You are on page 1of 28

BAB 3 :

KESEIMBANGAN PENDAPATAN
NEGARA DAN DASAR FISKAL
Pengenalan

Tingkat keluaran negara ditentukan oleh


perbelanjaan agregat. Semakin tinggi perbelanjaan
agregat, semakin tinggi keluaran negara.

Perbelanjaan agregat ialah jumlah perbelanjaan


yang dilakukan oleh semua golongan pengguna
bagi semua sektor ekonomi.
Pendekatan Pebelanjaan Agregat-Pendapatan (AE-Y):
HARGA TETAP

(a) Komponen perbelanjaan agregat


Ekonomi dua sektor
(Ekonomi tertutup tanpa campurtangan kerajaan)

sektor isi rumah dan firma


Ekonomi tiga sektor
(Ekonomi tertutup dengan campurtangan kerajaan)

sektor isi rumah, firma dan kerajaan

Ekonomi empat sektor


(Ekonomi terbuka)

sektor isi rumah, firma, kerajaan dan sektor luar


negeri
Aliran Pusingan Pendapatan
Ekonomi dua sektor

• Aliran pusingan pendapatan ekonomi dua sektor


merupakan aliran pendapatan dan perbelanjaan
yang dilakukan oleh sektor isi rumah dan firma.

• Aliran yang berlaku ialah aliran pendapatan faktor


pengeluaran (Y) iaitu apabila firma membayar
kepada isi rumah untuk mendapatkan faktor
pengeluaran dan aliran perbelanjaan penggunaan
isi rumah (C) kerana membeli barang dan
perkhidmatan daripada firma.
Ekonomi Tiga Sektor

Aliran pusingan pendapatan ekonomi tiga sektor


merupakan aliran pendapatan dan perbelanjaan yang
dilakukan oleh sektor isi rumah, firma, dan kerajaan.
Aliran 1 (Y) merupakan aliran pendapatan faktor
pengeluaran yang diterima oleh isi rumah daripada firma
iaitu gaji dan upah, sewa, bunga dan untung kerana
menawarkan faktor-faktor pengeluaran melalui pasaran
faktor.

Aliran 2 (C) ialah aliran perbelanjaan penggunaan iaitu isi


rumah membeli barang dan perkhidmatan daripada
firma melalui pasaran barang.
Aliran 3(lT) ialah aliran cukai yang dibayar oleh firma dan
isi rumah kepada kerajaan.

Aliran 4 (G) ialah aliran perbelanjaan kerajaan di mana


kerajaan menjalankan perbelanjaan pembangunan
kepada firma dan perbelanjaan mengurus isi rumah.

Tabungan (S) dan cukai (T) merupakan bocoran dari


ekonomi.

Pelaburan (I) dan perbelanjaan kerajaan (G) merupakan


suntikan ke dalam ekonomi.
Komponen Perbelanjaan Agregat (AE)

• AE ialah jumlah perbelanjaan yang dilakukan oleh


semua golongan dalam ekonomi.

• Tingkat keluaran negara / pendapatan negara (Y)


ditentukan oleh AE.

• Semakin tinggi AE semakin tinggi Y.


Ekonomi dua sektor:

(i) Penggunaan isi rumah (C) / penggunaan swasta iaitu


perbelanjaan isi rumah ke atas barang dan perkhidmatan.

(ii) Perbelanjaan pelaburan (I) / pembentukan modal


tetap kasar swasta iaitu perbelanjaan firma ke atas
barang modal.
Ekonomi tiga sektor:

Penggunaan isi rumah (C) iaitu perbelanjaan isi rumah


ke atas barang dan perkhidmatan.

Perbelanjaan pelaburan (I) iaitu perbelanjaan firma ke atas


barang modal.

Perbelanjaan kerajaan (G) iaitu perbelanjaan penggunaan


awam dan pelaburan awam.
Ekonomi empat sektor:

Penggunaan isi rumah (C) iaitu perbelanjaan isi rumah


ke atas barang dan perkhidmatan.

Perbelanjaan pelaburan (I) iaitu perbelanjaan firma ke


atas barang modal.

Perbelanjaan kerajaan (G) iaitu perbelanjaan penggunaan


awam dan pelaburan awam.

Perbelanjaan sektor luar negeri iaitu perbezaan antara


nilai eksport (X) dan nilai import (M).
Komponen Suntikan (J) dan Bocoran (W)

• Suntikan ialah aliran masuk wang ke dalam pusingan


pendapatan yang akan menambahkan pendapatan
negara.

• Bocoran ialah aliran keluar wang daripada pusingan


pendapatan yang akan mengurangkan pendapatan
negara.
Fungsi Penggunaan, Fungsi Tabungan dan kesan cukai
sekaligus

• C ialah bahagian pendapatan boleh guna (Yd) yang


dibelanjakan oleh isi rumah ke atas barang dan
perkhidmatan yang dikeluarkan oleh firma.

• S ialah bahagian pendapatan boleh guna (Yd) yang tidak


dibelanjakan dan disimpar dalam institusi kewangan.
Fungsi C ialah satu keluk atau persamaan yang
menunjukkan hubungan pendapatan boleh guna
dengan penggunaan.

C = a + bYd di mana

a = penggunaan autonomi
b = kecenderungan mengguna sut (MPC)
Yd = pendapatan boleh guna
Kecenderungan Mengguna Sut (MPC)
• Kecenderungan mengguna sut ialah ukuran yang
menunjukkan pertambahan penggunaan akibat
tambahan setiap ringgit pendapatan boleh guna.
Fungsi Tabungan
• Fungsi tabungan ialah suatu keluk atau persamaan
yang menunjukkan hubungan antara pendapatan
boleh guna dengan tabungan.

S =-a + (1 -b)Yd

di mana -a = tabungan autonomi


1 - b = kecenderungan menabung sut
Kecenderungan Menabung Sut (MPS)

• Kecenderungan menabung sut ialah ukuran yang


menunjukkan pertambahan tabungan akibat
pertambahan setiap ringgit pendapatan boleh guna.
• Daripada jadual:

C = 80 + 0.8Y
S = -80 + 0.2Y

MPC = 0.8 -> bermaksud 80% daripada Yd dibelanjakan.


MPS = 0.2 -> bermaksud 20% daripada Yd ditabungkan.

MPC + MPS =1
0.8 + 0.2 = 1
Faktor Mempengaruhi Penggunaan

i. Pendapatan boleh guna (Yd)

• Semakin tinggi Yd, semakin tinggi keupayaan


berbelanja maka semakin tinggi C.

• Semakin rendah Yd, semakin kurang keupayaan


berbelanja, maka semakin rendah C.
ii. Kadar bunga

• Semakin tinggi kadar bunga, semakin tinggi kos


meminjam maka C berkurang.

• Semakin rendah kadar bunga, semakin rendah kos


meminjam, jadi C meningkat.
iii. Kecenderungan mengguna sut (MPC)

• Apabila MPC meningkat, menunjukkan bahagian


pendapatan yang dibelanjakan semakin besar, C
meningkat.

• Apabila MPC menurun, maka C berkurang.

You might also like

  • Bab 2.2
    Bab 2.2
    Document14 pages
    Bab 2.2
    fatimah
    No ratings yet
  • Bab 2.1
    Bab 2.1
    Document13 pages
    Bab 2.1
    fatimah
    No ratings yet
  • Bab 3.2
    Bab 3.2
    Document22 pages
    Bab 3.2
    fatimah
    No ratings yet
  • Bab 3.5
    Bab 3.5
    Document19 pages
    Bab 3.5
    fatimah
    No ratings yet
  • Bab 4.3
    Bab 4.3
    Document14 pages
    Bab 4.3
    fatimah
    No ratings yet
  • Bab 4.5
    Bab 4.5
    Document20 pages
    Bab 4.5
    fatimah
    No ratings yet
  • Bab 4.1
    Bab 4.1
    Document20 pages
    Bab 4.1
    fatimah
    No ratings yet
  • Bab 5.1
    Bab 5.1
    Document14 pages
    Bab 5.1
    fatimah
    No ratings yet
  • BAB 5.2b
    BAB 5.2b
    Document16 pages
    BAB 5.2b
    fatimah
    No ratings yet
  • Bab 5.5
    Bab 5.5
    Document11 pages
    Bab 5.5
    fatimah
    No ratings yet
  • BAB 5.3c
    BAB 5.3c
    Document15 pages
    BAB 5.3c
    fatimah
    No ratings yet