TeknikMenjawabKimiaK2 Finale

You might also like

You are on page 1of 24

BENGKEL KIMIA KERTAS 2

– SMK PUTERI AMPANG


CIKGU DIANA
• Kod kertas : 4541

MAKLUMAT KIMIA SPM


• Kertas 1 – 50 Soalan

• Kertas 2 – 10 Soalan
• 6 Struktur = 50 Markah

• 2 esei bahagian B, Jawab 1 sahaja = 60 Markah


= 20 Markah
• 2 esei bahagian C, Jawab 1 sahaja
= 20 Markah

• Kertas 3 – 2 atau 3 soalan


• 1 – 2 soalan struktur = 33 Markah
= 17 Markah
• 1 esei
= 200 Markah
KERTAS 3
Bahagian Bentuk Soalan
Struktur • 1 atau 2 soalan
• Berdasarkan eksperimen yang telah dibuat
• [yang terkandung didalam buku PRAKTIKAL
ting. 4 dan 5)

Esei • 1 soalan SAHAJA


• Bentuk laporan eksperimen
• Jawab apa yang soalan tanya sahaja
KERTAS 3
Bahagian Bentuk Soalan

• Merekod bacaan alat radas dan titik perpuluhan


• Menjadual data
• Membuat hipotesis
• Kenalpasti pembolehubah yang terlibat
• Membuat pemerhatian dan inferen
Struktur - kesimpulan berdasarkan pemerhatian
• Membuat definasi berdasarkan operasi/kaedah yang
dilakukan.
• Membuat pengiraan
• Melukis Graf
– MESTI melebihi separuh daripada kertas graf
•Kertas 1 (Objektif)
Mulakan soalan mudah.Tinggal soalan yang tidak dapat dijawab untuk
sementara. Baca semula dan cuba jawab soalan yang ditinggalkan.
•Cadangan penggunaan masa. 1 ½ minit untuk setiap soalan. 50 soalan –75
minit termasuk semakan.
•Terus tandakan jawapan dalam kertas OMR.

•Kertas 2 (Struktur)
Soalan bermula dengan maklumat tertentu. Fahamkan dan gunakan semasa
menjawab.
•Jawapan ringkas dan tepat.Bagi soalan penghitungan,tunjukkan langkah
penghitungan.
•Cadangan penggunaan masa - 1 ½ jam (90 minit ) untuk 6 soalan termasuk
masa semakan.
•Kertas 2 (Esei)

Baca semua soalan dengan teliti.


•Pilih 1 soalan daripada bahagian B dan 1 soalan daripada bahagian C yang
dirasakan memberi isi yang tepat dan terbanyak.
•Rancangkan jawapan secara sistematik mengikut maklumat yang
dikehendaki soalan.
•Setiap soalan / bahagian soalan terdapat jumlah peruntukan markah. Ini
boleh digunakan sebagai panduan panjang jawapan. [1 markah – 1 poin]
•Berikan fakta-fakta utama. Di mana yang sesuai,huraikan jawapan dengan
bantuan gambar rajah berlabel, graf, jadual atau persamaan kimia.
•Cadangan penggunaan masa – 1 jam (60 minit) iaitu 30 minit setiap soalan
termasuk masa semakan.
Kertas 3
Soalan melibatkan eksperimen yang dijalankan di makmal. Oleh itu pelajar mesti
menghadiri pelajaran amali dan berlatih menulis laporan amali yang sempurna. Dengan
ini membantu untuk menjawab dengan baik.

Buat latihan melukis graf. Penggunaan masa - 1 jam 30 minit bagi ketiga-tiga soalan.
Untuk soalan 3 pelajar hendaklah menulis tajuk sub topik mengikut urutan seperti
dalam soalan.
MEREKOD BACAAN ALAT RADAS (KERTAS 3)

• Buret – 2 titik perpuluhan


• Voltmeter – 1 titik perpuluhan
• Pembaris – 1 titik perpuluhan
• Jam Randik – 1 titik perpuluhan
• Termometer – 1 titik perpuluhan
Analisis Soalan Tahun-Tahun Lepas

Penting sangatkah nak analisis kertas soalan tahun-tahun lepas? Bolehkah


analisis ini dapat membantu dalam peperiksaan?
Nak tahu jawabnya? PENTING! Melalui analisis perkara-perkara berikut
dapat diketahui:

1.Jenis-jenis soalan yang sering keluar atau disoal


2.Gaya penyoalan atau cara-cara penyoalan
3.Topik-topik yang sering di uji
4.Kata kunci atau istilah penting yang sering digunakan dalam soalan
supaya jawapan pelajar tidak terpesong.
5.Peruntukan markah bagi soalan-soalan yang diberi
6.Supaya dapat mengelakkan kesilapan-kesilapan yang lazim dilakukan oleh
calon-calon
MANFAAT BUAT SOALAN TAHUN-TAHUN LEPAS

1)Pelajar dapat memberi lebih tumpuan dan mengulang


kaji topik-topik yang sering diuji dan penting
2)Pelajar dapat memperlengkapkan diri dan menyediakan
minda apabila diuji dengan pelbagai bentuk soalan
3)Masa ulang kaji dapat dijimatkan dan menjadi lebih
efektif
4)Pelajar menjadi lebih peka dan berhati-hati dan dapat
mengelakkan kesilapan yang bakal dilakukan.
1)Buat analisa soalan SPM tahun-tahun lepas
•Membuat analisa soalan SPM tahun-tahun lepas adalah sangat penting untuk
mengetahui topik-topik yang kerap ditanya dalam SPM dan gaya penyoalan
yang dikeluarkan.
•Fokuskan pada stimulus yang berbeza yang dikeluarkan untuk topik yang
sama. Calon boleh memfokuskan cara menjawab bagi soalan yang mempunyai
stimulus yang pelbagai.
•Calon dapat memfokuskan jawapan berdasarkan peruntukan markah yang
diberikan menggunakan standard pemarkahan SPM sebenar.
2)Latih tubi Kertas 1
•Kumpulkan seberapa banyak set soalan Kertas 1 dari percubaan negeri-
negeri tahun semasa atau set soalan SPM tahun-tahun lepas.
•Jawab soalan Kertas 1 dengan memperuntukkan masa standard SPM iaitu 1
¼ jam untuk satu set. Kemudian semak jawapan dan kenal pasti kesalahan
dan buat pembetulan.
•Ulang untuk set yang berikutnya dan setkan peningkatan yang ditunjukkan
bagi setiap set kertas.
•Target untuk mendapat sekurang-kurangnya 40/50 bagi Kertas 1.
3) Latih tubi Kertas 2 soalan struktur (Bahagian A)
•Buat latih tubi soalan struktur dan fokuskan pada soalan aras aplikasi dan
analisis iaitu soalan 5 dan 6.
•Target untuk mendapat sekurang-kurangnya 45/60 bagi bahagian A Kertas 2.

4) Latih tubi Kertas 2 soalan esei (Bahagian B dan C)


•Tahu perbezaan soalan respon tertutup (Bahagian B) dengan soalan respon
terbuka (Bahagian C).
•Buat pemilihan soalan yang bijak (pilih salah satu dari dua soalan di Bahagian
B dan salah satu dari dua soalan dari Bahagian C).
•Kuasai teknik menjawab soalan mengeskperimen (Bahagian C) yang bernilai
10 markah.

5) Kuasai teknik menjawab Kertas 3


Fokuskan untuk mendapatkan skor 3 bagi setiap konstruk kemahiran proses sains yang
diuji.
Target untuk mendapat sekurang-kurangnya 40/50 bagi kertas 3.
Kata Tugas Penerangan / Contoh
Berikan nama dan bukan formula.
Namakan Contoh: Namakan unsur utama yang dicampur dengan kuprum untuk
membentuk gangsa.
Jawapan: Stanum, Bukan: Sn
Menulis jawapan dalam bentuk fakta ringkas sahaja. Penerangan tidak
Nyatakan diperlukan.
Contoh: Nyatakan satu sifat asid.
Jawapan: Menukarkan litmus biru kepada merah.
Menulis apa yang dilihat sahaja dari segi fizikal.
Contoh: Nyatakan pemerhatian apabila pita magnesium dimasukkan ke
dalam asid hidroklorik.
Jawapan: Pembuakan/gelembung gas.
Nyatakan pemerhatian Bukan: Gas hidrogen terbebas.

Menulis perubahan warna asal dan warna akhir.


Contoh: Nyatakan pemerhatian pada warna larutan kuprum(II) sulfat.
Jawapan: Warna biru larutan menjadi tidak berwarna/semakin pudar
Bukan: Larutan menjadi tidak berwarna.
Menulis jawapan dengan memberi sebab-sebab untuk
menjelaskan sesuatu kenyataan / fakta / prinsip.
Contoh: Terangkan mengapa gangsa lebih keras daripada
kuprum tulen
Terangkan Jawapan : Dalam kuprum tulen, atom mudah
menggelongsor.Dalam gangsa, atom stanum mengganggu
susunan atom kuprum. Dengan itu menghalang gelongsoran
atom kuprum.
Memberi makna yang tepat.
Apakah yang Contoh: Apakah yang dimaksudkan dengan hidrokarbon.
dimaksudkan Jawapan: Sebatian yang mengandungi karbon dan hidrogen
(Takrif) sahaja.
Bukan: Sebatian yang mengandungi karbon dan hidrogen.
Memberi kaedah ujian dan pemerhatian.
Berikan ujian kimia Contoh: Berikan satu ujian untuk mengenali ion Fe3+
Jawapan : Campurkan larutan natrium hidroksida. Mendakan
perang terbentuk.
Menyatakan kaedah dan pemerhatian.
Contoh: Huraikan bagaimana gas (hidrogen) disahkan hadir.
Ujian gas Jawapan: Masukkan kayu uji bernyala ke dalam tabung uji berisi gas.
Bunyi’pop’ terhasil.
Bukan: Uji gas dengan kayu uji bernyala.
Menulis dengan lengkap apa yang dilakukan,diperhati atau dideduksikan.
Contoh: Huraikan bagaimana anda menyediakan larutan kuprum(II) sulfat bermula
Huraikan daripada pepejal kuprum(II)oksida.
Jawapan : Campurkan kuprum(II)oksida kepada asid sulfurik cair sehingga
berlebihan. Turaskan untuk mendapatkan hasil turasan.
Memberikan isi-isi penting serta mengkaji setiap satu isi itu secara kritikal.
Contoh: Bincangkan dari segi teori ion mengapa pepejal plumbum(II) bromida
Bincangkan tidak boleh mengalirkan elektrik tetapi plumbum(II)bromida lebur boleh.
Jawapan: Plumbum(II) bromida adalah sebatian ion. Dalam pepejal,ion-ion terikat
kuat oleh daya elektrostatik. Oleh itu ion-ion tidak bergerak bebas. Apabila
dileburkan ion-ion bergerak bebas.
Membuat jangkaan sesuatu yang akan berlaku berdasarkan fakta.
Ramalkan Contoh: Ramalkan kenaikan suhu yang dijangka jika eksperimen I dijalankan
menggunakan radas yang lebih besar.
Jawapan:Kenaikan suhu lebih rendah.
Menyenaraikan perbezaan dan persamaan antara dua perkara.
Bandingkan > Menyenaraikan semua perbezaan antara dua perkara.
Bezakan Contoh: Nyatakan tiga sifat yang boleh membezakan antara sebatian ion dengan
sebatian kovalen.
Jawapan:[Menyenaraikan 3 sifat sebatian ion dan 3 sifat sebatian kovalen]
Melukis gambar rajah dengan lengkap

Lukiskan gambar rajah (i) Radas berfungsi (contoh: tidak bocor / gabus tidak masuk ke dalam)
radas (ii) Label
(iii) Jika ada larutan, larutan perlu dilorek.
(iv) Jika ada pemanasan-anak panah dan perkataan panaskan dibawah anak
panah.
(i) Sebatian ionik –Bilangan elektron betul bagi semua petala. Cas ion juga
Lukiskan susunan
elektron bagi sebatian ditunjukkan.
yang terbentuk (ii) Sebatian kovalen- 8 elektron disetiap petala luar dan perkongsian elektron
betul. Semua petala ditunjukkan. Bilangan atom yang berpadu juga betul.
Graf dilukis dengan paksi dilabel dan unit betul.
Skala yang sesuai,
Lukiskan graf Pemindahan titik betul,
Bentuk dan graf licin.
Jika hitung kadar pada masa tertentu-lukis segitiga tepat pada tangen
lengkungan graf.
Gambar rajah aras tenaga – anak panah tegak.
Lukiskan gambar rajah
aras tenaga 2 garis ufuk dan tenaga dilabel.
Bahan tindak balas dan hasil tindak balas di garis yang betul.
Lukiskan susunan zarah Melukis susunan zarah sekurang-kurangnya tiga baris dan bersentuh tetapi tidak
dalam pepejal bertindih. (3x3 @ 4x4)
Lukis arah pengaliran Melukis arah pengaliran elektron - anak panah pada atau selari dengan wayar
elektron dalam sel. penyambung dan bukannya merentasi larutan atau melalui larutan.
Tuliskan persamaan Persamaan yang ditulis mesti seimbang. Keadaan tidak diperlukan. Jika ditulis
kimia mesti betul.
Hitungkan Menghitung dengan menunjukkan jalan kerja (konsep) dan jawapan akhir serta
unit.
Kesilapan Biasa Calon
Soalan Struktur
•Menyalin semula soalan
•Tidak memahami tugasan soalan / kehendak soalan
•Jawapan terlalu panjang / memanjangkan jawapan
•Memberi lebih daripada satu jawapan
•Memberi unit yang salah
• Masalah ejaan pada istilah
Soalan Esei
• Jawapan terlalu umum – tiada isi
• Tidak faham kehendak soalan
• Isi yang diberi tidak sama dengan markah yang diperuntukkan.
• Tidak menyertakan gambar rajah sebagai pelengkap
• Tulisan sukar dibaca
• Bahasa – penyampaian tidak memuaskan & fakta tidak tersusun
Lain-lain (terdapat dalam struktur dan esei)

 Persamaan tidak seimbang


 Tidak dapat membezakan antara persamaan ion, persamaan setengah tindak
balas atau persamaan kimia
 Tidak dapat menyatakan warna bahan dengan tepat
 Tidak menyebut warna asal bagi sesuatu perubahan
 Kesilapan gambar rajah
 Kesilapan dalam penghitungan iaitu tidak menunjukkan jalan kerja
 Tidak menghuraikan kaedah bagaimana ujian ke atas sesuatu bahan
dijalankan
 Tertinggal perlakuan-perlakuan penting dalam huraian eksperimen seperti
gaulkan, campurkan, gaulkan campuran dengan rata, panaskan dengan kuat
•Bagi huraian eksperimen yang berkaitan dengan kuantiti, terdapat calon
yang tidak memberikan kuantiti yang sesuai malah ada yang tidak menyebut
langsung
•Keliru dengan pemerhatian. Contoh: Gas hidrogen dibebaskan. Sepatutnya
pembuakan/ gelembung gas
•Melukis graf : paksi-paksi tidak dilabel dan tiada unit
•Menganggap Siri Kereaktifan sama Siri Elektrokimia
•Tidak menyebut keadaan bahan yang digunakan atau hasil yang terbentuk
•Soalan yang memerlukan perbezaan antara dua bahan, ada calon yang
menumpukan kepada satu bahan sahaja. Misalnya soalan tentang perbezaan
sebatian ionik dan sebatian kovalen. Calon hanya memberikan sifat sebatian
ionik sahaja
(LINK ISTILAH)
•Penguasaan

(a) Bahasa/ istilah


Gunakan istilah yang tepat, tidak kabur atau secara umum sahaja
•Perlu latihan menggunakan bahasa yang tepat dalam menghuraikan eksperimen, memberi maksud
atau menerangkan sesuatu konsep.
•(b) Formula bahan kimia
Perlu untuk membina persamaan kimia.
•Jenis-jenis persamaan harus diketahui dan dapat dibezakan. Misalnya persamaan ion, setengah
persamaan.
•Persamaan penting kerana digunakan untuk menghitung kuantiti bahan atau hasil tindak balas.
•(c) Huraian eksperimen
Jawapan mestilah lengkap dan terperinci tidak hanya melukis gambar rajah susunan radas tanpa
huraian.
•Tulis senarai bahan kimia dan alat radas.
•Beri penekanan kepada cara membuat pemerhatian dan kemahiran proses.
•Amalkan pembelajaran menyeluruh dan seimbang - iaitu dengan memberi tumpuan yang sama
kepada semua bahagian dalam sukatan pelajaran kimia.
Calon perlu buat enam perkara ini jika mahu skor A+ Kimia SPM'
1) Kuasai perkaitan antara topik-topik dalam subjek
•Calon perlu memahami perkaitan antara semua topik yang telah dipelajari dalam subjek Kimia
dan menguasai isi kandungan subjek.
Lebihkan latihan bagi topik sebatian karbon dan hubungkaitkan
alkana , alkena , alkohol, asid karboksilik dan ester.

Jangan terus melupakan tajuk-tajuk / bahagian yang banyak


menghafal dan mengingat. Perkara yang perlu dihafal ialah:     

Jadual Berkala bagi unsur kumpulan 1,17 dan 18 serta kala 3.


•Jadual cas ion
•Siri elektrokimia /siri kereaktifan
•Formula am siri homolog dan nama bagi 10 ahli pertama dalam setiap
siri homolog.
•Keterlarutan garam
•Ujian kualitatif anion dan kation
•Carta aliran penukaran etanol.

You might also like