You are on page 1of 19

PENINGKATAN

EKONOMI DI
CHINA DAN
INDIA
Tamadun India
• Sejak kurun ke-3 S.M., kegiatan perdagangan dalam tamadun India
berkembang pesat.
• Dua jenis perdagangan dijalankan iaitu perdagangan dalaman dan
perdagangan luar.
• Perdagangan dalaman:
• Perdagangan dijalankan antara kawasan-kawasan di dalam wilayah India;
• Pusat perdagangan yang penting ialah Anga, Kalinga, dan Karusa;
• Hasil-hasil yang diperdagangkan ialah berlian, emas, gading gajah,
mutiara, dan senjata.
• Perdagangan luar: Hubungan perdagangan dijalin oleh
kerajaan Maurya dengan negara luar seperti Sri Lanka,
Macedonia, Asia Tenggara, dan rantau Asia Tengah.
• Pelabuhan utama yang terlibat dalam perdagangan
luar ialah:
• Perkembangan pesat sektor ekonomi ini telah
membawa kepada kelahiran persatuan perdagangan
dan perusahaan yang dipanggil sresthin di setiap
bandar.
• Terdapat persatuan untuk tukang kayu, tukang kulit,
tukang logam, dan sebagainya.
• Tujuan persatuan adalah untuk mengawal harga, kualiti
barangan, dan gaji pekerja.
• Undang-undang telah dirangka untuk mengawal
persatuan dan raja bertanggungjawab mengawasi
pelaksanaan undang-undang.
• Mata wang digunakan dalam urusan jual-beli.
• Mata wang emas digunakan pada Zaman Gupta.
• Syiling emas yang digunakan pada Zaman Gupta
digelar Dinara.
• Terdapat wang perak serta wang daripada cangkerang
siput.
• Penggunaan mata wang dalam urusan jual-beli
menunjukkan bahawa pemerintah dalam tamadun India
seperti Dinasti Maurya dan Gupta telah melaksanakan
satu dasar ekonomi dan kewangan yang sistematik.
• Sejak Zaman Maurya, kegiatan perdagangan disokong
oleh perkembangan dalam sektor perusahaan
khasnya pengeluaran tekstil, kain kapas, dan sutera.
• Di India, pusat perusahaan sutera ialah Bengal dan
Benares.
• Perusahaan lain turut berkembang termasuklah
perusahaan yang berasaskan barangan emas, batu
permata, dan mutiara.
• Sejak Zaman Maurya, pelbagai jenis cukai dikenakan 
terhadap pelbagai jenis hasil perdagangan seperti
hasil buah-buahan dan hasil pertanian.
• Cukai tersebut digunakan untuk menyara raja, para
pentadbir, dan ahli tentera.
• Perdagangan maritim antara India dengan Alam
Melayu telah berkembang dan meningkat pada
Zaman Gupta sejak tahun 100 M.
Tamadun China

Bidang yang mengalami


Peningkatan ekonomi kemajuan ialah pertanian,
dalam tamadun China perdagangan dalam negeri
berlaku sejak zaman dan maritim, perusahaan
Dinasti Shang. dan pembentukan
persatuan perniagaan.
Bidang pertanian:
• Sejak Zaman Dinasti Han, tenggala telah diperkenalkan bagi
membuat batas tanaman;
• Kolar kuda direka untuk membolehkan kuda menarik tenggala kayu,
kereta kuda, kereta sorong beroda, dan penyisir tanah;
• Kolar kuda adalah salah satu sumbangan tamadun China kepada
dunia;
• Alat kegunaan pertanian dicipta pada zaman Dinasti Tang, Song,
Yuan, Ming, dan Ching;
• Sistem penanaman bergilir diperkenalkan bagi menjaga kesuburan
tanah;
• Kawasan bukit diteres untuk pertanian pada zaman Dinasti Shang;
• Sistem pengairan (pembinaan terusan) dibina bagi memperoleh
sumber air dalam pertanian terkawal;
• Perusahaan tembikar dan logam telah berkembang sejak
Dinasti Han.
• Hasil perusahaan tersebut diperdagangkan ke kawasan di
luar China.
• Mulanya, hasil-hasil ini dibawa menerusi jalan darat iaitu
Jalan Sutera Darat.
• Kemudian, jalan laut digunakan pada zaman Dinasti Tang.
• Sebagai bukti, terdapat tembikar China di tapak-tapak
pelabuhan kerajaan awal di Alam Melayu, India, Timur
Tengah, dan Barat.
• Hasil perusahaan China juga didagangkan di dalam negeri
sendiri.
• Persatuan perdagangan telah muncul dan membawa
kepada kelahiran golongan kelas pertengahan yang
besar.
• Faktor yang mencetuskan perkembangan ekonomi
yang pesat ialah kemajuan dalam sistem perhubungan
seperti pembinaan jalan raya, jambatan, dan alat
pengangkutan.
Cara Memajukan Sektor
Perdagangan

Menyediakan
Meningkatkan
Meningkatkan Kemudahan Menyediakan
Nilai Integriti
Pelaburan Asing Pengangkutan Tenaga Kerja
Rakyat
Yang Baik
1. Meningkatkan Pelaburan Asing
• Langkah pertama ialah dengan mempergiatkan usaha menarik lebih ramai
pelabur asing untuk datang melabur di negara kita. Justeru, kedudukan
Malaysia yang strategik perlu digunakan oleh kerajaan untuk menarik pelabur
asing yang baru. Kerajaan boleh memperkenalkan beberapa insentif kepada
pelabur asing untuk memikat mereka agar membuka kilang-kilang pembuatan
di Malaysia. Antara insentif yang boleh diperkenalkan ialah memberikan taraf
perintis dan mengurangkan cukai keuntungan syarikat oleh pihak kerajaan.
Dalam usaha menarik pelabur asing ini, rombongan menteri kerajaan ke luar
negara boleh dibuat dengan menggunakan pendekatan yang sistematik.
2. Menyediakan Kemudahan
Pengangkutan
Yang Baik
• Di samping itu, pihak kerajaan juga mesti menambahkan kemudahan pengangkutan
yang terdapat dalam negara bagi urusan eksport dan import barangan. Walaupun
negara sudah memiliki kemudahan pengangkutan awam yang baik tetapi
kemudahan pengangkutan awam ini perlu dipertingkatkan lagi. Selain itu, kerajaan
juga perlu mengenakan bayaran yang minima dalam penggunaan kemudahan
pengangkutan awam. Antara kemudahan pengangkutan awam tersebut ialah
kemudahan pelabuhan dan kemudahan lapangan terbang. Di samping itu, kerajaan
juga perlu memudahkan proses mengeksport barangan agar syarikat yang terlibat
tidak menghadapi masalah.
3. Menyediakan Tenaga Kerja
•Langkah lain ialah pihak kerajaan perlu menyediakan tenaga pekerja yang mencukupi.
Kerajaan perlu mendirikan banyak pusat pendidikan yang dapat mengeluarkan tenaga
pekerja mahir dan separuh mahir. Oleh itu, Kementerian Pelajaran dan Kementerlan
Pengajian Tinggi boleh memainkan peranan penting dalam usaha menyediakan tenaga
pekerja ini. Tindakan kerajaan membuka pusat latihan komuniti adalah langkah yang
baik dalam membekalkan tenaga kerja yang diperlukan oleh kilang-kilang. Jika perlu,
kerajaan boleh membenarkan pihak pengurusan kilang mengambil buruh asing jika
masalah kekurangan tenaga buruh terus berlaku.
4. Meningkatkan Nilai Integriti Rakyat
• Pada masa yang sama, kerajaan perlu menerapkan nilai-nilai
murni di kalangan rakyat, khususnya di kalangan pegawai
kerajaan. Antara nilai-nilai murni tersebut ialah nilai
kerajinan, amanah dan cekap. Pengusaha syarikat perkilangan
amat memerlukan pegawai kerajaan yang cekap dan amanah
bagi menguruskan hal import dan eksport barangan.

You might also like