You are on page 1of 9

SMK BANDAR PUTERI JAYA,

08000 SUNGAI PETANI, KEDAH.

ASPEK – ASPEK PENINGKATAN TAMADUN

PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN


TAMADUN YUNANI
 Bentuk pemerintahan dalam tamadun Yunani telah mengalami
pelbagai perubahan daripada :
Monarki -→ Oligarki → Aristokrasi → Diktator(tirani) → Demokrasi

 Di Athens – mulanya mengamalkan sistem beraja. Raja menjadi ketua hakim,


ketua tentera dan ketua agama. Beliau dibantu oleh konsul yang terdiri daripada
golongan kaya.

 Kemudian konsul menjadi kuat dan raja merosot –lahir sistem raja yang dipilih
tetapi kuasanya terhad. Sistem pemerintahan yang dikuasai oleh konsul
dinamakan oligarki.

 Daripada kalangan konsul lahir golongan aristokrat yang memiliki kuasa besar,
sistem ini dinamakan aristokrasi.

 Berlakunya rampasan kuasa kerana rakyat tidak puas hati terhadap


pemerintahan berbentuk aristokrasi – maka muncul sistem ditaktor di kalangan
golongan kaya atau tentera.
 Walaupun rakyat biasa menyokong rampasan kuasa ini tetapi
tindakan ini telah ditentang oleh golongan aristokrat -maka muncullah
demokrasi.

 Sistem demokrasi di Athens – terdapat Dewan Perhimpunan dan


Majlis. Semua warganegara lelaki dewasa Athens berpeluang menjadi
anggota Dewan Perhimpunan selama 6 bulan hingga 1 tahun.

 Dewan ini berhimpun 3 kali sebulan, ahli boleh mencadangkan dasar


kerajaan, tetapi keputusan dikendalikan oleh Majlis. Ahli Majlis,
Majistret dan Juri dilantik oleh dewan, maka dewan berkuasa penuh
terhadap ketiga- tiganya.

 Negara kota yang mengamalkan sistem raja berkuasa mutlak tidak


mengamalkan sistem demokrasi.

 Di Sparta- sistem pemerintahan tentera diamalkan. Sistem


pertahanan diberikan perhatian penting. Anak lelaki dilatih dari awal
untuk menjadi askar yang baik. Oleh itu, Sparta melahirkan tentera
yang mempunyai semangat patriotik yang tinggi lagi handal.
SENI BINA BANGUNAN TAMADUN YUNANI
TAMADUN ROM
 Bermula dengan sistem beraja sejak 753 S.M

 Kemudian Rom membuat sebuah republik pada tahun 509 S.M

 Ciri-ciri Sistem Republik Rom :

• Kuasa tertinggi terletak kepada dua orang konsul yang


dilantik oleh Dewan Senat.

• Dewan Senat diwakili oleh golongan bangasawan bagi


membincang hal pentadbiran Negara dan merangka
perundangan.
Sebelum seseorang ahli Dewan Senat itu dilantik menjadi konsul beliau
ialah Praeotor. ( Iaitu pemerintah tentera ).

 Di bawah Dewan Senat ialah Dewan Perhimpunan diwakli semua


rakyat. Segala keputusan Dewan Senat akan diluluskan oleh Dewan
Perhimpunan.

_________________________________________________________________
 Sistem republik berubah apabila Rom mencapai taraf
empayar pada zaman pemerintahan Julius Ceasar.

 Julius Ceaser telah menamatkan sistem republik dan


menjadi diktator. Beliau menguasa angkatan tentera
dan senat dengan memakai gelaran Maharaja.

 Gelaran Maharaja diteruskan oleh Ausgustus yang


memrintah dari tahun 27 – 14 S.M.

 Beliau berjaya membawa keamanan dan keagungan


empayar Rom.

 Zaman kegemilangan ini digelar sebagai Pax Romana


(Keamanan Rom).
SENI BINA BANGUNAN TAMADUN ROM
DISEDIAKAN OLEH : ( KUMPULAN 1)

1. Dashni Gunaseelan

2. Nurul Fatihah bt, Abdul Hamid

3. Nasrin Qistina bt.

4 AKAUN 1

MATA PELAJARAN : SEJARAH

NAMA GURU : EN. AMER B. AHMAD

You might also like