Presentation 15 Pmbab4

You might also like

You are on page 1of 12

PENGAJIAN

MALAYSIA
Disediakan oleh Harini Selvarajoo
Bab 4 : Pembangunan Negara
4.1.1 Rancangan Pembangunan Ekonomi

Kerajaan bertanggungjawab menurunkan kadar kemiskinan dalam kalangan orang


Melayu dan menyeimbangkan pembangunan ekonomi di bandar dan luar bandar, di
samping menjaga keselamatan negara. Dasar dan strategi pembangunan negara
selepas merdeka ialah menghasilkan pembangunan yang seimbang dalam semua
sektor ekonomi supaya perpaduan kaum dan kestabilan politik dapat diwujudkan.
Kerajaan perlu mengekalkan dan perkembangan ekonomi sebagai tanggungjawab
yang berterusan.
Rancangan pembangunan negara terbahagi kepada tiga peringkat,
iaitu perancangan pramerdeka, perancangan selepas merdeka dan
perancangan era Dasar Ekonomi Baru (DEC).

1)Perancangan 2) Peringkat kedua, 3) Peringkat ketiga,


peringkat pertama iaitu perancangan iaitu Rancangan
(zaman pramerdeka ) selepas merdeka Pembangunan
meliputi Rangka meliputi Rancangan Negara meliputi
Pembangunan Malaya Kedua (1961- perancangan dalam
Persekutuan Tanah 1965) dan sebahagian era Dasar Ekonomi
Melayu (1950-1955) Rancangan Malaysia Baru (DEC), iaitu
dan sebahagian dari Pertama (1960-1970), Rancangan Malaysia
Rancangan Malaya iaitu selepas Malaysia kelima (1986-1990).
Pertama (1956-1960) ditubuhkan.
Rancangan Pembangunan Ekonomi
Rancangan Malaya Pertama (1956 -1960)
Rancangan Malaya Kedua (1961 - 1965)
Rancangan Malaysia Pertama (1966 -1970)

Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975)


( Dasar Eonomi Baru (DEB) diperkenalkan sehingga 1990)
Rancangan Malaysia Ketiga (1976 -1980)
Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985)
Rancangan Malaysia Kelima (1986 –1990)
Rancangan Malaysia Keenam (1990 – 1995)
Rancangan Malaysia Ketujuh ( 1996 – 2000)
Rancangan Malaysia Kelapan ( 2001 – 2005)
Rancangan Malaysia Kesembilan ( 2006 – 2010)
Rancangan Malaysia Kesepuluh (2011 – 2015)
Rancangan Malaysia Kesebelas ( 2016 – 2020)
4.1.2 Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP)
dan Rancangan Malaysia (RM)

Dalam era Dasar Ekonomi Baru, Kerajaan telah melancarkan Rangka Rancangan
Jangka Panjang Pertama (RRJP1) bermula pada tahun 1971 dan tamat pada tahun
1990. Sepanjang dua dekad pelaksanaan RRJP1, Kerajaan telah berjaya melaksanakan
program-program jangka pndek, iaitu Rancangan Malaysia Kedua (1971 – 1975),
Rancangan Malaysia Ketiga (1976 – 1980), Rancangan Malaysia Keempat (1981 – 1985)
dan Rancangan Malaysia Kelima (1986 – 1990)
Peringkat seterusnya ialah pelancaran Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua
(RRJP2) pada tahun 1991. Program ini meliputi Rancangan Malaysia Keenam (1991 -
1995) dan Rancangan Malaysia Ketujuh (1996 – 2000) . Tempoh pelaksanaan RRJP2
berakhir pada tahun 2000. Kerajaan melancarkan program penting dalam RRJP2 ini, iaiti
Wawasan 2020, Dasar Pembangunan Nasional dan Rancangan Malaysia Keenam.
Tempohh RRJP2 merupakan permulaan satu era ke arah matlamat membentuk
Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020.
Pada April 2001, Kerajaan telah melanacarkan Rangka Rancangan Jangka Panjang
Ketiga (RRJP3) pada tahun 2001 – 2010. Program ini meliputi pelaksanaan Rancangan Malaysia
Kelapan (2001 – 2005) dan Rancangan Malaysia Kesembilan (2006 – 2010). RRJP3 merupakan
fasa kedua bagi usaha negara untuk mencapai Wawasan 2020 yang dimulakan pada tahun
1991 dan Kerajaan memperkenalkan Dasar Wawasan Negara.

RRJP3 memberi tumpuan kepada beberapa teras dan dasar yang strategik untuk
mencapai pembangunan mampan seperti yang berikut :
1. Membina Bangsa yang berdaya tahan
2. Menggalakkan Perwujudan Masyarakat yang saksama
3. Mengekalkan pertumbuhan ekonomi
4. Menghadapi persaingan antarabangsa
5. Membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan
6. Memperkukuhkan pembangunan sumber manusia
7. Meneruskan Pembangunan Alam Sekitar yang mampan
Rangka Malaya Pertama (1956 –
1960)
◦ Rancangan Malaya Pertama (1956 – 1960) telah dilancarkan megikut projek – projek di bawah
suatu perancangan pelaburan sektor awam yang bersepadu. Matlamat utama rancangan
pembanguan ini adalah untuk membangunkan ekonomi negara dengan memberi penekanan
kepada sektor luar bandar. Pelaksanaan Rancangan Malaya Pertama telah menampakkan
kejayaan cemerlang dengan penubuhan DUA agensi kerajaan, iaitu Lembaga Kemajuan Tanah
Persekutuan (FELDA) dan Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar pada tahun
1956.
Rancangan Malaya Kedua (1961 –
1965)
◦ Rancangan Melayu Kedua dilancarkan dengan beberapa kemajuan telah dicapai.
Pertama, rancangan ini deseliakan oleh satu jawatankuasa antara jabatan dengan
bantuan sebuah urusetia ekonomi dan pakar perunding Bank Dunia. Kedua,
perancangan ini menggunakan dua kaedah, iaitu perancangan dari atas ke bawah
dan perancangan dari bawah ke atas. Ketiga, satu kajian menyeluruh dilaksanakan ke
atas perkembangan ekonomi negara bagi beberapa tahun sebelumnya. Kerajaan
memperuntukkan dua kali ganda bagi pembangunan berbanding dengan
Rancangan Malaya Pertama.
Rancangan Malaysia Pertama (1966
– 1970)
◦ Rancangan Malaysia Pertama (RMP) memberi tumpuan kepada tenaga manusia dan
program ke atas setiap sektor ekonomi. RMP ini juga memberi penekanan ke atas
aspek integrasi antara penduduk di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Bagi
melaksanakan tujuan ini, Kerajaan telah menggubal satu program pembangunan
khusus untuk meningkatkan kebajikan semua rakyat sama ada sektor awam atau
swasta. Tumpuan diberikan kepada pertumbuhan ekonomi agar dinikmati oleh
golongan miskin. Seterusnya, Kerajaan menubuhkan beberapa agensi, iaitu Lembaga
Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Bank
Bumiputera, Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) dan Lembaga Penasihat Tarif.
Rancangan Malaysia Pertama memberikan kejayaan kepada pertumbuhan ekonomi
yang lebih pesat dan mantap.
Rancangan Malaysia Kedua (1971 –
1975)
◦ Rancangan Malaysia Kedua dilancarkan untuk mengatasi sosioeknomi yang tidak
seimbang antara kumpulan etnik dengan kawasan – kawasan. Dasar Ekonomi Baru
(DEB) dilancarkan untuk membasmi kemiskinan rakyat tanpa mengira kaum dan
menyusun semula masyarakat Malaysia dengan tujuan memulih ekonomi yang tidak
seimbang serta menghapus pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi. Kerajaan
memberi tumpuan kepada sektor awam, terutama dalam bidang perdagangan dan
perindustiran. Petroleum Nasional Berhad (PETRONAS) ditubuhkan pada tahun 1974.
Dalam tempoh RMK2 , Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) telah bertambah 7.4%
berpunca daripada sektor yang berikut:
◦ (a) pertanian – 25%
◦ (b) pembuatan – 19.3%
◦ (c)perdagangan – 14.4%
◦ (d) perkhidmatan – 10.15 %
Rancangan Malaysia Ketiga (1976 –
1980)
◦ Rancangan Malaysia Ketiga dilancarkan dengan memperkenalkan Rangka
Rancangan Jangka Pajang Pertama (1971 – 1990). RMK3 ini merupakan peringkat
kedua pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Pembangunan sektor pertanian dan
perindustrian terus digiatkan bagi mendapatkan pendapatan, produktiviti dan
peluang pekerjaan. Mengikut Malaysia Kita (2014), dalam tempoh pelaksanaan DEB,
ekonomi Malaysia berkembang pada keluaran KDNK dengan kadar purata 7.8 %
walaupun sasaran yang ditetapkan adalah sebanyak 8% setahun.
Rancanan Malaysia Keempat (1981
– 1985)
◦ Rancangan Malaysia Keempat dilancarkan ketika suasana ekonomi negara dan
dunia dilanda kemelesatan. Malaysia mengalami kemerosotan dalam pembayaran
gaji, kejatuhan harga dan penuruna pendapatan eksport dalam sektor komoditi,
kelembapan sektor swasta dan kadar pengangguran yang semakin meningkat.
Kerajaan mewujudkan dasar dan strategi baharu seperti mengadakan sistem mini
estet pertanian, koperasi dan strategi pembangunan luar bandar.Program yang
diperkenalkan ini sejajar dengan Dasar Pertanian Negara dan Dasar Halacara Baru
bagi membangunkan kawasan kampung dan luar bandar. Berdasarkan data yang
diperoleh daripada Malaysia Kita (2014), keluaran KDNK berkembang pada kadar
purata 5.8%. Namun begitu, kadar ini lebih merosot kerana berlaku kelembapan
ekonomi dalam sektor pembuatan dan perlombongan.

You might also like