You are on page 1of 17

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH

31150 HULU
KINTA,PERAK
KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH
(SJHK 3063)
NAMA AHLI KUMPULAN:
RANGGETHA CHANDRAN
HIRRANYAA NALLAPPAN
THOASSHAANAAH NALLAPPAN

NAMA PENSYARAH
EN HAIRI BIN YAHYA
TAJUK :
Perbahasan tentang
matapelajaran Sejarah di sekolah
rendah secara menyeluruh.
APAKAH ITU
SEJARAH ?
•Sejarah berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud menyiasat ( to
inquire ).

•Perkataan sejarah telah digunakan dalam penulisan ahli sejarah Greek


iaitu Herodotus.

•Perkataan ‘inquiry’ yang digunakan oleh ahli-ahli sejarah Greek telah


mengalami perubahan dan digantikan dengan istilah ‘historie’ dan
seterusnya digantikan pula dengan perkataan‘historia’.

•Ringkasnya sejarah menurut para sarjana barat merupakan kajian terhadap


peristiwa-peristiwa lampau.

•Sejarah mengkaji ketamadunan sesuatu masyarakat atau negara.


Pengenalan
Matapelajaran
Sejarah di
Sekolah Rendah
Mata Pelajaran Sejarah Sekolah Rendah yang diperkenalkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) di semua sekolah kebangsaan (SK) serta sekolah jenis
kebangsaan (SJK) sejak tiga tahun lalu iaitu pada 2014 .

Ia adalah usaha yang bertepatan dalam memupuk nilai patriotisme dan
nasionalisme seawal usia muda murid-murid.

Sebelum itu elemen sejarah hanya diterapkan dalam mata pelajaran Kajian
Tempatan tetapi dengan pelaksanaan Mata Pelajaran Sejarah Sekolah Rendah ini
maka pengajaran dan pembelajaran (PdP) subjek berkenaan menjadi lebih berfokus
kepada sumber dan penghayatan nilai sejarah itu sendiri.

Kini Sejarah merupakan mata pelajaran teras yang wajib dipelajari mulai
tahun 4 di Tahap II.
BUKTI : BERITA
 Bertujuan menyemai kefahaman murid terhadap mata pelajaran Sejarah di
peringkat awal agar murid memperoleh dan menguasai pengetahuan serta kemahiran
Sejarah.

Proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan berdasarkan Kurikulum Standard


Sekolah Rendah ( KSSR ).

DSKP merupakan satu dokumen yang mengintegrasikan kurikulum dan pentaksiran.


KANDUNGAN KURIKULUM
SEJARAH
Contoh DSKP Sejarah
OBJEKTIF KSSR
SEJARAH
mengenal pasti pelbagai sumber dan maklumat sejarah;

memahami idea, konsep serta elemen sebab dan akibat dalam sejarah;

menyatakan kepentingan sejarah dalam kehidupan dengan mengambil


iktibar daripada peristiwa sejarah sebagai usaha untuk mengukuhkan
suasana keharmonian;

menyatakan pelbagai bentuk persembahan dan hasil dapatan daripada


interpretasi kajian sejarah;

memahami peristiwa masa lalu melalui sikap ingin tahu;


menilai warisan negara dalam konteks kawasan setempat, negara dan global;

memahami proses pembinaan tamadun manusia yang mempengaruhi


kehidupan masyarakat;

menjelaskan kehidupan dan kebudayaan masa lalu dan masa kini masyarakat di
Malaysia;

memahami kedudukan kaum dalam konteks lokasi dan pembentukan kaum


sebagai pengukuhan kepada persefahaman kaum;

memahami cabaran negara dalam konteks mempertahankan kedaulatan negara


bagi pembinaan jati diri;

mengenal pasti usaha dan sumbangan para pemimpin negara sebagai


melahirkan perasaan bangga dan hormat;

menilai pencapaian dan kemajuan negara


BUKTI : BERITA
KESIMPULAN
•Mereka yang gagal untuk mempelajari sejarah mereka pasti mengulangi
kesilapan orang kita pada masa dahulu

• Setiap rakyat Malaysia khususnya anak muda harus mengetahui latar


belakang negara kita dan pembentukan negara malaysia itu sendiri kerana ini
merupakan sejarah negara kita

•Setiap warganegara khususnya murid-murid sekolah rendah harus


memanfaatkan pelbagai kemudahan atau sumber yang disediakan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mempelajari mata pelajaran Sejarah.
RUJUKAN
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran – Sejarah Tahun 4 , 5 dan 6

http://ww1.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20131014/pe_01/Sejarah-diajar-di-s
ekolah-rendah#ixzz5QbIkjrdz

© Utusan Melayu (M) Bhd

You might also like