You are on page 1of 37

SISTEM

INTEGUMENTARI
SAINS SUKAN STPM
KULIT

Kulit mempunyai dua lapisan yang terdiri


daripada tisu yang amat berbeza yang melekat
antara satu sama lain. Lapisan itu ialah :
1. Epidermis (Lapisan Luar)
2. Dermis/Korium (Lapisan Dalam)
STRUKTUR KULIT
1. EPIDERMIS
 Terdiri daripada lapisan epitelium yang berasal
daripada ektoderma.
 Terbentuk daripada lima lapisan:
1. Stratum Korneum
2. Stratum Lusidum
3. Stratum Granulosum
4. Stratum Spinosum
5. Stratum Basal
 Stratum basal dibentuk oleh sel-sel kolumnar
atau kiub.
 Terdapat sel yang berbentuk poligon(segi
banyak) sel yang berbentuk skuamus (leper
dan bersisik)
 Sel yang lebih superfisial yang membentuk
stratum korneum menjadi lapisan tidak hidup
yang disebut keratin.
 Keratin ialah protein berserat yang kuat, amat
rintang terhadap perubahan kimia dan secara
relatifnya kalis air.
 Epitelium yang membentuk epidermis terdiri
daripada banyak lapisan yang dibentuk oleh
sel leper dan diliputi keratin.
 Epidermis tersebut tersebut dikelaskan sebagai
epitelium skuamus berlapis berkeratin
1.1 Pengkeratinan
 Pada epitelium skuamus berlapis berkeratin,
sel baru dibentuk di stratum basal dan sel yang
lebih tua akan ditolak ke lapisan yang lebih
superfisial.
 Sel tua ini akan mati dan digantikan dengan
keratin.Proses ini dikenali sebagai
Pengkeratinan.
 Proses pembentukan sel baru mengambil masa
selama kira-kira dua minggu.
1.2 Pigmen
 Pigmen seperti melanin, melanoid, karotena,
hemoglobin terturun dan oksihemoglobin di
kulit akan menberi warna kulit.
 Melanin yang dihasilkan oleh sel melanosit
epidermis disimpan di dalam sel stratum basal
dan berfungsi untuk melindungi tubuh
daripada cahaya ultraungu.
1.3 Rabung Papilari
 Terdapatnya rabung kecil dan alur yang
disebut rabung papilari di permukaan palma
tangan dan plantar kaki.
 Setiap individu mempunyai corak rabung
papilarinya yang tersendiri. Oleh itu, bekas jari
pada orang dewasa dan bekas kaki pada bayi
digunakan untuk pengenalpastian seseorang.
 Epidermis, terutamanya lapisan berkeratin,
amat tebal ditapak tangan dan tapak kaki.
 Memberi perlindungan terhadap penghausan
yang selalu berlaku di bahagian ini.
 Epidermis tidak mempunyai saluran
darah.Nutriennya dibekalkan melalui cecair
tisu yang terdapat di lapisan dermis.
2. DERMIS(KORIUM)
 Terdiri daripada tisu perantara yang berkembang
daripada mesoderma (bahagian tengah daripada tiga
lapisan primer embrio).
 Menyokong epidermis dan mengikatkannya pada
lapisan dalam iaitu hipodermis(tisu subkutaneus).
 Tebal dermis ialah kira-kira 0.25 ke 2.5 mm.
 Dermis amat tebal di tapak tangan dan tapak kaki,
tetapi nipis di kelopak mata, penis dan skrotum.
 Dermis terdiri daripada dua lapisan dengan
sempadan yang tidak nyata di antaranya.
Lapisan itu ialah :

1. Lapisan Papilari (superfisial)


2. Lapisan Retikular (profundus/dalam)
2.1 Lapisan Papilari
 Lapisan ini lebih nipis dan terdiri daripada tisu
perantara yang kendur.
 Mempunyai sel tisu perantara seperti fibroblas, sel
mast dan makrofaj.
 Permukaan superfisial lapisan papilari ini banyak
mempunyai unjuran(projection)menyerupai jari yang
disebut papila dermis.
 Papila dermis ini berselang-seli(interdigitate) dengan
unjuran epidermis.
2.2 Lapisan Retikular
 Lapisan lebih tebal dan terdiri daripada tisu
perantara yang padat dengan susunan yang
tidak sekata.
 Berkas serat kolagen yang terdapat
didalamnya saling berangkai antara satu sama
lain menyerupai jaring.
 Kedua-dua lapisan dermis ini juga
mengandungi jaringan serat kenyal.
 Gabungan serat kolagen dan serat kenyal ini
memberikan kekuatan, keutuhan, kebolehan untuk
meregang (ekstensibiliti) dan kekenyalan(kebolehan
untuk berbalik kepada bentuk asal) kepada kulit.
 Dermis kaya dengan jaringan saluran darah dan limfa.
 Di beberapa kawasan dermis darah mengalir secara
langsung dari arteri ke vena melalui anastomosis
arteriovena atau pintasan(shunt).
 Bekalan saraf juga kaya di dermis.
 Dermis juga mempunyai beberapa terbitan
epidermis seperti folikel rambut, kelenjar
peluh dan kelenjar sebum.
APENDAJ KULIT
1. Folikel Rambut
 Struktur berkeratin yang panjang dan
berkembang daripada invaginasi epitelium
epidermis.
 Rambut ialah ciri khas mamalia.
2. Kelenjar Peluh
 Berdasarkan struktur dan kedudukannya,
kelenjar peluh boleh dibahagikan kepada dua
jenis utama :
1. Kelenjar peluh ekrin(merokrin)

2. Kelenjar peluh apokrin


3. Kelenjar Sebum
 Terdapat di lapisan dermis seluruh tubuh
kecuali di tapak tangan dan tapak kaki.
 Kebanyakan kelenjar sebum berkait dengan
rambut dan biasanya terdapat di antara otot
arektor pili dengan folikel rambutnya.
 Duktus kelenjar sebum yang berkait dengan
folikel rambut membuka ke leher folikel
rambut.
 Tetapi kelenjar sebum yang tidak berkait
dengan folikel rambut membuka secara terus
ke permukaan kulit.
 Kelenjar sebum seperti ini didapati di bibir,
glans panis, labia minora dan kelejar tarsus
kelopak mata.
FUNGSI KULIT
1. Perlindungan
 Epidermis, terutama lapisan bekeratinnya
bertindak sebagai lapisan pelindung daripada
kerosakan atau kelusuhan akibat penggunaan
biasa (wear and tear) dan juga daripada
kemasukan organisma.
 Sebum yang dihasilkan oleh kelenjar sebum
kulit merencatkan pertumbuhan beberapa
bakteria.
 Pigmen melanin memberi perlindungan
kepada kulit terhadap sinaran ultraungu cahaya
matahari.
 Dengan adanya akhiran saraf deria di kulit,
tubuh dapat melakukan tindakan refleks
terhadap ransangan sakit atau kasar dan
melindungi tubuh daripada kecederaan.
2. Lapisan Kalis Air
 Keratin yang bersifat kalis air dapat mencegah
kehilangan air yang berlebihan melalui
penyejatan.
 Keratin juga memberi perlindungan semasa
mandi dalam air tawar tanpa menyebabkan
tubuh bengkak dengan air atau semasa mandi
dalam air laut yang bergaram tanpa
menyebabkan tubuh kecut.
3. Pengawalaturan Suhu badan
 Manusia tergolong dalam kumpulan berdarah
panas dan suhu tubuh ditetapkan pada purata
36.8°C
 Pada keadaan suhu sekitaran yang panas atau
selepas senaman berat yang menhasilkan haba
tubuh yang berlebihan, saluran darah di dermis
mengalami dilatasi.
 Kelebihan darah di permukaan kulit ini menyebabkan
aliran darah yang banyak ke kulit.
 Kelebihan darah di permukaan kulit akan meningkat
pengeluaran haba daripada tubuh secara sinaran,
konduksi dan perolakan.
 Proses perpeluhan mengeluarkan haba tubuh melalui
penyejatan peluh.
 Dalam persekitaran sejuk, konstriksi arteri
membolehkan tubuh menyimpan haba.
4. Penghasilan Vitamin D³
 Vitamin D³, iaitu kolekalsiferol dihasilkan di
kulit, hasil tindak balas cahaya matahari
dengan 7-dehidrokolesterol.
 Tanpa vitamin D³ daripada sumber lain,
kanak-kanak yang tidak terdedah kepada
cahaya matahari akan mengalami
rikets(kelembutan tulang)
5. Bertindak Sebagai Organ
Reseptor
 Oleh sebab kulit mengandungi akhiran saraf
untuk beberapa jenis penderiaan yang berbeza,
ia dapat bertindak sebagai organ reseptor yang
berhubung langsung dengan pesekitaran.
6. Pengenalpastian Diri
 Corak rabung papilari yang unik pada setiap
individu digunakan untuk mengenalpasti
seseorang individu.
 Bekas jari dan bekas kaki digunakan untuk
tujuan pengenalpastian ini.
BEKALAN DARAH, LIMFA DAN SARAF
KE KULIT DAN APENDAJNYA
1. Arteri
 Arteri yang membekali kulit membentuk dua pleksus,
iaitu satu di antara lapisan papilari dengan retikular di
dermis, dan satu lagi di antara dermis dengan tisu
subkutaneus (hipodermis)
 Cabang arteri yang halus meninggalkan pleksus ini
dan membekali papila dermis, rambut dan akhiran
saraf.
 Setiap papila hanya mempunyai satu arteri menaik
dan satu vena menurun.
2. Vena
 Vena tersusun dalam tiga pleksus, dua di antaranya
terletak bersama-sama pleksus arteri, manakala
pleksus vena yang ketiga terletak di tengah dermis.
 Anastomosis atau pintasan anteriovena kerap terdapat
di kulit, terutamanya di hujung distal jari-jari, hidung
dan bibir.
 Anastomosis ini menghubungkan arteriol dengan
venul, oleh itu darah melepasi ‘rankaian kapilari’.
3. Pengaliran Limfa Kulit
 Saluran limfa kulit bermula di papila dermis
dan bertemu untuk membentuk dua pleksus.
4. Pensarafan Kulit Dan Apendajnya
 Kulit kaya dengan bekalan saraf deria dan
motor.
 Saraf ini umumnya membentuk pleksus di
dermis dan tisu subkutaneus (hipodermis)
Penuaan (Aging) Sistem
Integumentari
 Walaupun kulit mengalami penuaan secara
malar, kesan yang jelas tidak akan berlaku
sehinggalah seseorang mencapai umur lewat
empat puluhan.
 Serat kolagen menjadi keras, tercerai dan
kehilangan bentuk.
 Serat kenyal menjadi tebal dan ini
mengakibatkan kulit berkedut.
 Fibroblas yang menghasilkan serat kolagen dan
kenyal berkurangan dan sel makrofaj menjadi fagosit
yang kurang cekap.
 Selain itu, rembesan kelenjar sebum juga
berkurangan menyebabkan kulit menjadi kering,
pecah dan rentan terhadap infeksi.
 Jumlah melanosit yang berfungsi juga berkurangan
dan ini menyebabkan rambut menjadi kelabu dan
terdapatnya pigmentasi atipikal pada kulit.

You might also like