You are on page 1of 1

Dato Gunaseelan a/l Balakishnin (DPSD),

1058, Jln. BPJ 2/22, Seksyen 2,


Bandar Puteri Jaya,
08000 Sungai Petani,
Kedah Darul Aman.
___________________________________________________________________
Guru Kelas 1 USM,
SK. Sungai Petani,
08000 Sungai Petani,
Kedah Darul Aman.
3/2/2016
Puan,
Pemakluman Sebab Anak Saya Tidak Hadir Ke Sekolah.
Berhubung perkara di atas, saya ingin memaklumkan kepada pihak puan bahawa anak saya
G.Peritikaa Sai (1 USM) tidak dapat hadir ke sekolah pada hari Rabu dan Khamis bertarikh
3/2/2016 dan 4/2/2016 kerana dia mengalami masalah penat, batuk kahak dan selesema.

2. Buat makluman pihak puan, anak saya mengalami masalah penat sejak bayi lagi dan sangat
sensitif terhadap sebarang benda-benda sejuk seperti ais krim, alat penghawa dingin dan
minuman berais serta perubahan cuaca seperti jerebu. Apabila dia mendapat penat, dia akan
muntah kahak dan mengalami masalah untuk bernafas dengan normal. Maka, saya tidak akan
menghantar dia ke mana-mana sehingga batuk kahak dan penatnya berkurang.
2. Saya ingin memohon maaf atas perkara di atas. Sekiranya pihak puan hendak memberi
sebarang latihan semasa cuti sekolah, puan boleh menyerahkan kepada anak kedua saya
G.Pooja (5 USM) yang belajar di SK Sg.Petani.

Segala kesulitan amat dikesali.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

......................................
DATO B.GUNASEELAN (DPSD)

You might also like