You are on page 1of 11

SIFAT CAHAYA

SAINS TAHUN 4
OLEH: CIKGU HAIRUL IZAD
 Pada akhir PDP, murid- murid akan dapat:

1. Menyatakan cahaya bergerak lurus


2. Membanding dan membezakan bayang-
OBJEKTIF bayang yang terhasil apabila cahaya
PEMBELAJARAN dihalang oleh bahan lutsinar, lutcahaya
dan legap.
5.1.1  PERGERAKAN CAHAYA

Cahaya kelihatan bergerak daripada sumber cahaya. Pergerakan ini adalah dalam garis lurus.

Cahaya bergerak secara lurus. 

Banyak fenomena cahaya bergerak lurus yang berlaku di sekeliling kita:


• Cahaya daripada lampu kereta.
• Alur cahaya matahari pada celahan pokok di kawasan hutan.
• Cahaya daripada lampu helikopter. ​
5.1.2  KEJELASAN BAYANG-BAYANG OBJEK

1. Bayang-bayang terbentuk apabila cahaya yang bergerak lurus dihalang oleh sesuatu objek.

2. Kejelasan bayang-bayang yang terbentuk mungkin berbeza mengikut jenis objek yang menghalangnya, iaitu sama ada lut
sinar, lut cahaya atau legap.
1. Plastik jernih ialah contoh objek lut sinar kerana membenarkan semua cahaya melaluinya.

2. Plastik berwarna ialah contoh objek lut cahaya kerana membenarkan sebahagian cahaya melaluinya.

3. Kad manila pula ialah contoh objek legap kerana tidak membenarkan cahaya melaluinya. 
5.1.3  FAKTOR YANG MEMPENGARUHI SAIZ
BAYANG-BAYANG
Terdapat dua faktor yang mempengaruhi saiz bayang-bayang:
Jarak di antara objek dengan sumber cahaya
Jarak di antara objek dengan skrin

Faktor 1: Jarak di antara objek dengan sumber cahaya.


Tujuan: Untuk menyiasat hubungan di antara jarak objek dengan sumber cahaya dan saiz bayang-bayang.
Hipotesis: Semakin bertambah jarak di antara objek dengan sumber cahaya, semakin berkurang saiz bayang-bayang.
Pemboleh ubah:
Dimanipulasi: Jarak di antara objek dengan sumber cahaya
Bergerak balas: Saiz bayang-bayang
Dimalarkan: Jarak di antara objek dengan skrin.
Pemerhatian:
                          

               
Kesimpulan: Semakin bertambah jarak di antara objek dengan sumber cahaya, semakin berkurang saiz bayang-bayang. 
Faktor 2: Jarak di antara objek dengan skrin.
1. Tujuan: Untuk menyiasat hubungan di antara jarak objek dengan skrin dan saiz bayang-bayang.
2. Hipotesis: Semakin bertambah jarak di antara objek dengan skrin, semakin bertambah saiz bayang-bayang.
3. Pemboleh ubah:
1.Dimalarkan: Jarak di antara objek dengan sumber cahaya
2.Bergerak balas: Saiz bayang-bayang
3.Dimanipulasi: Jarak di antara objek dengan skrin
4. Pemerhatian:

                                      
Kesimpulan: Semakin bertambah jarak di antara objek dengan skrin, semakin bertambah saiz bayang-bayang. 
RUMUSAN

 Cahaya bergerak lurus di dalam jalur cahaya yang dipanggil sinar cahaya.

 Bayang- bayang terbentuk apabila pergerakan cahaya dihalang oleh sesuatu objek sama ada objek lutsinar, lutcahaya
atau legap.
 Faktor- faktor yang mempengaruhi saiz bayang- bayang adalah:
1. Jarak di antara objek dengan sumber cahaya
2. Jarak di antara objek dengan skrin

You might also like