You are on page 1of 14

KESALAHAN

UMUM
TATABAHASA
1. Salah dari Segi Kata Ganti Nama Diri

a) ‘beliau’ hanya digunakan untuk orang yang


dihormati sahaja. Tidak boleh guna ‘beliau’
untuk kanak-kanak, penjenayah dan orang
yang hina.
contoh i: Azman pencuri. Beliau ditangkap
polis. (X)
Dia ditangkap polis.
(/)
ii. Pengetua baru bertugas. Dia sudah
sihat. (X)
Beliau sudah
sihat. (/)
b) ‘Ianya’ tidak boleh digunakan kerana
salah dari segi bahasa.
cth: Ianya akan dihukum. (X)
Ia akan dihukum. (/)

• ‘Ia’ atau ‘dia’ hanya digunakan untuk


manusia.
Contoh: Itu beg kulit. Ia amat mahal. (X)
Beg itu amat mahal. (/)
c) Kata ganti yang menunjukkan banyak
tidak boleh digandakan lagi.
contoh: Mereka-mereka pelajar
sekolah.(X)
Mereka pelajar sekolah. (/)
Para-para pemimpin……. (X)
Para pemimpin….. ( /)
d)‘Kami’ bererti ‘saya dan dia’ apabila bercakap
dengan orang kedua.

Contoh: ‘Kita takut’, kata Ali dan Abu kepada Pak Kassim. (X)
‘Kami takut’, ………… (/)

e)‘Kita’ bererti ‘anda dengan saya’ atau ‘anda


dengan kami’.

Contoh: ‘Kami berusaha’, kata ketua kepada ahli-ahlinya. (X)


‘Kita berusaha’,…………………………… (/)
2. Salah guna ‘kata bilangan’
Salah guna ‘berbagai’. Yang betul ialah
‘berbagai-bagai’ atau ‘pelbagai’.
Contoh: Berbagai cara….. (X)
Berbagai-bagai cara…. (/)
Pelbagai cara………….. (/)
 Salah guna ‘tiap’. Yang betul ialah ‘setiap’
atau ‘tiap-tiap’.

Contoh: Tiap perkara……(X)


Tiap-tiap perkara…… (/)
Setiap perkara …….. (/)
 Kata ‘setengah’ tidak sama dengan ‘setengah-
setengah’.
 ‘Setengah-setengah’ = ‘sesetengah’
 ‘Setengah’ bermaksud separuh.
contoh: setengah gelas air, bendera setengah tiang.
 ‘Setengah-setengah atau sesetengah bermaksud
sebahagian, sebilangan.
contoh: sesetengah haiwan, sesetengah pelajar
 Kata bilangan dengan pecahan mestilah
dipisahkan.

Contoh: dua suku jam (X)


dua jam suku (/)
lima setengah ringgit (X)
lima ringgit setengah (/)
Kata Bilangan
1. Kata nama abstrak tidak boleh
menggunakan penjodoh bilangan.
contoh: dalam sebuah masyarakat ( X)
dalam masyarakat (/)
mempunyai sebuah cita-cita ( X)
mempunyai cita-cita (/)
Kata Bilangan Tak Tentu
 Kata bilangan tak tentu ,kecuali ‘beberapa’,TIDAK boleh
menggunakan penjodoh bilangan.
contoh: sebahagian orang penduduk (X)
sebahagian penduduk (/)
seluruh buah negeri (X)
seluruh negeri (/)
segala ekor binatang (X)
segala binatang (/)
setiap orang warganegara (X)
setiap warga negara (/)
beberapa helai kertas (/)
Kata Sendi
 ‘Dari’ digunakan untuk masa dan tempat sahaja.
contoh: dari Kemaman
dari kedai
dari pukul 8.00 malam
dari tahun lepas

 ‘Daripada’ digunakan selain tempat dan masa.


contoh: daripada kain sutera
daripada kakak
daripada kajian
Kata Sendi ‘Oleh’
 ‘Oleh’ digunakan selepas kata kerja pasif
berawalan ‘di’ atau ‘ter’ .
contoh: tertarik dengan kecantikan (X)
tertarik oleh kecantikan (/)
Oleh sebab = kerana
 ‘Oleh kerana’ salah digunakan di dalam
ayat. Yang betul ialah ‘oleh sebab’.
contoh: Dia tidur oleh kerana letih. (X)
Dia tidur oleh sebab letih. (/)
Dia tidur sebab letih. (X)
Dia tidur kerana letih. (/)

You might also like