You are on page 1of 29

GURU SEBAGAI

SATU PROFESION
Profesion
 Pekerjaan yang khusus di mana ia dilaksanakan
oleh orang yang berpendidikan tinggi atau
mempunyai kelulusan dan latihan ikhtisas yang

cukup bermutu.

 Contoh: keguruan, peguaman, akauntan,


perubatan, kaunseling, kejuruteraan dan
perniagaan.
Ciri-ciri Profesion
Ciri-ciri Profesion
Konsep Perguruan Dan
Keguruan
• Perguruan = pengajaran kepada guru pelatih,
murid dan sebagainya.

• Keguruan = perkara yang berkaitan dengan


guru, iaitu yang berkaitan dengan peranan,
tugas dan kelayakan sebagai guru.
Konsep Profesion Perguruan Dan
Keguruan
• Profesion perguruan = pekerjaan pengajaran yang
memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan
khas.

• Profesion keguruan = satu pekerjaan yang


membawa bersama tanggungjawab, integriti dan
akauntabiliti terhadap masyarakat.
Keguruan sebagai satu profesion

Pekerjaan penting

Bersifat autonomi

Memerlukan kelayakan akademik dan latihan


ikhtisas

Guru digolongkan sebagai pakar dalam pendidikan

 Mengutamakan perkhidmatan
Keguruan Bukan Satu Profesion

 Kelayakan akademik dan latihan yang berbeza

 Kuasa Kesatuan

 Keseragaman ahli Kesatuan

 Kuasa Autonomi

 Bidang ikhtisas yang lain


Konsep Profesional dan
Bukan Profesional
• Konsep Profesion Perguruan dan Keguruan.
 Perguruan, menurut Kamus Dewan (1989), adalah diertikan sebagai
PENGAJARAN, misalnya perguruan kepada guru-pelatih, murid dan sebagainya.
 Manakala, perkataan keguruan boleh diertikan sebagai PERKARA YANG
BERKAITAN DENGAN GURU, iaitu yang berkaitan dengan peranan, tugas dan
kelayakan sebagai guru.
 maka, profesion perguruan: pekerjaan pengajaran yang memerlukan pelajaran
yang tinggi dan latihan khas.
 profesion keguruan: pekerjaan yang berkaitan dengan peranan tugas,
tanggungjawab, sifat dan kualiti guru.

Keguruan dalam konsep profesional.


 mempunyai latihan ikhtisas dalam Latihan Keguruan.
 mempunyai autonomi menentukan kaedah-kaedah mengajar dalam bilik
darjah.
 menjadi ahli kesatuan yang menentukan kod etika sebagai panduan guru
dalam segala aktiviti profesionalnya.
 pekerjaannya merupakan perkhidmatan yang penting kepada individu dan
negara.
 guru digolongkan sebagai pakar dalam pendidikan.

Keguruan dalam konsep bukan profesional.


 pekerjaan guru tidak terhad kepada guru terlatih sahaja. Orang yang tidak
mempunyai latihan ikhtisas dalam bidang keguruan pun boleh digelar sebagai
guru, selagi dia menjalankan tugas mengajar. Selain itu, seseorang tidak
semestinya peroleh ilmu pengetahuan daripada buku sahaja, tetapi juga
daripada televisyen, majalah, buku-buku dan sebagainya.
 kemasukan ahli ke dalam profesion keguruan tidak sukar dan tidak banyak
persaingan.
 autonomi seseorang guru adalah terhad. Kebanyakan keputusan tidak boleh
dibuat oleh guru sendiri tetapi dibuat oleh pentadbir sekolah.
 kesatuan guru tidak mempunyai kuasa untuk memecat guru daripada mengajar
di sekolah jika guru itu tidak mematuhi kod etika yang ditentukan oleh
kesatuannya.
 bukan semua guru diwajibkan menjadi ahli dalam kesatuan guru. Tambahan
pula, terdapat banyak kesatuan guru yang mempunyai matlamat penubuhan
mereka yang berbeza.
Kod Etika Profesion
Perguruan Malaysia
 etika ialah suatu sistem dasar tingkah laku bagi sesuatu kumpulan manusia
atau organisasi.
 setiap badan profesional mempunyai kod etika masing-masing.
 setiap profesion akan menetapkan nilai-nilai asas yang perlu ditaati oleh
semua insan yang menjalankan pekerjaan tersebut. Ini disebut sebagai KOD
ETIKA.
 justeru, etika profesional ialah nilai-nilai atau tingkah laku murni yang harus
dihayati oleh individu-individu mengikut profesion masing-masing.
 kod etika memperjelaskan tindakan-tindakan betul yang perlu diikuti dan
tindakan-tindakan salah yang perlu dihindari oleh individu-individu dalam
sesuatu profesion.
 tujuan kod etika ialah untuk mengekalkan integriti moral sesuatu profesion.
 setiap guru harus mematuhi kod etika yang terdapat dalam TATASUSILA
PROFESION KEGURUAN seperti yang disarankan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia, seperti berikut:
 tanggungjawab terhadap pelajar;
 tanggungjawab terhadap ibu bapa;
 tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara; dan
 tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan
Etika
• Suatu sistem yang berkaitan dengan dasar akhlak dan tingkah laku
bagi sesuatu kumpulan manusia atau organisasi. 

• Meliputi aspek-aspek moral yang baik dan yang buruk, serta yang
betul dan salah dengan tujuan memberi garis panduan kepada ahli-
ahli berkenaan.
Kod Etika

• Memperjelaskan tindakan-tindakan betul yang perlu diikuti dan


tindakan-tindakan salah yang perlu dihindari oleh individu-individu
dalam sesuatu profesion.

• Bertujuan untuk mengekalkan integriti moral sesuatu profesion.


(a) Tanggungjawab terhadap
Pelajar
 Mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar

 Bersikap adil terhadap setiap pelajar

 Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit tentang pelajar

 Menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku


yang baik

 Membimbing atau mengajar seseorang pelajar


(b) Tanggungjawab terhadap
Ibu Bapa
 Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa

 Mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat


antara institusi pendidikan dengan rumah tangga

 Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi


kepentingan anak-anak mereka

 Mengelakkan diri daripada menggunakan atau


dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu
bapa pelajar.

 Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau


melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan
pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.
 (c) Tanggungjawab terhadap
Masyarakat dan Negara
 Menghormati perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama

 Menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara guru


dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat.

 Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat

 Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang


boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau
negara
(d) Tanggungjawab terhadap Rakan
Sejawat dan
Profesion Keguruan
 Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau
ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seorang guru

 Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat

 Mengawal diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik


profesion perguruan

 Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan


kecekapan kami sebagai guru.
Akauntabiliti Guru
 ‘akauntabiliti’ = bertangungjawab kepada seseorang atau
bertangugjawab terhadap sesuatu.

 Konsep akauntabiliti
 satu obligasi untuk memberikan jawapan dan penjelasan mengenai
sesuatu tindakan dan prestasi kepada mereka yang berhak untuk
mendapat jawapan dan penjelasan tersebut.

 Akauntabiliti keguruan
 tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan oleh seseorang
guru. 
 akauntabiliti keguruan bermaksud tanggungjawab terhadap
profesionalisme keguruan.   
Kebaikan Akauntabiliti
 Memastikan semua pelajar belajar mengikut kemampuan mereka
sendiri dan berfaedah bagi sekumpulan kecil pelajar yang lemah
 Pelajar akan mempunyai motivasi yang kuat untuk belajar
 Penekanan pada pencapaian memotivasikan guru untuk mencuba
pendekatan-pendekatan pengajaran yang baru.
 Akauntabiliti dapat memberitahu orang ramai segala yang berlaku
di sekolah.
Akauntabiliti Guru terhadap
Sekolah
 Kaedah mengajar sejajar dengan perkembangan kognitif murid-
murid.

• Bersifat optimistik dan menunjukkan minat yang tinggi di dalam


pekerjaannya

 Kaedah mengajar yang terkini dan canggih

 Perhubungan sosial yang baik .

 Kawalan disiplin yang berkesan


Akauntabiliti Guru terhadap
Sekolah

• Membina satu program perkembangan ko- kurikulum yang dinamik

 Pembimbing kepada murid­murid untuk memotivasikan murid-


murid bagi meningkatkan kemahiran pencapaian akademik

 Menjalankan tugas yang diamanahkan oleh pentadbiran sekolah


Akauntabiliti Guru terhadap
Tingkah Laku
 Melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan

 Menjadi seorang 'role model' yang baik dalam masyarakat


setempat

 Mengurus kewangan sendiri dengan bijaksana

 Mengamalkan nilai-nilai murni seperti ketatasusilaan, belas


kasihan, kejujuran dan keikhlasan, kecekapan, pertimbangan

 memelihara penampilan diri

 Melibatkan diri dalam hobi aktiviti berfaedah pada masa


lapang

 mengawal emosi ketika mengajar


Akauntabiliti Guru terhadap
Murid
 Mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid-murid

 Bersedia menyelesaikan masalah murid-murid dengan bersikap


adil

 Ikhlas dalam menyampaikan ilmu pengetahuan

 Bekerjasama dengan pihak sekolah dan ibu bapa.

 Tidak mengharapkan sebarang balasan dan ganjaran


Akauntabiliti Guru terhadap
Profesion
 Menjadi ahli kesatuan guru

 elak membuat sebarang kenyataan negatif tentang profesionnya


dalam media tempatan

 elakkan daripada menganggotai parti haluan kiri/ kegiatan


pengganas, dan politik

 Selalu bersedia membantu rakan sejawat

 elakkan daripada terlibat dalam sebarang kegiatan negatif atau


merbahaya
Akauntabiliti Guru terhadap
Komuniti
 Tidak menyebarkan ajaran negatif yang boleh merosakkkan
kepentingan pelajar, masyarakat atau negara

 Bersopan-santun dan bertingkah laku baik dalam segala aktiviti


sosial

 Mengambil bahagian secara cergas dalam kegiatan-kegiatan


masyarakat

 Sentiasa menghormati ahli-ahli masyarakat setempat

 Tidak mencemarkan nama baik rakan sejawat

You might also like