You are on page 1of 6

峇章华文学校

SJK ( C ) BACHANG

JALAN DATO WIRA POH AH TIAM,

75250 Melaka

Tel/ fax: 06-3350216

Minit Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu Kali Ketiga Tahun 2020

SJK ( C ) Bachang

Tarikh : 08 /12/2020

Hari : Selasa

Masa : 9.00 – 11.15 am

Tempat : Mini Auditorium SJKC Bachang

Pengerusi : En. Rashidee

Setiausaha : Pn. Lim Bee Phen

AJK : Pn. Law Fuew Hong Pn. Tan Bee Guat

Pn. See Zimei Cik Lock Sheau Wei

Cik Tan Pei Ping Pn. Tan Min Nee

En. Chong Yew Hui

Tidak Hadir : En. Chong Yew Hui ( sakit )

Pn Tan Bee Guat ( telah bersara pada bulan September )

Turut Hadir : Pn. Koh Tai Leng (GPK1)


1.0 Ucapan Alu-Aluan Ketua Panitia

Pengerusi En. Rashidee mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kedatangan

kepada Guru besar Cik Siew Soh Yeng, GPK 1 Puan koh Tai Leng dan semua ahli

untuk menghadiri mesyuarat panitia BM kali ketiga. Beliau juga mengucapkan terima

kasih atas usaha semua guru BM yang perlu mengadakan pengajaran secara PdPR kerana

sekolah diarah tutup dari 9.11.2020 hingga 18.12.2020 iaitu sepanjang tempoh PKPB

dan PKPP.

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat yang lalu

Minit mesyuarat Panitia Bahasa Melayu kali ketiga 2020 telah disahkan oleh

Pn. Tan Min Nee dan disokong oleh Pn. Law Fuew Hong.

( Tindakan :Semua guru BM)

3.0 Perkara Berbangkit

3.1 Pengerusi membuat kesimpulan tentang minit mesyuarat panitia BM kali kedua 2020.

(Tindakan : Semua guru BM )

3.2 Mesyuarat panitia kali ini iaitu kali ketiga diadakan pada bulan Disember. Guru-guru perlu
menyesuaikan diri bermeyuarat dalam norma baharu.

(Tindakan : Semua guru BM )

3.3 Semua guru diminta berbincang tentang masalah yang dihadapi sepanjang proses p&p
berdasarkan manual PdPR ( Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah ) dari segi
penyampaian pengajaran dan pengagihan kerja sekolah.

(Tindakan : Semua guru BM )


3.4 KPM telah mengumumkan bahawa Pentaksiran Akhir Tahun sekolah bagi murid-murid
tahap 2 tidak akan diadakan seperti yang dirancang dalam takwim sekolah. Pihak sekolah
akan mengadakan pentaksiran tersebut pada tahun hadapan iaitu tahun 2021untuk
murid-murid tahu 4 dan 5.

( Tindakan : Semua guru BM )

4.0 Perbincangan

4.1 Semua guru BM perlu merujuk Manual PdPR sepanjang tempoh PKPB dan PKPP untuk
membantu guru-guru melaksanakan PdPR sebagai alternatif pembelajaran norma baharu.
Berdasarkan Manual PdPR yang telah disediakan KPM pada 2 Oktober lalu, telah menggariskan
tiga kaedah PdPR iaitu secara dalam talian ( online ), luar talian ( offline ) atau off-site. PdPR
memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dalam kekangan PKPB dari sudut
masa, tempat dan kondisi semasa.

( Tindakan: Semua guru BM )

4.2 Guru-guru BM telah memberi latihan atau kuiz kepada murid-murid menerusi platform
berkenaan tetapi terdapat sebilangan kecil murid tidak mempunyai telefon bimbit dan komputer
sendiri. Terdapat juga sebahagian kecil murid menghadapi masalah akses internet.
Guru-guru BM telah menyampaikan tugasan kerja menerusi platform yang paling biasa
digunakan oleh murid iaitu WhatsApp dan Telegram.

( Tindakan: Semua guru BM )

4.2 Terdapat sebanyak 90% daripada murid-murid berjaya mengikuti kelas dalam talian yang
disediakan oleh guru-guru. Kerja sekolah yang dihantar balik oleh murid –murid juga sangat
memuaskan. Masalah yang dihadapi oleh murid-murid sepanjang tempoh PKPB dan PKPP
dapat diselesaikan oleh guru-guru dengan kerjasama ibu bapa murid-murid.

( Tindakan: Semua guru BM )

4.3 Terdapat banyak murid tahun satu tidak menguasai kemahiran asa BM, seramai tujuh orang
murid tahun satu tidak dapat membaca suku kata terbuka kerana pengajaran bersemuka bagi
murid-murid tahun satu adalah singkat. Pengajaran dalam talian bagi murid-murid tahun satu
menghadapi banyak masalah. Ibu bapa yang bekerja tidak dapat menemani mereka mengikuti
kelas dalam talian yang diadakan. Murid-murid menghadapi kesukaran semasa isi-isi pelajaran
disampaikan oleh guru.

( Tindakan : Semua guru BM )


4.4 Mulai tahun 2021, kemahiran asas iaitu kemahiran membaca akan dititikberatkan untuk murid-
murid tahun satu dan tahun dua. Murid-murid akan belajar membaca suku kata, perkataan dan
ayat-ayat yang ringkas. Murid-murid akan dibimbing oleh guru-guru.

( Tindakan : Semua guru BM )

4.5 Program intervensi akan diadakan pada tahun hadapan yang bertujuan untuk meningkatkan
penguasaan kemahiran asas BM dan keyakinan murid-murid menjawab soalan-soalan
tatabahasa, kefahaman dan soalan-soalan peperiksaan. Program tersebut juga dapat
membantu murid-murid yang menghadapi masalah pelajaran. Program akan dijalankan
sepanjang tahun waktu persekolahan.

( Tindakan : Semua guru BM )

4.7 Cadangan program intervensi yang perlu dilaksanakan oleh guru kepada murid lemah adalah
seperti berikut:
a. Kemahiran mendengar dan bertutur, jika murid bukan penutur jati Bahasa melayu, guru-guru
perlu mengajar mereka menyebut dan mengeja perkataan Bahasa Melayu dengan betul.
Contoh aktiviti nyanyian yang lebih menarik perhatian mereka dan memudahkan mereka
bercakap dan mendengar.

b. Aspek seni bahasa ( komsas atau novel ), guru-guru mesti mengajar murid-murid membaca
drama, sajak, puisi dan lain-lain. Perkara yang paling penting ialah guru harus memberi nota
ringkas kepada murid-murid dan murid-murid perlu menghafal nota-nota tersebut. Soalan
peperiksaan pasti akan bertanya tentang aspek-aspek komsas. Selain itu, murid-murid perlu
diajar memahami soalan-soalan. Ada jawapan soalan-soalan dilam buku teks, ada soalan
yang jawapan murid perlu fikir. Contoh soalan “ Pada pendapat anda…”, murid-murid memang
kena fikir jawapan dan tidak boleh salin daripada buku teks.

c. Aspek tatabahasa, guru-guru perlu memberi penerangan yang jelas dan memberi latihan yang
banyak. Aspek tatabahasa sangat memerlukan latih tubi menjawab supaya murid-murid dapat
belajar daripada kesalahan. Guru-guru juga boleh menggunakan teknik susun perkataan.
Guru memberikan susunan perkataan yang salah, murid-murid diminta menyusun semula dan
menyatakan golongan kata, kemudian bina ayat daripada perkataan tersebut.

d. Aspek karangan ( kemahiran menulis ), guru-guru mengajar murid-murid karangan aras paling
rendah ( tajuk yang mudah ) supaya murid-murid dapat belajar dan membina ayat yang baik.
Guru-guru boleh mengajar murid-murid teknik mencari isi-isi penting terlebih dahulu sebelum
menulis karangan dengan menggunakan teknik 5 ayat, ayat 1 ( isi penting ), ayat 2 dan 3
( contoh ), ayat 4 ( sebab/penegasan kenapa isi atau contoh tadi diberikan ), ayat 5 ( bonus
Iaitu peribahasa sekiranya murid-murid ingat untuk suaikan dengan isi-isi.

e. Pelbagai teknik untuk menarik minat, mengekalkan perhatian dan membangkitkan perhatian
serta membangkitkan rasa ingin tahu murid untuk mencapai objektif pengajaran guru. Antara
teknik pengajaran bahasa yang dicadangkan ialah teknik bercerita, teknik tunjuk cara, teknik
bersoal jawab, teknik latih tubi, teknik main peranan, teknik menyanyi, teknik lakonan, teknik
kuiz dan lain-lain.

( Tindakan : Semua guru BM )


4.8 Guru-guru BM diingatkan menyiapkan PBD untuk kelas BM masing-masing sepanjang
tempoh PKPB dan PKPP.

( Tindakan : Semua guru BM )

4.9 Dalam alaf baharu yang mengutamakan kemahiran pembelajaran sepanjang hayat, semua
Guru BM tiada pilihan selain memanfaatkan teknologi dan aplikasi pendidikan dalam talian.
Konteks pendidikan masa kini memerlukan guru menguasai dan mempunyai literasi
teknologi, komunikasi dan maklumat (ICT).

( Tindakan : Semua guru BM )

4.10 Semua guru BM perlu menyiapkan rancangan pengajaran harian sepanjang tempoh PKP dan
PKPB. Guru-guru dikehendaki memuat naik rancangan pengajaran harian tersebut dalam
pautan yang disediakan oleh pihak sekolah.

( Tindakan : Semua guru BM )

4.11 Data Pemulihan Khas Bulan Oktober:


Tahun Satu : tujuh orang murid tegar
Tahun Dua : lapan orang murid tegar, seorang lepas saringan
Tahun Tiga : empat orang murid tegar, empat orang murid lepas saringan
Tahun Empat : empat orang murid tegar, seorang murid lepas saringan

( Tindakan : Guru Pemulihan Khas )

4.12 Terdapat agak ramai murid tahun satu lemah dalam kemahiran asan BM. Pegawai LINUS
menasihati guru supaya mengambil murid yang tegar sahaja. Seramai tujuh orang murid
tahun satu adalah tegar. Kebanyakan murid tahun 2 masih belum dapat menguasai 2M
dengan baik kerana tempoh PKP, PKPB dan PKPP yang panjang. Seramai 4 orang murid
tahun 3, seorang murid tahun dua dan seorang murid tahun 4 telah dipilih untuk program
pemulihan khas tahun hadapan.

( Tindakan : Guru Pemulihan Khas )

4.13 Modul berupa latihan akan dibincang untuk murid-murid pada tahun hadapan sekiranya
PdPR diteruskan untuk tahun persekolahan 2021.
.

( Tindakan : Semua Guru BM )


5.0 Hal-hal lain

5.1 Tiada lagi pengasingan kelas untuk tahun 1 hingga tahun 5 mulai tahun 2021.

(Tindakan :GPK 1 dan Guru Besar)

5.2 Semua guru digalakkan berkongsi segala bahan-bahan p&p BM sepanjang tempoh PKPB
dan PKPP supaya semua murid akan mendapat pengajaran yang ingin disampaikan.

( Tindakan : Semua Guru BM )

5.3 Sebahagian pertandingan dalaman telah diadakan secara dalam talian. Semua guru BM
telah bekerjasama menyediakan soalan-soalan untuk pertandingan membina ayat dan
pertandingan mengarang.

( Tindakan : Semua Guru BM )

5.4 Pertandinga bercerita untuk murid-murid tahun tiga hingga tahun enam telah diadakan
secara dalam talian pada bulan Jun.

( Tindakan : Semua Guru BM )

6.0 Ucapan Penangguhan

6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih sekali lagi dan berharap semua guru BM tidak

berputus asa demi meningkatkan prestasi Bahasa Melayu tahun 2020 dan tahun 2021.

(Tindakan :Semua Guru BM )

6.2 Mesyuarat Panitia BM kali ketiga bagi tahun 2020 ditangguhkan pada pukul 11.15 pagi.

Disediakan oleh,

____________________

( LIM BEE PHEN )


Setiausaha,
Panitia Bahasa Melayu.

s.k. GPK 1

You might also like