You are on page 1of 11

KOLEKSI SOALAN ESEI

Bab : PENDUDUK

1 a) Graf 1 menunjukkan bilangan ank yang lahir bagi setiap keluarga dari tahun 1960
sehingga ke tahun 2000 di negara X.

Terangkan kenapa perubahan ini boleh berlaku. [ 6 markah ]

b) Mengapakah kadar kematian di Malaysia kian menurun? [ 6 markah ]

c) Penduduk di bandar kini memilih keluarga bersaiz kecil. Kenapakah trend ini boleh
berlaku? [ 4 markah ]

d) Jika trend seperti 8c) terus berlaku di sesebuah negara, apakah kesannya kepada
negara itu. [ 4 markah ]

2 a) Berdasarkan peta Malaysia (peta 1), namakan

i) Bandar diraja di P
ii) Bandar pelancongan di Q
iii) Bandar pelabuhan di R
iv) Bandar hasil pembalakan di S [ 4 markah ]

b) i) Penghijrahan penduduk ke bandar besar telah memberikan kesan


kepada kawasan asalnya. Jelaskan kesan yang berlaku di kawasan asal.
[ 4 markah ]

ii) Cadangkan usaha yang sesuai dijalankan di kawasan luar bandar


bagi mengurangkan migrasi ke bandar berlaku. [ 6 markah ]
c) Pembukaan kawasan baru seperti Bandar Muazzam Shah telah banyak
membuka peluang ekonomi kepada penduduk kawasan setempat. Jelaskan
perubahan sosioekonomi yang tersebut. [ 6 markah ]

3 a) Peningkatan ekonomi di Malaysia telah memberi kesan kepada perubahan kadar


kematian. Terangkan penyataan ini. [ 4 markah ]

b) Bagaimanakah kaedah perubatan moden boleh membantu meningkatkan pertambahan


penduduk dan jangka hayat penduduk di negara ini? [ 4 markah ]

c) Berikan faktor yang menyebabkan kawasan berlorek di dalam peta menjadi kawasan
tumpuan penduduk. [ 6 markah ]

d) Tanah rancangan yang diwujudkan pada awal 1960 an telah memberi banyak impak
kepada ekonomi negara. Apakah kepentingan kawasan ini kepada pembangunan
sosioekonomi negara? [ 6 markah ]

Arah mingrasi

4 a) Berikan sebab mengapa migrasi dalam peta di atas berlaku? [4 markah]

b) Huraikan faktor penambahan migrasi yang berlaku di pantai barat Semenanjung


Malaysia. [6 markah]
c) Huraikan kesan lebih penduduk di sesebuah negara [6 markah]

d) Cadangkan langkah bagi mengatasi masalah negara yang mempunyai lebih


penduduk [4 markah]

BAB : PEMBANDARAN

5 a) Jadual 1 menunjukkan Peratus Perbandingan Populasi Penduduk Di Bandar di


Beberapa Negeri Terpilih di Malaysia pada tahun 2000 dan 2010.

Negeri Peratus Populasi Penduduk Di Bandar (%)


2000 2010
Selangor 88.3 91.4
Kedah 38.7 64.6
Terengganu 49.4 59.1

Berdasarkan Jadual 1, lukiskan sebuah graf yang menunjukkan peratus perbandingan


populasi penduduk di bandar di beberapa negeri terpilih di Malaysia pada tahun 2000
dan 2010.Gunakan skala 1 cm mewakili 5 peratus. [10 markah ]

b) Mengapakah jumlah penduduk di bandar semakin meningkat pada setiap tahun?


[ 4 markah ]

c) Cadangkan langkah positif yang boleh diambil bagi mengurangkan kesan


pertambahan penduduk di bandar. [ 6 markah ]

6 a) Rajah di atas merupakan contoh bandar lestari. Pada pendapat anda, apakah
ciri-ciri bandar lestari? [ 6 markah ]

b) Mengapakah konsep pembangunan lestari perlu diterapkan dalam pembangunan


sesebuah bandar baru? [ 4 markah ]

c) Apakah kesan kepadatan penduduk yang tinggi di kawasan bandar? [ 6 markah ]


d) Cadangkan sumber lain yang boleh digunakan untuk menggantikan sumber yang
tidak boleh diperbaharui? [ 4 markah ]

7 a) Kenapakah kawasan bandar lebih panas berbanding kawasan sekitarnya?


[ 4 markah ]

b) Kewujudan taman seperti rajah di atas memberi pelbagai manafaat kepada penduduk
dan alam sekitar. Jelaskan. [ 4 markah ]

c) Mengapakah kempen kitar semula tidak begitu mendapat sambutan dalam kalangan
penduduk di negara ini? [ 6 markah ]

d) Apakah langkah yang perlu diambil bagi memastikan keberkesanan kempen kitar
semula di Malaysia? [ 6 markah ]

8 a) Mengapakah pola petempatan seperti gambar di atas wujud. [ 4 markah ]

b) Apakah kesan positif pembandaran terhadap sosioekonomi kawasan tersebut.


[ 6 markah ]

c) Cadangkan langkah yang boleh diambil bagi mengurangkan kesesakan jalan raya di
kawasan bandar. [ 5 markah ]
d) Mengapakah pembinaan bandar baru yang berkonsepkan mesra alam seperti ‘Forest
City’ di Johor perlu dikembangkan? Berikan alasan anda. [ 5 markah ]

BAB : PENGANGKUTAN

9 a) Foto 1 menunjukkan salah satu kaedah pembinaan yang digunakan untuk mengatasi
halangan pembinaan jalan raya di kawasan tanah tinggi.

Bagaimanakah pembinaan terowong ini boleh memberi kesan positif kepada manusia
dan alam sekitar. ( 4 markah )

b) Cadangkah langkah-langkah yang boleh digunakan bagi mengatasi masalah tanah


runtuh di cerun-cerun bukit. ( 6 markah )

c) Pembinaan jalan raya memberikan impak yang besar kepada pembangunan negara.
Terangkan penyataan ini. ( 6 markah )

d) Berikan kesan pembinaan jalan raya kepada alam sekitar. ( 4 markah )

`10 (a) Di atas Peta Malaysia (peta 2) , namakan :


(i) Terminal keretapi bertanda P
(ii) Pelabuhan kontena bertanda Q
(iii) Bandar teknologi maklumat bertanda R
(iv) Lapangan terbang antarabangsabertanda S [ 4 markah ]

(b) Mengapakah sistem jalan raya yang sistematik penting di kawasan bandar-bandar
besar? [ 4 markah ]

(c) Terangkan faktor yang mempengaruhi perkembangan sistem telekomunikasi negara.


[ 6 markah ]
(d) Penggunaan alat perhubungan seperti internet dan telefon boleh memberi kesan
negatif kepada sosioekonomi negara. Huraikan [ 6 markah ]

11 a) Huraikan faktor yang mempengaruhi perkembangan pengangkutan udara di


Malaysia. [ 6 markah ]

b) Cadangkan empat langkah yang boleh diambil bagi menggalakkan perkembangan


pengangkutan udara di Malaysia. [ 4 markah ]

c) i) East Coast Railway Line (ECRL) iaitu pembinaan laluan keretapi ke pantai
timur akan dibina mulai 2017. Nyatakan faktor pembinaan laluan ini
[ 6 markah ]

ii) Kemukakan empat kesan pembinaan laluan ini kepada pembangunan


kawasan sekitarnya. [ 4 markah ]

12 a) Berdasarkan Peta Malaysia (peta 3), namakan :

i) Lapangan terbang antarabangsa bertanda P


ii) Pelabuhan bertanda bertanda Q
iii) Bandar satelit bertanda R
iv) Terminal kereta api bertanda S [ 4 markah ]

b) i) Mengapakah pengangkutan air penting kepada penduduk Sabah dan


Sarawak? [ 4 markah ]

ii) Terangkan kesan perkembangan pengangkutan darat kepada alam sekitar.


[ 6 markah ]

c) Kerajaan kini giat membangunkan pengangkutan pintar seperti LRT dan monorel di
bandaraya Kuala Lumpur. Mengapakah langkah ini penting kepada sistem
pengangkutan di bandar? [ 6 markah ]

BAB : SUMBER
13 a) Foto 1 menunjukkan fenomena yang berlaku di kawasan pinggir pantai.

Berdasarkan foto 1, nyatakan sebab berlakunya fenomena ini. [ 4 markah ]

b) Ekosistem hutan bakau memberikan banyak manafaat kepada manusia dan alam
sekitar. Jelaskan [ 6 markah ]

c) Nyatakan kesan sekiranya hutan paya bakau ditebang untuk tujuan pembangunan.
[ 6 markah ]

d) Cadangkan langkah yang boleh diambil bagi memastikan kelangsungan hutan paya
bakau di Malaysia. [ 4 markak ]

14 a) Berdasarkan peta Malaysia, namakan

i) Sumber bukan logam di P


ii) Sumber tenaga alternatif di Q
iii) Sumber bahan api di R
iv) Sumber logam di S [ 4 markah ]

b) i) Mengapakah pembinaan tenaga hidroeletrik penting kepada pembangunan


negara? [ 5 markah ]

ii) Apakah kesan perlombongan batu kapur kepada alam sekitar? [ 5 markah ]

Paras air dua negeri hampiri paras kritikal


KUALA LUMPUR 3 Mac - Paras air di beberapa empangan dan sungai di Negeri
Sembilan dan Johor mula menghampiri paras kritikal dan dijangka mengalami
penyusutan berikutan kurangnya penerimaan hujan akibat cuaca panas dan
kering.Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Datuk Ismail
Kasim berkata, setakat hari ini, Negeri Sembilan dan Johor telah diletakkan
dalam keadaan berjaga-jaga disebabkan kesan cuaca tersebut.
UtusanMalaysia, 04 Mac 2015
c) Berdasarkan keratan akhbar di atas, jelaskan kenapa Malaysia masih
mengalami masalah kekurangan bekalan air walaupun negara ini mempunyai
jumlah hutan tahunan yang tinggi di dunia. [ 6 markah ]

15 a) Jadual 2 menunjukkan anggaran jumlah pelancong mengikut negara yang datang ke


Pulau Sipadan pada tahun 2016.
.
Negara Jumlah pelancong ( 0rang)
Amerika Syarikat 6324
Jepun 4570
Singapura 2578
China 1550
Lain-lain negara 510
Jumlah

Berdasarkan Jadual 1, lukiskan sebuah carta pai peratus bilangan pelancong mengikut
negeri. Gunakan jejari 5 cm untuk carta pai anda. [ 10 markah ]

b) Kawasan terumbu karang wajar dijaga dan dipelihara. Mengapakah kawasan ini
penting kepada alam sekitar dan manusia? [ 5 markah ]

c) Cadangkan langkah-langkah yang boleh diambil bagi memastikan aktiviti


pelancongan tidak menganggugugat kawasan ekosistem terumbu karang [ 5 markah ]

16 a) Berdasarkan peta Malaysia, namakan :

i) Pulau bertanda P
ii) Kawasan ekopelancongan di Q
iii) Gua di S
iv) Kawasan tanah tinggi di R [ 4 markah ]
b) Mengapakah kawasan dalam rajah di atas menjadi kawasan tumpuan pelancong asing
di negara ini? [ 4 markah ]

c) i) Pada pendapat kamu, wajarkah kawasan ini terus dikekalkan seperti keadaan
sekarang atau dimajukan pada masa akan datang? [ 6 markah ]

ii) Cadangkan langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk memastikan


pemeliharaan hutan berkekalan sehingga ke generasi akan datang?
[ 6 markah ]

BAB 7 : KEGIATAN EKONOMI

17 a) Berdasarkan peta 1, namakan :


i) Pusat penapisan petroleum P
ii) Pusat pemprosesan kelapa sawit Q
iii) Pusat pelancongan R
iv) Pusat perikanan S [ 4 markah ]

b) Pembinaan kilang seperti ini telah menjadi pemangkin kepada pembangunan bandar
di Tanjung Malim, Perak. Apakah sumbangan pembinaan kilang ini kepada kawasan
sekitarnya? [ 6 markah ]

c) i) Berikan kesan kepada alam sekitar jika pengunaan sumber bahan api fosil
semakin meningkat. [ 4 markah ]

ii) Cadangkan langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengurangkan


kesan c) i). [ 6 markah ]

18 (a) Berdasarkan peta Malaysia, namakan :

i) Tanaman makanan di P
ii) Tanaman kontan di Q
iii) Tanaman makanan di R
iv) Tanaman di S [ 4 markah ]

(b) Jelaskan faktor sosioekonomi yang menggalakkan aktiviti penanaman sayur-sayuran


serta buah-buahan di Malaysia. [ 6 markah ]

(c) i) Jelaskan bagaimana pengunaan teknologi moden seperti rajah di atas


dapat meningkatkan hasil pertanian. [ 4 markah ]

(ii) Apakah langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh pihak kerajaan


untuk meningkatkan pengeluaran hasil pertanian negara. [ 6 markah ]

19 a) Rajah di atas menunjukkan salah satu kaedah penanaman yang dijalankan di Pulau
Jawa, Indonesia. Berikan alasan kenapa kaedah seperti ini digunakan. [ 4 markah ]

b) i) Kenapakah sesetengah kawasan di Tanah Tinggi Cameron tidak lagi


sesuai untuk dibangunkan sebagai kawasan penanaman sayuran. [ 5 markah ]

ii) Cadangkan langkah yang boleh diambil bagi memajukan kegiatan


pertanian di Malaysia. [ 6 markah ]

c) Berikan kesan terhadap alam sekitar jika aktiviti pertanian dibangunkan tanpa had.
[ 5 markah ]
20 a) Mengapakah aktiviti perikanan di negara ini hanya tertumpu di kawasan pinggir
pantai? [ 5 markah ]

b) Apakah kesan penangkapan ikan secara berlebihan kepada manusia dan alam sekitar?
[ 5 markah ]

c) i) Bagaimanakah aktiviti perikanan memberi sumbangan kepada


perkembangan ekonomi kawasan pinggir pantai? [ 6 markah ]

ii) Bagaimanakah pihak kerajaan boleh membantu meningkatkan pendapatan


nelayan? [ 4 markah ]

You might also like