You are on page 1of 22

BAB 7

KEMAHIRAN PENGURUS DAN


PENTADBIR DALAM PENDIDIKAN

PENGURUSAN PENDIDIKAN
BBD 30102
Tanggungjawab, Tugas dan
Peranan Guru Besar
1. Pemimpin pentadbir dan pemimpin pengajaran
2. Melaksanakan segala prosedur pelantikan dan
pengesahan dalam jawatan semua kakitangan di
bawah kelolaan dan bidang kuasanya.
3. Menjalankan prosedur bagi menamatkan
perkhidmatan peletakan, persaraan,
penggantungan, pelepasan guru-guru dan
kakitangan.
4. Menyimpan dan menyelenggarakan rekod-rekod
peribadi dan kakitangan bukan guru.
5. menentukan sistem penyelenggaran fail dilaksanakan dengan cara yang
teratur dan sempurna.

6. Merancang dan memastikan pelaksanaan takwim sekolah.

7. Mempunyai kuasa mutlak dan menjadi Penasihat Persatuan Ibu Bapa Guru
dan memastikan bahawa segala keputusan dilaksanakan dengan teratur dan
berkesan.

8. Menghadiri mesyuarat di Pejabat Pendidikan Daerah,Zon Sekolah,Jabatan


Pendidikan Negeri,Kementerian Pendidikan Malaysia
Tugas UTAMA Pengetua/Guru besar

Melaksanakan rancangan pendidikan


yang telah ditetapkan oleh
kementerian
Mengawas dan membimbing guru-guru
sekolah untuk menjamin PdP berjalan dengan
baik
Mengawas dan menyelia disiplin,,
pembelajaran murid, kegiatan sukan,
persatuan, kerja-kerja amal dan sebagainya

Mengadakan hubungan baik dan


berkesan dengan pihak luar
PERANAN PENGETUA/GURU BESAR:
PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN

Menyelia proses pendaftaran kemasukan dan pertukaran


murid.

Bertindak untuk menyelia buku jadual kedatangan murid.

menyelenggara proses pemberian bantuan berbentuk Skim


Pinjaman Buku Teks mahupun bantuan lain serta
menentukan polisi dan senarai pelajar yang layak atau
tidak layak.
Menentukan polisi berkaitan dengan peperiksaan
awam.

Menandatangani dan menyemak sijil berhenti


sekolah dan surat akuan.

Memikul tanggungjawab besar ke atas


pembuangan dan penggantungan kes-kes
berkaitan pelajar-pelajar.

Menjaga keselamatan setiap murid-murid di


sekolah
PEMBANGUNAN MAJU DIRI MURID

Menentukan polisi-polisi mengenai pelaksanaan displin secara


menyeluruh serta mengendalikan kes-kes disiplin yang dirujuk oleh
Badan Displin,berjumpa dengan ibu bapa dan penjaga,guru
kokurikulum dan sebagainya.

Melaksanakan projek-projek khas seperti pengajaran dan


pembelajaran serta menyelia dan menilai keberkesanannya.
PENGURUSAN PERSONEL

Menentukan urusan pendaftaran, pengesahan


dalam jawatan, penempatan ke dalam jawatan
berpencen dan jenis cuti kakitangan sekolah.

Membantu kakitangan menentukan sasaran kerja


dan berbincang dari semasa ke semasa
mengenai sasaran dan mutu kerja.
Mengenal pasti dan menentukan tugasan dan
skop bidang kerja (development of staff) dan
menjalankan penyeliaan sepanjang tahun.

Mengambil tindakan serta laporan tatatertib ke


atas pegawai di bawah bidang kuasanya.

Mempunyai peranan untuk menjaga kebajikan


kakitangan.
KURIKULUM

Menentukan pelaksanaan Dasar Pelajaran


Kebangsaan berjalan dengan teratur,
berkesan dan mengikut perancangan.

Merancang dan memastikan pelaksanaan


sukatan pelajaran atau kurikulum di
sekolah berjalan sempurna.

Menubuhkan panitia mata pelajaran atau


Lembaga Kurikulum Sekolah untuk
memastikan keberkesanan
pelaksanaannya.
HAL EHWAL PELAJAR

Bertindak menubuhkan Lembaga Disiplin Pelajar di


sekolah dan memastikan bahawa pelaksanaannya
berjalan dengan lancar.
Menggariskan satu peraturan dan undang-undang sekolah
yang praktikal untuk dipatuhi sepenuhnya oleh setiap
pelajar.

Menentukan perjalanan Lembaga Disiplin Pelajar,


Peraturan dan Undang-undang dan Lembaga Pengawas
dilaksanakan dengan baik, sempurna dan adil.
.
PENGAWASAN DAN PENYELIAAN

membuat penyelidikan terhadap perjalanan


pengajaran dan pembelajaran di sekolahnya.

melaksanakan tugas-tugas pentadbiran, pengurusan,


kewangan, pembangunan fizikal, kemajuan
kakitangan pengajaran pembelajaran, kurikulum,
kokurikulum dan hal ehwal pelajar.

memberi bimbingan serta tunjuk ajar kepada penolong


kanan pentadbiran, penolong kanan HEM dan
penolong kanan kokurikulum
7.2 AKAUNTABILITI DAN GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR

Akauntabiliti ialah sifat yang perlu ada pada setiap


individu umumnya

Menjalankan tugas yang diarahkan dengan baik


serta dapat mencapai objektif

Kewajipan menjalankan tugas yang


dipertanggungjawabkan mengikut undang-
undang dan peraturan yang telah ditetapkan.
GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR

Gaya Kepimpinan Berorientasikan Kejayaan

berusaha dengan sedaya upaya untuk mempengaruhi dan


memastikan para guru melaksanakan tugas mereka
dengan penuh tanggungjawab

Mempunyai sasaran yang jelas dan tinggi pencapaiannya


demi pencapaian matlamat dan objektif yang ditetapkan.
GAYA KEPIMPINAN SECARA BERTIMBANG RASA

Memberi tumpuan utama tehadap kejayaan akademik


sekolah

Mengambil berat terhadap kebajikan dan kepentingan


guru di bawah pentadbirannya
GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR SECARA MENGARAH

paling kurang digunakan oleh para pengetua/guru besar di


sekolah-sekolah di Malaysia.

kebanyakannya terdiri daripada guru yang matang yang


berumur lebih dari 35 tahun, berpengalaman dalam
pengajaran dan pembelajaran dan semua guru telah
mengajar lebih daripada 10 tahun.
7.3 KEMAHIRAN DAN KOMPETENSI PENTADBIR DAN
PENGURUS GURU BESAR
1 . Kompetensi Pedagogi
Seorang guru harus mampu menguasai teori belajar dan
prinsip-prinsip pembelajaran yang mendidik kerana
memiliki perwatakan dan sifat yang berbeza

2. Kompetensi Keperibadian
menampilkan diri sebagai seorang yang jujur, berakhlak
mulia dan memberikan teladan kepada pelajar dan
masyarakat .
3 . Kompetensi Sosial
guru harus saling berkongsi pendapat atau pengetahuan
sesama guru, masyarakat dan pelajar.

4 . Kompetensi Profesional Mengajar


Guru harus menguasai bidang masing-masing. Seorang
guru itu harus mampu untuk menguasai sepenuhnya
mata pelajaran yang diajar .
CIRI-CIRI PENGETUA/GURU BESAR

• Berfikiran terbuka dan berpandangan jauh


• Tidak menggunakan semata-mata pangkat dan kuasa
untuk bertindak
• Tegas tetapi adil dan saksama
• Menjalinkan hubungan yang mesra dengan pegawai-
pegawai atasan dan bawahan serta rakan-rakan
sejawatnya
• Berperikemanusiaan dan bertimbang rasa
• Mengkritik dan menegur secara membina
• Sedia menerima hakikat bahawa ada orang lain
yang mungkin lebih berpengetahuan daripadanya
mengenai sesuatu bidang atau perkara.
• Bersedia mendengar dan mengambil kira
pandangan dan cadangan pegawai-pegawainya
sebelum membuat sesuatu keputusan.
• Bersikap positif, sentiasa mencari jalan untuk
menyelesaikan sesuatu masalah.
KESIMPULAN

Pengetua/guru besar perlulah kompeten dan mengamalkan


gaya atau strategi kepemimpinan yang sesuai dalam
memastikan segala matlamat sekolah tercapai.

Memerlukan pemimpin yang berupaya melaksanakan


tugas seharian dengan menepati spesifikasi yang
ditetapkan.
Terima kasih.

You might also like