You are on page 1of 6

BAHAN BANTU MENGAJAR

1. Petikan Prosa Tradisional


2. Kotak Misteri
3. Botol Beracun
4. Lagu
5. Papan Ganjaran
6. Papan Padanan
7. Ganjaran (Gula-gula)
AKTIVITI 1 : TIKAR SEPAKAT

1. Murid duduk dalam kumpulan.


2. Setiap kumpulan diberi petikan prosa
tradisional dan diminta membaca secara
senyap.
3. Setiap murid menyenaraikan satu perkataan
sukar dengan menggunakan peta pemikiran
yang sesuai secara serentak.
4. Wakil kumpulan memaparkan hasil di depan
kelas.
5. Kumpulan pertama yang berjaya menyiapkan
tugasan akan diberi ganjaran.
AKTIVITI 2 : BULATAN MASA
1. Murid duduk dalam kumpulan dan diberikan sebiji
bola.
2. Guru memperdengarkan lagu dan murid mengedar
bola dalam kumpulan sehingga lagu berhenti.
3. Murid terakhir yang memegang bola setelah lagu
berhenti dikehendaki mencabut perkataan di dalam
kotak misteri.
4. Murid berbincang dalam kumpulan tentang makna
perkataan.
5. Wakil kumpulan ke depan untuk memilih dan
menyesuaikan perkataan dengan maksud yang telah
disediakan.
6. Murid yang berjaya diberi ganjaran.
AKTIVITI 3 : SNATCH CARD

1. Wakil kumpulan diminta mencabut kad.


2. Murid menjawab secara individu untuk
menjawab tugasan pada kad tersebut.
3. Setiap ahli kumpulan yang telah selesai
menjawab akan diberi ganjaran.
4. Hasil tugasan setiap murid ditukar
dengan kumpulan lain untuk penilaian.

You might also like