Professional Documents
Culture Documents
Cara Membaca
Cara Membaca
analisis
1
Ahli konstruktivist percaya yang kanak-
kanak belajar dengan proses membina
daripada pengetahuan sedia ada.
Jadi mereka percaya yang kanak-kanak
mula belajar dari‘perkataan-perkataan’
yang memberi makna kepada mereka.
Oleh itu mereka percaya untuk mengajar
kanak-kanak membaca haruslah
menggunakan perkataan-perkataan
kanak-kanak itu sendiri. Jadi timbullah
pendekatan ‘word to sound’:
2
‘Whole word’- mula popular 50an. Beberapa
kaedah yang berkisar kepada pendekatan
‘whole word’ ini.
Diantara kaedah yang menggunakan
pendekatan cerakinan ini ialah
Kaedah Perkataan
Kaedah Frasa
Kaedah Ayat.
3
Kaedah Perkataan
4
Murid diajar menyebut ‘seluruh perkataan’
selepas guru menyebutnya.
Murid kemudiannya diminta menyebut
perkataan dan menunjukkan gambarnya
sekali.
Murid mengeja dan menyalin perkataan .
Kemudian barulah dicerakinkan
perkataan-perkataan tersebut.
5
Pencerakinan perkataan
Setelah murid dapat menyebut perkataan-
perkataan yang diperkanalkan guru akan
menunjukkan pencerakinan.
Kemudian perkataan itu dipecah mengikut suku
kata dan huruf: ‘buku’ - ‘ bu ku’- ‘b u k u’
‘meja’ – ‘me ja’ – ‘m e j a’
‘cawan’ --- ‘ca wan’ --- ‘c a w a n’
Kemudian huruf dicantum dan dieja semula
secara ‘keseluruhan perkataan ‘meja’ , ‘ cawan’,
‘buku’
6
Kaedah Frasa
Kaedah ini berasaskan andaian bahawa
frasa merupakan unit yang lebih besar
daripada perkataan, dan dengan ini akan
dapat menarik lebih banyak minat murid
terhadap cerita yang mudah.
Frasa yang bermakna boleh dibentuk
dengan dua atau tiga perkataan yang
mudah seperti:
Ini meja, Ini kerusi. Itu buku.
7
Frasa-frasa ini pula dipanjangkan untuk
membentuk ayat-ayat mudah.
Semasa mengajar guru akan memilih frasa-frasa
yang sesuai dan pengulangan perkataan
digalakkan agar memudahkan murid mengingati
dan membaca.
Peningkatan dalam proses pengajaran daripada
yang senang kepada yang susah.
Dengan cara ini perkataan-perkataan baru juga
dapat diperkenalkan.
Antara kaedahnya ialah picture word inductive
method.
8
Teknik berasaskan gambar
9
ATAU
Jika murid boleh menceritakan mengenai
gambar guru boleh menuliskan cerita
tersebut.
Ini meja guru.
Ini kerusi saya.
Kemudian menguna beberapa perkataan
dalam cerita itu untuk mengajar murid
mengejanya (pencerakinan) dan
‘membaca’nya.
10
Kaedah kalimat/ayat
Murid terlebih dahulu diperkenalkan
dengan kalimat atau ayat-ayat pendek
yang bermakna.
Guru akan membacakan satu kalimat
beberapa kali.
Murid mengulangi kalimat yang disebut
guru.
Kemudian kalimat itu akan dicerakinkan
kepada perkataan, suku kata dan huruf.
11
Di antara kaedah yang berasaskan kaedah
kalimat ialah:
Teknik menggunakan buku cerita
dan
Teknik berasaskan pengalaman
12
Teknik menggunakan buku cerita
14
Teknik berasaskan pengalaman kanak-
kanak
Guru membuat ‘brainstorming’ kepada
murid mengenai pengalaman mereka.
Jika murid minat untuk melukis minta
murid melukis di atas kertas.
Jika tidak cukuplah dengan mendengar
danmenulis semula cerita tersebut.
15
Guru menulis cerita yang diceritakan oleh
kanak-kanak menggunakan ayat asal kanak-
kanak.
Guru bacakan cerita kepada kanak-kanak.
Kanak-kanak cuba membaca cerita yang
dibuatnya sendiri.
Oleh kerana teks yang digunakan adalah dari
kanak-kanak maka ianya mudah diingati oleh
mereka
Kemudian fokus kepada perkataan demi
perkataan untuk dicerakinkan.
16
Kekuatan kaedah cerakinan
Mengikut Multiple Intelligence oleh Howard
Gardner kanak-kanak belajar melalui pelbagai
cara. Salah satunya ialah melalui visal
spatial(rakaman imej)
Terdapat juga kanak-kanak yang mempunyai
kebolehan ini. Mereka biasanya tidak suka
mengeja akan tetapi tahu jika sesuatu perkataan
tidak lengkap.
Kaedah ini juga boleh diajar apabila kanak-
kanak telah menguasai pembacaan.
17