You are on page 1of 16

LATIHAN DALAM

PERKHIDMATAN
(LDP)
LDP

1. Peluang meningkatkan ilmu & kemahiran


kepada guru-guru.
2. Merupakan usaha yang ditekankan dalam
PIPP – memperluas & memantapkan kursus &
latihan kepada para guru.
3. Guru-guru dalam perkhidmatan diwajibkan
menghadiri 7 hari kursus setiap tahun.
4. Fokus kepada :
 Pengurusan pembestarian sekolah
 Sains & teknlogi
 Teknologi maklumat & komunikasi
 Pengurusan kokurikulum
 Transformasi kurikulum
 Pentaksiran & penilaian
 Pedagogi terkini & mastery learning
Tujuan LDP

1. Memberi peluang kepada guru untuk


memperbaharui & menambah pengetahuan.
2. Memperbaiki kecekapan guru.
3. Membawa anjakan paradigma erhadap guru
terhadap isu pendidikan.
4. Meningkatkan kemahiran berfikir secara kritis
& kreatif dalam menyelesaikan masalah.
5. Supaya guru celik TMK.
Peranan Bahagian Pendidikan Guru
(BPG)
1. Melaksanakan LDP/KDP kepada guru yang
sedang berkhidmat.
2. Kursus yang ditawarkan terdiri daripada
kursus pendek (3-4 hari) hinggalah kursus
panjang (1 tahun).
3. Kebanyakan kursus dijalankan di IPG seluruh
Malaysia.
Objektif Kursus

1. Meningkatkan pengetahuan guru tentang


inovasi terkini dalam pendidikan.
2. Memenuhi tuntutan semasa & keperluan
negara.
3. Meningkatkan kualiti pengajaran di bilik
darjah.
4. Melengkapkan guru dengan pelbagai
kecekapan.
5. Menyemai dalam diri guru bahawa
pembelajaran merupakan proses
Pembelajaran Sepanjang Hayat.
6. Membolehkan guru menghadapi & mengatasi
cabaran dalam pendidikan.
7. Melengkapkan guru dengan pengetahuan &
kesedaran berhubung dasar-dasar pendidikan.
8. Memartabatkan profesion keguruan.
Antara Kursus Yang Ditawarkan :

I. Kursus Pendek – Kursus Bestari 4 Minggu.


II. Kursus dalam Perkhidmatan 14 Minggu –
Kursus Bimbingan & Kaunseling Guru Sekolah
Rendah.
III. Kursus Sijil Perguruan Khas SatuTahun (KSPK).
IV. Kursus Kejurulatihan KOMSAS.
V. Kursus kejurulatihan Sukan & Permainan.
PEMBELAJARAN
AUTENTIK
Pembelajaran Autentik (PA)

• Pembelajaran berasaskan aktiviti dalam


suasana sebenar yang membolehkan seseorang
pelajar menumpukan pada pengetahuan &
kemahiran seperti kemahiran berfikir &
kemahiran menyelesaikan masalah.
• Pembelajaran autentik ialah aktiviti berasaskan
tugasan yang relevan dengan keadaan sebenar,
merentas kurikulum serta menyediakan tahap
kompleksiti yang bersesuaian sehingga
membolehkan pelajar memilih tahap kesukaran
mereka sendiri (Jonassen, 1991).
Ciri-ciri PA oleh Reeves, Herrington
& Oliver (2002)
1. Aktiviti pembelajaran berasaskan keadaan
sebenar – pengajaran mikro.
2. Pelajar menyiapkan tugasan dengan
mengenalpasti & meneliti tugasan bagi
menginterpretasikannya secara terbuka.
3. Memberi peluang kepada pelajar untuk
memeriksa & mengkaji tugasan dalam jangka
masa tertentu.
4. Pelajar berpeluang memahami tugasan
daripada pelbagai perspektif & sumber.
5. Pelajar berpeluang berkolaborasi dengan
pihak lain & menjalankan refleksi.
6. Boleh diintegrasikan dalam pelbagai mata
pelajaran.
7. Boleh diintegrasikan dalam penilaian dalam
keadaan sebenar.
8. Pembelajaran berpusatkan pelajar – pelajar
akan lebih bermotivasi.
Anda rasa mengantuk??
Thinking Time !

Bincangkan bersama rakan anda berhubung pembelajaran autentik yang pernah anda
& rakan-rakan anda hadapi.

Nyatakan ciri-ciri aktiviti tersebut yang boleh dikelompokkan sebagai aktiviti


pembelajaran autentik.
TERIMA KASIH…

You might also like