You are on page 1of 10

DEFINISI RANTAI MAKANAN

Rantai makanan ialah hubungan makanan antara benda hidup


dalam sesuatu habitat.

Semua rantai makanan bermula dengan tumbuhan


hijau sebagai pengeluar.

Tumbuhan hijau tidak makan untuk mendapatkan


tenaga.Tumbuhan memperoleh tenaga daripada cahaya matahari
untuk mensintesis makanannya sendiri.

Haiwan adalah pengguna dalam sesuatu rantai makanan.

Haiwan makan haiwan lain atau tumbuhan untuk memperoleh


tenaga.
• Siratan Makanan Hidupan
a) Tumbuhan mungkin dimakan oleh lebih daripada sejenis
haiwan
b) Seekor haiwan mungkin makan lebih daripada sejenis
makanan.
c) Beberapa rantai makanan boleh dijalinkan untuk
membentuk satu siratan makanan.
d) Rantai makanan boleh digabungkan untuk membentuk satu
siratan makanan.
e) Siratan makanan adalah penting kerana mengawal bilangan
hidupan dalam suatu habitat.
f) Perubahan populasi spesies tertentu dalam satu siratan
makanan akan memberi kesan kepada spesies lain dalam
siratan makanan itu.
Dalam contoh siratan makanan diberi terdapat 6 rantai makanan:
       i.     Pokok padi    burung pipit    ular    helang
       ii.    Pokok padi   tikus    ular    helang
       iii.   Pokok padi    belalang    burung pipit    ular  helang  
       iv.   Pokok padi    tikus    helang 
       v.    Pokok padi    belalang   ayam    ular   helang
       vi.   Pokok padi    belalang    ayam   helang 
PENGELUAR

PENGELUAR
Kepentingan Siratan Makanan
 
► Memastikan kemandirian spesies - jika sesuatu haiwan hanya
memakan sejenis makanan sahaja dan sekiranya makanan itu telah
habis dimakannya, haiwan itu akan mati kebuluran. 

►Hidupan boleh memperolehi makanan daripada  pelbagai


sumber. 

►Apabila mana-mana rantai makanan dalam siratan makanan


terganggu, bilangan hidupan dalam siratan makanan akan
berubah. Contoh : Pengurangan bilangan tikus akibat diracun akan
mempengaruhi bilangan ular. 
 
►Terdapat saling pergantungan di antara pelbagai hidupan dalam
siratan makanan

You might also like