You are on page 1of 13

3 GELOMBANG

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN


MALAYSIA (PPPM)
Tranformasi pendidikan negara seperti yang
terkandung dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 akan
dilaksanakan dalam tiga gelombang.

1. GELOMBANG 1 (2013-2015)
2. GELOMBANG 2 (2016-2020)
3. GELOMBANG 3 (2021-2025)
GELOMBANG 1 (2013-2015)

Pengukuhan sistem sedia ada dengan memberi


sokongan kepada guru dan memberi fokus utama
kepada kemahiran utama.

Terdapat 3 bidang tumpuan:

1. Menambah baik pengajaran di bilik darjah


2. Meningkatkan kepimpinan kementerian dan sekolah
3. Meningkatkan kecekapan guru Bahasa Inggeris
1. Menambahbaik Pengajaran Di Bilik Darjah
Membimbimbing guru secara khusus bagi meningkatkan standard
guru khususnya dalam subjek teras seperti Matematik, Sains, BM
dan BI.

Standard kemasukan yang lebih tinggi bagi guru baharu.

Merombak soalan peperiksaan tumpuan kepada peningkatan


soalan kemahiran berfikir aras tinggi (HOTS)

Melaksanakan 1BestariNet ke semua sekolah untuk integrasi ICT


dalam pembelajaran harian.

Mengukuhkan praktikum dalam program vokasional melalui


peningkatan kolaborasi dengan sektor swasta.
2. Meningkatkan Kepimpinan Kementerian Dan
Sekolah
Memastikan sokongan PPD ditumpukan kepada sekolah berprestasi
rendah termasuk kepada murid dengan keperluan khusus melonjakkan
peningkatan sekolah.

Mengukuhkan kriteria pemilihan untuk pemimpin sekolah bagi


mengukuhkan kepimpinan sekolah.

Mewujudkan Pembimbing Pengetua yang berdedikasi untuk sekolah


Band 5, 6 dan 7

Mentransformasikan kementerian bermula dengan meletakkan


pemimpin terbaik untuk menerajui JPN dan PPD bagi meningkatkan
sistem penyampaian KPM

Meningkatkan enrolmen dan penglibatan ibu bapa serta menawarkan


pendidikan vokasional yang lebih baik untuk meningkatkan enrolmen
prasekolah dan sekolah menengah.
3. Meningkatkan Kecekapan Guru Bahasa Inggeris

Standard BM yang sama dilaksanakan pada


peringkat rendah dengan penyediaan bantuan
pemulihan kepada murid yang lemah dalam BM
dan BI.

Meningkatkan kadar literasi Bahasa Melayu, Bahasa


Inggeris dan numerasi
GELOMBANG 2 (2016-2020)

Melaksanakan perubahan dari segi struktur untuk


mempercepat langkah perubahan dengan perancangan
bagi semua inisiatif akan bermula semasa gelombang
pertama.

1. Menggerakkan semua 410,000 orang guru dan 10,000


pengetua atau guru besar kepada pakej kerjaya baru

2. Menstruktur dan menjajarkan pejabat Persekutuan,


negeri serta daerah terhadap fungsi baru.
Memperluas bimbingan guru dan sokongan untuk
membantu guru menambah pengetahuan dalam semua
subjek, pemikiran, kepimpinan, etika/kerohanian dan
identiti nasional.

Menyediakan kemajuan berdasarkan kompetensi dan


prestasi serta menambah baik latihan pra-perkhidmatan
untuk meningkatkan mutu profesion keguruan.

Menambahbaik kurikulum peringkat rendah dan


melaksanakan kurikulum baharu peringkat menengah bagi
meningkatkan standard kandungan dan pembelajaran
setanding dengan standard antarabangsa.

Menghentikan kelas peralihan dan menjalankan program


bagi memperkukuh Bahasa Inggeris dan juga
memperkukuh bahasa ketiga untuk meningkatkan
penguasaan pelbagai bahasa.
Melaksanakan inovasi ICT untuk sekolah pedalaman,
sekolah kurang guru dan sekolah kurang murid untuk
menangani isu kapasiti.

Mengukuhkan program untuk kumpulan berkeperluan


khusus seperti Orang Asli dan kumpulan minoriti lain, pintar
cerdas dan berkeperluan asas.

Memperluas tawaran pendidikan vokasional melalui


perjanjian pelaksanaan dengan pembekal pendidikan
vokasional swasta.

Mengukuhkan Bahagian utama KPM, menyusun semula


peranan Kementerian, JPN dan PPD untuk meningkatkan
kebolehan dan keupayaan pelaksanaan.
GELOMBANG 3 (2021-2025)
Semua sekolah, guru dan pengetua seharusnya
menunjukkan prestasi yang lebih tinggi daripada standard
minimum.

1. Menumpukan perhatian kepada peningkatan


keluwesan (fleksible) operasi untuk menyemai budaya
pemimpin rakan sebaya ke arah kecemerlangan
profesional.

2. Menggerakkan kebanyakan sekolah ke arah model


pengurusan berasaskan sekolah dan menambah model
inovasi pengajaran yang berjaya.

Matlamatnya adalah untuk membentuk suatu sistem tadbir


urus kendiri yang mampu membuat pembaharuan dan
membawa pencapaian ke tahap lebih tinggi.
Membenarkan pengurusan berasaskan sekolah dan autonomi
dengan lebih meluas dari segi pelaksanaan kurikulum dan
peruntukkan belanjawan bagi sekolah yang layak.

Meneruskan budaya kecemerlangan profesionalisme dibimbing


rakan sejawat iaitu guru dan pemimpin sekolah saling
membimbing, berkongsi amalan terbaik dan memastikan rakan
sejawat mempunyai kebertanggungjawaban mememenuhi
standard profesionalisme.

Meningkatkan inovasi dan pilihan bagi meningkatkan


kemahiran berbahasa dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa
Inggeris serta menyediakan lebih pilihan untuk mempelajari
bahasa tambahan.
Melaksanakan program dan inovasi ICT bagi kumpulan
berkeperluan khusus di seluruh negara untuk meningkatkan
standard pembelajaran.

Mengukuh dan mentransformasi Kementerian melalui


pengukuhan kemajuan kerjaya bagi pegawai pada
peringkat Kementerian.

Mengkaji semula struktur sekolah untuk menentukan


keperluan bagi mengoptimumkan laluan dan pilihan
persekolahan.
RUJUKAN
•http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130906/
dn_28/Transformasi-pendidikan-dilaksana-dalam-3-gelombang
•http://kindeadeducation.blogspot.com/2013/12/3-gelombang-
pppm-2013-2025.html
•http://www.moe.gov.my/v/pelan-pembangunan-pendidikan-
malaysia-2013-2025
•http://cikgulin57.blogspot.com/2012/09/3-gelombang-dalam-
pelan-pembangunan.html

You might also like