You are on page 1of 39

PENTAKSIRAN TINGKATAN 3

(pt3)
PELBAGAI INSTRUMEN
MATA PELAJARAN SEJARAH
2018
Arahan kepada guru
Arahan 1.5
1)Jangan salah tafsir maksud bimbingan
2)Maksud bimbingan ialah menunjukkan cara, bukan membuatkan atau
menyediakan jawapan. Guru boleh membimbing cara untuk melaksana
atau cara untuk mendapatkan maklumat dan bahan tetapi bukan
menyediakan maklumat atau bahan yang berkaitan.
3)Membimbing dengan cara berhemah
4)Berintegriti dalam mengendalikan tugasan
5)Adil dalam menjalankan tugasan. Jangan calon cemerlang, sederhana
dan lemah mendapat keputusan ‘A’
6)Guru tidak boleh menyediakan bahan tetapi boleh membimbing untuk
mengenal pasti sumber rujukan.
Arahan 1.6
1)Dilarang menyediakan jawapan atau pun contoh jawapan
2)Dilarang membantu atau menolong calon menyempurnakan laporan
akhir tugasan. Guru tidak boleh membuat penambahan fakta, huraian
ataupun contoh yang membolehkan calon boleh mendapat markah
tambahan. Guru harus menanda setakat hasil penulisan calon sahaja.
Arahan 1.7
1)Calon tidak boleh melakukan plagiat atau ciplak atau plagiarisme
2)Hasil kerja merupakan hasil usaha sendiri yang tidak ditiru daripada
mana-mana pihak
3)Bagi tugasan tahun ini, jika calon memetik mana-mana ayat daripada
bahan sumber secara ‘bulat-bulat’ mesti menyatakan sumbernya.
Contohnya,

E.H. Carr mengatakan “Ia (Sejarah) adalah kesinambungan peristiwa dari zaman dahulu
hinggalah sekarang”.
(Sejarah Pembangunan Negara dan Bangsa, Halaman: 23)

4)Jika calon mengolah pernyataan tersebut degan ayatnya sendiri maka


tidak akan dianggap sebagai plagiat atau ciplak atau plagiarisme dan tidak
perlu menulis sumbernya.
 Masa pembentangan tidak muktamad. Guru boleh benarkan
murid membentang lebih daripada masa yang diberi. Yang
penting murid-murid diberi peluang.
Pembentangan Tugasan
1)Masa pembentangan 3 hingga 4 minit (tetapi bergantung kepada budi
bicara PKw / KPMp / PMp masing-masing)
2)Peruntukan markah sebanyak 10%.
3)Dilaksanakan di luar waktu pelaporan iaitu 12 waktu / 360 minit. Calon
dikehendaki membentang dalam PdPc sahaja. Pembentangan tidak
boleh dilaksanakan di luar waktu persekolahan.
4)Pembentangan boleh dilaksanakan dalam pelbagai bentuk dan
penggunaan media seperti power point, kertas mahjung dsb.
Pembentangan
6)Skrip Jawapan Calon (SJC) tidak boleh diserahkan kepada calon ketika
pembentangan. Guru boleh memulangkan bahan sumber supaya boleh
digunakan oleh calon dalam pembentangan. Digalakkan calon
membentang berdasarkan Kerangka Kasar Penulisan.
7)Jika calon menghadapi masalah dalam membentang, pentaksir boleh
mengemukakan soalan-soalan yang boleh merangsang calon untuk
menerangkan tugasan yang dibuat. Boleh mengemukakan soalan-soalan
berkaitan tugasan yang dibuat.
8)Jika seseorang calon sudah menyiapkan laporan tetapi ingin berpindah
ke sekolah lain, maka pentadbir sekolah harus menasihatinya untuk
menyiapkan pembentangan di sekolah yang sama.
9)Calon Berkeperluan Khas (CBK) boleh membuat pembentangan dengan
bantuan guru pembimbing.
10)Bahasa pengantar pembentangan ialah Bahasa Melayu
Baca sendiri. Sama seperti ARAHAN GURU.
Sama seperti tahun-tahun lepas.
Pemilihan Tajuk:
“……. Masyarakat di kawasan tempat tinggal anda..….”
1)Mewajibkan calon membuat kajian di kawasan tempat tinggal.
2)Murid-murid yang tinggal di asrama juga wajib membuat kajian di
kawasan tempat tinggal, bukan kawasan asrama sekolah.
3)Tugasan kajian tempat tinggal menepati kehendak HSP.
4)Contoh tempat tinggal: Taman perumahan, kampung, flat, Kem
tentera, FELDA( ikut blok), dan seumpamanya. Pastikan kawasan
kajian mempunyai organisasi sosial seperti J/Kuasa Kampung/Kariah
5)Kawasan daerah/mukim tidak dibenarkan.
Perancangan
1.1 Tajuk Kajian.
 Spesifik di tempat kajian yang dibuat.
1.3 Objektif Kajian.
 Memenuhi kehendak tugasan (5 perkara dalam Isi
Kandungan Tugasan).
Latar belakang tempat kajian
Pembentukan dan perkembangan masyarakat setempat
Kegiatan sosioekonomi masyarakat
Semangat perpaduan masyarakat setempat
Ulasan ucapan tokoh
Perancangan
1.4 Kaedah Kajian.
 Kaedah yang diterima umum (Cth: Menganalisis
dokumen, melayari internet, penyelidikan perpustakaan,
lawatan dan pemerhatian, temu bual, audio visual).
Taklimat guru BUKAN kaedah kajian
Tiada penetapan bilangan kaedah tetapi mesti sesuai
dengan tempat kajian calon.
 Bergantung kepada lokasi kajian calon.
Jika di kawasan yang penting dalam negara, tentu banyak
kaedah boleh digunakan.
Memerlukan kebijaksanaan guru ketika memeriksa.
* Buat di luar waktu PdPc
Proses Awal ( Buat di luar waktu PdPc)
2.1 Mengumpul Maklumat Berdasarkan Bahan Sumber.
‘sangat lengkap’ bermaksud memenuhi cakupan semua isi kandungan
tugasan.
Bahan-bahan berkaitan tugasan disenaraikan dan mesti disertakan
sebagai bukti bahan rujukan pelajar.
Maklumat dalam bahan sumber tidak perlu ditulis.
Transkripsi perbualan orang sumber MESTI disertakan.
Proses Awal
2.2 Menyediakan kerangka kasar penulisan.
 Format/bentuk tidak ditetapkan. Pelajar bebas mengikut kreativiti.
Boleh dalam bentuk peta I-Think, peta konsep dan sebagainya.
Catatan isi-isi penting sahaja.
Meliputi Perkara 3.1 hingga Perkara 3.5 bahagian Pelaporan dalam
Kerangka Pelaksanaan Tugasan..
Maklumat boleh diguna untuk pembentangan pelajar
Pelaporan
(Boleh dibuat dalam bentuk Karangan Jenis Laporan atau
bentuk ada sub topik)
3.1 Pengenalan.
 Fokus kepada tempat kajian
Menggambarkan keseluruhan penulisan pelaporan.
Maklumat seperti lokasi tempat kajian, asal usul, tarikh, perubahan fizikal,
sejarah, perubahan nama dan sebagainya yang bersesuaian.
Pelaporan
3.2 Pembentukan dan perkembangan masyarakat setempat.
 Bilangan isi tidak dihadkan.
Mencakupi kedua-dua aspek, iaitu pembentukan dan perkembangan
masyarakat setempat. Tiada pemberatan
Pembentukan:
 Bagaimana masyarakat wujud?
 Faktor-faktor pembentukan.
Perkembangan:
Perkembangan fizikal
Perkembangan penduduk
Prasarana
Boleh bersifat negatif seperti bilangan penduduk semakin berkurang.
Pelaporan
3.3 Kegiatan sosioekonomi masyarakat setempat.
 Kedua-dua aspek, iaitu sosial dan ekonomi mesti ada.
Tidak ditetapkan pemberatan
Sosial - aktiviti kemasyarakatan
Keagamaan, perayaan, kebudayaan, sukan, kenduri, gotong-royong,
jaringan sosial seperti media sosial, dll
Gejala sosial spt dadah, vandalisme,dll
Ekonomi – kegiatan ekonomi
Pekerjaan penduduk/sumber ekonomi masyarakat, dll
Pelaporan
3.4 Perpaduan dalam kalangan masyarakat setempat.
Murid membuat penilaian dan analisis masyarakat setempat
Boleh positif dan negatif
Menjawab persoalan seperti:
Wujud atau tidak perpaduan?
Jika ada perpaduan, kemukakan buktinya.
Jika tiada perpaduan, kemukakan buktinya.
Penilaian dibuat berdasarkan penglibatan penduduk setempat dalam
aktiviti kemasyarakatan.
Contohnya aktiviti gotong-royong, keagamaan, perayaan, kebudayaan, dll
Pelaporan
3.5 Ulasan hasrat tokoh.
 Terangkan hasrat tokoh
Kaitkan hasrat tokoh dengan tempat tinggal yang dikaji
Kemukakan komen/pandangan.
Adakah hasrat tokoh tercapai di tempat tinggal pelajar?
Jika tercapai. Kemukakan cadangan memperkukuh hasrat tokoh di
tempat tinggal pelajar Jika tidak tercapai, kemukakan cadangan untuk
merealisasikan hasrat tokoh di tempat tinggal pelajar
* Cadangan:Harapan/jangkaan masa depan
Pelaporan
3.6 Rumusan.
Mencakupi semua perkara, iaitu rumusan 5 perkara dalam tugasan
Boleh mengemukakan nilai, unsur patriotisme,harapan, dan lain-lain yang
relevan dengan tugasan
Pelaporan
3.7 Rujukan.
Cara penulisan yang betul.
Berkaitan/berhubung kait dengan Kaedah Kajian.
Sumber rujukan berkreadibiliti untuk peristiwa yang dikaji.
Sektor Pengendalian Peperiksaan Menengah
Rendah Dan Rendah
Lembaga Peperiksaan

You might also like