dan juga keselamatan, kemakmuran penduduknya
 Ringkasnya, terdapat beberapa pendekatan yang boleh
digunakan dalam membentuk dasar luar sesebuah negara:
3 PENDEKATAN
 i) Dasar luar boleh bersifat berkecuali dan tidak mengikat
mana-mana negara dalam membuat keputusan walaupun
menghadapi tekanan dari negara-negara atau kuasa-kuasa
besar yang lain.
 (ii) Dasar luar juga boleh berbentuk pemencilan atau
pengasingan seperti yang diamalkan oleh sesetengah
Negara yang mengambil pendirian menyisihkan negara itu
daripada pergolakan yang berlaku di luar.
 iii) Dasar luar juga boleh mencerminkan sikap memihak
kepada negara atau kuasa besar yang mempunyai
persamaan dengan negara tersebut dari segi amalan dan
ideologi yang diamalkan. Dasar ini jelas ketara sewaktu
berlakunya era Perang Dingin antara Rusia yang
mengamalkan faham komunis dan Amerika Syarikat yang
mengamalkan faham demokrasi/kapitalis. Negara-
 negara yang menganuti ideologi komunis akan memihak
kepada komunis dan sebaliknya, negara yang mengamalkan
demokrasi/kapitalis, akan berkiblat kepada Amerika.
MATLAMAT
 objektif dasar sesebuah negara lazimnya bertujuan untuk
melindungi kepentingan negara dalam perkara
keselamatan dan kestabilan ekonomi

 menggalakkan kerjasama serantau dalam hal ekonomi,


sosial dan kebudayaan

 mengutamakan hubungan yang erat dengan negara-negara


Asia Tenggara, negara-negara OIC, negara-negara
berkecuali dan negara-negara Komanwel
PRINSIP PERTAMA
 Faktor keselamatan negara turut memainkan peranan
penting dalam penentuan dasar luar Malaysia.Melalui dasar
ini, Malaysia menggunakan hubungan luar bagi
mengelakkan diri daripada ancaman luar terutamanya
daripada kuasa-kuasa besar dunia.
 Contohnya, apabila berlaku pencerobohan Vietnam ke atas
Kampuchea, Malaysia menganggap peristiwa tersebut
mampu menggugat keamanan dan keselamatan di rantau
Asia Tenggara.
PRINSIP KEDUA:EKONOMI
 Selain itu, ekonomi juga merupakan prinsip dasar luar
Malaysia. Malaysia secara umumnya adalah sebuah negara
yang kaya dengan bahan mentah seperti kelapa sawit,
getah, bijih timah dan petroleum.
 Kebanyakan sumber ini boleh menjana ekonomi negara
melalui eksport hasil keluaran dalam bentuk mentah dan
barangan siap.
 Pada zaman kepimpinan Tun Dr. Mahathir misalnya, beliau
mewujudkan jaluran perdagangan yang aktif dengan negara
luar terutamanya negara-negara Asia Timur seperti Jepun
dan Korea Selatan terutamanya dalam mengimport
barangan siap dan teknologi.
PRINSIP KETIGA: SEJARAH
 Faktor sejarah turut memainkan peranan penting dalam
penentuan dasar hubungan luar Malaysia.
 Contohnya, hubungan Malaysia-China yang dimulakan pada
era Tun Abdul Razak adalah turut bersandarkan sejarah
hubungan diplomatik lampau di antara kerajaan
Kesultanan Melayu Melaka dan Dinasti Ming yang
memerintah China pada abad ke-15.
 Selain itu, hubungan Malaysia dengan negara-negara
serumpun seperti Indonesia, Brunei dan Singapura turut
dipengaruhi oleh faktor sejarah lampau.
PRINSIP KEEMPAT: HUBUNGAN DENGAN
NEGARA ISLAM
 Seterusnya, hubungan Malaysia dengan negara-negara Islam
dalam OIC adalah disebabkan sejarah perkembangan Islam di
Malaysia sejak era Kesultanan Melayu Melaka dan sebelumnya.
 Di samping itu, demografi juga adalah salah satu prinsip bagi
Dasar Luar Malaysia. Latar belakang kependudukan di Malaysia
menyaksikan kewujudan masyarakat yang berbilang kaum,
agama dan adat resam di negara ini.
 Keadaan ini menyebabkan Malaysia mengamalkan dasar luar
yang mementingkan dua prinsip iaitu perpaduan antara manusia
dan penghormatan ke atas hak asasi manusia.
 Dalam hal ini, Malaysia pernah mengambil pendirian untuk tidak
mengadakan hubungan diplomatik dengan Afrika Selatan yang
mengamalkan Dasar Apharteid yang mendiskriminasi dan
menindas golongan berkulit hitam dan berwarna di negara
tersebut.
PRINSIP KELIMA: GEOGRAFI
 Hal ini demikian disebabkan Malaysia terletak dalam
kawasan yang strategik di dunia terutamanya di kawasan
perairan Selat Melaka yang menghubungkan laluan
perdagangan Barat ke Timur.
 Oleh itu, Malaysia telah mengamalkan dasar bebas dan
berkecuali dan berusaha untuk menjadikan rantau Asia
Tenggara bebas daripada sebarang pengaruh luar.
 Oleh itu, Malaysia dan negara-negara ASEAN yang telah
bersepakat menubuhkan kawasan rantau Asia Tenggara
menjadi Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN).
RUJUKAN
 https://documents.tips/documents/5-prinsip-penentuan-
dasar-luar-malaysia-yang-dilaksanakan-dalam-enam-era-
kepimpinan.html

You might also like