You are on page 1of 23

PGA103

Jawatankuasa Barnes- Laporan Barnes 1951

• Jawatankuasa Barnes, yang menerbitkan Laporan Barnes pada


awal tahun 1951, mencadangkan supaya ditubuhkan sekolah-
sekolah kebangsaan dari bahasa berbilang kaum sama ada
menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa Melayu sebagai
pengantar utamanya.

• Sekolah Cina dan Tamil akan ditukar secara beransur- ansur


kepada sekolah Kebangsaan dengan memperkenalkan aliran
Kebangsaan.

• Cadangan tersebut ditentang hebat oleh orang Cina.

2
Laporan Fenn-Wu (1951)
• Jawatankuasa Fenn-Wu  memperakukan untuk
mengekalkan serta menambahbaikkan Sekolah Cina
• Ini telah memburukkan lagi pertikaian yang hangat
tentang pendidikan di Tanah Melayu
• Laporan Jawatankuasa Fenn-Wu telah
mengemukakan cadangan-cadangan yang pada
asasnya menyokong konsep penggunaan tiga bahasa
iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris, dan bahasa
Cina dijadikan bahasa pengantar.

3
ORDINAN PELAJARAN 1952
• Kerajaan British telah menubuhkan satu
Jawatankuasa Pendidikan 1952 untuk mengkaji
kedua-dua laporan Barnes dan Fenn-Wu yang
mempunyai perbezaan pandangan
• Ordinan Pelajaran 1952 tertubuh dan seterusnya
mengusulkan banyak cadangan untuk memaju dan
meningkatkan bidang pendidikan
• Tetapi kerajaan British ketika itu menghadapi
pelbagai masalah hinggakan rancangannya tidak
dapat dilaksanakan.

4
Laporan Razak (1956)
• Akhir 1955, Persekutuan Tanah Melayu mempunyai kerajaan pertama
melalui pilihan raya.
• Sistem persekolahan yang diwujudkan British tidak dapat menyemai
unsur-unsur semangat kebangsaan.
• Satu Dasar Pelajaran Kebangsaan yang berasaskan kepada Laporan Razak
1956 dan dimaktubkan dengan Ordinan Pelajaran 1957 telah diwujudkan:

Tiga aspek dasar yang penting terkandung dalam laporan ini ialah :-
• Pembentukan sistem pendidikan Kebangsaan
• Pengakuan matlamat akhir bahawa Bahasa Melayu menjadi bahasa
pengantar utama
• Permulaan kurikulum yang berorientasikan alam persekitaran Tanah
Melayu

5
Laporan Razak 1956 dan Ordinan Pelajaran 1957 asas - Dasar
Pendidikan Kebangsaan (DPK).

Cadangan-cadangan penting
• Penubuhan dua jenis sekolah sahaja- sekolah bersendirian
atau bantuan
• Sekolah rendah umum atau jenis kebangsaan
• BM dan BI matapelajaran wajib
• Satu jenis sekolah menengah kebangsaan
• Sukatan pelajaran dan jadual waktu yang sama untuk semua
sekolah
• Mengambil langkah-langkah memupuk perkembangan Bahasa
Kebangsaan dan mempertingkatkan pengetahuan kalangan
penduduk di Persekutuan Tanah Melayu

6
Laporan Rahman Talib (1960)

• Selepas tiga tahun DPK dilaksanakan penyemakan


semula dibuat oleh satu Jawatankuasa Penyemak
diketuai oleh Y.B. En. Abdul Rahman Bin Talib pada
tahun 1960.
• Laporan Rahman Talib yang diperakukan dalam Akta
Pendidikan 1961 telah mengabdikan cita-cita yang
terkandung dalam Laporan Razak dan menggariskan
hasrat sistem pendidikan Kebangsaan yang terdapat
sekarang.

7
LAPORAN RAHMAN TALIB
Terdapat empat aspek penting dalam laporan ini iaitu:-
• Menjadi titik permulaan ke arah pelaksanaan bahasa Malaysia
sebagai bahasa pengantar utama dan proses penukaran bahasa
pengantar.

• Mewujudkan sistem peperiksaan persekolahan yang sama


walaupun berlainan bahasa di peringkat rendah menengah,dan
menengah atas.

• Memberi penekanan kepada pendidikan teknik dan vokasional


untuk keperluan tenaga mahir.

• Memberi penekanan kepada pendidikan moral dan keagamaan


untuk keperluan kerohanian sebagai teras.
8
Akta Pelajaran 1961
• Sebagai usaha memperkemas dan merumus dasar
pendidikan negara

• Semua perkara yang diterima daripada Laporan


Razak 1956 dan perakuan perakuan Jawatankuasa
Penyemak 1960 (Laporan Rahman Talib), telah
digabungkan dalam satu peruntukan undang-undang
pelajaran

• Yang dinamakan Akta Pelajaran 1961.

9
AKTA PENDIDIKAN KEBANGSAAN 1996
 Akta Pendidikan 1996 merupakan lanjutan dan
pembaharuan dari Akta Pendidikan 1961 bertujuan
memantapkan sistem pendidikan kebangsaan sejajar dengan
kehendak dan cita-cita Malaysia untuk menjadi pusat
kecemerlangan pendidikan yang bermutu tinggi dan bertaraf
dunia. Akta Pendidikan 1996 menampilkan kesinambungan
kepada hasrat dan dasar pendidikan yang sedia ada.

 Akta ini berpaksi kepada perakuan-perakuan utama


Penyata Razak 1956 yang menjadi asas dasar pendidikan
kebangsaan. Akta baru ini juga banyak mengekalkan
peruntukan yang masih relevan daripada Akta Pelajaran
1961. Tujuan menggubalkan Akta Pendidikan 1996 untuk
memperluaskan skop dan memperkenalkan perundangan
mengenai pendidikan.
ASAS KEWUJUDAN
 Merupakan asas lanjutan akta pelajaran1961 dengan mengeluarkan
beberapa peruntukan dari akta pelajaran 1961 yang tidak
bersesuaian dan mengekalkan mana-mana peruntukan yang masih
sesuai. Juga berpaksikan kepada pengakuan utama dalam penyata
Razak 1956

MATLAMAT…

Memantapkan lagi sistem pendidikan kebangsaan


bagi generasi muda sejajar dengan aspirasi negara
bagi menjadikan Malaysia sebagai pusat
pendidikan yang bermutu tinggi

Menggariskan perundangan yang berkaitan


dengan pendidikan
KANDUNGAN AKTA PENDIDIKAN 1996
Pengenalan Akta Pendidikan 1996 telah menggariskan perkara-
perkara berikut:

Ilmu itu adalah penentu utama arah tujuan negara


dan penyelamat bangsa:

Tujuan pendidikan adalah untuk membolehkan masyarakat


Malaysia menguasai ilmu, kemahiran dan nilai murni yang
diperlukan dalam dunia yang bersaing tinggi serta bersifat
global, kesan daripada perkembangan pesat sains, teknologi dan
maklumat:

Pendidikan mempunyai peranan penting dalam menjayakan


wawasan negara demi untuk mencapai taraf negara maju
sepenuhnya dari segi kemajuan ekonomi, keadilan sosial, dan
kekuatan rohani, moral dan etika, ke arah mewujudkan suatu
masyarakat yang bersatu padu, demokratik, liberal dan
dinamik:
KANDUNGAN AKTA
PENDIDIKAN 1996
Menjadi suatu misi untuk menghasilkan
sistem pendidikan yang bertaraf dunia dari
segi kualiti bagi memperkembangkan
potensi individu sepenuhnya dan mencapai
aspirasi negara Malaysia:

Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah


berlandaskan FPK:
KANDUNGAN AKTA PELAJARAN 1996

Dasar ini dilaksanakan melalui suatu sistem pendidikan


kebangsaan yang memperuntukkan bahasa kebangsaan
sebagai bahasa pengantar utama, Kurikulum Kebangsaan
dan peperiksaan yang sama; pendidikan yang pelbagai
dan komprehensif skopnya dan memenuhi keperluan
negara, serta memupuk perpaduan negara melalui
pembangunan budaya, sosial, ekonomi dan politik selaras
dengan prinsip-prinsip Rukunegara

sesuatu yang perlu, selagi ia selaras dengan dasar itu,


dengan menyediakan pengajaran yang cekap dan selagi ia
tidak melibatkan perbelanjaan awam yang tidak
munasabah, untuk mengambil kira akan prinsip am
bahawa murid harus dididik mengikut hasrat ibu bapa
masing-masing.
KANDUNGAN AKTA PENDIDIKAN 1996
Dalam Bahagian lV, Sistem Pendidikan Kebangsaan telah
dipecahkan kepada beberapa bab. Bab l, Sistem Pendidikan
Kebangsaan telah menjelaskan perkara-perkara berikut:

i. Sistem Pendidikan Kebangsaan terdiri - pendidikan prasekolah,


pendidikan rendah, pendidikan menengah, pendidikan lepas
menengah dan pendidikan tinggi. Perkembangan Pendidikan di
Malaysia: Falsafah dan Dasar
ii. Tiga kategori institusi pendidikan iaitu institusi pendidikan
kerajaan, bantuan kerajaan dan swasta.
iii. Bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama. Jika bahasa
pengantar utama di sesuatu institusi pendidikan adalah selain
daripada bahasa kebangsaan, maka bahasa kebangsaan
hendaklah diajar sebagai mata pelajaran wajib di institusi
pendidikan itu.
iv. Kurikulum Kebangsaan hendaklah digunakan oleh semua
sekolah.
v. Sekolah hendaklah menyediakan murid bagi peperiksaan yang
ditetapkan.
KANDUNGAN AKTA PENDIDIKAN 1996
Dalam Bab 3, Bahagian lV, adalah penjelasan mengenai Pendidikan
Rendah. Antara lain perkara yang difokuskan ialah:

Menteri hendaklah mengadakan


pendidikan rendah.

Tempoh pendidikan rendah ialah selama


enam tahun (boleh juga tamat dalam
tempoh lima hingga tujuh tahun).

Pendidikan rendah adalah wajib.


KANDUNGAN AKTA PENDIDIKAN 1996

Dalam Bahagian lV, Bab 4, pula diterangkan tentang


Pendidikan Menengah yang antara lain menyebut tentang:
i. Kewajipan Menteri untuk mengadakan pendidikan
menengah akademik, teknik dan apa-apa perihal lain yang
ditentukan dari semasa ke semasa.
ii. Menteri boleh mengadakan kelas peralihan di mana-mana
sekolah menengah kebangsaan akademik.

Dalam Bahagian lV, Bab 5, tentang Pendidikan Lepas Menengah -


Menteri boleh mengadakan pendidikan lepas menengah di
sekolah menengah akademik, teknik, maktab dan mana-mana
sekolah menengah kebangsaan atau institusi pendidikan lain
yang ditubuhkan dan disenggarakan oleh Menteri di bawah
Akta ini.
KANDUNGAN AKTA
PENDIDIKAN 1996
Dalam Bahagian lV, Bab 8, pula diterangkan tentang
Pendidikan Khas, yang antara lain menyatakan tentang:

i. Menteri hendaklah mengadakan pendidikan khas di


sekolah khas atau di mana-mana sekolah rendah atau
menengah yang difikirkan suai manfaat.
ii. Tempoh pendidikan rendah dan menengah yang sesuai
dengan keperluan murid yang menerima pendidikan
khas. Kurikulum yang hendak digunakan berhubungan
dengan pendidikan khas.
IMPLIKASI

PENDIDIKAN PRA
 Buat pertama kalinya pendidikan

SEKOLAH
prasekolah telah mendapat pengiktirafan
dalam sejarah pendidikan negara.
 Bertambah menjadi 3,287 pada tahun 2005.
 2003, Kurikulum Prasekolah Kebangsaan
telah diperkenalkan.
 Menyediakan kemudahan latihan untuk
keperluan guru prasekolah.
 Memberikan kursus-kursus latihan kepada
guru-guru prasekolah bukan kerajaan.
IMPLIKASI

PENDIDIKAN
Pendidikan wajib bagi pendidikan rendah kepada
semua kanak-kanak warganegara Malaysia yang

RENDAH
berumur enam tahun.
 Mempertingkatkan program orientasi alam
persekolahan
 Mengatasi masalah keciciran pada peringkat
pendidikan rendah
 Meningkatkan kadar penyertaan murid orang asli.
 Kumpulan etnik di pedalaman Sabah dan Sarawak
 Melaksanakan pendidikan wajib dari Tahun 1
hingga Tahun 6
IMPLIKASI

PERUNTUKAN KUASA

MENTERI PELAJRAN
memperuntukkan kuasa yang cukup besar kepada
Menteri Pelajaran.
 Bahagian l (Permulaan), Seksyen 2 menafsirkan bahasa
Kebangsaan sebagai bahasa Melayu sebagaimana yang
ditentukan dalam Perkara 152 Perlembagaan
Persekutuan. Seksyen 17 (1) menyatakan bahasa
Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama.
 Penggunaan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar
oleh kaum-kaum lain yang terdapat di Malaysia, selain
daripada bahasa Kebangsaan dinyatakan dengan jelas
penggunaannya dalam Akta Pendidikan 1996.
RUMUSAN

Unit ini telah memberi fokus tentang Akta


Pendidikan 1996 dari aspek asas pembentukan,
kandungan dan implikasinya. Sesuatu yang tidak
dapat dinafikan Akta Pendidikan 1996 telah
memastikan perkembangan pendidikan di
Malaysia yang sentiasa dinamik.
SEKIAN,
TERIMA KASIH

You might also like