You are on page 1of 70

DISEDIAKAN OLEH:

DARSHINI DEWI A/P GANESAN


RUBENESWARY A/P JAYABALAN
SHIVAASHINII A/P MUNESBARAN
LOGHESWAARY A/P SUBRAMANIAM
KEPERLUAN
KESEDARAN
KEPELBAGAIAN
SOSIO-BUDAYA
KESEDARAN KEPELBAGAIAN
SOSIO-BUDAYA

Murid di sekolah harus didedahkan kepada kepelbagaian Sosio-Budaya dalam


masyarakat agar mereka dapat belajar dalam suasana yang kondusif walaupun
berhadapan dengan murid dari kaum yang berlainan.

Kepelbagaian Sosio-Budaya ini boleh ditinjau dari segi Bangsa, Struktur


Masyarakat atau Kelas Sosial, Kepercayaan, Bahasa, Adat Resam dan Jantina.
STRUKTUR
BAHASA
MASYARAKAT

KESEDARAN
JANTINA KEPELBAGAIA
ADAT RESAM
SOSIO-BUDAYA

KEPERCAYAAN BANGSA
Bangsa
 Menurut Kamus Dewan (1999), bangsa merupakan sekumpulan orang yang
mempunyai ciri-ciri kebudayaan, nilai dan aspirasi yang sama
 Menurut Kamus Pelajar (1993), bangsa ditakrifkan sebagai kumpulan
manusia yang sama asal usulnya serta serupa sifatnya.
 Lazimnya, Bangsa terjalin oleh kesamaan Bahasa, Budaya, Kesatuan
Wilayah, Sejarah dan Agama.
 Bangsa merupakan suatu kelompok manusia yang dianggap memiliki identiti
bersama, yang bersatu pada satu wilayah dan mempunyai keterikatan
dengan wilayah tersebut.
CONTOH
 Contohnya, Orang Iban yang telah lama hidup bersama sejak dahulu telah
membentuk identiti Malaysia yang ada.
 Bangsa juga merujuk kepada nilai-nilai sosial seperti bekerjasama, toleransi,
hormat-menghormati, setiakawan, dedikasi, persahabatan, perkongsian,
kesabaran dan kegigihan yang boleh dipupuk dalam kalangan murid untuk
mencorakkan suasana bilik darjah yang sihat dan dinamik.
 Istillah ‘Melayu’ pula ditakrifkan oleh UNESCO pada tahun 1972 sebagai suku
bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan
Madagascar.
 Menurut Perlembagaan Malaysia, istillah ‘Melayu’ hanya merujuk kepada
kepada seseorang yang berketurunan Melayu dan menganut Islam.
 Istillah ‘Melayu’ merujuk kepada nama Bangsa dan Agama adalah satu
perkembangan baru dari segi sejarah setelah terdapatnya Kesultanan Melayu
Melaka.
ETNIK DAN RAS
 Etnik juga dikenali sebagai Kaum. Kelompok ini wujud disebabkan perbezaan
Budaya.
 Ini termasuklah keseluruhan cara berfikir dan cara bertindak yang meliputi
sistem politik, kepercayaan, agama, adat resam dan lain-lain.
 Ras pula merupakan satu kelompok manusia yang mempunyai persamaan dari
segi ciri-ciri fizikal seperti warna kulit dan lain-lain.
 Ciri-ciri fizikal ditentukan oleh baka yang diwarisi dari generasi ke generasi.
Antaranya ialah Mongoloid, Negroid dan Austroloid.
ETNIK
 Melalui hubungan etnik juga, dapat difahami isu yang berlaku seperti
Prasangka atau Diskriminasi dalam sesebuah negara.
 Hubungan etnik juga mempegaruhi Dasar Sosial dan Perancangan Sosial
sesebuah negara.
 Etnik adalah pecahan masyarakat dalam suatu kaum seperti Etnik Bidayuh,
Kadazan, Kenyah, dll.
 Proses Asimilasi bermaksud cara hidup atau kebudayaan sesuatu masyarakat
biasanya daripada Golongan Migran dan Minoriti yang telah diserap oleh
Kebudayaan Dominan tanpa membawa perubahan kepada Kebudayaan yang
wujud dalam golongan Minoriti atau Migran.
ETNIK / KAUM

Merujuk kepada :
Kelompok manusia yang mempunyai budaya yang berbeza merangkumi-:
 cara berfikir
 cara bertindak
 Sistem politik
 Kepercayaan
 Agama
 Bahasa
 Adat resam
RAS
 Pada asasnya, Ras boleh dikatakan sebagai Kelompok Sosial yang mempunyai
tanda-tanda pengenalan kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal-biologikal yang
nyata seperti warna kulit, warna rambut, warna mata, dll.
 Malaysia merupakan sebuah negara berbilang bangsa yang pernah
menghadapi Konflik Etnik.
 Hubungan antara etnik yang berbeza di negara kita masih berlaku dalam satu
suasana yang baik dan mampu memacu perkembangan ekonomi negara
seperti yang terdapat pada hari ini.
Keadaan di malaysia

 Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum yang pernah menghadapi


konflik etnik.
 Hubungan antara etnik yang berbeza wujud dalam suasana yang baik dan
mampu memacu perkembangan ekonomi negara.
 Hubungan etnik mencerminkan darjah dan sumber ketegangan sosial dalam
sesebuah masyarakat
 Hubungan etnik mempengaruhi dasar sosial dan perancangan sosial sesebuah
negara
Penyerapan budaya
– Penyerapan budaya melalui beberapa proses
 Asimilasi
Amalgamasi
Pluralisme
Akomodasi
Akulturasi
ASIMILASI

 Budaya masyarakat majoriti/ dominan menyerap


budaya masyarakat minoriti/imigran
 Tanpa membawa perubahan kepada kebudayaan yang
menyerapnya.
AMALGAMASI
 Amalgamasi merujuk kepada proses pencantuman dari segi Biologi.
 Proses cantuman ini boleh berlaku melalui Perkahwinan Campur.
 Perkahwinan akan menghasilkan satu kelompok baru yang seterusnya
membentuk budaya baru dalam masyarakat berkenaan.
 Jayum A. Jawan (1977) meringkaskan proses tersebut seperti berikut iaitu
A+B+C=A+B+C. Ini menunjukkan bahawa setiap kelompok masih berpegang
kepada kebudayaan masing-masing walaupun berlaku perbezaan antara
kebudayaan yang diamalkan.
PLURALISME
 Proses mempertahankan kepelbagaian budaya
 Ciri-ciri kebudayaan pelbagai kelompok dikekalkan
 Setiap etnik mempunyai hak terhadap warisan
kelompok, justeru itu terus mengamalkan budaya yang
diwarisinya.
AKOMODASI
 Dalam Pengajian Malaysia, Kenegaraan dan Kewargenegaraan (2001),
menjelaskan Akomodasi adalah setiap etnik menyedari nilai dan norma
antara satu sama lain.
 Mereka menghormati budaya etnik lain dan dalam masa yg sama
mempertahankan budaya mereka sendiri.
 Ini bermaksud bahawa setiap etnik tetap mempertahankan Budaya mereka
tetapi hidup harmoni dan saling menghormati antara satu sama lain.
 Namun begitu, setiap etnik ini saling bergantung dalam institusi tertentu
seperti ekonomi dan pendidikan untuk mencapai matlamat bersama.
AKULTURASI
 Masyarakat menerima dan meminjam unsur- unsur budaya golongan majoriti
tanpa mengubah unsur-unsur budaya asal
 Proses ini juga dikenali sebagai asimilasi budaya
 Dalam Pengajian Malaysia, Kenegaraan dan Kewarganeragaan (2001),
Akulturasi Budaya adalah manusia dalam kumpulan Minoriti menerima
norma, nilai dan pola-pola tingkah-laku golongan Majoriti.
 Proses Akulturasi membolehkan masyarakat meminjam atau menerima
unsur-unsur Budaya golongan Majoriti tanpa mengubah unsur-unsur
Budaya asal. Proses ini dikenali sebagai Asimilasi Budaya.
 Kita tidak harus berbicara tentang Melayu, India dan Cina sehingga terlupa
kaum pribumi di Sabah serta Sarawak seperti Iban, Dayak, Malanau, Kadazan,
Dusun, Bajau, dll.
 Dalam masyarakat keturunan Cina, terdapat suku-suku seperti Hakka, Hailam,
Kantonis, dll.
 Dalam masyarakat India, terdapat pula Tamil, Jaffna, Sikh, dll.
 Setiap kelompok memiliki dialek, adat kebiasaan, nilai dan kepercayaan agama
tersendiri.
 Kita telah hidup sebelah-menyebelah, berjauhan dan pada umumnya dalam
keadaan aman dan harmoni baik di daerah-daerah kediaman, institusi
pendidikan, pejabat, syarikat dan persatuan.
 Pada hari ini, kerjasama serta perhubungan anatara kaum itu sudah
berlangsung demikian banyaknya dalam kehidupan ekonomi dan sosial yang
memakmurkan negara.
 Sudah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk merancang secara berkesan
dalam jangka masa panjang untuk mewujudkan sikap membina yang kukuh
untuk setiap kaum untuk hidup aman dengan orang lain.
 Kita memerlukan penyelidikan Sosio-Budaya yang saintifik serta usaha
pembangunan yang berpanjangan dalam rangka Pembangunan Modal Insan
dan kehidupan negara.

 Semua Kementerian bertanggungjawab langsung tentang kebudayaan dan


perpaduan harus membangunkan satu institut khas bagi tujuan nasional ini.
Institut ini perlu menjalankan penyelidikan ilmiah yang berorientasikan
keperluan membina kerjasama dan perhubungan bangsa.
 Sesuatu Kaum patut mengetahui sensitiviti, pantang larang dan kepercayaan
kaum lain supaya lebih berhati-hati dan tidak menyinggung perasaan orang
lain.

 Hal-hal seperti ini patut menjadi sebahagian daripada pendidikan Sosial dan
Budaya bangsa kita.

 Usaha memberikan kefahaman ini memerlukan usaha yang serius, bukan


sekadar ‘lip-service’ dan ‘rhetoric’.
PERPADUAN
 Perpaduan merupakan teras utama dalam hala tuju ke arah kecemerlangan .
Apabila perpaduan telah mantap maka pembangunan negara dapat
dilaksanakan dengan berkesan.
 Dalam hal ini, semangat perpaduan dan persaudaraan dalam kalangan rakyat
menerusi 3 teras asas utama iaitu: Sikap Penerimaan, Penghayatan, serta
Pembelaan kepada semua golongan yang memerlukan dapat dipupuk.
Struktur Masyarakat /
Kelas Sosial
 Kumpulan Masyarakat terdiri daripada manusia yang hidup bersama dan
berorganisasi atas dasar saling berhubungan dari segi pelbagai aspek cara
hidup.
 Terdapat 3 Konsep penting ditumpukan apabila menyebut perihal
Masyarakat.
 Masyarakat juga merupakan satu kumpulan atau kelompok manusia yang
hidup saling berorganisasi, berbincang, bekerjasama dalam mengatur kerja
secara kolektif, mampu menyatukan buah fikiran dan tindakan sehingga
terjalin hubungan antara satu sama lain serta lahir satu sistem yang
dnamakan sebagai Kebudayaan.
Ciri-Ciri utama bagi mengklasifikasikan
sesuatu masyarakat adalah seperti
berikut:
 Hidup berkelompok
 Mempunyai Budaya
 Sering mengalami perubahan
 Saling berinteraksi sama ada dalaman dengan pihak luar
 Mempunyai kepimpinan
 Mempunyai aturan sosial (Susun Lapis, Kelas,Status dan Kasta)
ETNIK
 Etnik merupakan satu kelompok yang boleh dikaji hubungan persaudaraan
mereka melalui nenek moyang yang sama.
 Etnik boleh didefinisikan sebagai kelompok manusia yang mengamalkan
Budaya yang hampir seragam, termasuk adat resam, pakaian, bahasa dan
kegiatan ekonomi.
 Konsep ‘Kelompok Etnik’ digunakan untuk merujuk kepada golongan yang
berbeza dari segi kebudayaan.
 Etnik sering berbeza berdasarkan ciri Budaya seperti adat resam, pola
keluarga, pakaian, pandangan tentang kecantikan, orientasi politik, kegiatan
ekonomi dan hiburan.
 Konsep Suku pula merujuk kepada Kelompok Masyarakat yang membentuk
rumpun bangsa seperti dalam rumpun Kadazan-Dusun terdapat Subetnik
seperti Tatana, Bisaya, Lotud, Kimaragang, dll.
ETNISITI DAN
ETNOSENTRISME

 Konsep Etnik membentuk Konsep Etnisiti dan Etnosentrisme.

 Etnisiti merujuk kepada rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu.

 Etnosentrisme pula merujuk kepada satu sikap atau kepercayaan bahawa


Kebudayaan sendiri adalah lebih baik dan lebih tinggi nilainya daripada
kebudayaan kelompok lain.
ETNOSENTRIK
 Suatu kelompok dikatakan ‘Etnosentrik’ apabila mereka menilaikan
kebudayaan lain berdasarkan standard dan nilai kebudayaan sendiri dan
menganggap Kebudayaan lain mempunyai nilai yang lebih rendah.

 Selagi manusia menjadi ‘Etnosentrik’, selagi itulah mereka akan melihat


kelompok lain berdasarkan ‘Stereotaip’ yang sedia ada(biasanya yang
bersifat negatif).
RASISME
 ‘Rasisme’ ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran atau kepercayaan negatif
oleh sesuatu Kelompok Sosial atau para anggotanya terhadap sesuatu
kelompok lain berdasarkan perbezaan wajah Fizikal-Biologikal atau Ras
semata-mata yang dilakukan secara terbuka melalui perilaku atau tindakan.

 Layanan berat sebelah atau sikap bermusuhan terhadap seseorang dilakukan


semata-mata berasaskan keturunan bangsanya.
‘Rasisme’ wujud pada 2 tahap iaitu;

(a) Tahap Individu- Kepercayaan dan Sikap individu.

(b) Tahap Institusi- Melibatkan Dasar dan Pelaksanaan yang

bersifat Diskriminasi.
PREJUDIS
 Konsep ‘Prejudis’ merupakan pandangan negatif mengenai ahli atau
Kelompok Etnik lain yang tersemat dalam hati seseorang atau Kelompok
Etnik tertentu.
 Kesannya semakin mudah dilihat apabila berlaku persaingan bagi
mendapatkan sesuatu yang terhad sama ada dalam aspek politik, ekonomi
atau sosial. Apabila ‘Prejudis’ disuarakan, ‘Prejudis’ menjadi ‘Stereotaip’.
 ‘Stereotaip’ pula merupakan kenyataan umum yang negatif terhadap
sesuatu kumpulan etnik seperti “Semua Orang X Bersifat Kasar” dan
sebagainya.
STEREOTAIP
 Fahaman ‘Stereotaip’ ini akan menimbulkan perasaan negatif dalam
kalangan masyarakat khususnya ‘Masyarakat Majuk’ di Malaysia.
 ‘Stereotaip’ ialah gambaran yang berlebih-lebihan tentang sesuatu
perlakuan baik atau buruk yang ditujukan kepada sesuatu kumpulan Etnik
oleh Etnik yang lain.
 Fahaman ‘Stereotaip’ ini akan menimbulkan perasaan yang negatif dalam
kalangan ‘Masyarakat Majmuk’ di Malaysia kerana fahaman ini
mengakibatkan suatu Etnik memandang rendah terhadap kumpulan Etnik
yang lain dan seterusnya membataskan interaksi antara Etnik dan
menimbulkan semangat perkauman yang menebal.
MASYARAKAT
 Menurut Roucek & Warren (1979), Masyarakat diklasifikasikan sebagai satu
kumpulan manusia yang berhubung secara tetap dan tersusun dalam
menjalankan aktiviti secara Kolektif dan merasakan mereka hidup bersama.

 Masyarakat itu terdiri daripada segolongan orang yang membentuk sistem


separuh tertutup dan berkongsi kebudayaan, adat-adat, nilai-nilai, undang-
undang dan sebagainya.
 Kelas Sosial Masyarakat Tradisional pula boleh diklasifikasikan seperti berikut;
(a) Sultan : Kelas Hieraki Tertinggi
(b) Kelas Bawahan : Kaum Keluarga Diraja
(c) Kelas Pembesar : Pembesar Negeri
(d) Rakyat Biasa : Golongan Diperintah
 Setiap ahli Masyarakat mempunyai Tanggungjawab Sosial yang diterima dan
diakui umum.
 Ikatan ini dinamakan Kontrak Sosial.
 Menurut J.S.Furnival, Masyarakat Majmuk terdiri daripada pelbagai kaum
yang mempunyai kebudayaan, agama, bahasa dan adat resam yang
tersendiri.

 Walaupun mereka terdiri daripada pelbagai kaum, mereka berganding bahu


di bawah sistem politik sama tetapi kehidupan mereka adalah berasingan.

 Interaksi Sosial dalam kalangan mereka amat kurang dan hubungan mereka
amat terbatas dan pembahagian tugas dilakukan atas garis-garis Ras.
 Asas Sosial sesuatu Masyarakat Majmuk ialah campuran pelbagai
kelompok manusia.

 Dari segi politik, Masyarakat Majmuk timbul akibat Dominasi Penjajah.

 Menurut De Fleur (1974), Masyarakat ialah sebuah pola yang sangat


kompleks mengenai organisasi sosial di mana ahli-ahlinya saling
bergantung dan terdapat garis panduan bagi semua bidang tingkah laku
sosial.
 M.H. Biesanz dan J. Biesanz (1969), menjelaskan bahawa masyarakat
merupakan suatu sistem perhubungan yang kompleks dalam kalangan
individu dan kelompok yang didasarkan kepada nilai-nilai simbolik,
kepercayaan dan norma yang merupakan sebahagian daripada Kebudayaan
tersebut.

 Nilai tersebut seterusnya akan menjadi amalan dalam kehidupan masyarakat


berkenaan.
 Menurut Kamadudin Jaafar (1974), Masyarakat Majmuk adalah kaum yang
bercampur tetapi mempunyai kehidupan yang berasingan, interaksi sesama
terbatas, penuh prasangka serta ‘bersama’ tetapi ‘tidak bersatu’.

 Bagi J.S.Furnival (1948), Masyarakat Majmuk adalah Masyarakat yang terdiri


daripada pelbagai Kelompok Ras dan Etnik yang berlainan berada di bawah
satu sistem pemerintahan.
 Satu lagi ciri Masyarakat Majmuk ialah ketiadaan atau kelemahan ‘Azam
Sosial Bersama’ (Common Social Will) yang merupakan satu set nilai yang
dipersetujui anggota masyarakat bagi mengawal dan memberi panduan
kepada tingkah-laku sosial.

 Ini bermakna masyarakat pada hari ini dikatakan tidak mempunyai


keazaman sosial yang sama dalam membentuk Budaya Kehidupan
Bermasyarakat.
Perkembangan dalam masyarakat boleh dilihat dalam aspek kehidupan
mereka seperti berikut:-

 Masyarakat Memburu dan Mengumpul

 Masyarakat Menternak dan Bertani

 Masyarakat Petani

 Masyarakat Industrial

 Masyarakat Pasca Industrial


 Struktur Masyarakat atau Kelas Sosial berperanan untuk mewujudkan
perpaduan dalam kalangan masyarakat.
 Pergaulan bebas dan tidak berkelompok dalam suatu masyarakat juga akan
menentukan pola kehidupan.
 Murid golongan bawahan dapat bergaul dan berinteraksi dengan murid
golongan atasan tanpa mengira Budaya dan Masyarakat lain.
 Murid perlu didedahkan supaya mereka dapat mengelakkan rasa tinggi diri
dan seterusnya menerima rakan sebagai sebahagian daripada komuniti dalam
kehidupan mereka.
KEPERCAYAAN (Belief)

 Kepercayaan bermaksud akuan akan benarnya terhadap sesuatu perkara.

 Seseorang yang menaruh kepercayaan ke atas sesuatu perkara itu akan


disertai oleh perasaan ‘pasti’ atau kepastian terhadap perkara berkenaan.

 Kepercayaan dalam konteks psikologi adalah bermaksud suatu keadaan jiwa


yang berkaitan dengan sikap berkedudukan memihak (Propositional
Attitude).

 Dalam konteks Agama, Kepercayaan adalah sebahagian daripada batu asas


‘Pembangunan Modal Insan’.
 Menurut Kamus Dewan (1994), Kepercayaan adalah sesuatu yang
dipercayai dan diterima secara turun-temurun.

 Kepercayaan juga adalah sesuatu yang dipercayai dan diterima secara


turun-temurun.

 Dalam konteks di bilik darjah, murid dapat mengetahui dan memahami


kepelbagaian kepercayaan masyarakat di negara kita.
 Murid perlu didedahkan kepada kepercayaan masyarakat lain supaya tidak
timbul salah faham ketika proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

 Masarakat lama banyak meninggalkan pelbagai kepercayaan yang mana


terdapat pelbagai pantang larang, tunjuk ajar dan nasihat yang berguna
kepada anak cucunya yang masih mentah dalam kehidupan mereka seharian
mereka.

 Kepercayaan dan pantang larang tersebut bertujuan untuk mendidik


dengan cara halus supaya tidak menyinggung perasaan mereka yang ditegur.
KEPERCAYAAN
MASYARAKAT MELAYU
 Malah melalui cara tersebut juga dapat memperkayakan adat dalam
masyarakat.

 Antara kepercayaan dalam masyarakat Melayu adalah seperti


kepercayaan terhadap Pawang dalam apa jua jenis situasi seperti waktu-
waktu kecemasan.

 Kepercayaan tersebuat biasanya diamalkan di kawasan-kawasan kampung


dan pedalaman.
 Bomoh sering menggunakan mentera atau jampi serapah.
 Mentera diambil daripada perkataan Sanskrit “mantra” atau “manir” yang
merujuk kata-kata dalam kitab suci penganut Hindu, Veda.
 Masyarakat Melayu juga mengamalkan pantang larang menjahit pada waktu
malam. Jika melakukannya dikatakan mata mereka akan jadi buta.
 Tujuan sebenar untuk melarang mereka adalah untuk menjaga mata supaya
tidak menjadi kabur dan rosak atau jarum tercucuk tangan.
KEPERCAYAAN
MASYARAKAT CINA

 Masyarakat Cina turut percaya bahawa alam semesta ini dikuasai oleh
semangat yang kekuatannya luar biasa.

 Beberapa semangat ini berada dan hidup dalam fenomena-fenomena alam


seperti langit, matahari, tanah, air, tumbuh-tumbuhan, gunung serta
fenomena lain.

 Fenomena alam ini dikalsifikasikan kepada ‘Yin’ dan ‘Yang’.


 ‘Yin’ adalah satu prinsip seperti wanita, bulan, arah Utara, dingin, gelap
(malam) dan segala yang bersifat pasif.

 ‘Yang’ merupakan prinsip dasar untuk lelaki, matahari, arah Selatan,


panasnya cahaya (Siang) dan segala yang termasuk keaktifan.

 Masyarakat Cina juga percaya bahawa ‘jade’ dapat memberi kekayaan dan
keharmonian.

 Feng-Shui dikatakan akan memberi tuah dalam kehidupan.


KEPERCAYAAN
MASYARAKAT INDIA

 Kepercayaan dalam Masyarakat India pula dikaitkan dengan dewa-dewi,


unsur alam, unsur jahat hantu, roh dan penunggu serta kesan-kesan negatif.

 Sebai contohnya, bersiul pada waktu malam akan mengundang ular masuk
ke dalam rumah.

 Bagi yang makan di tempat gelap, mereka ditakutkan dengan cerita bahawa
makanan mereka akan dikongsi bersama oleh hantu, roh atau penunggu.
KEPERCAYAAN ANIMISME
 Kepercayaan Animisme atau kepercayaan kepada makhluk halus dan roh
dipercayai merupakan asas kepercayaan agama yang mula-mula muncul
dalam kalangan manusia primitif purba kala.
 Kepercayaan Animisme mempercayai bahawa setiap benda di bumi seperti
gua, pokok, batu besar atau kawasan tertentu mempunyai semangat yang
mesti dihormati agar semangat tersebut tidak mengganggu manusia, malah
membantu mereka dari semangat roh jahat dan juga dalam kehidupan
mereka seharian.
 Semangat ini juga dikenali sebagai jin, mambang, roh, datuk, tuan dan
penunggu.
NILAI
Nilai merupakan prinsip-prinsip yang menentukan apakah yang sesuai dan
bermoral dalam sesebuah masyarakat.
Nilai Etnosentrisme bermaksud memandang rendah Kebudayaan orang
lain.
Nilai Xenosentrisme bermaksud memandang tinggi terhadap Kebudayaan
orang lain.
Nilai Relativisme bermaksud kesanggupan menerima kebudayaan orang
lain. Kebudayaan yang diterima daripada orang lain akan mengayakan
kebudayaan tempatan tanpa memberi kesan kepada penduduk asal.
BAHASA
Merupakan satu sistem komunikasi yang harus meggunakan bunyi atau
simbol dengan pengertian yang tidak harus digunakan dengan sewenang-
wenangnya tetapi mempunyai struktur.
Adalah satu set simbol-simbol dan aturcara yang disusun bersama dengan
kaedah yang bermakna ditambah dengan sistem komunikasi yang kompleks
(Cole, 1998).
Dikatakan bersifat dinamik kerana bersesuaian dengan kelompok
masyarakat dan peredaran masa.
Bahasa juga mengalami perubahan.
Perubahan dalam bahasa berlaku akibat daripada pertembungan masyarakat
dan Budaya, penjajahan, peperangan, perpindahan, perubahan populasi,
kelas sosial, etnik, umur, seks, pekerjaan, penemuan baru, pendidikan,
penghijrahan, perdagangan, agama, status ekonomi, dll.
 Bahasa dikatakan menjadi alat komunikasi untuk manusia bekerjasama
melestarikan Kebudayaan dan penerusan pemikiran.
 Bahasa ialah Sistem Oerisyaratan (Semiotik) yang terdiri daripada unsur
isyarat dan hubungan antara unsur-unsur itu.
 Dengan kata lain, bahasa terbuka untuk penafsiran= Fonologi (Bunyi
Perkataan) + Morfologi (Pembinaan Perkataan) + Sintaksis (Susunan
Perkataan). (Nababan).
 Orang Melayu bertutur menggunakan Bahasa Melayu tetapi dialek antara
negeri-negeri yang terdapat di Malaysia ini berbeza.
 Orang India bertutur dalam bahasa Tamil berasal dari Tamil Nadu, India.
 Kebanyakan bahasa orang Cina dikenalpasti melalui kumpulan penutur
mereka.
 Orang Cina yang menetap di Pulau Pinang serta Melaka bertutur dalam
bahasa Hokkien.
 Mereka yang tinggal di Seremban, Ipoh dan Kuala Lumpur menggunakan
bahasa Kantonis dan Hakka.
 Di Malaysia Timur, bahasa Hakka dan Mandarin laris ditutur, kecuali di Sibu
yang cenderung kepada bahasa Foochow serta Sandakan dengan bahasa
Kantonis.
 Di Selatan Semenanjung Malaysia, terutamanya di Johor, bahasa Mandarin
paling banyak digunakan oleh masyarakat Cina sebagai kesan pengaruh media
berbahasa Mandarin dari Singapura serta penggunaan bahasa Mandarin
dalam pendidikan formal.
ADAT RESAM
 Adat Resam adalah sesuatu cara yang telah ditentukan untuk melakukan
sesuatu yang telah diakui oleh masyarakat.
 Adat juga adalah amalan yang piawai, iaitu adat dan kelaziman yang
diharapkan daripada anggota masyarakat.
 Adat resam mempunyai ‘isbat’ kepada pelaku sama ada positif atau negatif.
 Setiap kaum yang berbeza mempunyai adat yang berbeza.
 Adat Resam yang diamalkan ini masih releven dan dapat diterima oleh
masyarakat umum dan generasi muda tidak berasa kekok untuk menerima
dan seterusnya diamalkan dalam kehidupan seharian mereka.
ADAT RESAM MELAYU
(i) Melenggang Perut
Adat ini merujuk kepada satu amalan yang dijalankan ke atas
wanita yang telah genap 7 bulan hamil.

(ii) Meminang dan Bertunang


Adat ini bertujuan untuk mengenali pasangan dengan lebih
mendalam sebelum akad nikah.
(iii) Kematian
Biasanya waris atau saudara-mara si mati akan mengadakan
kenduri arwah untuk disedekahkan kepada arwah. Ada yang
mengadakan kenduri arwah 3 malam berturut-turut, 7 malam
berturut-turut atau pada malam ke- 40.

(iv) Bercukur Jambul


Adat ini merupakan satu adat yang diamalkan untuk mencukur
jambul bayi yang baru dilahirkan. Adat ini biasanya dijalankan
setelah ibu tamat tempoh berpantang.
ADAT RESAM CINA
(i) Kelahiran
Semasa mengandung, ibu mertua bertanggungjawab menjaga wanita
mengandung. Adat dalam masyarakat Cina mementingkan anak lelaki kerana
mereka dapat melanjutkan keturunan melalui pewarisan nama nenek
moyang.
Dalam memberikan nama kepada bayi, nama orang Cina terdiri dari 3
perkataan yang dimulai dengan nama keluarga. Patah ke-2 mewakili nama
segenerasi dalam kalangan adik-beradik dan sanak-saudara. Nama ke-3 pula
merupakan nama bagi panggilan diri sendiri.
(ii) Kenduri Selepas Kelahiran

Mereka membuat sejenis kuih khas yang berbentuk merah dan


kuning yang berintikan kacang dan tau su serta telur yang
diwarnai merah kemudiannya diberikan kepada saudara mara
yang terdekat.

(iii) Mencukur Rambut


Adat ini dilakukan sebagai pengiktirafan terhadap kelahiran orang
baru ke dalam masyarakat mereka.
ADAT RESAM INDIA
(i) Sewaktu Mengandung
 Adat Valaikaapu adalah adat yang dilakukan ketika kandungan sulong wanita
hamil menjangkau usia 7 hingga 9 bulan.
 Wanita hamil dipakaikan sebentuk sebentuk gelang tangan baru yang
dikenali sebagai ‘Suulkaapu’.
 ‘Suul’ bermaksud ‘Kandungan Ibu’ manakala ‘Kaapu’ pula bermaksud
‘Perlindungan’.
 Tujuan adat ini adalah untuk memberi nama kepada bayi yang baru
dilahirkan tersebut.
(ii) Selepas Bersalin
 Membisikkan Nama Tuhan
 ‘Gayattri Mantiram’ (Doa) ke telinga bayi tersebut.
 Setelah itu diadakan upacara potong tali pusat.
 Adat menyapu madu juga diadakan bertujuan untuk
kecantikan. Madu akan disapukan pada lidah bayi berkenaan.
JANTINA
 Menurut Butler dan Mannning (1998), “The term gender describes
masculinity and femininity-the thoughts, feelings, and behaviour that
identify one as either male or female”.

 Walaupun ada persamaan antara lelaki dan perempuan, terdapat juga


perbezaan yang ketara antara mereka. Justeru, guru harus mengenal pasti
dan merancang pengalaman pembelajaran yang bersesuaian dengan
jantina.
 Faktor jantina turut mempengaruhi pembentukan iklim di dalam bilik darjah,
justeru itu, guru harus mengetahui pengaruh jantina terhadap pembelajaran
murid

 Campuran jantina di dalam bilik darjah memberi peluang murid-murid lelaki


dan perempuan bergaul dengan lebih tertib, bertanggungjawab, menghormati
perbezaan yang wujud dari segi jantina serta meluaskan lagi ruang
persefahaman dan toleransi.
PERANAN MEDIA
 Sebagai media, tanggungjawab bukan hanya untuk memberi hiburan, malahan
sebagai penyalur maklumat kepada seluruh kelompok audiennya.

 Program- program dan iklan mengenai kesedaran sosio-budaya perlu


diperbanyakkan dan ditayangkan dengan lebih kerap.

 Kandungan media yang dilihat semakin pelbagai dalam menghasilkan variasi


program-programnya seperti iklan, dokumentari, drama dan bual bicara
telah menjadikan tugas untuk menyampaikan
mesej pemahaman mengenai budaya orang lain menjadi mudah.
 Seperti contoh, semakin banyak kempen kesedaran budaya yang berdurasi
lebih kurang dua minit seperti Pesanan Khidmat Masyarakat (Public Service
Announcement) dipaparkan dalam usaha untuk memberi kesedaran betapa
pentingnya menghormati budaya orang lain.

 Contoh yang jelas ialah ketika musim perayaan di mana iklan yang disiarkan
pasti akan menggabungkan semua bangsa di Malaysia.
 Selain itu, terdapat juga Pesanan Khidmat Masyarakat yang menggambarkan
budaya setiap bangsa sama ada dalam aspek pemakanan, pakaian,
percakapan dan sebagainya.

 PSA atau Pesanan Khidmat Masyarakat ini adalah satu platform untuk
menyampaikan mesej ringkas tanpa dikenakan apa-apa bayaran, dengan
tujuan untuk meningkatkan kesedaran dan mengubah tanggapan umum
masyarakat terhadap sesuatu isu atau perkara.
TERIMA KASIH

You might also like