You are on page 1of 24

2.

3 : Perkembangan Masyarakat Islam di


Semenanjung Tanah Arab sehingga
zaman Khulafa al- Rasyidin
Pendahuluan
 Masyarakat Islam telah melalui tahap-tahap
perkembangan yang mencabar sehingga berjaya
menjadi satu ummah yang bersatu padu dalam
negara Islam Madinah dengan berteraskan Piagam
Madinah.
 Perkembangan masyarakat Islam melalui tahap-
tahap seperti pembinaan masyarakat Islam di
Makkah dan Madinah, pembentukan dan
penyatuan ummah dan perkembangan masyarakat
Islam zaman Khulafa‘ al-Rasyidin.
Pembinaan masyarakat Islam di
Makkah
 Usaha pembinaan masyarakat Islam Makkah
berlangsung selama 13 tahun. Baginda membina
masyarakat Islam Makkah melalui aktiviti
dakwah.
 Setelah tiga tahun berdakwah secara sulit, hanya
beberapa orang sahaja memeluk Islam. Antaranya
ialah isteri baginda, iaitu Siti Khadijah.
 Kemudian baginda menerima wahyu menyuruh
agar dakwah dijalankan secara terang-terangan.
 Orang pertama yang menentang secara tegas ialah
bapa saudara baginda sendiri, iaitu Abu Lahab.
 Setelah itu, pelbagai cara telah dilakukan oleh
kaum Quraisy Makkah untuk menyekat usaha
dakwah baginda.
 Kaum Quraisy Makkah telah meminta Abu Talib
menasihati baginda supaya menghentikan
dakwahnya. Setelah gagal memujuk Abu Talib,
mereka memujuk sendiri baginda dengan pelbagai
cara, namun gagal.
 Kaum Quraisy Makkah kemudian mula bertindak
kejam terhadap umat Islam Makkah.
 Bagi mengelakkan penindasan tersebut, baginda
mengarahkan umat Islam berpindah ke Habsyah
secara sulit.
 Apabila kaum Quraisy mengetahui hal tersebut,
mereka segera bertindak dengan menghantar
wakil menemui Raja Habsyah meminta agar umat
Islam Makkah dihantar pulang. Namun, Raja
Habsyah yang berpuas hati terhadap penjelasan
umat Islam telah menghalau wakil kaum Quraisy
tersebut.
 Apabila Umar bin al-Khattab memeluk Islam,
kaum Quraisy menerima tamparan yang hebat.
Ini kerana beliau tidak sembunyikan
pengislamannya malah beliau sembahyang secara
terbuka di Kaabah.
 Setelah segala usaha kaum Quraisy gagal, mereka
mula memulaukan Bani Hasyim dan Bani
Muttalib.
 Terdapat beberapa sebab kaum Quraisy
menentang Nabi Muhammad SAW dan Islam,
antaranya ialah ingin mengekalkan kuasa dan
pengaruh, keadilan sosial dan persamaan taraf
yang disyorkan Islam amat bertentangan dengan
amalan mereka. Mereka juga ingin
mempertahankan warisan nenek moyang, iaitu
kemahiran membuat berhala, takut terhadap hari
pembalasan dan iri hati terhadap kejayaan Nabi
Muhammad SAW.
Pembentukan Masyarakat Islam di
Madinah
 Penduduk Madinah terdiri daripada bangsa Arab
dan bukanArab.
 Penduduk utama kota Madinah ialah bangsa Arab
dari kaumAus dan Khazraj. Suku bukanArab ialah
Yahudi seperti Bani Quraizah, Nadhir dan Bani
Qainuqa'.
 Permusuhan antaara kaum Auz dan Khanaj
membawa kepadaPerang Bu'ath dan
mengorbankan banyak jiwa.
 Mereka memerlukan seorang tokoh berwibawa
untuk menyelesaikan masalah. Ini kerana
perbalahan telah melemahkan kuasa politik dan
ekonomi mereka di Madinah hingga
membolehkan kaumYahudi mengambil
kesempatan ke atas mereka.
 Penduduk Madinah berminat kepada agama
monoteisme berbanding penduduk Makkah.
Kebangkitan Nabi akhir zaman diramalkan oleh
pendeta-pendetaYahudi. Mereka yakin Nabi itu
akan lahir dari kalangan bangsa mereka tetapi
ramalan itu tidak tepat kerana nabi akhir zaman
dibangkitkan dari keturunan Arab, iaitu
Muhammad SAW.
 Kaum Auz dan Khazraj ke Makkah bagi mencari
penyelesaian pertelagahan mereka. Pertemuan
dengan Nabi Muhammad SAW di Makkah telah
melahirkan Persetiaan Aqabah I (621 M) dan
Aqabah ll(622M).
 Persetiaan Aqabah II membuka jalan kepada
penghijrahan Rasullah SAW dan umat Islam
sebagai Rasul, pemimpin, tokoh perpaduan dan
ketua tentera dan negara di kota Madinah.
 Penyatuan antara golongan Ansar dan Muhajirin
diasaskan kepada iman, taqwa dan persaudaraan
tanpa melihat keturunan, bangsa dan warna kulit.
 Rasulullah SAW menjelaskan semua permusuhan
terhapus setelah mereka menganut Islam. Tiada
siapapun boleh menuntut bela atau hutang.
 Menyelesaikan masalah sosial dan ekonomi orang
Muhajirin, mempersaudarakan orang Muhajirin
dengan orang Ansar.
 Perhubungan kekeluargaan antara orang
Muhajirin dengan Ansar juga dilakukan tanpa
mempunyai implikasi persaudaraan nisab
termasuk hak pusaka, tolong-menolong dan lain-
lain.
 Masalah sosial dan ekonomi orang Muhajirin telah
diselesaikan kerana orang Ansar yang menolong
mereka telah dididik sehingga memiliki keimanan
yang kukuh, ketakwaan yang ikhlas dan konsep
persaudaraan yang harmoni, mereka berlumba-
lumba menyumbang bantuan kepada orang-orang
Muhajirin.
 Konsep satu ummah seperti dalam Piagam
Madinah diperkukuhkan. Piagam tersebut
mewajibkan setiap penduduk Islam bekerjasama
menegakkan amal kebaikan dan mencegah
kemungkaran, tidak membiarkan saudara seagama
terbeban hutang, berperang dan berbunuhan
sesama sendiri dan menegah berpihak kepada
orang kafir untuk memusuhi Islam.
 Akhimya, orang Muhajirin dan Ansar dapat
disatukan dalam satu ummah.
Pembentukan Masyarakat Islam
zaman Khulafa al-Rasyidin
 Masyarakat Islam di Semenanjung Tanah Arab
terdiri daripada orang Arab. Berasal dari
keturunan Semitik tinggal di kawasan lembah
Sungai Tigris dan Furat (Iraq) suatu ketika dahulu.
Sebahagian daripada mereka berpindah ke
Semenanjung Tanah Arab. Sejak itu mereka
dikenali sebagai orangArab.
 Mereka terbahagi kepada dua kelompok, iaitu
Arab Selatan (Arab Aribah) dan Arab Utara (Arab
Musta'ribah).
 Sebelum Islam, orang Arab Selatan lebih
bertamadun, berjaya mendirikan Empangan
Ma'arib dan beberapa kerajaan, termasuk kerajaan
Saba’ yang terkenal pada zaman pemerintahan
Puteri Balqis sebagai negeri yang makmur dan
mendapat pengampunan Tuhan.
 Bahasa Arab Selatan sangat dipengaruhi bahasa
Habsyah manakala bahasa Arab Utara ialah bahasa
al-Quran.
 Selepas kedatangan Islam, Arab Utara lebih
berpengaruh kerana Empangan Ma'arib pecah dan
masyarakat Arab Selatan berpindah ke Utara.
 Suasana di Semenanjung TanahArab juga berubah,
tamadun Arab Selatan berpindah ke utara kerana
keruntuhan Empangan Ma'arib yang dilanda
banjir besar, keruntuhan kerajaan Saba' dan
kerajaan Himyar, perpindahan beramai-ramai
kaum peniaga ke utara, kekufuran dan
kemaksiatan masyarakat Arab Selatan yang
menyebabkan bencana banjir dan keruntuhan
Empangan Ma'arib dan kedatangan
agama Islam di kota suci Makkah.
 Orang Arab Utara lebih aktif dalam pemiagaan
kerana ketibaan pedagang-pedagang dari selatan,
begitu juga dari segi politik dan sosial yang
bertumpu di kota Makkah kerana di situ
terletaknya Kaabah dan telaga zamzam.
 Disebabkan kefahaman tentang Islam tidak
mendalam dan semangat asabiyah dalam kalangan
orang Arab, berlaku penentangan dari luar Hijaz
(Makkah, Madinah dan Ta'if) terhadap kerajaan
Islam Madinah berikutan kewafatan Nabi
Muhammad SAW.
 Mereka membentuk beberapa kelompok kecil
daripada pelbagai suku atau kelompok besar,
gabungan daripada kelompok kecil menentang
kerajaan Islam Madinah.
 Kaum penentang dikenali sebagai al-Riddah
(orang murtad) dari seluruh pelosok
Semenanjung Tanah Arab berlaku pada zaman
Khalifah Abu Bakar al-Siddiq. Kemenangan
berpihak kepada tentera Islam.
 Kesan kemenangan ini, berlaku perluasan wilayah
Islam keluar Semenanjung Tanah Arab iaitu lraq,
Syria (Syam) dan Mesir serta kawasan-kawasan di
utara Afrika dan timur Iraq. Komposisi penduduk
Islam juga bertambah luas akibat perluasan
wilayah
 Perkembangan masyarakat Islam berlaku dengan
pantas menerusi dakwah dan penaklukan yang
membawa perkembangan pemikiran dan
kebudayaan.
Kesimpulan
 Tahap perkembangan masyarakat Islam sehingga
menjadi ummah yang berjaya membentuk negara
Islam Madinah adalah berpandukan kepimpinan
Nabi Muhammad SAW yang unggul dan
bijaksana.
 Negara Islam akhimya berjaya menghadapi
pelbagai cabaran musuh-musuh dari dalam dan
luar. Empayar Islam berjaya dibentuk keluar dari
Semenanjung Tanah Arab pada zaman Khulafa' al-
Rasyidin.

You might also like