You are on page 1of 26

GEOGRAFI TINGKATAN 4

UNIT 2: PROSES PEMBENTUKAN


& TABURAN BENTUK MUKA
BUMI

DISEDIAKAN OLEH: NUR AMALIA SHAMSHUDDIN


NOR AIN JASMIN JAMINUS
UNIT 2.1 ; PERGERAKAN PLAT TEKTONIK
 Permukaan bumi yang pepejal terdiri daripada
beberapa kepingan yang dikenal sebagai ’plat’.
 Plat ini terbahagi kepada 2 iaitu plat benua dan plat
lautan.
 Plat benua ialah plat yang membawa benua. Terdapat
7 plat yang besar dan beberapa plat yang kecil. Plat
yang besar ialah Plat Pasifik, Plat Amerika Utara, Plat
Amerika Selatan, Plat Eurasia, Plat Afrika, Plat Indo-
Australia dan Plat Antartika. Plat kecil pula seperti
Plat Arab, Plat Filipina dan Plat Karibia.
 Plat lautan ialah plat yang membawa lautan seperti
Plat Pasifik dan Plat Antartika.
Pergerakan plat disebabkan oleh pergerakan arus perolakan
magma dalam mantel. Plat tektonik bergerak secara
mendatar dan mengakibatkan pertembungan dan
pencapahan atau pemisahan antara plat.
PERTEMBUNGAN PLAT
• Berlaku bila 2 sempadan plat bertembung antara satu
sama lain.
• Pertembungan plat-plat ini berlaku antara plat kautan
dengan plat lautan, plat lautan dengan plat benua dan
antara plat benua dengan plat benua.
PLAT LAUTAN DENGAN PLAT LAUTAN

 Apabila 2 plat lautan bertembung, plat lautan yang lebih


tumpat akan terjunam ke bawah lalu membentuk jurang.
 Kawasan plat terjunam dinamakan zon subduksi.
 Plat yang terjunam kebawah akan alami suhu & tekanan
tinggi dan menjadi magma semula.
 Magma yang mengalir keluar ke permukaan plat akan
membentuk arka pulau. Zon pertemuan ini ialah zon aktif
kegiatan gunung berapi dan gempa bumi.
 Contoh arka pulau ialah Kepulauan Jepun dan Kepulauan
Hawaii.
PERTEMBUNGAN PLAT LAUTAN DENGAN PLAT
LAUTAN (M/S 30)
PERTEMBUNGAN PLAT LAUTAN DENGAN PLAT
BENUA
 Pertembungan plat benua dan plat lautan menyebabkan plat lautan yang
lebih tumpat menjunam ke bawah.
 Di zon subduksi, bahagian plat lautan itu mengalami suhu tinggi dan
menjadi magma semula.
 Sepanjang sempadan pertembungan dua plat ini, terdapat jurang lautan
yang dalam manakala dibahagian plat benua, kerak bumi termampat.
 Mampatan itu membentuk gunung lipat selari dengan jurang lautan.
 Magma yang mengalir keluar akan membentuk gunung berapi di
banjaran gunung.
 Contohnya, pertembungan Plat Nazca dengan Plat Amerika Selatan
menghasilkan Jurang Peru Chile dan Banjaran Andes.
PERTEMBUNGAN PLAT LAUTAN DENGAN PLAT
BENUA (M/S 31)
PERTEMBUNGAN PLAT BENUA DENGAN PLAT
BENUA
 Apabila berlaku pertembungan antara dua plat benua,
pinggir kedua-dua plat akan dimampatkan dan dilipatkan.
 Bahagian yang mengalami lipatan akan membentuk
banjaran gunung lipat.
 Dalam pertembungan ini, tiada sempadan plat yang
terjunam kebawah kerak bumi.
 Contohnya, pertembungan Plat Indo-Australia dengan Plat
Eurasia menghasilkan banjaran gunung lipat Himalaya.
PERTEMBUNGAN PLAT BENUA DENGAN PLAT
BENUA (MS 31)
LIPATAN
 Pertembungan plat tektonik dapat menyebabkan mampatan
terhadap kerak bumi. Tolakan dan asakan plat-plat dari 2 hala
yang bertentangan menyebabkan kerak bumi terhimpit lalu
membentuk banjaran gunung lipat.
 Contohnya, pertembungan antara Plat Indo-Australia dan Plat
Eurasia membentuk Banjaran Himalaya.
JENIS LIPATAN

Lipatan monoklin Lipatan rebah


Lipatan simetri

Lipatan lampau

Lipatan asimetri
GEMPA BUMI
Merupakan gegaran yg mendadak yg berlaku pada
kerak bumi.
Ini berlaku apabila plat beranjak dengan tiba-tiba
sepanjang sesar atau disebabkan oleh kegiatan gunung
berapi.
Kedua-dua kejadian ini saling berkait dan biasa berlaku
di sempadan plat benua.
Di lautan, kegiatan gempa bumi terdapat di tengah
Lautan Atlantik dan di pinggir benua.
Gempa bumi yang berlaku di dasar laut menyebabkan
berlakunya tsunami.
PENCAPAHAN PLAT
 Pencapahan plat berlaku bila 2 plat berpisah dan bergerak
ke arah yg bertentangan.
 Pencapahan menghasilkan tegangan kuat pada kerak bumi
dan menyebabkan rekahan di sempadan plat.
 Dengan itu, magma yg mengalir keluar akan membeku di
situ dan membina kerak baru.
 2 plat yg bercapah boleh jadi dua plat lautan dan dua plat
benua.
 Magma akan mengalir keluar melalui rekahan di
sempadan plat dan membentuk permatang tengah lautan.
 Contohnya Permatang Tengah Lautan Atlantik.
2 FENOMENA PENCAPAHAN
Gelinciran/Sesaran
o berlaku apabila satu bahagian kerak bumi jatuh ke bawah dari
kedudukan asalnya, diakibatkan oleh daya ketegangan.
HANYUTAN BENUA
o Pencapahan plat juga menyebabkan perubahan
kedudukan benua-benua. Selepas suatu tempoh yang
lama, plat benua yang terapung atas magma dihanyutkan
ke kedudukan yang lain di permukaan bumi.
o Contoh hanyutan benua (buku teks m/s 38)
PERBANDINGAN PERGERAKAN PLAT SECARA
PERTEMBUNGAN DAN PENCAPAHAN

Buku teks m/s 39


UNIT 2.2; PEMBENTUKAN GUNUNG BERAPI

 Kawasan di sekeliling Lautan Pasifik atau Lingkaran Api


Pasifik adalah kawasan utama bagi taburan gunung
berapi
 Contohnya negara Jepun, Indonesia, Amerika Syarikat
dan Tanzania.
 Terbahagi kepada 3 jenis iaitu gunung berapi hidup,
gunung berapi pendam , gunung berapi mati.
 Gunung berapi hidup ialah gunung berapi yang selalu
meletus dan sangat aktif. Contohnya Gunung Etna dan
Gunung Mayon.
 Gunung berapi pendam ialah gunung yang pernah meletus
dan akan meletus lagi pada masa depan. Contohnya
Gunung Vesuvius dan Fuji Yama.
 Gunung berapi mati ialah gunung berapi yang tidak aktif
dan tidak akan meletus lagi. Contohnya Gunung
Kilimanjaro.
PEMBENTUKAN GUNUNG BERAPI

 Letusan gunung berapi berlaku apabila magma mengalir


keluar dari kerak bumi & meletus dipermukaan bumi.
 Perolakan yang berlaku di mantel menyebabkan magma
mengalir keluar melalui rekahan atau lohong kerak bumi.
 Magma cair yang membeku didalam kerak bumi akan
menghasilkan bentuk muka bumi jalar dalam.
 Magma yang mengalir keluar sebagai lava akan
menghasilkan bentuk muka bumi jalar luar.
 Lava ialah magma yang mengalir keluar di permukaan
bumi. Terdapat 2 jenis lava.
LAVA ASID DAN LAVA BES

Ciri lava Lava Asid Lava Bes

Tahap kecairan Sangat pekat, melekit, Cair dan mengalir


mengalir perlahan laju
Tahap pembekuan Cepat membeku di Lambat membeku
permukaan bumi
Kandungan mineral Kandungan silika Silika yang sikit
yang tinggi tetapi banyak besi
dan magnesium
Takat peleburan Takat lebur tinggi & Takat lebur rendah
kepadatan rendah dan sangat panas
PROSES PEMBENTUKAN BENTUK MUKA BUMI JALAR
DALAM (REJAHAN) (BUKUTEKS MS 44/45
 Daik merupakan jalur magma yang memasuki rekahan menegak di
dalam kerak bumi dan membeku di situ.
 Sil terbentuk bila lapisan magma yang tebal masuk diantara lapisan
batuan enapan kerak bumi secara mendatar dan membeku di situ.
 Lapolit berbentuk seperti piring dan terbentuk darpada lapisan magma
yang masuk antara lapisan batuan enapan kerak bumi.
 Lakolit berbentuk busut atau kubah dan terbentuk bila magma magma
masuk ke kerak bumi dan menolak lapisan enapan ke atas.
 Pakolit berbentuk kanta dan terbentuk bila magma berkumpul diantara
lapisan batuan di bahagian siklin dan antisiklin yang berlipat.
 Batolit ialah jisim batuan igneus yang amat besar yang terbentuk bila
magma naik secara besar-besaran dari dalam bumi.
PROSES PEMBENTUKAN BENTUK MUKA BUMI
JALAR LUAR (TEROBOSAN)
 Kon Lava Bes- iaitu gunung berapi perisai yg terbentuk
drpd lava bes yg keluar melalui satu lorong di kerak bumi.
Cerun landai.Contoh gunung berapi Maona Loa di Haiwaii.
 Penara Basalt-lava bes yg keluar melalui rekahan panjang di
kerak bumi tersebar luas dan membentuk penara basalt yg
luas dan tinggi.Contoh Dataran Tinggi Deccan,India.
 Kon Lava Asid- kon lava asid tinggi dan curam. Gunung
berapi ini meletus dgn kuat bila lava membeku dan
menyumbat lohongnya.
 Kon Abu-terbentuk dari penyemburan serpihan abu dan
sinder secara bergilir-gilir. Gunung ini kecil dan cerun
curam.
 Kon Komposit-juga dinamakan gunung berapi
berlapis.terbentuk dari keluaran lava asid secara bergilir-
gilir dengan penyemburan abu dan bahan pepejal.gunung
ini amat tinggi dan besar.
 Krater dan Kaldera-kemuncak gunung berapi biasanya
alami ataman yg membentuk krater.letusan gunung
berapi yang amat kuat boleh hasilkan kaldera yg bergaris
pusat beberapa kilometer, krater yang bertakung air akan
mementuk tasik krater.
SEKIAN, TERIMA KASIH

You might also like