Penyingkiran Singapura

You might also like

You are on page 1of 11

Penyingkiran Singapura

Disediakan oleh; Fatin Nazihah binti


Sazali@Effendi
Pengenalan
• Keputusan pemisahan Singapura dari Malaysia diambil secara perseorangan oleh Tunku Abdul Rahman Putra
Al-Haj ketika beliau di London pada tahun 1965. Ketika itu Tunku Abdul Rahman bercuti selama 53 hari bagi
mendapatkan rawatan di sebuah klinik di London.Tunku yang sedang kesakitan ketika itu, memberi arahan
kepada timbalan beliau Tun Abdul Razak, untuk bertindak menyingkirkan Singapura daripada gugusan
Malaysia. Abdullah Komunis berlagak lebih mengada-ngada apabila mendakwa Tun Razak (yang ketika itu
menggunakan khidmat Dollah Komunis sebagai Setiausaha politik) telah membacakan sebahagian surat Tunku
itu kepada Dollah Komunis sehinggakan Dollah Komunis merayu kepada Tun Razak supaya memujuk Tunku
menimbang semula tindakannya. Kalaupun Tunku ada menulis surat semacam itu, tentulah penulisannya itu
dibuat selepas berlaku peristiwa itu, kerana Tun Razak menerima arahan itu secara peribadi daripada Tunku
yang ketika itu sedang berehat di 'London Clinic' di London.
ISI KANDUNGAN
• Keputusan menyingkir Singapura telah dilaksanakan pada Mei 1965, gara-gara tekanan yang menghantui
Tunku disebabkan karenah perdana menteri Singapura, Lee Kuan Yew yang sedang mencuba ketika itu agar
PAP menggantikan MCA sebagai parti sekutu Perikatan. Tunku tidak mahu melayan karenah Lee agar PAP
menjadi parti utama orang Cina. Sewaktu itu Lee berlagak terlebih-lebih dalam merangka satu rencana
membuat draf bagaimana Singapura patut keluar daripada Malaysia seandainya usaha beliau itu ditolak. Lee
menjangkakan para menteri kabinet Malaysia dapat dipujuk menyebelahi karenahnya.

• Apabila Lee mengunjukkan draf rencana penarikan Singapura kepada Tunku, beliau telah menandatanganinya
dan meminta Lee mendapatkan tandatangan anggota kabinet beliau untuk menyatakan persetujuan yang sama.
Tunku telah bertolak ke London pada bulan Jun. Beliau telah diserang penyakit kayap dan telah dimasukkan
ke London Clinic. Ketika itu PBB sedang bersidang dan Tun Dr. Ismail yang bakal menjadi timbalan perdana
menteri telah menjadi ketua delegasi Malaysia. Tunku telah meminta Duta Malaysia di Belanda Datuk
(gelaran beliau ketika itu) Philip Kuok datang ke London dan kemudiannya terbang ke New York membawa
pesan kepada Tun Ismail agar singgah di London dalam perjalanannya pulang ke Malaysia. Tunku mahukan
Tun Razak terbang ke London secepat mungkin.
• Tunku telah mengarahkan Tun Ismail terus pergi ke Singapura dan mendesak Mr. Lee menyerahkan
dokumen persetujuan ahli kabinet Singapura mengenai perpisahan itu. Oleh kerana tidak ada sebarang
dokumen rasmi mengenai perkara itu, adalah serba mungkin Dollah Komunis merujuk kepada satu surat
yang ditulis pada tarikh yang lebih lewat pada kejadian itu -- selepas berlakunya satu perpisahan yang
tidak dapat dielakkan. Ketika itu, segalanya sudah terlambat. Lagipun, apabila Tunku sudah membuat
keputusannya, tidak mungkin di merobah pemikiran mengenai tindakannya.

• Mr. Lee terjebak dalam satu perangkap bikinannya sendiri. Dia bergegas menelefon Ketua Setiausaha
Kementerian Luar ketika itu yang akhirnya menjadi menteri luar Malaysia, Tan Sri Ghazali Shafie untuk
campur tangan sambil menyebut dia tidak mengingini perpisahan dan Tunku dikatakannya tersilap
tafsiran apa yang dimaksudkannya. Usaha Lee tidak berbaloi. Beliau tidak mahu mempercayai sesiapa
kerana memikirkan perkara itu akan reda juga akhirnya. Apabila terserlah kemudiannya pada akhir Julai
1965 bahawa Tunku tidak mahu merobah pendiriannya, seperti pesanan Tun yang amat jelas
mengenainya, barulah Mr. Lee mengumumkan perkara itu kepada ahli kabinetnya. Lee tidak mahu
berpisah daripada Malaysia tetapi dia sudah tidak ada pilihan lain. Tetapi bukan semua anggota kabinet
beliau sanggup menurunkan tandatangan mereka. Yang enggan ialah Timbalan Perdana Menteri, Dr. Toh
Chin Chye dan Menteri Luar Mr. S. Rajaratnam. Dalam usaha terakhirnya Dr. Toh telah menulis sepucuk
surat kepada Tunku dan berusaha bersemuka dengan Tunku untuk mengelakkan perpisahan itu.
• Tunku sanggup merobah pendirian hanya kalau Mr. Lee sanggup melepaskan jawatannya sebagai Perdana
Menteri. Sejurus pulang kembali, Dr. Toh mendapati Mr. Rajaratnam sudahpun menurunkan tandatangannya
kerana tidak mahu berdegil bersendirian dalam hal itu. Demikianlah yang diceritakan oleh Rajaratnam ketika
saya menemui beliau seperti biasa di Institute of Southeast Asia Studies yang terletak dalam kampus Universiti
Kebangsaan Singapura. Ketika itu Rajaratnam adalah seorang fellow kanan tetap pada tahun 1980-an.

• Kerana itu apabila keadaan genting datang meruncing, tidak ada orang lain di rantau ini yang dapat
menandingi Tunku dalam menentukan tindakan kerasnya. Kalau ada sesiapa yang memang digusari oleh
Tunku, orang itu ialah Sukarno seperti yang terserlah ketika bermulanya proses konfrontasi yang mengganyang
Malaysia. Tunku berjaya menguasai keadaan dan melemahkan Mr. Lee dalam urusan hubungan Malaysia-
Singapura. Tidak ada alasan yang lain lagi. Dalam memoir Mr. Lee dia ada a menyebut akan keperkasaan
Tunku sebagai kelemahannya juga dan dia mengakui fenomena itu walaupun sudah jauh terlambat tempohnya.
Masalah politik Isu perkauman

SEBAB-SEBAB
PENYINGKIRAN
SINGAPURA

Konsep
Masalah
''Malaysia
ekonomi
Malaysian''
1. Masalah politik
• Pada November 1963, Lee Kuan Yew menyatakan bahawa kegiatan PAP hanya terbatas di
Singapura dan tidak bercadang ambil bahagian dalam pilihanraya Tanah Melayu dalam tempoh
5 tahun selepas penyatuan.

• PAP memungkiri janjinya dan bergiat aktif di Tanah Melayu lalu bertanding dalam Pilihan Raya
1964.

• Tunku Abdul Rahman menegaskan bahawa PAP tidak diperlukan di Tanah Melayu kerana
penglibatannya yang terlalu awal akan menjejaskan perpaduan kaum di Tanah Melayu dan
hubungan antara UMNO dengan MCA.

• PAP berminat untuk menggantikan MCA bagi mewakili kaum cina dalam kerajaan.
2. Isu perkauman
• Hubungan di antara UMNO dan PAP menjadi semakin renggang selepas dua tahun Singapura
dalam Malaysia akibat peristiwa yang berlaku di Singapura dan banyak perselisihan faham telah
berlaku.

• Setelah menyertai Malaysia, orang Melayu di negeri itu merasakan diri diabaikan dan Singapura
tidak ambil tindakan untuk membaiki kedudukan mereka dan timbul rasa kurang senang dalam
kalangan orang Melayu di Singapura.

• Beberapa buah pertubuhan yang mewakilan orang Melayu menemui Tunku Abdul Rahman untuk
lapor hal itu.

• Keadaan menjadi semakin serius selepas Setiausaha Agung UMNO, Syed Jaafar Albar menuduh
pemimpin PAP cuba memecahkan perpaduan masyarakat Melayu di Singapura.
3. Konsep "Malaysian Malaysia"

• Sikap pemimpin Singapura yang memperjuangkan konsep "Malaysian Malaysia" tidak


disenangi pemimpin UMNO.

• Konsep ini menafikan institusi Kesultanan Melayu serta mencabar hak istimewa orang Melayu
dan bumiputera.

• Pada Mei 1965, Lee Kuan Yew menubuhkan Malaysia Solidarity Convention dengan slogan "a
democratic Malaysian Malaysia" sebagai satu pakatan di kalangan parti pembangkang untuk
menandingi Parti Perikatan.
• Beliau ingin mewujudkan satu "persamaan hak bagi semua" melalui satu ideologi politik, sosial
dan ekonomi yang sama untuk semua kaum.
4. Masalah ekonomi
• Mengikut perjanjian Malaysia, Singapura diberi kuasa untuk memungut cukai.
Hasil yang dikutip akan dibahagikan berasaskan kadar 60% untuk Singapura dan 40% untuk kerajaan
persekutuan.

• Beban cukai Singapura paling ringan dan perbelanjaan pertahanan bertambah akibat konfrontasi dengan
Indonesia, kerajaan persekutuan bercadang untuk mengkaji semua agihan hasil itu yang menetapkan
Singapura menyerahkan 60% dan bukan lagi 40% hasilnya menimbulkan kemarahan pemimpin Singapura.

• Pada Februari 1965, Menteri Kewangan, Tan Siew Sin mengarahkan pengusaha di Singapura untuk
berunding dulu dengan kerajaan persekutuan tentang perlindungan tarif sebelum membuka kilang.

• Arahan ini menimbulkan kemarahan para pengusaha di Singapura mendapat liputan luas media.

• Pada bulan Mei 1965, hubungan antara Singapura dan Kuala Lumpur menjadi tegang dan
membimbangkan Tunku Abdul Rahman.

• Tunku Abdul Rahman memaklumkan keputusan beliau untuk menyingkirkan Singapura kepada Tun Abdul
Razak dan Dato' Dr Ismail Abdul Rahman.

• Pada 9 Ogos 1965, Tunku buat pengumuman rasmi di Dewan Rakyat mengenai perpisahan Singapura
daripada Malaysia.
Kesimpulan

Isu penyingkiran Singapura dari Malaysia telah memberikan


iktibar kepada kita. Sebagai contohnya, kita haruslah bijak
dalam menangani masalah yang dihadapi dan berusaha untuk
mengelakkan perkara yang buruk berlaku. Seterusnya, kita
hendaklah berpegang teguh kepada pendirian diri dan tidak
mudah terpengaruh oleh orang lain. Akhir sekali, kita tidak patut
bersikap tamak dalam kehidupan.

You might also like