You are on page 1of 8

SGDU 6083 FINANCIAL AND PHYSICAL

MANAGEMENT IN EDUCATION

Tahap Kefahaman Guru Besar Dalam


Pengurusan Kewangan Dan Perakaunan
Sekolah : Kajian Kes Di Utara Semenanjung
ULASAN JURNAL OLEH:
IZYAN HAZWANI BINTI AZMI
(824471)
2
Nama Penulis dan Makluman Latar Belakang :

Fauzi Hussin, Yahya Don, M.S.Omar-


Fauzee, Siti Noor Ismail & Abdull Sukor
Shaari (School of Education, Universiti
Utara Malaysia)
3
Tajuk Artikel dan Maklumat berkaitan

 Prosiding
Seminar Kebangsaan Majlis Dekan
Pendidikan Universiti Awam 2018
 Penyunting
: Rahimah Embong, Hanif Md Lateh
@ Junid, Mustafa Che Omar, Mohamad Zaidin
Mohamad & Abdul Hakim Abdullah.
4
ULASAN MENYELURUH
 Jurnal ini adalah berkaitan dengan kefahaman guru besar tentang pengurusan
kewangan sekolah mereka. Melalui kajian ini, 23 guru besar yang terdiri daripada
guru besar yang sedang berkhidmat di negeri utara semenanjung Malaysia.
 Namun bagi negeri Pulau Pinang dan Perak hanya bahagian utara negeri tersebut
sahaja yang diambil kira.
 Melalui kajian ini Guru Besar telah ditemubual berdasarkan pengetahuan mereka
tentang sumber kewangan sekolah dan perbelanjaan kewangan tersebut.
 Dokumen-dokumen yang melibatkan kewangan telah dijadikan sumber sokongan
terhadap kajian ini. Walau bagaimanapun, identiti guru besar dan sekolah telah
dirahsiakan.
5
PENDAPAT PENGULAS

 Isu utama yang dibangkitkan dan dinyatakan dengan jelas dalam jurnal ini adalah kefahaman
guru besar berkaitan kewangan sekolah.
 Isu ini adalah menarik kerana pengkaji telah menyatakan dengan jelas factor-faktor yang
mungkin mendorong kepada kefahaman guru besar terhadap pengurusan kewangan.
 Isu ini sememangnya sesuai bagi saya kerana melalui kajian ini telah dinyatakan adakah terdapat
perbezaan kefahaman guru besar berkaitan pengurusan kewangan mengikut jantina dan
pengalaman menghadiri kursus secara tidak langsung akan mempengaruhi kefahaman
pengurusan kewangan guru besar.
 Saya juga bersetuju dengan hasil kajian ini yang menyatakan kebanyakan guru besar memberi
kepercayaan penuh kepada kerani kewangan untuk menguruskan kewangan sekolah.
6
Samb…

 Metadologi bagi kajian ini adalah bersesuaian dengan kajian yang ingin dijalankan. Kajian yang
dijalankan adalah berbentuk kualitatif melalui kaedah temu bual dan penilitian dokumen yang
berkaitan dengan kajian.
 Dapatan kajian ini juga dilihat sebagai dapatan yang releven kerana disokong oleh hasil temu
bual yang telah dirakam selain video yang dijalankan bagi menyokong perbualan tersebut bagi
tujuan melihat tingkah laku ketika sesi temu bual.
 Bagi memastikan kesahan kajian ini, hasil temu bual yang telah diperolehi dianalisis dan
dikelompokkan kepada bahagian yang ditetapkan dalam persoalan kajian.
 Pengkaji mengambil langkah yang relevan bagi memastikan etika penyelidikan dipatuhi dengan
merahsiakan latar belakang responden bagi melindungi kreabiliti guru besar dan sekolah yang
terlibat.
7
Samb…

 Artikel ini secara tidak langsung membantu saya memahami tentang sumber kewangan dan
perbelanjaan kewangan yang ada di sekolah. Melalui artikel ini juga, senario pengurusan
kewangan di sekolah juga diberikan contoh bagi memberi gambaran umum tentang pengurusan
kewangan di sekolah.
 Melalui kajian kualitatif ini dapat difahami bahawa sekiranya kajian yang melibatkan temu
bual, tingkah laku semasa temu bual perlu direkodkan bagi melihat hubungan antara pertuturan
dan tingkah laku ketika sesi temu bual. Selain itu, hasil temu bual juga perlu di analisis dengan
tepat yakni mendengar dengan teliti tentang hasil temu bual. Kajian kuantitatif akan lebih
mudah sekiranya sesi temu bual turut disertakan transkip untuk temu bual.
8
PENUTUP

 Pengetahuan baharu yang saya perolehi melalui artikel ini adalah bagaimana prosedur
yang boleh diambil sekiranya ingin menjalankan kajian kualitatif.
 Jika pada akan datang saya akan menjalankan kajian, saya akan memastikan sampel
yang di ambil adalah meliputi semua bahagian atau daerah sekiranya dijalankan
mengikut zon. Misalnya sekiranya dinyatakan di Utara Semenanjung Malaysia, jadi
sampel mestilah terdiri daripada sampel yang mewakili setiap daerah di negeri-negeri
semenanjung iaitu Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak.

You might also like