Professional Documents
Culture Documents
Presentation 15 Pmbab4
Presentation 15 Pmbab4
MALAYSIA
Disediakan oleh Harini Selvarajoo
Bab 4 : Pembangunan Negara
4.1.1 Rancangan Pembangunan Ekonomi
RRJP3 memberi tumpuan kepada beberapa teras dan dasar yang strategik
untuk mencapai pembangunan mampan seperti yang berikut :
1. Membina Bangsa yang berdaya tahan
2. Menggalakkan Perwujudan Masyarakat yang saksama
3. Mengekalkan pertumbuhan ekonomi
4. Menghadapi persaingan antarabangsa
5. Membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan
6. Memperkukuhkan pembangunan sumber manusia
7. Meneruskan Pembangunan Alam Sekitar yang mampan
Rangka Malaya Pertama (1956
– 1960)
◦ Rancangan Malaya Pertama (1956 – 1960) telah dilancarkan megikut projek – projek di bawah
suatu perancangan pelaburan sektor awam yang bersepadu. Matlamat utama rancangan
pembanguan ini adalah untuk membangunkan ekonomi negara dengan memberi penekanan
kepada sektor luar bandar. Pelaksanaan Rancangan Malaya Pertama telah menampakkan
kejayaan cemerlang dengan penubuhan DUA agensi kerajaan, iaitu Lembaga Kemajuan
Tanah Persekutuan (FELDA) dan Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar pada
tahun 1956.
Rancangan Malaya Kedua
(1961 – 1965)
◦ Rancangan Melayu Kedua dilancarkan dengan beberapa kemajuan telah dicapai.
Pertama, rancangan ini deseliakan oleh satu jawatankuasa antara jabatan dengan
bantuan sebuah urusetia ekonomi dan pakar perunding Bank Dunia. Kedua,
perancangan ini menggunakan dua kaedah, iaitu perancangan dari atas ke bawah
dan perancangan dari bawah ke atas. Ketiga, satu kajian menyeluruh dilaksanakan
ke atas perkembangan ekonomi negara bagi beberapa tahun sebelumnya. Kerajaan
memperuntukkan dua kali ganda bagi pembangunan berbanding dengan
Rancangan Malaya Pertama.
Rancangan Malaysia Pertama
(1966 – 1970)
◦ Rancangan Malaysia Pertama (RMP) memberi tumpuan kepada tenaga manusia dan
program ke atas setiap sektor ekonomi. RMP ini juga memberi penekanan ke atas
aspek integrasi antara penduduk di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Bagi
melaksanakan tujuan ini, Kerajaan telah menggubal satu program pembangunan
khusus untuk meningkatkan kebajikan semua rakyat sama ada sektor awam atau
swasta. Tumpuan diberikan kepada pertumbuhan ekonomi agar dinikmati oleh
golongan miskin. Seterusnya, Kerajaan menubuhkan beberapa agensi, iaitu
Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA), Majlis Amanah Rakyat (MARA),
Bank Bumiputera, Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) dan Lembaga Penasihat
Tarif. Rancangan Malaysia Pertama memberikan kejayaan kepada pertumbuhan
ekonomi yang lebih pesat dan mantap.
Rancangan Malaysia Kedua
(1971 – 1975)
◦ Rancangan Malaysia Kedua dilancarkan untuk mengatasi sosioeknomi yang tidak
seimbang antara kumpulan etnik dengan kawasan – kawasan. Dasar Ekonomi Baru (DEB)
dilancarkan untuk membasmi kemiskinan rakyat tanpa mengira kaum dan menyusun
semula masyarakat Malaysia dengan tujuan memulih ekonomi yang tidak seimbang
serta menghapus pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi. Kerajaan memberi
tumpuan kepada sektor awam, terutama dalam bidang perdagangan dan perindustiran.
Petroleum Nasional Berhad (PETRONAS) ditubuhkan pada tahun 1974. Dalam tempoh
RMK2 , Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) telah bertambah 7.4% berpunca daripada
sektor yang berikut:
◦ (a) pertanian – 25%
◦ (b) pembuatan – 19.3%
◦ (c)perdagangan – 14.4%
◦ (d) perkhidmatan – 10.15 %
Rancangan Malaysia Ketiga
(1976 – 1980)
◦ Rancangan Malaysia Ketiga dilancarkan dengan memperkenalkan Rangka
Rancangan Jangka Pajang Pertama (1971 – 1990). RMK3 ini merupakan peringkat
kedua pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Pembangunan sektor pertanian dan
perindustrian terus digiatkan bagi mendapatkan pendapatan, produktiviti dan
peluang pekerjaan. Mengikut Malaysia Kita (2014), dalam tempoh pelaksanaan
DEB, ekonomi Malaysia berkembang pada keluaran KDNK dengan kadar purata 7.8
% walaupun sasaran yang ditetapkan adalah sebanyak 8% setahun.
Rancanan Malaysia Keempat (1981
– 1985)
◦ Rancangan Malaysia Keempat dilancarkan ketika suasana ekonomi negara dan
dunia dilanda kemelesatan. Malaysia mengalami kemerosotan dalam pembayaran
gaji, kejatuhan harga dan penuruna pendapatan eksport dalam sektor komoditi,
kelembapan sektor swasta dan kadar pengangguran yang semakin meningkat.
Kerajaan mewujudkan dasar dan strategi baharu seperti mengadakan sistem mini
estet pertanian, koperasi dan strategi pembangunan luar bandar.Program yang
diperkenalkan ini sejajar dengan Dasar Pertanian Negara dan Dasar Halacara Baru
bagi membangunkan kawasan kampung dan luar bandar. Berdasarkan data yang
diperoleh daripada Malaysia Kita (2014), keluaran KDNK berkembang pada kadar
purata 5.8%. Namun begitu, kadar ini lebih merosot kerana berlaku kelembapan
ekonomi dalam sektor pembuatan dan perlombongan.