You are on page 1of 21

Kritikan Cerpen ‘Sebatang Pokok di

Taman Rahsia dari Sudut Teori


Pengkaedahan Melayu’

Disediakan oleh:
Nurulasyikin Binti Amir Eshah
PANTUN

Ke Pekan Tuaran membeli nangka,


Sayang pesanan terlupa sudah,
Majlis bermula tirai dibuka,
Izinkan saya mengalunkan madah.
Sebatang Pokok di Taman Rahsia

Cerpen Sebatang Pokok di Taman Rahsia merupakan karya Moh


Azam Rezali yang telah memenangi tempat ketiga dalam
pertandingan Menulis Cerpen Kanak-kanak Bertemakan Alam
Sekitar anjuran Jabatan Alam Sekitar dan berkerjasama dengan
pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk menerbitkan karya
ini yang bertujuan untuk memperkayakan bahan bacaan
berkaitan alam sekitar dalam bahasa Melayu. Malahan untuk
menyemai nilai-nilai murni tentang alam sekitar dalam kalangan
masyarakat Malaysia, khususnya kanak-kanak serta menggalakkan
penyertaan warganegara Malaysia bagi turut sama menyumbang
ke arah meningkatkan kesedaran alam sekitar dalam kalangan
masyarakat.
Sinopsis

Cerpen ini membawa soal kegiatan yang dilakukan oleh beberapa rakan baik
yang berbeza bangsa iaitu Azim, Wai Kit, Rajini dan Mary untuk membuat taman
permainan. Malangnya taman yang mereka sangat sayang itu dan telah dibina
oleh datuk Mary akan dimusnahkan kerana tuan punya tanah hendak
mendirikan rumah di kawasan tersebut. Setiap hari mereka akan bekerjasama
dan melaksanakan tugas mereka untuk membersihkan kawasan taman
permainan tersebut mengikut jadual yang telah mereka sediakan walaupun
taman tersebut jauh daripada rumah mereka masing-masing.

Kanak-kanak ini begitu sayang akan taman mereka. Bukan sahaja kerana tempat
mereka bermain malahan untuk memelihara alam semula jadi daripada terus
dinodai oleh tangan-tangan manusia. Namun mereka tidak mengenali siapa
empunya tanah tersebut sehinggalah ayah Azim menceritakan hal sebenar
kepada Azim dan ayah Azim bersetuju untuk mengekalkan taman tersebut
setelah melihat kesungguhan Azim dengan rakan-rakannya untuk melindungi
taman mereka.
Konsep Teori Pengkaedahan Melayu
• Teori Pengkaedahan Melayu yang asalnya dibentuk sebagai
kaedah meneliti dan menilai karya sastera Melayu yang
terlalu bergantung kepada teori dibentuk Barat, berupaya
untuk menyumbang kepada pembentukan nilai dan modal
insan.

• Teori ini diperkenalkan oleh Sarjana Sastera, Prof Datuk Dr


Hashim Awang pada penghujung 1980-an dengan merujuk
kitab Tahul Muluk berasaskan daripada dua unsur utama,
iaitu pendekatan alamiah dan pendekatan keagamaan yang
memiliki keilmuan mengenai Islam serta Melayu.
Konsep Teori Pengkaedahan Melayu
Hashim Awang telah mengenengahkan dua pengkaedahan:
i. Pengkaedahan Alamiah
Merujuk secara langsung kepada faktor alam yang menjadi latar
kehidupan. Pendekatan Gunaan, Pendekatan Moral dan
Pendekatan Firasat.

ii. Pengkaedahan Keagamaan


Merupakan satu pendekatan yang berdasarkan kepada
keimanan yang bersendikan akidah agama Islam. Dalam
pendekatan ini terdapat tiga pendekatan yang saling
berhubungkait iaitu Pendekatan Dakwah, Pendekatan
Masyarakat dan Pendekatan Seni. 
Konsep Teori Pengkaedahan Melayu
• Menurutnya, al-Quran dan hadis menjadi sumber rujukan
terpenting bagi keilmuan Islam, manakala ketamadunan
Melayu pula diletakkan sepenuhnya kepada persekitaran dan
geografi alam Melayu, sikap dan tradisi budayanya yang sebati
dengan alam.
• Tambah Hashim lagi, teori pengkaedahan Melayu memiliki
unsur penting dalam pembinaan modal insan sebagai aspek
dan aset tenaga untuk menggerakkan ekonomi,
pembangunan negara serta kemajuan bangsa.
 Kekuatan ilmu bukan saja menjadi syarat dan pelengkap kekuatan fizikal
tetapi pada masa sama memberi arah dan makna kepada manusia dan
bangsa.
(Ibnu Khaldun)
Kajian / Kritikan Cerpen Kanak-Kanak
“Sebatang Pokok di Taman Rahsia”

• Cerpen kanak-kanak yang bertajuk Sebatang Pokok di Taman Rahsia ini


adalah hasil karya Encik Moh Azam Rezali. Cerpen ini bertemakan
kecintaan terhadap alam sekitar. Oleh yang demikian, teori pengkaedahan
Melayu yang diperkenalkan oleh Hashim Awang (1997) digunakan bagi
mengkritik penulisan cerpen pada kali ini kerana sesuai dengan ciri-ciri
teori pengkaedahan Melayu iaitu pengkaedahan alamiah.

• Hal ini dapat ditonjolkan melalui watak yang diperkenalkan oleh penulis
melalui perwatakan seperti datuk Mary. Datuk Mary tidak menebang
pokok yang paling rendang dan besar itu malah membuatkan sebuah
pondok yang selesa bagi cucu dan rakan-rakannya bermain kerana baginya
pokok itu sangat berharga dan memerlukan jangka masa 10 ke 15 tahun
untuk tumbuh ke tahap ini. Penulis juga tidak bersikap berat sebelah
kerana turut memaparkan nilai-nilai yang baik terhadap watak datuk Mary
walaupun bukan beragama Islam.
Kajian / Kritikan Cerpen Kanak-Kanak
“Sebatang Pokok di Taman Rahsia”

• Dalam agama Islam juga ada memesan kepada setiap umatnya adalah
menjadi tanggungjawab semua untuk memelihara dan menjaga alam
sekitar serta sekiranya perintah Allah itu diingkari maka akan ada azab
yang menyusul bagi orang yang berbuat sedemikian. Setiap perbuatan
yang baik dan melaksanakan tanggungjawab itu pasti akan mendapat
ganjaran Allah yang setimpal kerana sesungguhnya Allah itu Maha
Pemurah lagi Maha Bijaksana. Sebagaimana Allah telah berfirman dalam
al-Quran yang bermaksud,

“ Telah berlaku kerosakan di darat dan di laut kesan daripada


perbuatan manusia, demikian (supaya Allah) merasakan kepada
mereka terhadap (kerosakan) yang mereka lakukan, semoga mereka
kembali bertaubat.”
(Surah Al-Rum, ayat 41)
Kajian / Kritikan Cerpen Kanak-Kanak
“Sebatang Pokok di Taman Rahsia”

• Sikap manusia yang suka menyesali perbuatan setelah


melakukannya ini telah banyak diperlihatkan Allah di muka
bumi ini. Sehinggakan kesan hasil daripada perbuatan tersebut
turut dirasai oleh semua pihak.
• Contohnya, akibat perbuatan kontraktor yang membuat
penebangan hutan secara haram telah menyebabkan kawasan
bukit mengalami keruntuhan tanah. Hal ini akan menyusahkan
pengguna jalan raya yang melalui kawasan tersebut seterusnya
akan menyebabkan kemalangan jalan raya.
Kajian / Kritikan Cerpen Kanak-Kanak
“Sebatang Pokok di Taman Rahsia”

• Seterusnya, watak Azim yang berasa sangat berat hati untuk melihat
pokok besar tersebut ditebang bagi membina kawasan perumahan
telah meminta Tuk Unggai untuk membantu mereka berunding
dengan tuan tanah supaya pokok tersebut tidak ditebang kerana
daun-daunnya telah banyak membekalkan oksigen kepada mereka
malahan boleh berkhidmat kepada mereka dalam tempoh 10 tahun
pada masa hadapan lagi menurut Azim.

• Ajaran Islam menjelaskan bahawa peranan alam sekitar sebagai


salah satu unsur terpenting dalam kehidupan kerana ia tidak terhad
terhadap aspek estetika dan kebersihan fizikal semata-mata. Tanpa
rimbunan pokok, maka tadahan hujan untuk bekalan air
berkurangan begitu juga dengan tanpa udara yang bersih, maka
kesihatan semua makhluk akan tercemar.
Kajian / Kritikan Cerpen Kanak-Kanak
“Sebatang Pokok di Taman Rahsia”
• Pelestarian alam sekitar disebut secara tersurat dan tersirat
dalam banyak ayat al-Quran serta hadis malah telah
diperingatkan bahawa orang-orang yang beriman perlu
sentiasa meyakini kebesaran Allah dengan memelihara
kebersihan alam sekitar sesuai dengan perintah Allah SWT
dalam al-Quran yang bermaksud,

“… (iaitu) Orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau
dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan mengenai
penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Tuhan kami, tiadalah
Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, peliharalah
kami daripada seksa neraka.”

(Surah Ali-Imran, ayat 191)


Kajian / Kritikan Cerpen Kanak-Kanak
“Sebatang Pokok di Taman Rahsia”
• Pada pengakhiran penulisan cerpen, tuan tanah yang dimaksudkan adalah
abah kepada Azim sendiri. Disebabkan abah Azim kagum melihat
kesungguhan anaknya dan rakan-rakan Azim dalam menjaga kebersihan
kawasan taman tersebut lantas abah Azim telah memberikan kawasan
tersebut kepada mereka untuk menjalankan aktiviti yang berfaedah.
Mereka juga mampu mengurus taman tersebut dengan baik dan
membuat pembahagian tugas untuk membersihkannya.

• Sikap menghargai setiap penciptaan Allah termasuklah alam sekitar yang


menjadi habitat kepada haiwan dan tempat tinggal kepada manusia
haruslah dipelihara dengan baik dan mengekalkan keindahannya dengan
sebaik mungkin seperti dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Muslim
yang berikut:

“ Dunia ini hijau dan cantik dan Tuhan telah melantik kamu sebagai
pengurusnya. Dia melihat apa yang kamu lakukan.”
Kajian / Kritikan Cerpen Kanak-Kanak
“Sebatang Pokok di Taman Rahsia”
• Sikap abah Azim ini boleh menjadi contoh teladan yang baik dalam
membuat amal kebajikan. Hal ini kerana hakikat kebajikan dan
kebaktiaan tidak akan tercapai sebelum seseorang itu
mendermakan harta benda dan apa sahaja yang bernilai serta
disayanginya. Setiap amal jariah dan melakukan zakat yang
dilakukan oleh umatNya dengan penuh keikhlasan sudah pasti Allah
SWT akan memberikan ganjaran syurga serta nikmat kepadanya. Hal
ini selaras dengan firman Allah yang bermaksud,

“ Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan


kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu mendermakan sebahagian
daripada apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu
dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.”
(Surah Ali-Imran, ayat
92)
Kajian / Kritikan Cerpen Kanak-Kanak
“Sebatang Pokok di Taman Rahsia”
• Dari segi gaya bahasa pula, penulis dapat menyampaikan mesej
mengenai kepentingan alam sekitar walaupun tidak
menggunakan kata-kata tersirat dan gaya bahasa yang
melampau-lampau.
• Walaupun hanya menggunakan bahasa Melayu yang standard,
penulis berjaya merangkumkan akrab etos, budaya, pandangan
hidup, kelebihan alam sekitar serta lingkungannya melalui
watak-watak yang diciptanya kerana penulis masih mengingati
bahawa keindahan dalam konsep Melayu itu amat berkait rapat
dengan alam dan persekitaran tempat tinggalnya hal ini seperti
yang dinyatakan oleh Sahlan Mohd Saman (1996) dalam
Kolokium Teori Sastera anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kajian / Kritikan Cerpen Kanak-Kanak
“Sebatang Pokok di Taman Rahsia”

• Malahan penulis bijak menggunakan watak kanak-kanak yang


berlainan bangsa dan agama dalam penulisan cerpen ini bagi
menunjukkan bagaimana keharmonian serta kesejahteraan hidup
bermasyarakat itu dapat dipupuk melalui sikap mencintai alam
sekitar. Dalam kehidupan ini, kita bukan sahaja perlu menjaga
hubungan manusia dengan Tuhan malah perlu menjaga hubungan
sesama manusia dan hubungan manusia dengan flora dan fauna.
• Apabila kita dapat menyeimbangkan hubungan-hubungan
tersebut, maka dapatlah kita menikmati keindahan hidup
berkomuniti tanpa ada unsur negatif serta menyemarakkannya
dengan nilai kasih sayang tanpa mengharapkan balasan bak kata
pepatah “buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sesekali.”
PENUTUP
Kritikan sastera Melayu kini telah sampai ke tahap yang membanggakan selaras
dengan perkembangan pendidikan Malaysia di pascamerdeka. Penguasaan dan
penggunaannya telah cukup meluas malah dapat pula diterima oleh khalayak
sastera terutama para pengarang sebagai suatu disiplin yang bermanfaat untuk
proses kepengarangan dan penghayatan yang mengambil landasan ilmiah,
objektif dan saintifik. Sudah tentu kritikan sastera yang menggunakan
pendekatan Melayu-Islam terlebih dahulu mempelajari beberapa teori dan
pendekatan yang relevan kemudian menguasainya sebelum menggunakannya
dalam proses mengkritik sebuah karya sastera. Karya yang dikritik juga mestilah
dipastikan domain kreativitinya adalah yang Melayu-Islam juga. Pengarangnya
mestilah seorang mukmin. Kritikawan juga bertanggungjawab dengan segala
kenyataan yang diberikannya dalam kerja kritikannya itu dengan memastikan
bahawa niat dan pendekatan yang dipilihnya mestilah berlandaskan Allah serta
bermanfaat kepada manusia dengan mengamalkan keadilan seperti dalam
penulisan Sebatang Pokok di Taman Rahsia
PANTUN

Lancang Kuning nyanyian asli,


Merdu sekali dilagu si dara,
Terima kasih sekalung budi,
Sudi mendengar pembentangan hamba.
BIBLIOGRAFI
Hashim Awang. (1994). Pengkajian Sastera, Pengkaedahan Melayu. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hashim Awang. (1993). Pengkaedahan Melayu dalam Kajian dan Kritikan
Kesusasteraan Tanah Air. Dewan Sastera. Januari. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Moh Azam Rezali. (2010) Sebatang Pokok di Taman Rahsia, Sejernih Kaca,
Antologi Cerpen Kanak-Kanak Siri Kelab Alam Sekitar Ke-3. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sahlan Mohd. Saman. (1996). Teori Sastera Melayu: Suatu Perjalanan
Masih Panjang kertas kerja Kolokium Teori Sastera. Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Syeikh Al-Maqari’ Hj. Othman B. Hamzah. (2011). Hidup di Bawah
Lembayung Allah, Dewasa Hinnga Kematian Siri Motivasi Hidup Qura’ni
Tazkirah 2. Selangor Darul Ehsan: Pustaka Haji Abdul Majid.
BIBLIOGRAFI
Internet:

Abdul Halim Ali. (2009). Teori dan Kritikan Sastera. Teras Fundamental Ilmu
Kesusasteraan, Teori Pengkaedahan Melayu. Diakses pada 28 Februari
2018, daripada
http://teorisastera.blogspot.my/2009/11/teori-pengkaedahanmelayu.html?m
=1.
Bin Muhammad. (2014). Menjaga dan Memelihara Alam Sekitar Menurut
Islam. Diakses 28 Februari 2018, daripada
http://www.relaksminda.com/2014/09/menjaga-danmemeliharaalam
sekitar.html?m=.
Fathul Islam. (2012). Mutiara Kata: Adab Sesama Manusia. Diakses pada 28
Februari 2018 daripada http://3.bp.blogspot.com/0_aN6zTKfT8/UBp
8vJVMrl/AAAAAAAAAKk/_fgscy3hEbw/s1600/sosial.jp.

You might also like