You are on page 1of 35

KONSEP STRATEGI

Kebolehan guru dalam memilih ,


menyusun dan mengurus sesuatu
rancangan dengan tujuan menghasilkan
pencapaian yang optimum.
3 Jenis Strategi

1. Strategi Pemusatan Guru

2. Strategi Pemusatan Murid

3. Strategi Pemusatan Bahan


Strategi Pemusatan Guru

Guru memainkan peranan yang utama

Guru menguasai dan mengawal aktiviti murid

Guru bercakap murid mendengar - komunikasi sehala

Kepimpinan guru bersifat autokratik

Guru mengutamakan pencapaian objektif pengajaran guru

Guru mementingkan pencapaian akademik


STRATEGI PEMUSATAN MURID

Murid memainkan peranan aktif dalam proses P & P

Komunikasi dan interaksi guru – murid dua hala

Ciri kepimpinan guru bersifat demokratik

Strategi P & P lebih mengutamakan pencapaian objektif


pembelajaran murid

Perkembangan murid secara menyeluruh

Perbezaan individu diberi perhatian


STRATEGI PEMUSATAN BAHAN

Dua kategori BBM:


i) bahan pengajaran digunakan oleh guru seperti carta,
model, gambar, kad kerja atau kad imbasan.
ii) bahan bantu pembelajaran digunakan oleh murid seperti
kad aktiviti, kad cantuman, lembaran kerja, pembilang dan
lain-lain.
Mengutamakan kecekapan dan kemahiran menggunakan
bahan untuk mencapai objektif
Menekankan perkembangan kognitif, rohani dan jasmani
Menggunakan bahan bantu mengajar untuk membantu
murid memahami konsep yang abstrak dengan lebih jelas
Mempertingkatkan interaksi sosial murid
Mengajar dan belajar melalui pengalaman
KONSEP PENDEKATAN

Merujuk kepada cara bagaimana sesuatu


mata pelajaran itu diajarkan untuk mencapai
objektifnya.

Terdapat beberapa pendekatan yang boleh


digunakan dalam kelas khas .
PENDEKATAN INDUKTIF

Melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumat

Murid membuat kesimpulan

Guru membimbing murid melalui aktiviti soal jawab dan


menyediakan contoh-contoh yang sesuai

Guru membina soalan-soalan untuk membimbing murid


membina kesimpulan

BBM harus disediakan untuk memudahkan murid membuat


kesimpulan

Aktiviti P & P melibatkan penggunaan deria seperti


penglihatan, pendengaran dan sentuhan
PENDEKATAN ELEKTIF

Merupakan gabungan pendekatan yang digunakan sebagai


satu strategi untuk melaksanakan pengajaran di dalam
kelas.

Contohnya:

Guru menggunakan pendekatan strategi pemusatan


bahan untuk kumpulan yang menjalankan aktiviti
pengkayaan dan strategi pemusatan guru untuk
kumpulan yang menjalankan pemulihan.
PENDEKATAN TEMATIF

Berkait rapat dengan aktiviti P&P


secara kumpulan
Sesuai digunakan sebagai proses
perbincangan tema dalam aktiviti
kumpulan
Cara Pelaksanaan
a) Tema dipecahkan kepada sub-topik dan
dibincangkan dalam kumpulan mengikut
tahap kebolehan murid.
Contoh : tema : Kebersihan

Sub topik :
i) Kebersihan diri
ii) Kebersihan tempat tinggal
iii) Kebersihan kelas
KUMPULAN KUMPULAN
CERDAS SEDERHANA

Sub-Topik Sub-Topik

TEMA

Sub-Topik

KUMPULAN
LAMBAT
b) Tema yang sama diberikan dan
dibincangkan oleh murid-murid dalam
kumpulan pelbagai kebolehan.
Contoh : tema : binatang peliharaan
Kumpulan A : jawab soalan tentang binatang
Kumpulan B : lukis gambar binatang
Kumpulan C : gunting dan tampal
KUMPULAN
KUMPULAN
2
1

Topik X Topik X

TEMA

Topik X

KUMPULAN
3
PENDEKATAN PEMBELAJARAN MASTERI

Memastikan murid dapat menguasai sesuatu

 kemahiran dengan cekap dan lengkap.

 Menguasai kemahiran melalui latih tubi.

 Merangkumi 4 langkah.
4 LANGKAH PENDEKATAN PEMBELAJARAN MASTERI

• Menerangkan objektif secara eksplisit.

• Teknik P & P yang berkesan termasuk penggunaan bahan


bantu mengajar.

• Penilaian.

• Aktiviti susulan.

Objektif Teknik P & P Penilaian Aktiviti Susulan


PENDEKATAN KOPERATIF DAN KOLABORATIF

P & P secara kumpulan di bawah bimbingan guru.

Guru sebagai pembimbing dalam sesuatu kumpulan


pelbagai kebolehan dalam menyelesaikan sesuatu
tugasan atau projek.

Latih tubi dilaksanakan.


Kriteria Asas Menjayakan P & P
Secara Koperatif Dan Kolaboratif:

Semangat saling bergantungan yang positif.

Kemahiran sosial.

Kesedaran akauntabiliti individu.

Penilaian kumpulan.
LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN-PEMBELAJARAN
SECARA KOPERATIF DAN KOLABORATIF

Bahagikan kumpulan murid dan berikan nama-nama


kumpulan.

Nyatakan objektif, bahan bantu mengajar yang


digunakan serta langkah-langkah melakukan aktiviti.

Mengajar prosedur melaksanakan aktiviti.

Tentukan kerjasama dalam kumpulan.

Tegaskan tanggungjawab setiap ahli kumpulan.

Nilaikan kumpulan.
KAEDAH DAN TEKNIK MENGAJAR

2.0 PENGAJARAN SECARA KUMPULAN

Berasaskan strategi berpusat pada murid


Menguasai kemahiran mengikut kebolehan masing-masing
Jenis kumpulan
a. mengikut kebolehan
b. mengikut kumpulan untuk membantu guru merancang
objektif pengajaran-pembelajaran secara berperingkat
Murid dikumpulkan berdasar hasil penilaian (ujian diagnistik/
RPI)
Sesuai digunakan untuk aktiviti kemahiran asas membaca,
menulis dan mengira (Bahasa dan Matematik)
Ahli dalam satu kumpulan boleh ditukarkan kepada kumpulan
lain mengikut tahap kebolehan
Komposisi ahli tidak sama untuk setiap kumpulan bagi mata
pelajaran yang berlainan
2.0.1 KUMPULAN PELBAGAI KEBOLEHAN

Pembentukan kumpulan murid-murid yang mempunyai


* pelbagai kebolehan
* pelbagai kecenderungan

Sesuai untuk menjalankan aktiviti


* permainan
* simulasi
* perbincangan
* projek dan
* ujikaji

Murid-murid cerdas dapat membantu murid-murid


lemah
2.1 PENGAJARAN SECARA INDIVIDU

Kaedah mengajar antara guru dan murid

Kaedah digunakan untuk murid-murid yang


* mempunyai masalah tingkahlaku,
* belum menguasai kemahiran yang diharapkan,

* pintar cerdas dan sebagainya

Murid-murid dapat mengembangkan potensi secara


menyeluruh serta seimbang dari segi
* intelek
* rohani
* jasmani
* sosial
2.1.1 FAKTOR-FAKTOR YANG DIAMBIL KIRA DALAM
PENGAJARAN SECARA INDIVIDU

 Kebolehan dan pengalaman sedia ada murid

 Punca masalah yang dihadapinya

 Strategi dan teknik mengajar

 Isi pelajaran dan bahan bantu mengajar

 Langkah-langkah pengajaran mengikut urutan

 Aktiviti pengukuhan dan penilaian


2.2 TUNJUK CARA (DEMONSTRASI)

Penerangan , demonstrasi cara atau langkah aktiviti oleh


guru di hadapan murid

Aktiviti pendengaran dan penglihatan oleh murid

Demonstrasi mengukuhkan ingatan murid tentang langkah-


langkah melaksanakan sesuatu tugasan atau aktiviti

Memudahkan pemahaman serta menimbulkan minat murid

Murid melakukan latihan amali untuk menguasai kemahiran


dengan tepat dan kukuh

Semasa demonstrasi murid, guru dapat membetulkan


sebarang kesilapan yang berlaku dengan segera

Membina keyakinan diri murid


2.2.1 JENIS-JENIS TUNJUK CARA

A Model Hidup
- Model yang sebenar digunakan untuk
melaksanakan demonstrasi

B Model Simbolik
- Tunjuk cara dilakukan berdasarkan
langkah-langkah secara bertulis,
bergambar atau arahan guru

C Model Persepsi
- Tayangan video sesuatu demonstrasi
2.3 SIMULASI
* Teknik simulasi di gunakan untuk
membolehkan murid-murid berlatih
sendiri aktiviti lakonan dalam keadaan
yang teratur dan terkawal dengan
tujuan mencari penyelesaian sesuatu
masalah
2.3.1 JENIS-JENIS SIMULASI
a. Sosio drama
 Aktiviti lakonan berdasarkan cerita
lengkap. Skrip lakonan disediakan
terlebih dahulu supaya murid dapat
membaca dan membuat persediaan.
 Selepas berlakon, aktiviti
perbincangan diadakan untuk
menganalisa watak-watak lakonan dan
membuat rumusan.
b. Main Peranan
 Satu lakonan spontan tanpa
menggunakan sebarang skrip.
 Aktiviti ini berdasarkan sesuatu situasi
atau masalah yang timbul
 Tempoh lakonan hanya 5-6 minit
sahaja.
 Melalui aktiviti main peranan murid
dapat mengukuhkan kemahiran
pertuturan dan melatih diri untuk
berfikir secara spontan.
2.4 BERCERITA
 Satu kaedah mengajar yang
membolehkan guru menyampaikan isi
pengajaran melalui teknik bercerita.
 Penyampaian cerita melalui pita
rakaman,boneka atau secara lisan.
 Pilih cerita yang sesuai dengan
minat,kebolehan, umur dan
pengetahuan am murid.
 Guru perlu menghafaz isi-isi cerita.
Sediakan alat bantu mengajar seperti kad
perkataan, gambar ,topeng yang boleh menarik
minat dan perhatian murid.
Masa bercerita,guru boleh duduk atau berdiri
Gunakan suara yang menarik dan dengan
penuh emosi.
Pandang terus kepada murid secara bergilir-
gilir.
Gunakan kad perkataan dan gambar untuk
membantu murid memahami isi-isi cerita.
Guru boleh mengemukakan beberapa soalan
semasa bercerita.
Gunakan perkataan dan ayat yang boleh
difahami selepas bercerita. Aktiviti susulan
boleh dijalankan.
2.5 BERMAIN
 Teknik mengajar yang memberi
peluang kepada murid-murid
melakukan aktiviti berpura-pura di
bawah keadaan terkawal.
 Sesuai digunakan sebagai aktiviti
pengukuhan,pengayaan dan
pemulihan contohnya kuiz,teka-
teki,penyelesaian masalah,memadan
dan demonstrasi.
 Boleh dilaksanakan secara
kelas,individu,berpasangan atau
kumpulan.
2.5.1 Langkah-Langkah Pelaksanaan.

Mengikut Jill Hadfield,1984,langkah-langkah


pelaksanaannya ialah:

 Penerangan dan demonstrasi guru tentang


cara permainan dijalankan.
 Sekumpulan kecil murid dipilih membuat
demonstrasi permainan yang diajar.
 Menjalankan aktiviti permainan.
 Di akhir permainan, murid merumus apa yang
telah dipelajari.
2.6 PROJEK
Menurut Professor William Kilpatrik(1871-1965)
kaedah projek ialah:

 Satu kaedah yang diubah suai daripada kaedah P&P


melalui aktiviti permainan,kerja praktik,kajian dan lawatan.
 Murid dapat mengalami satu situasi yang benar.
 Meningkatkan minat dan perhatian murid.
 Aktiviti dijalankan selepas murid menguasai kemahiran
kemahiran tertentu.
 Murid memperolehi pengalaman yang lebih luas.
 Dapat mengembangkan potensi murid dalam aspek jasmani
dan sosial.
 Memberi pengukuhan kepada kemahiran-kemahiran yang
baru dikuasai.
 Boleh dilaksanakan secara individu atau kumpulan.
 Contoh-contoh: Projek kaji selidik, projek hasil tangan dan
lawatan.
2.6.1 Langkah-Langkah Pelaksanaan.

 Menentukan objektif pengajaran mengikut


kebolehan murid.
 Menyediakan alat-alat dan bahan-bahan yang
diperlukan.
 Merancang aktiviti.
 Pembahagian tugas bagi setiap murid dalam
kumpulan.
 Menentukan tugas yang memerlukan
bimbingan guru dan tugas yang memerlukan
kepimpinan murid daripada kumpulan cerdas.
 Mempamerkan hasil-hasil kerja.
 Penilaian.
2.7 PENGAJARAN BERPASUKAN

Mengikut Sharifah Alawiyah Alsagofff(1984):

 “ pengajaran berpasukan ialah pengajaran


yang melibatkan dua orang guru atau lebih
yang sentiasa bekerjasama dalam
merancang,menyampaikan dan menilai
pengajaran yang disediakan untuk satu
kumpulan murid yang sama”
 Pengajaran boleh dilaksanakan secara
kelas,kumpulan dan individu.

You might also like