You are on page 1of 19

PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN

KAUNSELING KERJAYA-
PUSAT SUMBER KERJAYA@
”CAREER RESOURCE CENTRE”

Ibrahim bin Ya’akub


Koordinator,
Pusat Sumber Kerjaya,
SMK Tun Habab,
81900 Kota Tinggi
Pendahuluan
Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kerjaya merupakan suatu usaha
pelengkap kepada perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sedia ada pada
keseluruhannya.

Untuk melaksanakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kerjaya


yang efisyen, sepatutnya dimulakan dengan membina atau menubuhkan
Pusat Perkhidmatan Kerjaya (Mizan Adiliah,1992:89) atau Perpustakaan
Kerjaya ( Othman,2005:229).

Dalam konteks Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di SMK Tun


Habab adalah dicadangkan penubuhan sebuah Pusat Sumber Kerjaya
atau Career Resource Centre” atau singkatannya “CRC” bagi memenuhi
keperluan pelajar khasnya.
Rasional
 Penubuhan “CRC” bertujuan membantu individu yang
memerlukan maklumat tentang kerjaya. Biasanya maklumat
yang terkumpul dengan teratur dan sistematik di suatu tempat
khas akan dapat membantu individu mendapatkan jawapan
tentang persoalan yang berkaitan dengan perkembangan
kerjaya.

 Individu tersebut juga boleh mendapatkan penjelasan yang lebih


teratur dan sempurna dengan bantuan serta bimbingan dari
seorang kaunselor.

 Klien yang datang mengunjungi “CRC” akan dapat membaca,


menyedari peluang latihan pekerjaan yang terbuka untuk mereka
dan boleh berbincang bersama secara lebih mendalam dengan
kaunselor tentang hal-hal kerjaya dan perkembangan swadiri.
Matlamat
 Mengadakan kemudahan sebuah Pusat
Sumber Kerjaya atau “Career Resource
Centre” ( CRC ) bagi menyokong
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
Kerjaya yang efisyen serta sistematik dimana
“CRC” berkenaan mengandungi data-data
yang tepat, maklumat semasa, serta
bercorak aneka bahan rujukan yang sesuai
dengan keperluan pelajar dan watak
organisasi sekolah.
Objektif
 Membantu individu yang memerlukan maklumat
tentang kerjaya mendapat jawapan tentang soalan
yang berkaitan dengan perkembangan kerjaya.

 Menyediakan tempat yang sesuai dan kondusif di


mana segala maklumat terkumpul dengan teratur di
satu tempat khas.

 Individu mendapat penjelasan yang lebih teratur


dan sempurna dengan bantuan serta bimbingan
seorang kaunselor pelajar.
Lokasi
Adalah dicadangkan “CRC” yang hendak
ditubuhkan berada dilokasi “Bilik Rawatan
Pergigian” sedia ada. Justifikasinya ialah; Ia
berada bersebelahan Unit Bimbingan dan
Kaunseling sedia ada; Berada di laluan
pengguna pada masa lapang; Lokasinya
berhampiran dengan Pusat Sumber Sekolah
(PSS) yang dapat memberi kemudahan
kepada pengguna yang ingin belajar atau
membuat rujukan di PSS dan seterusnya
peluang menapak ke “CRC”.
( Blok Tun Seri Lanang )

Pusat Sumber Sekolah

Dewan Bilik Kelas UBK CRC


PERTINA
Saujana
Suasana
 “CRC” hendaklah dibangunkan dengan
menampilkan beberapa ciri yang memiliki
keistimewaan seperti dari segi konsep bilik/pejabat
yang terbuka, tenang,kondusif , pemilihan serta
kedudukan perabot yang moden dan milinium;
disamping mengelakkan daripadan suasana bilik
darjah.

 CRC sebegini diyakini akan berjaya memupuk


kesedaran serta tanggapan/persepsi baru bahawa
bagi mendapatkan kaunseling kerjaya adalah
berlainan daripada mempelajari subjek/mata
pelajaran di kelas atau di bilik darjah.
Sasaran
 Perkhidmatan yang disediakan di “CRC”
disasarkan kepada;

 Pelajar
 Guru
 Staf sokongan
 Ibubapa/penjaga
Kewangan
 Adalah mustahak agar perkhidmatan bantuan
yang teguh diperolehi dari pihak yang
menguasai sumber peruntukan serta
tanggungjawab membuat keputusan asas
dasar yang difikirkan penting bagi kemajuan
perkembangan “CRC”.
JAWATANKUASA
PENGURUSAN “CRC”
Penasihat

Encik Mustafa bin Sani


Pengetua,SMK Tun Habab

Pengerusi
Encik Azman bin Abd. Hamid,
Ketua, Unit Bimbingan dan Kaunseling

Koordinator
Encik Ibrahim bin Ya’akub

Ahli
Puan Sara binti Ithnin
Petugas “CRC”
Masa Operasi
 “CRC” akan dibuka kepada pengunjung/pengguna
mengikut waktu berikut;

Hari : Isnin – Khamis


Masa : 8.00 pagi hingga 6.00 petang

Hari : Jumaat
Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari
 3.00 petang hingga 6.00 petang
Perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling Kerjaya
 1.Inventori Individu dan Rekod Pelajar
*Mengemaskini kad maklumat pelajar
*Menyenaraikan pelajar yang difikirkan perlu mendapat perkhidmatan
kaunseling

 2.Pemberian Maklumat
*Maklumat tentang peluang-peluang pelajaran, latihan dan pekerjaan
selepas SPM/STPM*.
*Maklumat yang mendalam tentang pekerjaan.
*Cara-cara menyediakan pelajar kearah kerjaya yang diminati.
*Maklumat tentang tekanan perasaan,kebimbangan dan
hubungankaitnya dengan pencapaian dalam pekerjaan.
*Menyediakan maklumat bimbingan melalui risalah, katalog dan poster
yang sesuai.
 3.Perkhidmatan Penempatan
*Memupuk bakat, minat dan motivasi melalui aktiviti persatuan

dan kurikulum.
*Penempatan kepada program pengalaman kerja atau khemah
kerja.

 4.Perkhidmatan Perundingan dan Rujukan


*Merujuk pelajar dan individu kepada sumber-sumber
maklumat tentang peluang-peluang pendidikan.
*Berunding dengan guru tentang unsur-unsur kerjaya yang
boleh diterapkan dalam pengajaran.
 5.Konferensi dengan Ibubapa
*Membantu ibubapa merancang masa depan anak-anak mengikut
potensi mereka.
*Bertukar-tukar pendapat dan maklumat tentang pencapaian anak-
anak.
*Meningkatkan kefahaman ibu bapa tentang perkembangan kerjaya
anak-anak selepas SPM/STPM*.

 6.Perkhidmatan Penilaian
*Penilaian keperluan dan masalah utama pelajar tingkatan 4.
*Penilaian pelajar yang dianggap berisiko tinggi berkaitan dengan
kesedaran kerjaya mereka.
Fungsi “CRC”
1. Pemberian maklumat – mengumpul, menyedia dan
menyebar maklumat kerjaya dan latihan.
2. Mengemas kini fail-fail maklumat kerjaya.
3. Memberi penerangan tentang cara mengisi borang
permohonan pekerjaan.
4. Mengelolakan lawatan kerjaya.
5. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kerjaya
sama ada secara individu, kelompok atau kumpulan
besar.
6. Penempatan – akademik, kerjaya
Koleksi Bahan
 A. Kumpulan maklumat pendidikan
 B. Kumpulan maklumat pekerjaan
 C. Kumpulan maklumat keperibadian dan
masyarakat.
Penutup
 Untuk memperkasakan Unit Bimbingan dan
Kaunseling dari aspek perkhidmatan yang
ditawarkan kepada warga sekolah maka
penubuhan “CRC” akan menjadi “katalis”
atau pemangkin kepada Penawaran
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
Kerjaya yang lebih sistematik dan
komprehensif.
KAJIAN KEBERKESANAN PUSAT SUMBER
KERJAYA, SMK TUN HABAB KOTA TINGGI
Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk meninjau keberkesanan Pusat Sumber


Kerjaya (PSK) atau “Career Resource Centre” (CRC) yang telah
diwujudkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Habab. Borang
Maklum Balas Kepuasan Pelanggan yang dibina sendiri oleh
penyelidik digunakan untuk melihat keseluruhan kualiti
perkhidmatan bagi memenuhi kepuasan pelanggan. Selain itu
dokumen seperti catatan pelawat dan testimoni juga digunakan
sebagai sumber maklumat maklum balas pelanggan. Sampel kajian
seramai 49 orang terdiri dari mereka yang telah mendapat
kemudahan dari perkhidmatan Pusat Sumber Kerjaya sama ada
pelajar sekolah SMK Tun Habab sendiri selain pelawat dari luar
daerah dan negeri Johor. Dapatan kajian mendapati lebih 80%
pelajar atau klien yang telah mendapatkan perkhidmatan dari Pusat
Sumber Kerjaya ini telah berjaya memberikan pekhidmatan yang
berkualiti.

You might also like